Petang itu agak permai. Rafiuddin mundar-mandir di halaman depan rumahnya. Tinggal di perumahan taman sentiasa disajikan dengan suasana anak-anak muda menghabiskan subsidi minyak kerajaan, berpusing-pusing dengan motorsikal yang sudah diubahsuai ke tahap tertinggi. Rafiuddin sekadar melihat setiap kali ada sekumpulan motorsikal melintasi perkarangan rumahnya. Setiap kali itulah kepalanya akan terikut sekali sekiranya ada gadis-gadis yang menunggang skuter lalu depannya.
Rafiuddin mula bosan. Kalau 15 minit lepas dia galak ketawa menonton rancangan kartun Spongebob Squarepants di TV bersama adiknya, Saripuddin yang berusia 5 tahun. Tapi sekarang adiknya itu dah mencapai patung aksi figura bersaiz 5 inci Transformers, kemudian dilaga-lagakan dengan patung Spiderman. Ada banyak lagi patung-patung-patung aksi figura lain yang dibeli di pasar sekadar berselerak di lantai. Tak diendah Sharipuddin.
"Dik, nak ikut abang jalan-jalan tak?" Rafiuddin cuba memancing perhatian adiknya itu.
"Hiyargh! Ambik kau! Kuasa Tendangan Ada Hikmat di Sebalik Kejadian!" Suara anak kecil itu beraksi sama sebaik patung Transformers dilagakan ke arah patung Spiderman tadi. Rafiuddin hilang sabar bila pertanyaannya tak dilayan. Terus sahaja Rafiuddin capai kunci motorsikal dan menghidupkan motorsikal ber'starter' elektrik itu. Sahripuddin yang leka bermain terkejut mendengar bunyi motorsikal abangnya itu. Memang dia pantang dengar bunyi motorsikal. Terkedek-kedek dia berlari menuju ke muka pintu depan memandang abangnya itu.
"Nak ikut..." Suara Sharipuddin manja selayaknya mana-mana anak kecil seusia dengannya.
"Meh sini. Jom. Tadi tanya taknak jawap" Rafiuddin mempelawa lagi sekali.
Sharipuddin mengambil tempatnya di depan Rafiuddin. Memasukkan kakinya ke dalam raga motorsikal. Mukanya ceria dapat jalan-jalan.
"Nanti beli Milo Ais tau." Sharipuddin meminta abangnya singgah beli minuman kegemarannya itu.
"Jap lagilah. Nak pergi taman tak?" Rafiuddin memperlawa lagi.
"Nak! Nak!"
Seraya itu, motorsikal milik Rafiuddin masuk ke simpang menuju ke arah taman permainan untuk kanak-kanak di pekan itu.
Sebaik tiba, Rafiuddin dapati taman tersebut tidaklah begitu sesak. Cuma ada beberapa keluarga sahaja yang datang membawa anak-anak mereka ke taman permainan itu. Anak-anak kecil riang bermain. Yang menggelungsur, berjongkang-jongket, berbuaian sekaligus menarik perhatian Sharipuddin. Dia tak menunggu lama, terus turun dari motorsikal dan berlari terkedek-kedek ke arah buaian meninggalkan abangnya yang masih lagi duduk di motorsikal.
Rafiuddin nyalakan rokok. Matanya tetap tertancap ke arah adiknya. Ingin memastikan adiknya itu kekal selamat bermain permainan di situ.
"Abang! Sini!" Sharipuddin memanggil abangnya. Rafiuddin terus turun dan dapatkan adiknya yang masih lagi duduk dibuaian.
"Nak apa kau ni?"
"Tolak adik laju-laju. Sampai naik atas." Sharipuddin meminta. Rafiuddin sekadar turutkan. Menolak dengan kadar sederhana. Hanya separas pinggangnya buai itu berayun. Tapi bagi Sharipuddin, itu dah cukup tinggi. Ketawanya dah memberi kepuasan kepada Rafiuddin yang menolak buaian.
"Kau mainlah sendiri. Abang nak duduk." Rafiuddin berhenti menolak buaian. Membiarkan adiknya pergi mendapatkan gelungsur pula. Rafiuddin terus berjalan mendapatkan gazebo yang memang dibina khas dalam kawasan taman permainan itu. Rafiuddin duduk melepaskan lelahnya.
Sekali lagi matanya tak lari dari mengekori setiap gerak-geri adiknya itu. Tidak mahu apa-apa terjadi. Tapi sesekali matanya meliar meihat anak-anak gadis yang berjogging di situ. Seketika kemudian dia memandang sekeliling gazebo itu pula. Tiada orang lain. Cuma dia seorang. Bukan sekali dua dia pergi ke taman permainan itu dengan adiknya, boleh dikatakan seminggu 3-4 kali. Tak jauh pun dari rumahnya. Jadi orang lain tak pelik meilhat dia duduk seorang diri di situ sebab dah ramai yang kenal akan dirinya.
"Assalammualaikum." Ada suara gadis menegurnya ketika Rafiuddin begitu leka memerhati adiknya.
"Wa'alaikumsalam. Ya saya?" Rafiuddin bersantun menjawab. Takut dituduh tak berbudi bahasa. Senyumnya tetap dikuntumkan. Sebaik Rafiuddin terpandang ke arah gadis yang menegurnya tadi, dia terpana. Senyumannya makin manis.
"Takde apa-apa. Saja nak duduk sini. Boleh?" Gadis tersebut terus duduk di sebelah Rafiuddin tanpa Rafiuddin memberi kata putus boleh atau tidak. Haruman begitu semerbak menyucuk rongga hidungnya. Bau seperti epal hijau. Wangi. Rafiuddin memandang ke depan. Gugup untuk dia memandang gadis tersebut lama-lama.
Hatinya tertanya-tanya. Siapa gadis tersebut. Berkasual sangat ringkas tapi menarik. Baju agak labuh berwarna merah jambupekat diserikan dengan tudung merah jambu cair. Cantik. Cukup cantik. Kulitnya agak putih mulus. Tinggi meungkin setara Rafiuddin. Membuatkan Rafiuddin meneguk air liurnya sendiri.
"Kenapa awak diam? Tak suka saya duduk sini?" Gadis tersebut bertany lagi sebaik melihat Rafiuddin berdiam diri.
"Eh! Tak! Tak! Saya suka je." Rafiuddin membantah. Gadis tersebut tersenyum.
"Abang! Nak Milo Ais!" Tiba-tiba Sharipuddin muncul.
"Nanti kita beli. Pergi main dulu. Jangan jauh-jauh sangat."
"Ok!" Sharipuddin berlari semula mendapatkan gelungsur. Gadis tadi juga memandang Sharipudin.
"Adik awakkan?" Gadis itu menyoal.
"Ha'ah. Kenapa?" Rafiuddin mengiyakan.
"Comel."
"Tengoklah abangnya."
"Eee... Perasan." Perbualan mereka makin serasi. Makin rapat dan seolah-olah tembok yang membuatkan Rafiuddin gugup tadi hilang sama sekali. Mereka terus berbual.
"Awak memang penyayang ek?"
"Haa? Kenapa cakap macam tu?" Rafiuddin kurang pasti. Tumpuannya kepada Sharipuddin pun dah hilang.
"Awak sayang adik awak. Selalu saya perhatikan awak bila awak datang sini." Gadis itu bersuara perlahan. Rafiuddin berdiam diri. Terasa bangga juga bila dipuji sebegitu. Namun dipendamkan dalam hati.
