Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Wednesday, 14 November 2012

Cik Maid, I Need You! Ep6

Sambungan daripada Cik Maid,I Need You! Ep5

Qibthiya duduk bersahaja di bangsal berdekatan rumahnya, angin lembut menyapa wajahnya yang putih bersih. Sudah berpuluh kali Amir menelefon Qibthiya,mahu menjelaskan apa yang kurang jelas mungkin. Tetapi pada Qibthiya,semuanya sudah jelas. Ternyata Amir memang menipunya, apa sahaja yang keluar dari mulut Amir berkaitan Mirza semuanya tipu.
Bukan sekali dua Amir menceritakan benda tidak elok,tetapi banyak. Dia hampir-hampir termakan kata-kata Amir sehinggakan dia merasa bahawa Amir jujur padanya. Amir menunjukkan sikapnya yang sebenar dan bukan bertopeng, tetapi ternyata sangkaannya salah juga.
“Thiya..dah seminggu macam ni. Pergilah jumpa Mirza,minta maaf dengan dia sebab Thiya sangka dia bukan-bukan. Jangan duk macam ni je,risau kami”,ujar Mak Minah yang datang dengan membawakan hidangan minum petang.
“Thiya malu mak long, mesti dia dapat rasa yang Thiya memang jijik dengan perangai dia, Thiya tak percaya kat dia. Dia mesti fikir Thiya teruk,”,
“Tapi Thiya tahu dah kan benda sebenar,jadi tak payah nak malu la. Ke Thiya pernah perli atau marah-marah dia sebelum ni?”,
“Layan macam biasa,last jumpa pun masa kenduri. Tak ada la nak marah ke apa,tapi rasa menyampah tu ada. Mak long..bersalah sangat ni rasa”, tangan Mak Minah diraih.
“Jumpa dia,Mirza tu dari kecil mak long jaga. Lembut hatinya”,


Setelah mendapat mesej dari Qibthiya, Mirza segera bertolak ke Restoran Zam. Pada mulanya dia malas untuk berjumpa tetapi dia juga rindu pada Qibthiya maka digagahkan juga untuk berjumpa. Motif apa dia nak jumpa,itu Mirza tak pasti.
Dari jauh Mirza melihat Qibthiya duduk di kerusi hujung, dia kelihatan ringkas dengan hanya mengenakan baju kurung English cotton berbunga halus berwarna merah jambu. Mirza melangkah mendekati Qibthiya dan duduk di kerusi berhadapan dengan Qibthiya.
“Air saya ke ni?”,tanya Mirza sebaik sahaja melihat jus tembikai di hadapannya. Qibthiya angguk. “Thanks,cepat order”,
“Saya nak jumpa ni sebab nak minta maaf”,Qibthiya terus terang.
“Minta maaf? Ohh sebab yang hari tu? Tak kisah pun,awak pun bukan kenal saya macam mana kan. Bukan salah awak pun nak percaya kata-kata Amir”, balas Mirza. Dia sebolehnya tidak mahu memanjangkan hal tersebut. Biar tutup begitu,lagipun tiada pula dia dapat gangguan dari Amir.
“Tapi tetap salah saya sebab percaya tanpa usul periksa”,
“Saya sebenarnya... lapar, awak tak order makan ke?”, Mirza cuba alik topik. Selang habis ayat, waiter datang dan menghidangkan beberapa jenis lauk pauk dan nasi. “Thanks”, ucap Mirza pada waiter. “Tangkas lah awak,semua siap”,
“Saya kan pernah jadi pembantu rumah awak”,ujar Qibthiya. Dia tahu Mirza malas nak bercakap soal Amir dan hal lepas. Dilayankan sahaja kehendak Mirza walaupun serba sedikit ada lagi rasa bersalah pada dirinya.
“ Ye mantan cik maid. Eh awak dengar semua yang saya borak manja dengan kawan awak malam tu?”, tanya Mirza tiba-tiba. Matanya menatap Qibthiya, dan Qibthiya angguk. “So awak dengar la yang saya kata saya suka awak?”
“Dengar, kenapa? Awak nak kata yang awak saja je cakap macam tu? Sebab nak hangatkan lagi keadaan?”,Qibthiya terus assume.
“Tak lah,memang betul saya suka awak. Best lah butter prawn ni..cuba-cuba”,diletakkan di dalam pinggan Qibthiya. Matanya terus mamandang makanan,Qibthiya terdiam seketika.
Seusai makan dan menjelaskan bil, Mirza dan Qibthiya keluar dari restoren tersebut. Waktu sudah hampir pukul 10 malam,hujan pula sudah mula turun.
“Thanks belanja,sepatutnya saya yang belanja awak. So drive elok-elok and goodnight”, ujar Qibthiya.
Dalam hatinya dia masih ragu. Betulkah Mirza sudah memaafkannya? Cepat benar. Mirza tak marah ke?
“Kereta awak mana?”, tanya Mirza sebaik sahaja dia melihat Qibthiya masih berdiri di situ.
“Saya datang dengan teksi tadi, kereta masuk wad sekejap”,
“Ohh kalau macam tu takpelah, saya chow dulu. Bye”, Mirza melangkah pergi ke kereta yang berada tidak jauh dari situ.
“Ei geram betul aku, bukan nak pelawa hantar aku balik ke tak. Ada ke patut bye je dia cakap, teruk la mamat sorang ni”, rungut Qibthiya.
“Oii mantan cik maid, tak payah buat gila bebel sorang kat situ. Naik jelah sini. Macam la tak biasa. Adoiii!”, laung Mirza separa kuat
Cepat-cepat Qibthiya masuk ke kereta Mirza, dia segan apabila Mirza seakan dapat membaca apa yang difikirkan. Dia angkat muka dan memandang Mirza yang sedang memandangnya,
“theee!”, Qibthiya senyum lebar sambil mengecilkan matanya.
“Bajet cute la? Ke macam mana? Hurm,macam-macam”,
Qibthiya buat muka, Mirza buat tak tahu dan keretanya meluncur laju meredah jalan raya yang masih sibuk. Jari Mirza menukar siaran radio, dia cekap mengawal papan touch screen walaupun matanya memandang ke hadapan.
“Ala..jangan la kacau,nak dengar lagu tadi..”, Qibthiya menolak tangan Mirza. Ditukar kembali ke Suria Fm.

