Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Monday, 1 October 2012

Cik Maid, I Need You! Ep5

Sambungan daripada Cik Maid, I Need You! Ep4


“Assalamualaikum, morning uollss..”, tegur Mirza pada papa dan mama yang sedang bersarapan. Mereka angguk tanda dengar.
 “Terima kasih Mak Minah”, ucap Mirza ketika Mak Minah menuangkan jus oren ke dalam gelas.
“Hari ni balik lambat?”,
“Hari ni macam biasa la papa, tak ada meeting so waktu pejabat jelah. Kenapa?”,
“Papa dengan mama nak ke Terengganu beberapa hari, tengok resort kat sana. Mirza wakilkan kami ke rumah saudara Mak Minah ye esok? Anak sedara dia kahwin katanya”,
Mirza tersedak, spontan tangan mama Mirza menepuk belakang anak bongsunya. “Ish..selekeh lah makan macam ni. Tak kacak tau tak..”,bebel mama.
“Kah...kahwin papa? Ermm sapa?”,tanya Mirza.
“Entah, Mak Minah lupa bawakan kad. Pergi jelah, suruh Zie tempah apa-apa hadiah sebelum pergi”, arah papa.
“Ok papa”, balas Mirza. Dia mula gelisah.

-----

Suasana kampung yang cukup meriah, kelihatan beberapa buah kanopi dipasang di halaman rumah. Tema marine blue dan dusty pink gamaknya jika tengok pakaian dan warna meja makan pengantin.
“Ni anak Tan Sri Ismail kan?”, tegur salah seorang pakcik. Mirza angguk dan senyum, “masuk nak, jangan segan-segan”,jemputnya.
Kaki Mirza menggigil, dia bimbang tidak dapat menahan perasaannya jika betul ini majlis perkahwinan Qibthiya. Perasaan bercampur baur, matanya memandang sekeliling ketika masuk ke dalam rumah. Kelihatan Mak Minah sedang memberikan bunga telur kepada tetamu. Mirza menghulurkan hadiah kepada salah seorang ahli keluarga mungkin kerana pakaian mereka sama. Dia duduk di tepi beberapa orang lelaki yang sedang duduk berbual, ditepinya merupakan pelamin yang sederhana besar. Pengantin tiada,entah kemana.
“Mana pengantin?”,tanya Mirza kepada beberapa orang lelaki tersebut seraya tangan dihulur untuk bersalaman.
“Tukar baju, lepas ni nak makan kat depan pulak katanya”,
“Siapa yang kahwin? Maksud saya pengantin perempuannya tu”,
“Ohh, adik abang. Yang nombor empat,Yaya”,
“Yaya? Qibthiya?”,tanya Mirza seakan terkejut.
“Amalia..Qibthiya tu sepupu kami”,
“Macam tu..”,senyuman di bibir Mirza terukir. Matanya mula galak mencari kelibat Qibthiya, mesti dia datang pada majlis hari ini.
“Assalamualaikum......”, satu suara datang dari arah pintu.
“Hah wasalam,lambatnya kamu sampai Thiya...”,
“Sorry la mak ngah,Thiya datang dengan orang lain. Tu la lambat”,
“Mananya dia? Pakwe la tu”,
“Gedik la mak ngah ni, ni haaa...”, tidak lama kemudian Amir masuk ke dalam rumah. Mirza tersentap dan terus bangun dari duduk. “Ehh, Encik Mirza”,tegur Qibthiya.
“Makcik, saya balik dulu. Ni papa kirim,dia tak dapat datang”, dihulurkan satu envelope kepada makcik yang merupakan ibu pengantin perempuan.
“Buat apa ni, tak payah lah”,
“Ambillah,buat topup belanja ni. Mintak diri dulu makcik”, tangan dihulur.
“Tak makan dulu ke?”,
“Takpelah,pekerja call kata client tunggu. Pergi dulu”, dalih Mirza lalu berlalu di depan Qibthiya dan Amir.
“Huh! No smile again..and again~~~~~~!”, cemuh Qibthiya dalam hati setelah Mirza berlalu dari tepinya. Qibthiya menyampah apabila melihat Mirza, rasa benci meluap-luap. Kenapa tegur tadi kalau benci? Tu tanda dirinya masih manusia normal yang hormat bekas majikan.
Amir hanya senyum.
“Future husband konon...”, kata Amir perlahan.
Mirza sempat mendengar ayat yang keluar dari mulut Amir, dia teruskan langkahnya tanpa berpaling.