"Awak tau tak..." Suara gadis itu terhenti dengan sendiri.
"Tau apa?" Rafiuddin kurang pasti.
"Saya sebenarnya sukakan awak." Gadis itu begitu terus-terang.
"Hah!" Rafiuddin terkejut namun suka dalam hatinya. Dan terkejutnya semakin bertambah bila gadis itu terus memeluknya dan merebahkan kepala ke dada Rafiuddin. Rafiuddin serba-salah. Jantungnya berdegup kencang. Namun Rafiuddin cuba untuk mengekalkan kestabilan nafasnya. Dia pun mengusap-usap kepala gadis yang baru dia kenali setengah jam yang lalu. Senyuman terukir automatik. Orang ramai menggeleng kepala melihat kelakuan mereka berdua.
*************
"PAAAAANNNGGG!!!!!"
Sekeping pelempang bersaiz sederhana besar hinggap di pipi kanan Rafiuddin. Serta-merta tangan kanan Rafiuddin menekan kesan tamparan tadi.
"Apa ni?" Rafiuddin kurang pasti.
"Kenapa? Bukan main lagi ya awak? Mengigau entahkan perempuan mana. Sampai anak melalak pun buat tak dengar je." Rafiuddin menahan desing telinganya dari leteran isterinya itu. Dia sendiri bingung kenapa dia dapat mimpi sedemikian. Mungkin kerana baru petang tadi dia bawa anaknya berjalan-jalan di taman permainan. Bukan adiknya seperti dalam mimpi. Dan gadis tersebut memang ada di taman permainan tersebut menjual cendol dan ABC.
Kedengaran bebelan Isteri Rafiuddin belum ada tanda mahu berhenti. Rafiuddin gosok kepala sendiri. Adakah dia nak kahwin dua?
"PPAAAAAAANNNGGG!"
Sekali lagi pelempang bersaiz sederhana hinggap. Seolah-olah isterinya itu dengar kata hati Rafiuddin.
p/s : Maaf tuan, saya cuma gunakan sistem rotasi cerita ini dari blog saya. :D
Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.
UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Monday, 30 April 2012
Sunday, 29 April 2012
Dan Akhirnya Biola Itu Berlagu... #3
Episod #1 | Episod #2
Yusuf melontarkan pandangannya ke arah laut. Seperti malam-malam yang lalu, dia setia menantikan alunan dari biola misteri yang dirinduinya itu.
Yusuf melontarkan pandangannya ke arah laut. Seperti malam-malam yang lalu, dia setia menantikan alunan dari biola misteri yang dirinduinya itu.
Yusuf teringatkan saat dia dan ibunya mengunjungi pusara arwah ayahnya siang tadi. Itulah kali pertama dia menjejakkan kaki ke situ. Kesuma benar-benar digayuti rasa pilu. Ditambah pula dengan esak tangis ibunya yang merunjam qalbi. Dia merasa walang.
Dia sesungguhnya tidak mengetahui perihal apakah yang telah mengirimkan ayahnya ke alam baka. Ibunya tidak pernah mahu bercerita. Tepat jam satu pagi, alunan biola kedengaran dibawa semilir mengisi ruang. Yusuf merasa damai. Adakalanya, lagu yang bernada cukup sayu tetapi indah yang dialunkan itu cukup mengusik sukma Yusuf. Indah sekali melodinya... Yusuf sungguh-sungguh tertawan.
Entah kenapa, tiba-tiba pandangan Yusuf terlontar ke arah laut. Dalam zulmat yang sedikit dicerahi dengan sinaran bulan yang berbalam-balam itu, Yusuf seperti sedang melihat seseorang di tepi pantai. Yusuf tersentak. Darahnya berderau. Dia memicingkan mata, cuba mengenalpasti apa yang dilihatnya. Benar, seseorang yang kelihatan sepertinya sedang bermain biola. Yusuf teruja! Entah kenapa dia begitu pasti itulah orangnya yang mengalunkan lagu pada saban malam. Itulah dia orang yang sangat ingin ditemuinya.
Yusuf pantas berlari menuruni tangga menuju ke tingkat bawah dan terus keluar melalui pintu utama. Kawasan pantai segera dihampirinya. Seusai sampai di situ, Yusuf bagaikan hendak putus nyawa. Larian yang cukup kencang yang dilakukannya sebentar tadi memberi kesan hebat kepada peredaran nafasnya. Dia mengah!
Setelah degup jantungnya kembali berada pada paras normal, Yusuf mengangkat muka. Di hadapannya berdiri seorang lelaki yang sedang merenungnya dengan pandangan yang aneh dan penuh tanda tanya. Yusuf melirik pada biola yang berada di tangan lelaki itu.
“Assalamualaikum...!” Ucap Yusuf, perlahan. Lelaki itu dilihatnya terkumat-kamit. Mungkin menjawab salamnya. Yusuf menebak.
“Saudara mencari apa di sini?” soal lelaki itu.
“Mencari saudara! Saudarakah yang bermain biola di sini setiap malam?”
Lelaki itu menganggukkan kepala. Dia memandang Yusuf lama sebelum beralih pandang ke arah banglo yang dihuni Yusuf bersama Balqis. Lelaki itu kemudiannya mengukir senyum.
“Adakah saya mengganggu lena saudara? Jika begitu maafkanlah saya. Saya tak tahu yang banglo itu sudah berpenghuni.”
“Secara kasarnya memang biola itu membangunkan saya dari lena, tetapi ianya tak mengganggu saya, malah menyenangkan. Saya Yusuf, saudara?”
“Saya Arjuna. Arjuna Dewa. Maaf, saya kurang mengerti maksud saudara.”
Yusuf terdiam. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya ke dada pantai. Arjuna turut mengambil tempat di sebelahnya. ‘Arjuna Dewa? Alangkah anehnya nama itu...’ Hati Yusuf berbisik.
“Tidak aneh, saudara. Saya seorang pemuzik. Pencinta seni. Nama itu padan dengan rasa saya...”
Yusuf terkesima. Arjuna seolah dapat membaca hatinya.
“Naluri seorang insan seni seperti saya mungkin sedikit peka dengan kehairanan saudara. Itu sahaja... saudara suka pada gesekan biola saya?”
Yusuf pantas mengangguk. “Saya sangat tertarik dengan alunan biola saudara. Cukup indah dan membuai rasa...”
“Terima kasih. Saya sangat menghargai pujian saudara. Hm, saudara tinggal di rumah besar sana?” Arjuna menunjukkan ibu jarinya ke arah banglo yang dihuni Yusuf.
“Ya.”
“Sendirian?”
“Bersama ibu saya...”
Arjuna menganggukkan kepala. Tanda faham. Dia membelek-belek biolanya. Yusuf tertarik untuk menyentuhnya. Arjuna yang seolah-olah faham lalu menghulurkan biola itu kepada Yusuf. Yusuf teragak-agak dan serba salah untuk menyambutnya tetapi apabila melihat Arjuna mengukir senyum, pantas sahaja biola itu bertukar tangan. Giliran Yusuf membelek-belek biola itu dengan penuh minat. Jemarinya menyentuh ukiran aksara “AD – SB” yang terletak indah di sudut kanan biola tersebut.
“Huruf-huruf ini untuk apa, saudara?”
“Entahlah... pemilik biola ini yang mengukirnya!”
