Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 30 December 2012

Penggali Kubur


Berbekalkan sebatang cangkul,tajak,pongkes, dan parang kecil. Atok memasukkan ke dalam bakul di bahagian motorsikalnya...bergegas dengan mendukungku lalu di dudukkan aku di atas tangki motorsikalnya. Deruman motorsikalnya yang kuat. Tiupan angin deras di atas motorsikal menyebabkan mata aku di masuki habuk. Atok berhenti di bahu jalan lalu meniup mata ku dengan hembusan nafasnya yang kuat.

           Tanpa berlenggah dia meneruskan  perjalanannya. Sampai di satu tempat ku perhatikan ada bukit yang mempunyai banyak kayu dan batu-batu yang tertanam. Kawasan itu tiada berpagar. Sangat redup ditutupi oleh kerendangan pohon getah dan pokok durian.

         Atok mendaki bukit dengan motorsikalnya. Sampai di atas, ada satu kawasan tanah rata. Ku perhatikan 3 orang rakan atok sudah siap sedia dengan peralatan yang sama seperti  yang atok ku bawa. Yang peliknya ada dikalangan mereka membawa besi panjang sebesar buluh kecil tetapi panjang.

        Dia mencucuk-cucuk tanah dan memberi isyarat "Boleh Mula" itu yang ku dengar sepanjang pertemuan mereka hanya ucapan salam yang ku dengar. Tiada bual bicara antara atokku dan rakan-rakannya. Atok mula mengali dengan laungan 'Bismillah", begitu jua dengan rakan-rakannya. Aku duduk di atas seketul batu, suasana amat sunyi, tiada kicauan burung atau tiupan angin seperti di belukar.

       Setelah lama kurasakan, aku bangun lalu aku menghampiri atokku. Ku lihat atokkku berada di dalam lubang yang dalam. Salah seorang rakan atokku menyuruh ku agar jauh dari mereka. Aku tidak peduli nasihatnya, sambil mencangkung di tepi lubang itu. 

Aku bertanya pada atok,
"Kenapa atok nak tanam ubi buat lubang besar..?" Soal ku yang jahil.
"Hahahahahahahah..." 2 orang rakan atokkku memecahkan kesunyian di situ.

Tanpa menjawap soalan itu, atok ku keluar dari lubang ditarik oleh sahabatnya dengan bajunya basah  berpeluh. Begitu jua semua sahabatnya. Ketika itu, aku perhatikan salah seorang sahabat atok membuat bola daripada tanah, dibulat-bulatkan dengan cermat dan teliti. Aku hanya perhatikan.

            Tidak lama kemudian, kulihat segerombolan manusia cuba mendaki bukit dengan membawa sesuatu barang yang mereka pikul menuju ke tempat kami. Aku bangun dari mencangkung. Semakin lama mereka semakin dekat.

            Sesampai saja kumpulan itu, mereka mengeluarkan satu bungkusan besar lalu mereka memeluk bungkusan itu dengan menggunakan tenaga seramai 4 orang dan perlahan-lahan serta cermat mereka menghulurkan bungkusan itu ke dalam lubang yang atokku gali bersama-sama dengan sahabatnya. Sudah siap sedia 4 orang dari rombongan tadi menunggu di dalam lubang itu. Entah bila mereka masuk ke dalam lubang tersebut.

              Aku tak dapat lihat apa yang mereka tanam kerana aku dihalang oleh atokku.
Aku diberitahu agar duduk diam jika ada orang ramai datang. Aku akur.
Ku dengar ada yang meminta papan, jelas kedengaran dengan nada yang garau lalu aku lihat seorang pemuda menghulurkan berkeping-keping papan.

               Dengan pantas mereka menutup lubang yang digali tadi. Tak sampai 15 minit sudah tertutup. Mereka bertukar ganti untuk meninbus lubang tersebut. Ada Doa dibaca selepas itu dan akhir sekali seorang yang berserban bersalaman dengan atok dan sahabatnya. Tak ketinggalan aku juga. Dia hanya tersenyum padaku.

6 comments

mana bahagian seram tu.. tercari-cari pula..

alhamdulillah publish jua. Thanks

Anonymous
21:01

woah..panjang nye..maybe i will gonna read it some other time..cya~

Gali liang lahad ke?Wahh...pengalaman dari kecit.Menarik.

Anonymous
00:24

wooah..novel..not in time.i'll come again n read later on..kepp writing ya^^ fwiting~

boleh jadi penulis novel :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...