Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Thursday 6 December 2012

Cik Maid, I Need You! Ep7

Sambungan daripada Cik Maid, I Need You! Ep6



Qibthiya rimas ketika melihat jarinya dipenuhi dengan inai yang masih lembik. Ramai pula yang rajin nak conteng tangannya, dia sudah pesan pada tukang conteng untuk lukis design simple sahaja kerana Mirza tidak suka Qibthiya memakai inai hingga ke pergelangan tangan.
“Thiya,ni ada call dari Mirza”, Mak Minah menghulurkan telefon kepada Qibthiya. “Esok dah nak jumpa kan. Tak sabar betul”, sakat Mak Minah.
Jika diizinkan Allah esok pagi Qibthiya akan bertunang dengan Mirza dan selepas Jumaat majlis akad nikah berlangsung. Dan persandingan dibuat selepas Asar hingga sebelum Maghrib. Majlis pihak perempuan dan lelaki di buat sekali untuk menjimatkan masa dan belanja. Walaupun Mirza dari keluarga kaya tetapi dia tidak suka untuk membazir. Yang penting sederhana tak apa asalkan semua tetamu pulang kenyang.
“Yerp Mirza. Ada apa?”,
“Saya baru dapat tahu Misha dan Amir kemalangan. Misha meninggal ditempat kejadian dan Amir meninggal semasa on the way ke hospital. So saya harap awak sabar dan tenang. Jangan rosakkan mood,esok our bigday kan?”,
“Innalillah.. Saya ok Mirza, dah sampai masa mereka pergi dalam keadaan macam tu. Kita doakan mereka ditempatkan di tempat orang yang elok-elok. Maafkan dosa-dosa mereka pada kita”,walaupun terkejut tetapi Qibthiya dapat mengawalnya. Harus redha.
“Ya lah, dah halal semua dah. Ok, see you tomorrow. Saya nak tidur dah, mengantuk. Esok malam kot-kot tidur lambat ke kan..mana la tahu..”,
“Gatal!”,
“Nyte darl.. Salam”,
Talian diputuskan, Qibthiya tersenyum. Moga esok dan hari seterusnya akan lebih diberkati.

Jam menunjukkan pukul 9.30 malam, semua tetamu sudah beransur pulang. Majlis dibuat di rumah keluarga Mirza atas persetujuan keluarga Qibthiya. Mirza puas hati kerana semua yang datang hari ini dapat makan dengan kenyang dan tidak datang dengan sia-sia. Pihak catering sudah clear pinggan dan bekas-bekas buffet. Yang tinggal hanyalah pelamin dan meja makan pengantin yang masih terhias. Kanopi sudah diturunkan,laman rumah yang tadi penuh kini kosong kembali.
“Ni orang yang sediakan pelamin dan semua ni nak ambik bila ni Mirza?”, tanya Tan Sri Ismail.
“Esok pagi, sebab dah kata majlis sampai malam. Ada nampak Nazir tak?”,
“Nazir dah balik,katanya ada hal. Esok dia datang pulak”, jawab Tan Sri Ismail. Mirza hanya angguk,diteguknya tegukkan terakhir air kopi suam. “Masuk lah rehat,lewat dah ni. Mak dan ayah Qibthiya pun tidur dah tu kat bilik tamu”,
“Emm yelah, lenguh dah badan ni. Esok layan tetamu lagi gamaknya”, tangan Tan Sri Ismail disalami.
Dia melangkah masuk ke dalam bilik yang dihiasi dengan rona merah putih yang tampak ringkas. Kelibat Qibthiya tidak kelihatan, dia menukar pakaian dan baring di katil. Lega rasanya tulang belulang dapat baring. Matanya memandang kearah tingkap,melihat cahaya yang samar-samar mencurah sedikit ke dalam ruang di dalam bilik.
Qibthiya keluar dari bilik air dengan mengenakan bathrobe satin biru muda. Rambutnya masih kelihatan basah, dicapainya hair dryer. Baru sahaja mahu membuka suis dia memandang kearah katil. Kelihatan Mirza sedang lena, dibatalkan niatnya untuk menggunakan hair dryer. Bimbang jika lena Mirza terganggu.
“Keringkan cara manual sudahlah...”,detik hatinya. Setelah siap dia mengenakan sedikit losyen badan.
Hatinya masih berdebar, malam pertama katakan. Bathrobe disangkut apabila dia siap mengenakan pakaian tidur paras paha. Dengan berhati-hati dia naik ke katil, comforter ditarik dan dia tidur mengiring memandang Mirza. Wajah Mirza diperhati, dia tersenyum apabila teringat kembali kenangan mereka dahulu.
“Assalamualaikum sayang..”,tiba-tiba Mirza bersuara.
“Waalaikummusalam,awak tak tidur lagi ke tadi?”,
“Dah..tapi terjaga sebab bau wangi sangat”,Mirza membuka matanya. Didepakan sebelah lengan dan dia menarik Qibthiya ke pangkuannya.
“Abang....”,
“Bestnya panggil sekali lagi..”, ucap Mirza mengada.
“Gedik tau abang ni”, Qibthiya sembamkan mukanya ke dada Mirza. Pelukan dieratkan lagi. “Terima kasih sebab terima saya walaupun saya pernah silap menilai abang dulu”,
“Semua pernah buat silap kan. Tapi boleh tak sayang janji dengan abang?”,
“Apa?”,
“Kalau nak kejut abang bangun tidur, jangan spray tau? Abang terkejutlah”, ketawa mereka terhambur. Qibthiya angguk sambil menghabiskan sisa-sisa tawanya. Pandangan mereka bertaut, Mirza tersenyum dan Qibthiya menunduk malu.

         "بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا”, kedengaran suara halus Mirza di cuping telinga Qibthiya. Malam itu mereka mula melayari bahtera sebagai suami isteri. Bercinta hingga syurga dan ditemani dengan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah hendaknya.



p/s : minta maaf kalau ayat terbelit-belit. Taip cerita sambil hadap kerja hakiki macam ni lah. Apa yang kurang datang dari diri Khair sendiri dan apa yang baik semuanya datang dari Allah S.W.T. Akhir kata, selamat bercinta kepada kalian semua. Moga-moga cinta kita jauh dari perasaan hasad dengki dan sentiasa diberkati oleh-Nya.

salam cinta (tamat)

5 comments

wow, ok dah ayat tu, saya bukan pandai bab bab mengatur ayat. ini pun dah cantek , macam nobel 25 inchi gitu haha.

terima kasih sudi baca :)

Like :)

lalala sweet sngt

gedik tau mirza ni cm abam jugak ehh

Ok je ayat.cantik dan tersusun.mirza manja tu.auww sy lak yg feeling lebih,hahaha.mmg rasa nk spray org xmo bgn pagi.hihi.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...