“Pemilik biola ini...?”
Arjuna berpaling merenung Yusuf dalam-dalam. “Mahukah saudara mendengar sebuah cerita?”
“Cerita? Cerita apa?”
“Cerita mengenai muzik, cinta, dendam, darah dan air mata... mahukah saudara mendengarnya...?”
Yusuf pantas menganggukkan kepala. Arjuna menghela nafas sebelum beralih pandang ke arah laut yang luas terbentang di hadapan mereka.
“Sekitar 20 tahun yang lalu, ada seorang pemain biola yang terkenal di Singapura. Gesekan biolanya dikatakan cukup menggetarkan sukma. Lagu-lagu gubahannya juga cukup asyik.
Entah bagaimana pada suatu hari yang dingin, dia telah terpaut hati dengan seorang perawan berdarah Tengku. Gadis berdarjat yang juga kasih padanya. Sayangnya cinta mereka terhalang oleh ibu gadis tersebut. Ibunya tidak mahu bermenantukan seorang ahli muzik... cinta mereka terhalang!”
Arjuna diam seketika. Seolah-olah cuba mengingati kisah itu. Yusuf seperti tidak sabar.
“Jadi bagaimana sudahnya?”
“Belum sudah. Akhirnya pemain biola itu berkeputusan untuk membawa gadis itu lari jauh dari Singapura dan mereka berkahwin di sana...”
“Di mana?”
“Di sini!”
“Di sini?”
“Ya, di sini! Di rumah besar yang saudara duduki itu...” Arjuna melarikan ibu jarinya ke arah banglo kediaman Yusuf. Yusuf tersentak. Tidak menyangka kisah banglo itu rupanya yang sedang diceritakan Arjuna kepadanya. Dia semakin tidak sabar untuk mendengar kisah cinta si pemain biola dengan gadis berketurunan Tengku itu.
“Mereka cukup bahagia. Tetapi setelah gadis itu hamil, pemain biola itu mula gusar. Dia tidak punya cukup wang simpanan untuk menyambut kelahiran anaknya. Lalu dia mengambil keputusan untuk pulang ke Singapura dengan tujuan menjual lagu-lagu yang telah digubahnya. Gadis itu tidak diizinkan mengikutnya.
Malangnya semasa di Singapura, ibu gadis itu yang masih mendendaminya telah mendapatkan khidmat ilmu hitam untuk menghancurkan si pemain biola itu...”
“Sampai begitu sekali?”
Arjuna mengangguk perlahan. Ada keruh di wajahnya. “Si pemain biola itu pulang ke sini dengan keadaan parah akibat santau yang dikirimkan oleh ibu mertuanya. Si gadis itu tak habis-habis berusaha untuk mengubati suaminya, tetapi gagal. Bisa santau itu terlalu ampuh. Dalam melewati hari-hari terakhirnya, si pemain biola itu masih sempat mengarang sebuah lagu khusus buat isterinya yang sedang sarat dan memainkannya saban hari. Hinggalah pada suatu senja yang kelam, si pemain biola itu akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas seharian muntah darah.”
Yusuf termenung mendengarkan kisah yang diceritakan Arjuna. Rasa kesal dan simpati berbaur menyelinap ke dalam sukmanya. Tidak menyangka kerana dendam, manusia sampai sanggup menjadi pembunuh.
“Jadi bagaimana dengan isteri si pemain biola itu...”
“Hatinya patah! Seusai sahaja upacara pengebumian, gadis itu mengambil keputusan untuk meninggalkan banglo itu dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Hingga ke hari ini, dia tak pernah kembali...” Arjuna menamatkan ceritanya.
“Bagaimana saudara tahu kisah ini?”
“Saya tinggal tak jauh dari sini. Semua orang di sini tahu kisah si pemain biola itu. Saya sendiri menjumpai biola dan notasi-notasi lagu ciptaan pemain biola itu di loteng banglo itu semasa ditugaskan untuk membersihkan banglo itu beberapa tahun lalu. Kerana minat, saya belajar untuk memainkan biola ini...”
Yusuf terus terkesima mendengar cerita Arjuna. Entah mengapa tiba-tiba Arjuna berdiri. Yusuf ikut berdiri.
“Maaf saudara. Saya sangat senang dapat bertemu dengan saudara tetapi sekarang subuh sudah bakal menjelang. Saya terpaksa pulang dahulu.”
Entah mengapa Yusuf merasa sayang untuk melepaskan Arjuna pergi. “Adakah kita dapat bertemu lagi?” Ada nada pilu terkandung di situ.
“InsyaAllah, andainya hijab di antara kita bisa terbuka untuk kali yang kedua, pasti dapat kita bersua lagi. Sehingga waktu itu.... Assalamualaikum...”
Arjuna mengatur langkah meninggalkan Yusuf. Walaupun terasa aneh dengan kata-kata Arjuna namun dia tidak lagi mampu bertanya. Lidahnya terasa berat. Hanya pandangan matanya sahaja yang menghantar Arjuna berlalu.
Saturday, 28 April 2012
Reviu Hadirnya Dia
Assalamualaikum sumer
Cerita ini mengisahkan tentang Najihah Syifa yang membesar tanpa kasih sayang serta belaian seorang ibu. Dia menjadi mangsa perceraian ibu dan ayah. Sedari kecil, dia dilayan sebagaimana layaknya seorang hamba oleh Busu Nonie. Dia akhirnya berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Busu Nonie yang kejam lalu melarikan diri ke KL tanpa ada tempat hendak dituju.
“Nasib baik muntah biasa. Kalau muntah darah, mahunya tak ada harapan budak ni nak hidup lagi.”
Kalaulah tidak kerana dilanggar oleh Yuzi, Syifa sendiri belum tahu untung nasibnya di KL. Ibu Yuzi, Puan Tamimah, bersungguh-sungguh mahu Syifa tinggal bersama mereka, lantaran kasihankan gadis naif yang baik budi pekerti itu. Lagipun, kehadiran Syifa ke dalam keluarga mereka pasti dapat memberi peluang kepada Alya untuk merasa belaian seorang ibu.
“Syifa… saya masih setia mencintai awak. Sudi tak awak jadi isteri saya?”
Lamaran daripada Cikgu Zaquan, lelaki pertama yang mengajarnya tentang erti cinta, benar-benar membuatkan lidah Syifa kelu. Apatah lagi, lamaran itu di hadapan Yuzi, yang terlebih dahulu melamarnya.
Tegakah Syifa melukakan hati Yuzi yang begitu lama menanti jawapan daripadanya? Namun tergamakkah Syifa memusnahkan impian Cikgu Zaquan yang terlebih dahulu mencuri hatinya? Antara Yuzi dan Cikgu Zaquan, siapakah yang lebih layak mendapat tempat teristimewa di hati Syifa, lebih dulu hadirnya?
hehhhe, asyik2 muka akak ja reviu
musti u olss busan kan
bukan apa, nak tolong tuan tanah ja
lagipon tader umat yg nak reviu arini
jd, meh akak tolong reviukan
sila bagi perhatian yer kawan2, hikss
Cerita ini mengisahkan tentang Najihah Syifa yang membesar tanpa kasih sayang serta belaian seorang ibu. Dia menjadi mangsa perceraian ibu dan ayah. Sedari kecil, dia dilayan sebagaimana layaknya seorang hamba oleh Busu Nonie. Dia akhirnya berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Busu Nonie yang kejam lalu melarikan diri ke KL tanpa ada tempat hendak dituju.