“Argghhhh~~~ Sia-sia jelah aku duk ingat kau perempuan. Kau rupanya semangat dengan Amir tu. Berambuslah korang!”, jerit Mirza kuat. Mujur biliknya kedap udara. Dia terbaring di katil,matanya ditutup rapat.

------ 

“Mama dari mana pulak ni?”, tanya Mirza sebaik sahaja melihat mamanya termengah-mengah menjinjing beg kertas. Nampak gaya baru lepas shopping sakan. Dah tahu pun tanya lagi ~~~~
“Beli barang sikit. Ehh Mirza tak ada jumpa Qibthiya ke?”,
“Ada,minggu lepas kot. Masa pergi kenduri”, jawab Mirza malas. Matanya terpaku pada majalah Maskulin edisi terbaru.
“Lah,tak jumpa dah lepas tu? Pergilah ajak dia keluar ke apa. Tadi pun mama shopping dengan dia la. Bawa jumpa kawan-kawan mama,ramai je yang berkenan nak buat menantu”,
“Ikutlah mama.. tak berminat pun nak keluar dengan dia. Dia lama hilang tak ada pula dia cari kita,kerja sakan. Esok lusa menikah pun lupa kita jugak tu”,
“Setakat kerja tepi rumah dia je,apa sangat la sibuknya. Pandai je cakap dia nak kahwin,dia kata kat mama yang dia belum ada yang punya lagi tau”,
“Ohh ye..umm...”,matanya masih menatap majalah tetapi fikirannya sudah terbayangkan wajah Qibthiya.
Deringan telefon mematikan imiginasi kreatif di minda Mirza, deringan bukan main panjang tapi mesej saja yang masuk.
“Chow dulu mama,jumpa kawan jap”, dahi mamanya dikucup lembut. Segera anak kunci motor berkuasa tinggi dicapai, dia melangkah keluar dari rumah.


