Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday, 23 December 2012

Khalwat

Penulis: Qalam Setia


HAI! Nama I Diandra. Bukan anak didik Yuna itu. Ini Diandra Hawkens. I orang Malaysia dan menetap di Johor Bahru. Dekat sahaja dengan Singapura tentunya. 

I mahu ceritakan kepada you tentang pengalaman I di sebuah hotel murah. Pada masa itu I sedang bermalam bersama teman lelaki I sebaik pulang dari The Zon. Ya, malam itu malam minggu jadi kami berfoya-foya sementara malam masih muda. Teman lelaki I itu seorang Melayu Muslim. I tahu dia Muslim setelah I curi-curi lihat kad pengenalannya. Selama ini dia sentiasa mengelak berbicara tentang agama. 

Malangnya nasib kami pada malam itu apabila hotel murah atau rumah tumpangan tempat kami menginap diserbu sepasukan pegawai Jabatan Agama Johor. I mendengar suara orang memberi salam pada mulanya dan diselangi ketukan pintu beberapa kali. I takut dan lagipun I bukan orang Islam jadi I tidak tahu hendak jawab salam. Maka I pun kejutkan teman lelaki I yang sedang tidur di sebelah kanan I. 

“Honey, wake up. Ada orang datang.” 

Dia menggeliat tanpa membuka matanya. Geram betullah! 

“Honey, wake up! Ada orang mahu jumpa you agaknya. I takutlah.” 

Baru dia bangun. Pun dia tidak terus membuka pintu sebaliknya membasuh muka terlebih dahulu. Malu agaknya kalau orang melihat wajahnya yang lesu. 

“Assalamualaikum.” 

“Waalaikumussalam.” Dia menjawab salam selepas pintu dibuka. Ternyata ada beberapa orang lelaki dan perempuan berpakaian seperti pegawai sedang tercegat di luar. Mata mereka cuba mengintai-intai ke dalam bilik kami. Mujurlah I berpakaian lengkap pada masa itu. Baik, tidaklah lengkap menurut ajaran Islam tetapi cukuplah sekadar menutup dari dada hingga kaki. 

Teman lelaki I dan kumpulan pegawai itu bercakap-cakap seperti sedang berunding sebelum akhirnya mereka masuk ke bilik kami. Pegawai perempuan menghampiri I sementara yang lain mendekati teman lelaki I. Seorang daripada mereka sibuk mengambil gambar bilik kami dari pelbagai sudut. Ketika kameranya dihalakan ke arah I, dia mengambil masa yang agak lama sebelum beralih ke sudut lain. Apa lagi, I buat-buat tidak nampak sahajalah sambil mengibas-ngibas rambut I yang lurus ini. 

Pegawai perempuan yang memakai tanda nama “Mashitah” itu bertanyakan maklumat peribadi I. Dia minta kad pengenalan I tetapi I tidak mahu beri kerana dia bukannya polis. I tahu hak I sebagai pemegang kad pengenalan. Namun setelah dia menjelaskan tujuannya untuk menyemak maklumat sahaja, I pun tunjukkan kad pengenalan I yang berwarna biru. Dia memerhatikannya dengan teliti dan mencatat sesuatu di bukunya. Kemudian dia ucap terima kasih dan itu sahaja, tidaklah seteruk yang I gambarkan. 

Yang agak teruk dibelasah sudah tentulah teman lelaki I. Apa tidaknya, dia itu seorang Muslim. Tidak wajar dia berkelakuan sebegini. Sudahlah berkhalwat dengan perempuan kafir. Uh, that awkward moment when a Muslim says “kafeer” while a non-Muslim is standing behind him. Why? Does the word “kafeer” brings bad conotation to a non-Muslim just like “pariah” to an Indian? I don’t know. 

Semua pegawai sudah selesai memberi khutbah. Jurukamera juga sudah puas mengambil gambar untuk dijadikan bukti. Ya, bukti. Entah berapa banyak gambar I dia ambil. Nasib baik I tidak berbogel. 

I ingat apabila semuanya sudah selesai kami boleh sambung tidur dengan aman dan harmoni. Rupa-rupanya tidak. Teman lelaki I ditahan atas prosedur biasa manakala I perlu pulang seorang diri ke rumah. Oh Tuhanku, ini tidak boleh jadi! I yang tidak ada lesen memandu disuruh pulang ke rumah seorang diri? 