“Nasib baik muntah biasa. Kalau muntah darah, mahunya tak ada harapan budak ni nak hidup lagi.”
Kalaulah tidak kerana dilanggar oleh Yuzi, Syifa sendiri belum tahu untung nasibnya di KL. Ibu Yuzi, Puan Tamimah, bersungguh-sungguh mahu Syifa tinggal bersama mereka, lantaran kasihankan gadis naif yang baik budi pekerti itu. Lagipun, kehadiran Syifa ke dalam keluarga mereka pasti dapat memberi peluang kepada Alya untuk merasa belaian seorang ibu.
“Syifa… saya masih setia mencintai awak. Sudi tak awak jadi isteri saya?”
Lamaran daripada Cikgu Zaquan, lelaki pertama yang mengajarnya tentang erti cinta, benar-benar membuatkan lidah Syifa kelu. Apatah lagi, lamaran itu di hadapan Yuzi, yang terlebih dahulu melamarnya.
Tegakah Syifa melukakan hati Yuzi yang begitu lama menanti jawapan daripadanya? Namun tergamakkah Syifa memusnahkan impian Cikgu Zaquan yang terlebih dahulu mencuri hatinya? Antara Yuzi dan Cikgu Zaquan, siapakah yang lebih layak mendapat tempat teristimewa di hati Syifa, lebih dulu hadirnya?
hehhhe, ok tak...ok lah kot cerita dia
akak nih best hokeyy
seingat akak, baru tahun lepas akak gi umah dia makan nasi impit time raya
hehhhe...sila jgn pelik yer
sb akak pon pelik camne akak leh kawan ngn beliau...hahhahha
selamat membaca..
Friday, 27 April 2012
Fragmen: Yaya dan Zain...
Ada
suara manusia bercakap-cakap. Perlahan dan seakan berbisik. Lembut saja suara
berkenaan. Di mana ya pernah Yaya dengar. Tak ingat pula..ahh biarlah. Perutnya
terasa lapar, berkeriut dan tekak juga terasa dahaga. Mana nak cari
makanan...lapar! Lapar! Mak, Yaya lapar! Arghh...siksanya sakit begini. Hendak
bergerak bebas pun tak boleh, tangan membengkak akibat drip yang mencengkam.
Air perlahan saja menitik. Bila boleh bebas dari semua ini...Yaya nak kembali
pegang pen.
Eh...suara
tadi sudah hilang. Ya sudah hilang..beratnya nak buka mata. Yaya lapar! Cepat
buka mata....bukalah mata..
"Assalamualaikum..."
"Waalaikum...salam...laa..."
"Lama
Farha tidur..."
"Yaya...Yaya..."
"Oh
ok. Yaya..Lama awak tidur. Mak tak datang?"
"Tadi
petang ada. Dia dah balik..."
"Awak
dah makan?"
"Belum.."
cehh...aku lapar, boleh tanya soalan macam tu, bisik Yaya dalam hati, geram!
"Saya
tengok nasi tak bersentuh, dah sejuk pun."
"Saya
tidur..penatlah.."
"Nak
makan sekarang? Saya bantu?"
"Eh
tak apa. Saya tak ada selera..." berbohong lagi, walhal perutnya menjerit,
berkeroncong bagai.
"Nak
makan apa?"
"Tak
apa..tak ada nak makan apa pun.."
"Kena
makan. Awak dah sehari suntuk tak makan. Nanti tambah sakit.."
"Encik...tak
payah susah-susah...saya boleh minta pada nurse."
Farha masih mempertahankan kedegilannya. Entah kenapa hatinya sebal
seketika…mungkin malu merasuk diri tatkala mengingatkan lelaki yang berdiri di
hadapannya itulah yang mengusungnya membawa ke hospital sedang dia sudah tidak
sedarkan diri, nasib baik Allah masih mahu meminjamkan hayat.
"Nurse? Oh ok...penat saya bawa makanan.
Tak sudi..?"
"Err..Encik.."
"Zain
cukup, tak payah nak encik-encik. Tapi kalau dalam kelas, memang boleh letak
encik di depan nama saya..."
"Encik...Zain..Zain..bukan
tak sudi.."
"Habis
tu...?"
"Zain..Zain
dah banyak bantu saya..."
"Alah..itu
perkara biasa..kalau orang lain yang jatuh depan saya pun saya akan bantu.
Inikan pula awak, student saya..nah makan..saya buat khas untuk awak
Yaya."
Yaya
nampak mamat tocang itu mengeluarkan satu bekas kedap udara dari dalam beg
sandang berwarna hitam. Thermos besi turut dikeluarkan. Wah...manjanya rasa
bila ada orang bawakan makanan..Hati berbunga tapi...
"Nah,
Faris kata awak suka roti sapu planta. Ni saya buatkan. Tapi tak fresh sebab dah tiga jam saya buat. Tadi
saya tiba awak tidur. Doktor datang dan saya sembang sekejap dengan doktor.
Tanya keadaan awak..."
"Hmm...terima
kasih Zain. Saya berhutang nyawa dengan Encik Zain.."
"Zain
cukup, ingat!" Ada nada tegas, namun menyenangkan.
"Ok.ingat!
Ingat!"
"Nah,
makan. Saya bantu, mesti susah nak angkat tu..buka mulut…" Lelaki yang
cukup membuatkan dia marah berpanjangan itu kini dengan tekun memujuk dia
makan…lantas hati, kenapa masih membina tembok sedang kunci sudah ditangan
untuk dileraikan kekusutan itu.
Thursday, 26 April 2012
Dia Bukan Rapunzel iii
Semenjak perbualan bersama Badrul di gerai burger itu, dia lansung tidak pernah lagi bertemu dengan pemuda itu. Fikirnya memang betullah Badrul sudah berhenti kerja. Hatinya sedikit kecewa. Di balkoni, dia tidak lagi melihat motorsikal Badrul melintas membawa surat. Jiwanya terlopong kosong. Biarpun perasaannya itu hanyalah mainan otaknya sahaja.
Sesekali dia berteleku di atas lantai balkoni sambil membelek bunga-bunga yang ada di dalam pasu. Sedang tangannya asyik membelek bunga-bungaan itu, tiba-tiba angin petang meniup lembut rambutnya yang panjang itu lalu menutupi separuh mukanya. Dia tersenyum lalu menyelak rambutnya ke belakang. Ketika itulah dia terlihat seorang pemuda merenungnya dari dalam perut kereta. Biarpun dia di tingkat 4, matanya masih lagi boleh melihat dengan jelas siapa atau apa yang ada di perkarangan flat itu. Hatinya berdebar seperti mahu luruh. Siapakah itu? Soal hatinya. Apakah benar dia memandang ke sini, ataupun itu hanya perasaanku saja? Soalnya lagi. Takkala dia bangun untuk memerhati lebih tepat. Cermin kereta ditutup dan bergerak meninggalkan kawasan itu. Perasaannya berubah resah. Orang jahatkah itu? Soal dirinya lagi.
***
“Tadi aku berjumpa Badrul. Dia kirim salam dengan kau,” Nadya selamba mengatur cerita.
“Tadi aku berjumpa Badrul. Dia kirim salam dengan kau,” Nadya selamba mengatur cerita.
“Badrul, kau jumpa Badrul..Errr di mana?” tanya dia lambat-lambat.