Pusat ‘karok’ kelihatan lengang pada ketika itu,mungkin kerana malam masih muda. Ohh cop~! Ni pusat berlesen , tak ada lesen tak main lah kan. Kakinya terus melangkah masuk ke salah sebuah bilik ‘karok’, langkahnya terhenti sebaik sahaja melihat Amir sedang duduk minum.
“Lambat betul kau,yang lain dah lama dah”,
“Bunyi macam ramai,bertiga je...?”,balas Mirza seakan perli apabila disapa oleh Nazir.
“Jap lagi ada la yang lain. Aku kenalkan,ni Amir. Dia kawan aku masa menengah atas dulu. Amir,ni boss aku Mirza”,Nazir perkenalkan keduanya. Mirza hanya angguk dan Amir senyum sedikit.
Mirza mengambil tempat duduk betul-betul depan Amir. Nazir pula ditengah-tengah, tiada siapa menyanyi. Hanya Nazir yang buka topik perbualan, tidak lama kemudian Nazir menjawab panggilan telefon. Ditinggalnya Mirza dan Amir sahaja di dalam bilik tersebut. Mirza hanya senyap sambil makan kacang.
“Tak sangka la aku,dalam dunia sekarang ni ada juga orang yang over confident”, mula Amir. Matanya menatap terus pada wajah Mirza yang cukup pakej, “setakat rupa dan duit ada bukan menjanjikan boleh dapat semua. Future husband.. hahaha..kelakar”,
“Kelakar? Gelak la lagi kalau kelakar. Setakat hahahaha tiga empat kali mana cukup”, balas Mirza pula.
“Apa khabar jiwa kau bro? Punah ranah dah? Cantum dah?”,
“Bila pulak retak?”,
“Belum retak ke? Kalau aku kata Qibthiya dah setuju nak jadi isteri aku,retak tak? Ke belum?”,
“Bro,aku rasa la kan..ni aku just rasa la.. dulu masa mak kau pregnant,dia nak baby girl. Tapi dapat kau,tu mulut kau macam tu. Macam perempuan, pot pet..pot pet. Senyap sudah lah.”, Mirza tersenyum sinis,makin rancak giginya mengunyah kacang di dalam mangkuk. Dicapai juga kentang goreng yang terhidang,dikunyah lagi. Matanya menikam mata Amir.
“Orang kalah kan..ayat pasrah je”,
“Kalau kau rasa kau boleh ambil dia,kau ambil la bro. Aku tak suka sangat bersaing berebut benda yang satu. Silakan..tu pun kalau kau dapat. Tapi aku rasa setakat kau,tak kot”,
“Aku akan dapat apa aku nak”,balas Amir angkuh. Disilangkan kakinya lalu bersandar diatas sofa empuk sambil berpeluk tubuh.
“Kat dunia ni,kita macam boneka. Kau tak boleh nak buat kau punya cerita,sebab kau diarah untuk lakonkan apa yang ada dan bercakap apa dalam skrip. Jadi,simple je aku nak kata.. kita boleh dapat apa kita nak tapi kita tak boleh terlalu berharap sebab ada lagi tukang penentu kat atas sana. Lagipun aku rasa dia boleh nilai baik buruk yang ada pada seseorang”, jelas Mirza panjang.
Kini dia sudah berdiri,panas sudah mungkin kerusi. Duduk pula depan orang yang dia tak suka,hangus~!
“Dan kau,tak payah nak tunjuk baik sangatlah.. Apa kau fikir ye? Cakap dia awek la,future wife la. Tapi bohong semuanya,malu la sikit. Mengendap pada orang tak sudi”,
“Hoho..listen,aku tak pernah cakap pun kan aku tak suka dia? But yes, I really like her, love her. Tapi aku tak ada la nak ambil kesempatan nak merosakkan orang kan”,
“Heh.. tak payah jadi malaikat..”,
“Amir Jamri.. aku bukan macam kau bro. Nampak nerd tapi hero ranjang, biar orang kenal aku macam ni dan tahu aku macam mana. Tak perlu susah-susah nak pakai topeng kat muka”,
“Maksud kau?”,
“Kau ingat aku tak kenal ke kau? Amir Jamri,budak Gopeng. Awek keliling pinggang, masuk satu pesakit cun kau sapu..masuk lagi kau sapu.. Datang yang nak gugurkan kandungan,kau gugurkan walaupun darah daging kau yang kau bunuh tu. Manusia jenis apa ye kau..”,
“Kenapa gaduh macam perempuan nih... Haish~!”, detik hati Mirza tiba-tiba. Sempat lagi~!
Melayang penumbuk di muka Mirza saat fikiran Mirza melayang entah kemana seketika tadi,Amir mula berang. Mirza terduduk di kerusi, tangannya menyapu sedikit darah yang mengalir di tepi bibir. Terkejut kau~!
“Sakit hati bro? Benda betul.. Kalau kau nak Qibthiya,pastikan kau ubah perangai kau. Kalau tak,aku tak benarkan kau sentuh dia pun. Sebab aku rasa aku lagi layak”,sambung Mirza lagi.
“Kau memang nak mampus hari ni kan,kau ingat aku peduli kau tahu pasal tu semua? Kau rasa Qibthiya nak percaya kata-kata kau? Dia tak akan percaya pun sebab dia tahu sekarang yang kau lagi teruk. Kau tahu apa dia tahu?Aku beritahu,kau dah buntingkan Misya. Misya datang nak gugurkan kandungan kat klinik aku sebab kau suruh. Kau rasa dia tak jijik dengan kau?”, tangannya kuat menggenggam kolar baju Mirza.
“Misha mengandung? Bukan aku yang buat”,
“Memang la bukan kau buat,tapi aku. Dia mengandung anak aku.. Haha..Kau tak payah nak berangan la nak cakap pada Qibthiya,aku rasa diludahnya muka perosak macam kau ni”, Amir ketawa terbahak-bahak.
Kali ini Mirza pula menolak tubuh Amir kuat,terlepas tangan Amir dari kolar baju Mirza. Beberapa penumbuk hinggap di muka dan tubuh Amir,Mirza lepas geram.
“Kau lagi hina dari binatang!”,jerit Mirza. Amir hanya ketawa.
Mirza berlalu kearah pintu keluar,dia tidak mahu memandang wajah Amir lagi. Pintu ditarik,ternyata Nazir dan Qibthiya betul-betul berada di depan pintu.
“Thiya..!”, panggil Amir,ketika itu ketawanya mati.
“Tak sangka awak macam ni Amir, awak buat saya jijik dengar nama Mirza. Serba serbi benda buruk awak cerita pada saya tentang dia. Kenapa? Macam ni ke kawan?”, air mata Qibthiya luruh.
Mirza sudah tidak mampu berada disitu,sakit kena pukul lagi,sakit tengok orang yang dia sayang sedih lagi. Dia terus berlalu dari situ meninggalkan mereka semua.
“Thiya, I’m so sorry. I buat semua ni sebab I sayang you. Dari dulu lagi,dari kita study lagi”,
“Masalah sekarang ni awak dah menipu. Kenapa sampai nak kaitkan Mirza?”,
“He love you! Tapi...tapi I lagi sayang you”,
“Kau dah memalukan aku sial~!”,bentak Nazir. Ditumbuk lagi muka Amir,kini Amir terjatuh. Qibthiya hanya mampu melihat, jiwa kacau. Dia melangkah keluar dari tempat itu dan memandu pulang. Entah apa yang dia patut rasa ketika itu, mempercayai orang yang salah.