I tidak mahu naik teksi pada dinihari begini. Nanti I jadi mangsa rogol dan bunuh pula. Kalau I tumpang pegawai perempuan itu sudah tentu telinga I akan panas apabila dia berdakwah. Jurukamera itu melihat kepada I seakan-akan ingin membantu. Huh, haram jadah! Tidak puaskah dengan koleksi gambar I yang you simpan di dalam kad memori? 

Jangan main-main dengan anak pejuang revolusi. Kalau bapa I tidak terbang ke Libya sudah tentu Muammar Gaddafi masih hidup sebagai diktator. Mengambil semangat juang Papa, I mengarahkan mereka berhenti. Kini pasangan-pasangan mata yang hitam menumpu ke arah I. Seakan-akan ada peluru mahu ditembak dari mata-mata itu. 

“Jangan bawa teman lelaki I ke mana-mana. You tidak ada hak untuk melakukannya.” Dengan satu nafas, I cuba menghalang niat jahat mereka. 

“Maafkan kami, cik. Kami hanya menjalankan tugas. Kami dapati cik dan teman lelaki cik berdua-duaan di dalam sebuah bilik tanpa ada hubungan mahram. Hal ini jelas melanggar perundangan agama kami.” 

“Benarkah begitu?” Soal I sinis. 

“Bagaimanapun memandangkan cik bukan Muslim, cik tidak tertakluk bawah bidang kuasa kami. Jadi, cik boleh pulang tetapi teman cik ini perlu kami bawa ke pejabat.” 

I tidak faham. Kenapa I kena balik sedangkan I sudah diberi keizinan menginap di bilik ini selama satu malam? 

“Maafkan kami, cik. Kami pergi dahulu.” 

“Patutlah orang kafir takut akan Islam,” kata I spontan sambil meletakkan kedua-dua tangan di bahu tatkala menyebut perkataan “kafir”. Sekali lagi pergerakan jemaah pegawai itu terhenti. Melihatkan kesempatan ini, I berbicara lagi. 

“Sebelum you pergi, I hendak bertanya. Adakah you, you, you, you, you, you, you dan you ustazah yakin dengan agama yang you pegang ini?” 

Mereka bersipandangan. Hanya teman lelaki I yang tunduk tersenyum sinis. 

“Kalau you benar-benar yakin bermakna you juga benar-benar faham akan agama you. Sekarang I hendak tanya sama ada you tahu ataupun tidak ayat ini.” 

I mengambil telefon pintar I dan membuka aplikasi Quran. I cari surah ke-49 iaitu al-Hujurat dan terus mencapai ayat ke-12. I bacakan terjemahannya kepada mereka. 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa; dan janganlah kamu mengintip untuk mencari-cari kesalahan orang lain.” I berhenti pada kalimah itu walau sebenarnya ada lagi sambungannya. 

Ustazah merangkap satu-satunya pegawai perempuan di dalam kumpulan pencegah maksiat itu geleng-geleng kepala. Apa you ingat I tidak pandai baca Quran? 

Ustazah itu mahu membuka mulut tetapi I menahan dengan meneruskan hujah. “Daripada firman Allah itu jelaslah bahawa perbuatan you tidak selaras dengan perintah-Nya. Sekurang-kurangnya you melakukan satu daripada dua. Pertama, you datang ke bilik kami berdasarkan prasangka bahawa ada pasangan bukan mahram sedang berdua-duaan di sini. Kedua, ada orang mengintip kami lalu membuat laporan kepada you. Mungkin juga kedua-duanya.” 

Seorang pegawai berjanggut halus pula cuba mencelah tetapi macam biasalah I tutup mulutnya dengan lidah I yang tajam ini. “Ustaz-ustaz dan ustazah, bukankah ada satu kisah melibatkan sahabat Nabi Muhammad yang menjadi pedoman dalam hal ini? Kalau you minat sejarahlah, you pasti tahu bahawa Umar bin al-Khattab telah memanjat ke bumbung rumah seorang lelaki untuk mengintip perbuatannya. Apabila dia mendapati lelaki itu sedang melakukan maksiat, Umar menceroboh masuk ke dalam rumah itu. Kononnya dia seperti you yang akan menceroboh ke bilik ini kalau teman lelaki I tidak buka pintu. Betul tidak?” 