“Aku jumpa dia di Mid Valley dengan seorang perempuan,” Nadya menjawab dengan nada yang masih juga bersahaja.
“Pe..perempuan!” terketar suara dia melafazkan ayat perempuan itu. Jiwanya luluh berkecai. Memang benarlah Badrul akan berkahwin seperti apa yang dikatakan Nadya sebelum ini. Jiwanya sedikit kecewa. Biarpun dia dan Badrul bukan siapa-siapa, namun dia sendiri tidak mengerti mengapa hatinya bisa berperasaan begitu. Dia seakan suka, sukakan Badrul. Dia seakan tidak boleh mengelak semenjak pertama kali Badrul merenungnya di gerai burger itu. Perasaan apakah itu, adakah ianya hanya sekadar suka yang biasa-biasa sahaja?. Dia memang lansung tidak mengerti, inikan pula yang berkaian dengan kasih sayang dan cinta.
“Semalam ada posmen hantar barang lagi untuk kau,” Nadya mulai teringat.
“Barang apa?” tanya dia pelik.
“ Itu, ambillah dekat atas rak tu,” Nadya menunjukkan tempat barang itu diletakkan dengan jari telunjukknya. Kali ini barang itu datang dengan kotak yang agak kecil dari sebelum ini. dia mula membukanya.
“Aku rasalah, kau ni ada peminat rahsia lah,” Nadya meneka. Dia yang sudah selesai membuka balutan kotak itu terus mengeluarkan sepasang sikat berwarna coklat cair. Keduanya mempunyai bentuk yang berlainan dan kelihatan mahal sekali.
“Wah, cantiknya,” Nadya terpegun. Begitu juga dia.
“Samada peminat kau ni gila atau kaya, itu saja yang boleh aku cakap,” Nadya masih melihat sikat itu dengan mata yang bersinar-sinar.
Dia hanya berdiam. Tidak tahu apa yang harus diungkap. Setahu dirinya, dia tidak pernah mempunyai peminat rahsia, jadi..
“Siapa pula yang bagi ni?” soal hatinyasendiri.
***
Kepulangannya ke kampung benar-benar membuka akalnya untuk lebih cerdas berfikir. Tidak sangka panggillan yang membawa dia pulang ke kampung dihujani dengan hajat yang cukup besar.
“Ibu rasa, ibu patut terima lamaran itu,” luah Ibunya.
“Lamaran apa pula ni Ibu?” soal dia yang semakin keliru.
“Semalam ada rombongan yang datang meminang kau. Jadi Ibu fikir baik Ibu menerimanya memandangkan keluarga lelaki itu suka benar dengan kau,” Ibu menerangkan. Terkedu dia mendengar kata-kata Ibunya. Ada yang datang melamarnya, tapi siapa?
“Ta..tapi dari siapa lamaran itu Ibu?” terketar-ketar suara dia bertanya. Tidak sangka dalam diam ada juga yang menginginkan dia menjadi suri.
“Satu keluarga dari Kuala Lumpur. Puas juga Ibu bertanya siapa yang menghantarkan pinangan, tetapi mereka pinta ianya dirahsiakan,” jawab Ibu sambil menghulurkan cincin berlian kepada dia. Dia mengambil cincin berlian itu perlahan-lahan. Tangannya menggeletar kuat. Milik siapakah empunya cincin ini, mengapa harus berteka teki kalau jujur mahu melamar dirinya.
“Kata keluarga itu, kamu kenal siapa orang yang menghantar lamaran ini?” Ibu bersuara lagi. dan kali ini kenyataan Ibu benar-benar menyesakkan akal dan fikirannya. Kenal apa?, Siapa? Dia semakin kusut.
“Katakan saja pada mereka yang saya masih belum bersedia,” dia sudah malas mahu berfikir. Lamaran itu ditolaknya mentah-mentah tanpa berfikir panjang. Dia tidak mahu menikahi orang yang tidak dikenalinya biarpun orang itu datang dari keluarga yang kaya. Dia masih punya hati dan perasaan, dan perasaannya kini sudah semakin berkecamuk.Dia bermenung di tepi tingkap sambil memerhatikan matahari yang semakin hilang di balik bukit. Apakah yang hatinya mahu, dia sendiri tidak pasti.
***Wednesday, 25 April 2012
Takkan Meninggalkanmu
Sayup atas batas sawah, seekor lembu comel beranak 8 bernama Qaisara melangkah gagah, menghayun kepalanya kiri dan kanan, menuruti langkah 2 pasang anak kecik berumur 8 tahun yang sedang enak menikmati gula gula lolipop. Orlando menjilat rakus lolipop, sampai berkaler kaler baju pagoda ayahnye yang ditapau dari ampaian, akibat lelehan air liur bercampur warna lolipop. Dill masih makan sopan sopan, memang sifatnyer mcm tu, sopan santun dan suke menemani Orlando ke mana sahaja. Kadang kadang Dill tergelak melihat mulut Orlando comot comot, dari makan nasik sampai la makan penampar, comot sokmo si Orlando ni.
"Orlando! nanti dah besar nak pergi jalan jalan mane?"
"Gua nak pergi German la Dill..."
"Wat pe pegi German Orlando? Duk kampung sudah la"
"Gua nak main bola kat sane, gaji mahal, bleh jalan jalan tengok ikan lelumba"
Dill tarik muka, senyuman yang terukir mula hambar, mata bertakung air jernih, sampai hati Orlando.
Orlando melangkah laju, buat buat tak tau, sambil tangan pegang erat tali si Qaisara yang dipasang kat leher, siap ade loceng ais krim Orlando letak kat leher Qaisara. ting ting bunyi nye.
Orlando perasan yang Dill dah takde kat sebelah,tertinggal kat belakang, Dill duduk tepi titi yang merentangi anak air yang jernih, kelihatan 2-3 ekor berudu berenang dengan sekawan jentik jentik aedes.
Orlando patah balik, mencangkung sebelah Dill, kelihatan Dill menangis teresak esak...
"Dah dah Dill jangan nangeh, nanti Gua bawak Lu sekali, takde nyer Gua tinggalkan Lu"
"Jangan jauh dengan kite" Dill pandang Orlando sayu.
"Tak tak, kite takkan jauh, sentiasa dekat ngan die, ade dengan Lu sampai bila bila"
Petang tu, Orlando bawak Dill naik belakang Qaisara, hantar depan tangga rumah Dill...
"Nanti kite pergi German sama sama Gua takkan tinggalkan Lu"
Orlando bisik pelan pelan, Dill senyum lebar ke telinga.
"Orlando! nanti dah besar nak pergi jalan jalan mane?"
"Gua nak pergi German la Dill..."
"Wat pe pegi German Orlando? Duk kampung sudah la"
"Gua nak main bola kat sane, gaji mahal, bleh jalan jalan tengok ikan lelumba"
Dill tarik muka, senyuman yang terukir mula hambar, mata bertakung air jernih, sampai hati Orlando.
Orlando melangkah laju, buat buat tak tau, sambil tangan pegang erat tali si Qaisara yang dipasang kat leher, siap ade loceng ais krim Orlando letak kat leher Qaisara. ting ting bunyi nye.
Orlando perasan yang Dill dah takde kat sebelah,tertinggal kat belakang, Dill duduk tepi titi yang merentangi anak air yang jernih, kelihatan 2-3 ekor berudu berenang dengan sekawan jentik jentik aedes.