Beberapa bulan sebelum...

“Hye Thiya, lama tunggu? Sorry pesakit ramai tadi”, sapa Amir ketika berjumpa Qibthiya di restoren. Mereka sudah berjanji nak lunch sama-sama pada hari ini.
“Sokey, tak kisah pun. Kerja okey?”,
“Okey je,penat sikit lah. Dengar kata dah berhenti kerja? Kenapa? Sekarang kerja kat mana?”, soal Amir.
“Macam polis tanya soalan. Sekarang kerja kat rumah. Parents ada buka pusat kesenian. Jadi saya urus kat situ”,
“Menarik je bunyi. Kerja rumah Tan Sri Ismail tak best ke?”,
“Best, mereka baik sangat. Encik Mirza pun sama. Baik sangat..”,
“Encik Mirza? Future husband awak tu?”,
“Sebenarnya saya menyamar je jadi kekasih dia. Hehe”,
“Owh, bagus juga awak tak kerja kat situ. Risau saya”,
“Kenapa?”, tanya Qibthiya curiga.
“Mirza tu terkenal dengan full package dia. Bukan pakej dalam bisnes je, pakej kotor pun expert”,
“Tak faham. Awak cakap straight boleh?”,pinta Qibthiya.
“Dia tu kaki perempuan la Thiya. Ramai awek , bila dia dah rosakkan dia tinggal la. Perempuan pulak beratur nak dia walau tahu dia macam tu. Saya dapat tahu dari kawan saya, malam awak temankan dia dinner tu dia ada plan”, Amir berhenti seketika. Wajah Qibthiya dipandang.
“Malam tu patutnya dia kendurikan awak, tapi plan dia hancur sebab awak sakit malam tu. Kalau tak, habis dah awak ni”,sambung Amir.
“Ish, tak baik tipu.. Dia tu baik lah. Malam tu dia jaga saya baik. Tak baik fitnah”, Qibthiya tak percaya kata-kata Amir. Tapi dia sangsi juga.
“Tu atas awak la nak percaya ke tak. Hah lagi satu, Misya. Kenal kan? Kawan Mirza. Dia ada datang ke klinik saya hari tu. Nak gugurkan kandungan. Saya tak nak buat, saya tanya siapa suruh dia buat. Dia kata Mirza. Mirza bayar dia 200 ribu untuk gugurkan, dia siap tunjuk cheque depan saya lagi. Saya pun tak nak percaya tapi tu lah, power of money”,
Bulat mata Qibthiya mendengar apa yang disampaikan. Sebelum itu dia ada terjumpa Misya, memang Misya kelihatan tak sihat. Qibthiya mula rasa benci terhadap Mirza. Depan baik, belakang syaitan~!
Amir tersenyum melihat Qibthiya yang kelihatan tidak tenang.

p/s : minta maaf kalau tak kena dengan selera pembaca,akan tamat beberapa episod lagi. T_T

2 comments

sila sambung...hehhhe

insyaAllah 23hb ni :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...