I tahu mereka sedang menahan kepanasan hati. Sukanya I! Siaplah mereka I belasah cukup-cukup. “You tentu ingat apa yang lelaki itu ucapkan kepada Umar. Dia berkata, “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara.” Umar bertanya, “Apa dia?” Lelaki itu menjawab, “Allah berfirman, “Jangan kamu mengintip untuk mencari kesalahan orang lain.” Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman, “Masukilah rumah melalui pintu-pintunya.” Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman, “Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya.” Sesungguhnya engkau tidak memberi salam.” Nah, you harus tahu apa yang berlaku selepas itu. Umar bin al-Khattab yang merupakan khalifah pada waktu itu pergi meninggalkan lelaki tersebut dengan maksiatnya!” 

Seorang daripada mereka telan liur. Gugupkah you? Bertenanglah, ini baru sedikit. “Tolonglah, you tentu faham maksud I. Sebenarnya you tidak ada hak pun untuk berada di dalam bilik ini. Jadi apa tunggu lagi?” I mengibar-ngibar tangan seperti menghalau lalat keluar. Pun mereka masih tidak berganjak dari situ. Apa mereka tidak faham kata-kata I? 

“Cik, kami maklum akan ayat Quran dan hadis yang cik sebutkan tadi. Malah kami kagum dengan kepintaran cik berhujah menggunakan sumber agama kami.” Pegawai yang berjanggut halus cuba untuk berbasa-basi dengan I sambil melemparkan senyuman. Ceh, you ingat I boleh tergoda dengan senyuman kambing itu. 

“Begitupun cik, kami menjalankan tugas secara profesional. Kesalahan tetap kesalahan. Tindakan kami ini selaras dengan peruntukan undang-undang. Niat kami hanyalah untuk mencegah kemungkaran kerana Nabi Muhammad menyuruh kami mencegah kemungkaran sama ada dengan tangan, lidah ataupun hati,” ujar ustaz itu. 

I ingin menyampuk tetapi terhalang apabila satu suara penuh kelelakian muncul membentuk susunan kata-kata, “Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah mengubahnya dengan tangannya. Itukah hadis yang ustaz maksudkan?” Suara itu suara teman lelaki I! 

“Hah, pandai juga rupa-rupanya kamu. Saya ingat teman wanita kamu sahaja pandai hadis.” Ustaz itu mengejek disambut gelak tawa rakan sepasukannya kecuali ustazah yang hanya tersenyum tidak menampakkan gigi. 

“Saya pun sekolah agama juga, ustaz. Saya bersekolah sampai darjah khas.” 

“Wah, hebatnya kamu! Habis kenapa kamu berkhalwat? Kamu tidak belajarkah hukum berkhalwat dengan wanita bukan mahram adalah haram?” 

“Saya belajar dan saya faham hukumnya, cuma saya belum insaf.” Dia menghirup nafas sedalam-dalamnya manakala I tercengang kerana tidak memahami butir bicaranya. 

“Beginilah ustaz. Hadis tadi jelas menyebutkan bahawa jika kita melihat sesuatu kemungkaran, maka kita wajib mengubahnya iaitu mencegahnya. Masalahnya sekarang ustaz tidak nampak perbuatan kami di sebalik pintu. Jadi adakah ustaz berkewajipan untuk mencegah maksiat kami?” 

I bangga dengan teman lelaki I. Sungguhpun dia nakal dan gila-gila tetapi hujahnya sangat tuntas. 

“Sudahlah encik, kalau sudah salah buat apa hendak nafikan. Jangan hidup dalam penafian. Mari ikut kami ke pejabat. Kita boleh cerita panjang di sana,” ajak seorang pegawai yang lain. Dia berdiri rapat dengan teman lelaki I. 

“Baiklah, saya akan ikut tetapi dengarlah dahulu kata-kata Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Quran. Beliau berkata, “Sesungguhnya bagi manusia itu kebebasan, kehormatan dan kemuliaan yang tidak boleh dicerobohi dalam apa bentuk sekalipun. Tidak boleh disentuh dalam apa keadaan sekalipun. 

Dalam masyarakat Islami yang tinggi dan mulia, manusia hidup dalam keadaan aman pada diri, rumah, rahsia dan keaiban mereka. Tiada sebarang justifikasi atas apa alasan sekalipun untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban. 

Sekalipun atas pendekatan mencari jenayah atau memastikannya, tetap tidak diterima dalam Islam pendekatan mengintip orang ramai. 