Orlando patah balik, mencangkung sebelah Dill, kelihatan Dill menangis teresak esak...
"Dah dah Dill jangan nangeh, nanti Gua bawak Lu sekali, takde nyer Gua tinggalkan Lu"
"Jangan jauh dengan kite" Dill pandang Orlando sayu.
"Tak tak, kite takkan jauh, sentiasa dekat ngan die, ade dengan Lu sampai bila bila"
Petang tu, Orlando bawak Dill naik belakang Qaisara, hantar depan tangga rumah Dill...
"Nanti kite pergi German sama sama Gua takkan tinggalkan Lu"
Orlando bisik pelan pelan, Dill senyum lebar ke telinga.
Tuesday, 24 April 2012
Dia Bukan Rapunzel ii
“Saya kata lewat
awak balik, makan burger je ke?” Badrul mengulang semula soalannya. Tidak tahu
apa kuasa yang merasuk dirinya pada malam itu sehinggakan dia boleh tersenyum
dan tertawa. Jika difikirkan dengan akal, soalan itu bukanlah soalan yang lucu.
Badrul pelik melihat perubahan sikap dia. Badrul Cuma membiarkan dia terus
tersenyum dan tertawa kerana Badrul sendiri memang sudah lama mahu menegur si
dia secara santai. Baginya, ada satu keistimewaan yang ada pada si dia,
sehinggakan Badrul senang untuk bertanya dan berbual kosong.
“Bila masa pulak awak buka gerai
burger ni?” tanya dia setelah lama tersenyum. Badrul yang sedang
membalik-balikkan daging burger terus memandang tepat ke anak mata dia. Dia
gugup sebentar. Terasa ada panahan yang melekat. Pasang matanya cepat-cepat
dikalih dari terus direnung tajam.
“Ini buka gerai saya. Ini gerai
member saya. Malam ni dia sakit, jadi saya tolonglah dia,” jawab Badrul
sementara tersenyum. Perbualan mereka terputus di situ. Tiada lagi borak kosong
melainkan desiran minyak di atas kuali. Selesai membugkus, Badrul memasukkan
kedua burger tadi ke dalam plastik lalu diserahkan kepada dia. Dia menyambutnya
laju sambil menghulurkan kepingan not sepuluh ringgit.
“Makan baca Bismillah..” sambil
menyerahkan wang baki kepada dia. Dia lansung tidak mengangkat muka, Cuma
ucapan terima kasih yang mengiringi sambutan wang itu sambil kakinya laju
melangkah meninggalkan Badrul yang tersengih sendiri.
***
“Kau tahu tak yang Badrul dah tak
kerja posmen lagi!” Nadya memulakan bicaranya. Dia yang santai sambil membelek
majalah terpana sebentar. Helaian majalah yang tadinya diselak laju kini
diselak perlahan-lahan. Otaknya ligat memikirkan kenapa Badrul berhenti dari kerjanya. Apakah
Badrul sudah menerima kerja yang lebih baik. Jika mahu difikir-fikir kembali,
apa kena mengenanya Badrul dengan dirinya sehingga dia harus berfikir sejauh
itu. Dia menggeleng-gelenggkan kepala supaya apa yang difikirnya terhapus dari
benar fikirannya.
“Aku rasalah dia nak kahwin lah,”
teka Nadya.
Kahwin? Apa
kena mengena kahwin dengan berhenti kerja. Otaknya kembali menyoal dan
berfikir. Kini dia sudah sedar yang otaknya memang senang bertindak balas bila
nama Badrul disebut. Kenapa otaknya bertindak balas begitu? dia hairan.
“Haah, baru aku teringat. Tadi ada posmen
datang dan hantar barang ni pada kau,” Nadya menyerahkan sebungkus kotak kepada
dia. Dia merenung kotak itu sambil hatinya menyoal sendiri. Kotak apa pulak ni?
Cepat-cepat tangannya mengoyak kertas bungkusan itu. Matanya terbeliak.
“Apa tu?” tanya Nadya sambil
menjenguk-jenguk ke dalam kotak.
“Aku rasa ni burger,” sambil
mengeluarkan bantal yang berbentuk burger.
“Siapa plak yang bagi kau bantal
burger ni?” Nadya tertawa kecil.
Dia sendiri
tidak tahu siapa pengirimnya dan yang pasti burger itu mengingatkan dirinya
kepada seseorang iaitu Badrul.
***
Dia tidak
pernah terfikir untuk mengubah penampilan dirinya biarpun tubuhnya cantik
seperti supermodel. Inikan pula yang melibatkan rambutnya yang kerinting dan
besar itu. Menurut Nadya, rambutnya yang kerinting dan tebal itu, jika
diluruskan, pasti akan panjang hingga ke paras lutut. Dia terperanjat mendengar
kenyataan temannya itu. Bukan dia tidak percaya dengan kenyataan Nadya, tetapi
dia ragu-ragu dengan alatan eletrik yang dipegang oleh Nadya ketika itu.
Seterika,
tujuannya untuk meluruskan rambut. Bukankah ada alatan yang lebih spesifik yang
boleh digunakan ke atas rambutnya selain dari seterika. Tubuhnya menggeletar
sebentar. Jika bukan hari ini rambutnya hangus di tangan Nadya, pasti di
kemudian hari akan tetap juga berlaku.
“Kau janganlah takut. Aku buat
perlahan-lahan je. Kata nak berubah.
Karang kalau kau pergi saloon dengan rambut yang kerinting dan tebal macam ni,
aku takut tak pasal-pasal RM 500 duit kau hangus. Kau nak ke macam tu?” Nadya memujuk.
Dia yang masih ragu-ragu hanya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi, agar segala apa
yang dilakukan Nadya nanti selamat dan tidak melibatkan wad kecemasan.
Hampir 6 jam
juga Nadya bertungkus lumus meluruskan rambut dia. Diselang selikan dengan air
kopi di atas meja, akhirnya rambut yang dulunya kerinting dan menggerbang
seperti polong, kini lurus dan cantik seperti rapunzel. Nadya tersenyum lebar,
begitu juga dengan dia yang tidak habis-habis membelai rambutnya yang lurus
hingga ke paras lutut itu.
“Betullah, memang panjang,” dia
gembira melihat perubahan yang berlaku kepada rambutnya itu.
“Kau nak aku potong?” tanya Nadya.
“Tak perlu, aku suka rambut aku
begini,” jawab dia gembira.
“Aku tau, mesti kau nak tocang
rambut kau tu, lepas itu duduk di balkoni menunggu Badrul datang. Bila dia dah
datang, bolehlah kau lepaskan rambut kau tu. Minta dia panjat dan selamatkan
kau dari rumah aku ni kan?” Nadya saja berseloroh. Ada hilai tawa yang
diselang-selikan dengan kata-katanya sebentar tadi. Dia gugup mendengar
kata-kata Nadya. Walaupun kedengaran bersahaja dan sengaja direka-reka, namun
ada juga terselit kebenaran di dalam kata-kata nadya itu.
“Ish kau ni, mana ada. Memandai je
mulut kau tu kan!” dia bersikap malu-malu. Kali ini dia menguatkan hatinya
untik melihat cermin, melihat wajahnya yang kini berubah, dari seorang yang
biasa, kepada seorang yang manis dan ayu.
“Tengok pada cermin itu. Siapa kata
kau tak cantik?” soal hatinya.
