Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Friday, 7 September 2012

Cik Maid,I Need You! Ep4

Sambungan kepada : Cik Maid,I Need You! Ep3


Masa untuk gaji lagi,bulan ni terlambat pulak bagi kepada pekerja. Sekali lagi Mirza ditugaskan untuk memberikan gaji kepada semua pekerja. Mentang-mentang hari minggu, papa dan mama pagi lagi keluar. Entah kemana pula destinasi minggu ni, biarkan mereka.
“Hurm satu envelope lagi ni untuk minah sewel tu. Mana pulak perginya”,Mirza masih tidak dapat lupa dia kena spray dengan Qibthiya beberapa hari lepas. Sejak itu Mirza memanggilnya ‘Sewel’. “Sewel,datang depan kejap”, arah Mirza kepada Qibthiya sebaik sahaja melihat Qibthiya sedang menyusun pinggan di dapur.
“Ya encik, ada ape?”,tanya Qibthiya sewaktu tiba di depan.
“Tu,gaji bulan lepas. Simpan,jangan duk joli je”,
“Terima kasih encik, nasihat sama je encik ni setiap bulan. Taulah saya”, Qibthiya tersenyum sambil memegang envelope. “Encik,saya ada hal nak cakap ni”,
“Apa?”,
“Saya nak berhenti kerja, saya dapat kerja lain. Nanti saya inform Tan Sri dengan Puan Sri. Terima kasih untuk semuanya encik, halal makan dan minum saya semua ya”,ujar Qibthiya.
“Satu lagi.. ni saya pulangkan. Saya tahu ni upah untuk saya menyamar malam tu. Tapi saya ikhlas encik, saya memang tak nak upah pun. Jadi encik ambil balik lah”, sambung Qibthiya sambil meletakkan beg kertas berisi Ipad dan Iphone yang diberi oleh Mirza pada malam itu.
Mirza angkat muka lalu memandang Qibthiya. Hatinya rasa tak selesa,entah kenapa dia rasa lain. Mulutnya terkunci rapat,tak tahu apa yang harus dikatakan. Sepi antara mereka berdua berpanjangan. Qibthiya juga sedih, sedih sebab tak dapat nak kacau Mirza lagi. Erk~!
“Saya minta maaf sebab banyak buat salah dengan encik,saya harap encik maafkan saya. Encik majikan yang baik,betul kata Mak Minah. Esok Mak Minah akan datang kerja”, Qibthiya angkat muka,matanya memandang tepat pada Mirza.
“Ehh encik sedih jugak ke saya nak pergi?”,tanyanya sambil tersenyum.
Senang betul Qibthiya ubah mood, macam ada remote control pulak gayanya.
“Tak pun.. pergi jelah”,
“Tak mengaku la tu. Encik,sambal ada saya buatkan lebih. Saya dah isi botol,ada dalam peti. Sebelum tidur encik minum susu,kalau Mak Minah tak hantarkan ke bilik, encik turun la ambil sendiri. Mak Minah selalu lupa,lagipun encik bukan lumpuh”, kata Qibthiya serius. Seakan hilang sedihnya tadi, Mirza pula angkat kening terdengar ayat tersebut.
“Sempat lagi dia mengata aku”, detik hati Mirza.
“Terima kasih sekali lagi encik”, Qibthiya bangun lalu ditunduk tanda hormat. Dia berlalu pergi.
Mirza? Tak tahu nak hurai..
-----

“Mirza,ehh bangun. Apa tidur dekat meja macam ni”,kejut Tan Sri Ismail.
“Emmm papa...urghhh~~~~ Terlelap pulak,duk semak typo kat artikal tadi”,balas Mirza sambil menggeliat.
“Dah,bangun tidur atas katil. Papa nak masuk bilik dulu”, katanya sambil menepuk lembut bahu anak bongsunya. “Bangun...”, tangannya menarik tangan Mirza hingga ke birai katil. Lalu dia ke pintu untuk keluar,
“Papa,suruh Qibthiya bawakan susu panas segelas. Haus lah..”,
“Lupa lagi la tu, Qibthiya dah dekat 5 bulan berhenti. Mak Minah tidur dah rasanya, sekejaplah biar papa ambilkan”,
“Ehh takpe..takpe...lupa dah minum tadi..heee. Nyte papa”, selimut ditarik selepas pintu ditutup. “Sempat lagi aku menipu malam ni”,detik hati Mirza. Yelah,dia saja nak cover malu.
“Hurm 5 bulan, rasa baru macam semalam awak spray muka saya.. awak teman saya dinner.. 5 bulan dah rupanya awak berhenti kerja. Awak kat mana? Saya tak jumpa pun awak kat mana-mana..”, rungut Mirza perlahan.
Itulah yang selalu dilakukan hampir setiap hari. Setiap hari juga dia lupa Qibthiya sudah tidak bekerja dengannya. Setelah Qibthiya pergi, Mirza rasa sunyi. Kalau dulu boleh juga dia intai-intai Qibthiya buat kerja, sekarang tak lagi. Dia rindu dan dia perlukan Qibthiya, ya itu paling tepat.
Beberapa minggu lepas Nazir juga menegur sikap Mirza, katanya Mirza jatuh cinta. Itu juga yang Mirza agak, jatuh cinta. Perkara yang dia tidak mahukan sewaktu berumur 20an. Targetnya sebelum 35 tahun dia akan berkahwin, 20an ni masa untuk tempa nama. Dia juga mahu menjadi berjaya seperti parents dan juga adik-beradiknya.
Dicapai Ipad milik Qibthiya di atas meja lampu tidur, satu persatu gambar Qibthiya yang sempat Mirza candid dimasukkan ke dalam Ipad. Itulah yang menjadi pengubat rindu Mirza buat masa ini. Mata Mirza kian kesat, rindu pada Qibthiya juga seakan membuak-buak. Serba serbi tidak kena. Matanya kian layu, memori bersama Qibthiya bermain di mata. Akhirnya dia terlena...

5 comments

haii :) baru nak follow cite nih ! menarik ;D

go abam go

sangat teruja nak tau mane qib tu pegi

15:21

Pcl baru je kt sini..

20:09

mirza, ai ade ni. meh sini meh

dill.

tersengih2 membaca...hehhe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...