Sayang.
Untuk melihatmu ketawa adalah
harapan setiap hariku.
Untuk melihat kau berjaya
terselit diantara doa-doaku.
Untuk melihat kau hidup bahagia
adalah impianku.
Sayang.
Jika kau impikan hanya sebutir
mutiara, aku pula ingin kau memiliki permata.
Membahagiakan hidupmu satu
kepuasan bagiku.
Hari demi hari yang berlalu cukup
mematangkan aku dan membuatkan aku sedar bahawa aku bukanlah yang terbaik untuk
dirimu.
Sayang.
Dengan lafaz bismillah, aku
melepaskanmu.
Hiduplah sayang dengan impian dan
cita-citamu yang menggunung.
Doaku mengiringi setiap
langkahmu.
Andai tiada kegembiraan buatku di
dunia ini, aku berharap moga ada bahagia untukku disana.
Salam rindu yang jauh
diperantauan.
6 comments
putus cinta ke dikkk...
tidaklah kak.. :)
bahagia itu hak kita. carilah, ia ada di mana2 yg hati mahukannnya. :)
memberikan seseorang itu hak untuk mereka bahagia. dan seterusnya mencari bahagia untuk diri sendiri.
:)
insyaAllah.
Wahh.. Memang kena la dengan Ed yang selalu berjiwang nieh.. Huhu.. Regards from Boyz_ed at www.boyz-ed.com
@Boyz_ed berjiwang ok Ed,bersedih tu taknak.haha..tq.