Monday, 23 April 2012
Kopi Janda
"Tahniah, Rul! Akhirnya kau nak kahwin! Aku gembira untuk kau!" Aiza Gendut menjerit gembira setelah Rul menyerahkan kad undangan perkahwinannya ketika waktu rehat di gerai Mak Jah Janda.
"Terima kasih. Jangan lupa datang. Tak payah susah-susah nak bagi hadiah. Bagi peti sejuk dah le," Rul akhirnya duduk di kerusi.
"Untuk aku, kad takda ke?" Husin Dangdut mencelah.
"Kau datang le sekali dengan B kau ni. Kirinya kapel set datang. Dia kan bakal bini kau jugak," Rul menjawab sambil menjeling ke arah Aiza Gendut.
"Entahnya, Rul. Bila la dia masuk minang. Asyik duit tak cukup je. Malam-malam pergi dangdut. Benci mak!" Aiza gedik-gedik merajuk.
"Mak Jah, Kopi Janda satu!" Rul melaung ke arah Mak Jah yang sibuk merendam bra-nya dalam sup tulang tanpa pengetahuan orang ramai.
"Kau ni Rul. Asyik-asyik minum kopi janda. Entah-entah bakal bini kau pun janda. Mintak simpang!" Aiza bergedik lagi.
"Eh, you ni, Aiza. Apa salahnya janda, badan sedap. Punggung besar. Abang like!" Husin Dangdut mengusik.
"Hish, abang ni! Aiza benci! Tak nak kawan!" Aiza bertambah gedik.
Rul melihat telatah rakan pejabatnya dengan ketawa. Dia sudah biasa benar dengan kegedikan mereka itu. Tidak lama kemudian, Mak Jah Janda membawa kopi janda ke meja Rul.
"Nah, Rul. Kopi janda kau. Dengar cerita kau nak kahwin. Dengan siapa? Anak dara ke janda? Mak Jah bukan apa, saja nak tau. Ye lah, hari-hari minum kopi janda, nanti gian kat janda, susah kau nanti, Rul. Lainlah janda yang masih bergetah macam Mak Jah ni. Dijamin rapat!" Mak Jah Janda membebel.
"Hish, Mak Jah ni! Tentu la Rul kahwin dengan anak dara. Dia kan bujang bergetah lagi!" Aiza Gendut seakan marah.
"Apa salahnya kalau aku kahwin dengan janda?" Rul tiba-tiba bersuara, menyebabkan semua terkejut.
"Janda!!? Kau biar betul, Rul?" Aiza Gengdut terkejut.
"Memang aku tahu kau suka bini punggung besar kan? Sebab tu kau pilih janda!" Husin Dangdut melawak.
"Itu lah, penangan kopi janda! Akhir-akhir dapat janda betul!" Mak Jah Janda menambah.
Sekali lagi Rul ketawa kerana betapa ceteknya pemikiran rakan-rakan sepejabatnya.
"Ya, betul. Aku akan kahwin dengan janda. Apa salahnya kan? Dah jodoh aku dengan janda. Aku terima seadanya," Rul menjawab ikhlas.
"Kau tak geli ke makan bekas orang?" Aiza Gengdut terus bertanya tanpa selindung, kerana dia memang terkenal dengan kecabulan mulut becoknya.
"Buat apa nak geli kalau yang sudah halal?" Rul menyoal kembali, sambil menghirup kopi janda.
"Aku bukan apa. Kesian kat kau. Bujang lagi, tapi dapat janda. Macam la tak ada anak dara lain kat dunia ni," Aiza Gengdut membebel.
"Kau jangan pandang janda sebelah mata, Aiza. Tengok Mak Jah ni, walau janda, tapi body maintain kalah anak dara tau!" Mak Jah berposing menunjukkan badannya yang cantik dengan memakai korset dan kebaya sendat.
"Lazat...," Husin Dangdut tak habis-habis memandang punggung Mak Jah yang seksi itu.
"Abang Husin!!! Mencik!!!" Aiza Gengdut menarik telingan Husin Dangdut.
"Jadi betul la kau akan kahwin dengan janda ni, Rul?" Mak Jah Janda mahu mendapatkan kepastian lagi.
"Ya betul. Saya akan kahwin dengan janda," Rul menjawab sambil minum kopi janda lagi.
"Salmiah Jamil Abdullah!!? Kampungnya nama bini janda kau tu! Tak kelas!" Aiza Gengdut menjerit lagi setelah membaca nama bakal pengantin perempuan.
"Biarlah nama kampung pun. Yang penting hati dia ikhlas terima aku yang tak berapa kacak tapi jambu ni," Rul membalas.
"Kau bukan main moden perangai. Suka beli mainan, pakai baju kartun, makan ais krim, pastu perangai budak-budak. Memang bagus la tu dapat janda. Kau budak-budak, dia mak-mak," Aiza Gengdut memerli.
"Bagus la macam mak-mak. Syurgakan ditapak kaki mak," Rul membalas perlian Aiza sambil minum kopi janda.
"Hish, tak kuasa aku layan kau tau! Tak akan kalah! Abang, jom kita masuk pejabat!" Aiza Gengdut menarik tangan Husin Dangdut.
"Eh, berdosa tau sentuh tangan lelaki sebelum kahwin!" Rul memerli dengan sengaja bercakap kuat ke arah Aiza Gengdut.
Mak Jah Janda dan pelanggan-pelanggan lain ketawa.
"Jangan lupa datang ye, Mak Jah," Rul berkata sambil memberikan kad jemputan kahwinnya.
---
Sebulan kemudian, tibalah masanya majlis perkahwinan Rul dengan Salmiah Jamil Abdullah. Aiza Gendut dan Mak Jah Janda pergi ke kampung Rul di Kelantan dengan menaiki kereta Husin Dangdut. Ketika mereka sampai, rumah Rul dipenuhi dengan perhiasan-perhiasan perkahwinan yang penuh gemilang.
"Tak sabar aku nak tengok janda Rul tu. Mesti punggung dia jatuh!" Aiza yakin isteri Rul memang seburuk-buruknya.
Mereka bertiga masuk ke dalam untuk melihat Rul dengan isterinya. Ketika ini Rul sedang mahu masuk ke dalam kamar pengantin untuk upacara menyarungkan cincin. Aiza Gendut, Mak Jah Janda dan Husin Dangdut mengikut dari belakang. Aiza Gendut telah bersedia dengan bahan-bahan kutukan untuk mengenakan isteri Rul kerana dia janda. Namun apabila mereka bertiga bertemu isteri Rul...
"Bini kau Scarlett Johansson!!?" Aiza Gendut menjerit sekuat hatinya.
Aiza Gendut pengsan kerana terlalu terkejut, namun setelah dia terjaga kembali, dia menerima satu berita yang lagi mengejutkan dari Husin Dangdut!
"Abang nak bagitau. Bulan depan abang akan kahwin dengan Mak Jah Janda. Jangan marah ek, Aiza," Husin Dangdut memberitahunya.
Sekali lagi, Aiza Gendut pengsan kerana penangan Janda!
p/s : If only this story is true...hahaha... trying to be a bit comedic ~
Sunday, 22 April 2012
Dan Akhirnya Biola Itu Berlagu... #2
Episod #1
Roti bakar yang sudahpun siap disapu dengan mentega diletakkan di atas meja. Balqis menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya, perlahan dan penuh sopan mencirikan keanggunan seorang wanita. Matanya melirik kepada Yusuf yang baru sahaja menuruni anak tangga dan menghampirinya perlahan.