Hukum manusia berasaskan apa yang zahir. Tiada hak sesiapa untuk mencari-cari rahsia orang lain. Seseorang tidak akan diambil tindakan melainkan atas kesalahan dan jenayah yang nyata daripada mereka.” 

Berkata pula al-Qaradawi seperti yang tercatat dalam Min Fiqh al-Daulah Fil Islam, “Adapun hal-hal yang tersembunyi kita serahkan kepada Allah.” Kemudian teladani juga sabda Nabi Muhammad yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, “Setiap umatku diberi keampunan kecuali yang menampakkan (dosanya).” Faham ustaz? Kalau saya cakap laju sangat beritahulah. Saya boleh ulang.” 

Oh, jelingannya sungguh tajam! Dia menjeling kepada pegawai yang berada paling hampir dengannya. Jelingan seperti inilah yang memikat hati I dahulu. “Honey!” Entah daya apa yang mendesak I memanggilnya. “Betul kata you itu. Malah al-Qaradawi juga berkata, “Jika pelakunya melakukannya secara sembunyi dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya.” 

Begitu juga al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, beliau berkata, “Sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasukinya tanpa izin hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat, kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut.” Hakikatnya maksiat kami tidak nyata sehingga diketahui oleh orang yang berada di luar bilik. Jadi hujah apakah yang ustaz dan ustazah sekalian hendak guna untuk menghalalkan serbuan ini?” 

Masa berhenti seketika. Tidak ada sesiapa yang bercakap. Sepuluh orang di dalam sebuah bilik kecil tentu membuatkan keadaan menjadi panas dan merimaskan. 

“Begini sahajalah ustaz. Saya pun tidak tahan dikepung lama-lama. Apa kata saya ikut ustaz, akui kesalahan dan bayar denda. Memang kami salah dan berdosa tetapi biarlah kami yang menguruskannya dengan Tuhan. Denda itu pun sekadar untuk melepaskan kami daripada undang-undang manusia.” 

“Habis I macam mana?” 

“Baby, nanti apabila selesai semuanya I akan datang jemput you pulang.” Senyuman indah dan meyakinkan diukir. Barulah I berasa selamat dan tenang. Kalau beginilah rancangannya, biarlah hal ini cepat-cepat diselesaikan. 

“Jadi kamu menyerah?” Ustaz berjanggut nipis menyoal teman lelaki I untuk kepastian. Dia angguk setuju. Terus riak lega terpampang jelas pada wajah para pegawai ala Taliban itu. Memang itulah label yang sesuai untuk mereka kerana rakan sejawatan mereka di Selangor telah membuktikannya baru-baru ini. Akhirnya mereka keluar beriringan bersama teman lelaki I meninggalkan diri I yang kesepian pada malam minggu. Betapa seksanya batin ini yang hanya seorang perempuan memahami. 

Johor Bahru 
27 Julai 2012

10 comments

erk.. ini kisah benar kah???

rasanya hanya rekaan yang memberi pengajaran semata-mata.

Betul tu. Kisah rekaan semata-mata.

- Qalam Setia

saya rasa saya faham apa yg nak disampaikan..

tp kesalahan tetap kesalahan..
hukum manusia memang tak setimpal dengan hukum tuhan..

keadilan manusia sudah pasti tidak menjangkaui keadilan tuhan..

tapi
jikalau kita seorang yg baik
jikalau boleh menjauhi fitnah, menjauhi prasangka buruk orang lain
alangkah lebih indahnya.

mulut manusia
kefahamannya lain
kalau dibelit-belitkan
nampak mcm seseolah seorang juara..

sedangkan yg batil tetap batil.

kat sini kita dah nampak, betapa pandainya org bukan islam dalam membelitkan pemahaman ttg agama kita sendri sampai kita sendiri terjerumus dan terkunci mulut dari boleh berkata2.

sb itu org islam harus lebih pandai dari mereka, agar kita tak diperbodoh-bodohkan.

Dialog-dialog yang dituturkan oleh pesalah khalwat dalam cerpen ini adalah dipetik daripada tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

- Qalam Setia

terbaiklah cerita nih, like dah..hehhe

salam singgah. pertama kali ke sini. penuh pengajaran =)

panjang citer nie tapi berbaloi baca..hehe..mana dapat cerita ni??memang real event atau rekaan sebagai pengajaran??hehe

Regards,
-Strider-

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...