Roti bakar yang sudahpun siap disapu dengan mentega diletakkan di atas meja. Balqis menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya, perlahan dan penuh sopan mencirikan keanggunan seorang wanita. Matanya melirik kepada Yusuf yang baru sahaja menuruni anak tangga dan menghampirinya perlahan.
“Assalamualaikum, bu... selamat pagi!”
Dahinya dicium lembut. Satu-satunya zuriatnya itu berkalih mengambil tempat di sebelahnya. Salam kesejahteraan itu dijawab Balqis seadanya. Diperhatikan Yusuf yang sedang mengunyah lazat roti bakar kegemarannya itu.
“Yusuf selesa tinggal di sini?”
Anak muda yang mirip sekali wajah ayahnya itu mengangkat muka. Merenung ibunya lembut. Yusuf menganggukkan kepala sambil mengukir senyum manis. Soalan ibunya melontar dia kepada ingatan alunan biola yang enak dinikmatinya saban malam.
“Bu, malam-malam ibu ada dengar apa-apa tak?”
Balqis mengerutkan dahi. Tanda hairan dengan soalan yang diajukan Yusuf.
“Dengar apa. Yusuf? Ibu tak dengar apa-apa pun...”
Yusuf hanya terdiam dan seterusnya mengukir senyum kepada Balqis.
“Tak ada apa-apalah, bu! Ibu, Yusuf naik atas dulu...”
Yusuf meneguk kopi pahitnya sehingga tidak bersisa lalu kemudiannya cawan diletakkan kembali di atas piring. Yusuf bangun dan memeluk bahu ibunya sesaat sebelum berlalu ke tingkat atas.
Balqis menghantar Yusuf ke arah tangga menuju ke tingkat atas dengan ekor matanya. Dia menghela nafas panjang. Yusuf, anaknya itu sekali imbas jika dipandang, saling tidak tumpah seperti Sulaiman. Balqis tersenyum pahit.
Ingatan kepada Sulaiman, arwah suaminya yang hujung bulan ini, genab 19 tahun telah meninggalkan dunia akibat peristiwa hitam yang meragut kebahagiaannya itu mengusik hati.
Balqis meninggalkan meja makan dan membawa diri ke beranda. Semilir laut yang mesra menyapa tubuhnya dinikmati perlahan. Entah kenapa dia berkeputusan untuk kembali ke banglo ini selepas 19 tahun. Entah apa yang membuat dia kembali selepas bertekad untuk tidak lagi menjejakkan kaki ke bumi Terengganu ini 19 tahun yang lalu. Balqis berpeluk tubuh. Entah kerana dingin atau entah kerana hangat.
Kerana Yusuf! Ya, kerana satu-satu zuriatnya itu... kerana Yusuflah dia kembali memijak tanah berdarah ini. Balqis menelan liur. Pahit. Wajah Sulaiman hadir dalam ingatannya saat itu. Di beranda itulah tempatnya Sulaiman selalu memeluknya dengan erat sehinggalah keindahan rona bayang senja yang menyelimuti dada langit menghilang dan digantikan dengan gelap malam. Cinta serasa mekar berpayungkan cahaya perak sang ratu. Kenangan semakin mengulit. Balqis hilang.
“Qis...”
Balqis menyandarkan kepalanya pada dada Sulaiman yang sedang erat memeluk tubuhnya. Matahari kala itu sudah kelihatan segan benar untuk terus berada di langit barat. Warna jingga yang kasar dan terang semakin galak membaluti hampir keseluruhan tubuh langit. Suasana indah yang sedang dinikmatinya itu terasa begitu bermakna dengan kehangatan pelukan si suami yang terlalu amat dikasihi. Sulaiman mengusap perutnya yang sudah mulai membesar. Zuriat yang terhasil dari perkongsian rasa cinta yang terlalu agung antara dia dan suaminya.
“Aku risaukan kau, Qis...”
Balqis merasa terganggu. Keindahan ciptaan Allah yang Maha Agung tidak lagi menjadi tumpuannya. Balqis berpaling menatap wajah suaminya.
“Kandungan kau sudah masuk empat bulan. Wang simpanan kita tak banyak. Apa akal aku, Balqis?”
“Man, kenapa bicara begini? Bukankah anak ini rezeki buat kita. Kita terima kehadiran dia dengan seadanya. Balqis sudah mula menyediakan kelengkapan bayi sedikit-sedikit dan...”
“Pendapatan aku tak banyak, Balqis. Orang-orang di sini tidak begitu gemarkan ahli muzik. Kalau ada, sekadar undangan di majlis perkahwinan. Susah aku hendak mencari makan di sini...”
Balqis mula merasa tidak enak. Kata-kata Sulaiman sepertinya mengandungi hasrat yang tersirat.
“Terus-teranglah pada Balqis, Man... ada apa sebenarnya?”
“Aku mahu pulang ke Singapura, Balqis!”
Balqis tersentak. Kata-kata Sulaiman menyentak nyalinya kala itu. Ada setitis mutiara jernih gugur sekaligus membasahi pipinya.
“Ibu... kenapa ni, bu? Kenapa menangis...?”
Balqis berpaling. Kenangan lalu yang menerpa lantas dibawa semilir entah ke mana. Dengan pantas tangannya menyapu air mata yang menghiasi pipi. Dia melontarkan senyum kepada Yusuf. Yusuf perlahan menghampiri dan memeluk bahunya.
“Kenapa ni, bu?”
Anak ini terlalu perasa. Demikian bisik hati Balqis. Dia tersenyum lagi.
“Tak ada apa-apa, Yusuf. Angin terlalu kuat. Mata ibu terasa pedih.”
Yusuf terdiam. Masakan tangisan si ibu yang dilihatnya sebentar tadi sekadar disebabkan sang pawana. Dia yakin yang ibunya sedang menyembunyikan sesuatu. Sejak berpindah ke banglo itu, Balqis dilihatnya berlainan benar. Setiap hari termenung di beranda dan ada kalanya menangis sendiri. Sudah beberapa kali dia melihat ibunya menangis tetapi baru hari ini dia tergerak hati untuk menyapa.
“Ibu, jangan bersembunyi dengan Yusuf. Sudah banyak kali Yusuf tengok ibu menangis di sini. Kenapa berahsia dengan Yusuf, bu?”
Balqis terdiam. Dia masih belum bersedia untuk berkongsi rasa dengan anaknya itu. Dia seperti mahu memadamkan sejarah masa lalu tetapi entah kenapa dia membawa Yusuf berpindah ke situ, banglo kecil yang menjadi mahligai cinta dia bersama Sulaiman. Seperti ada sesuatu yang melambai-lambai memanggil dan menggamit dia pulang ke negeri “Ulek Mayang” itu.
“Ibu tak apa-apa, Yusuf... tak usah risau. Ibu cuma teringatkan ayah Yusuf.”
Giliran Yusuf terdiam. Dia seperti hampir membuka mulut untuk bertanya tentang bunyi biola yang didengarinya saban malam. Tetapi, entah kenapa dia merasakan masanya belum tiba untuk dia bertanya. Yusuf terus mengeratkan pelukannya pada Balqis.
“Yusuf, mari kita ke pusara ayah Yusuf...”
bersambung...
bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)