setiap hari ku bayangkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku lakukan
demi kamu (demi kamu)

setiap hari ku harapkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku berikan
demi kamu demi kamu

“ku takut kan kehilanganmu”,tutur Qibthiya perlahan mengikut rentak lagu. “Kalau la saya boleh cakap lagu ni untuk awak..hurmm”,
“Untuk saya ke? Terima kasih..sedap, first time dengar ni”,
Qibthiya tertunduk,kening terangkat. Seram pula dirasakan apabila apa yang terdetik dihati seakan dilaung sehingga Mirza tahu. Tak boleh jadi ni!
“Ehh, jap awak. Kenapa kita balik ke laluan rumah awak?”,
“Saya mengantuk dah,lagipun rumah awak jauh kan. Balik rumah saya jelah, esok saya hantar. Makcik awak pun ada..”, jelas Mirza sambil menutup mulut dan menguap.
“Ehh..”, tak tahu nak kata apa.

*** 

“Boss, parah ni boss. Parah!”, kata Nazir yang meluru masuk ke pejabat Mirza.
“Ape kes pulak ni.. ketuk pintu pun tak. Pehal?”,
“Ni boss.. cuba boss tengok ni, dah jadi trending nama boss di Twitter. Anak bongsu Tan Sri Ismail bawa perempuan balik rumah. Tengok Google, taip nama boss keluar apa. Hah, Google Images ni. Tengok keluar apa. Mati kita boss, kalau client tahu habislah bisnes kita boss”,
“Ohh..yang ni malam tu ni. Hurm tak pandai juga orang ni snap gambar, orang snap la penjuru ni baru nampak muka dua-dua. Ni asyik muka aku je,tahu la aku kacak”, ngomel Mirza
“Boss, ini serius. Boss dalam bahaya...boss dalam bahaya...boss dalam bahaya sekarang..”, kata Nazir sambil menyanyikan dalam rentak lagu Wonderpets.
“Serius la ni, apa nak takut kalau tak betul. Lagipun bukan ada buat salah. Ni gambar masa keluar makan, then ni gambar dia masuk kereta..ni..ni gambar dia masuk dalam rumah aku. So apa yang gelabah sangat?”,
“Reputasi boss. Apa nanti orang fikir? Boss duk ‘main’ dengan perempuan, tak nikah pulak tu”,
Tangan Mirza menjawab panggilan dari telefon bimbitnya,
“Erm tahu dah, so macam mana?”, tanya Mirza. “Ohh ok then. Saya tunggu kat office”, talian diputuskan. “Relax Nazir. Call press, suruh datang jumpa aku kat office lepas ni”,
Mirza tersenyum, dia tahu ini angkara siapa. Kereta Amir diparking tidak jauh dari kawasan restoren pada malam tersebut. Oleh kerana itu Mirza memanggil Qibthiya naik bersamanya dan pulang ke rumah. Mirza juga tahu Amir mengekorinya hingga ke rumah. Nak buat dajjal pun tak pandai, puii!
Seperti yang dijangka, pejabat Mirza penuh dengan wartawan dari pelbagai stesen televisyen. Qibthiya duduk dan tersenyum sahaja di tepi Mirza. Tidak lama kemudian wartawan mula menghujani Mirza dengan pelbagai pertanyaan.
“Saya rasa En.Mirza dah tahu tentang gambar tu. Jadi apa penjelasan En.Mirza. kenapa kalian berjumpa malam tu?”,
“Sebenarnya selepas beberapa bulan dinner company, saya dan Qibthiya ada masalah. So kami lost contact, bila makin lama masalah makin timbul dan rupanya itu hanyalah fitnah untuk merenggangkan hubungan kami. Jadi malam tu kami just keluar dinner sama-sama. Public, tak ada nak sorok-sorok”,
“Selepas dinner tu ada gambar menunjukkan Encik membawa Cik Qibthiya ke rumah Encik. Bukan ke tak manis kalau lelaki dan perempuan berdua-duaan sebegitu? Memandangkan Encik datang dari keluarga ternama jadi bukankah menjadi tanggungjawab Encik untuk jaga air muka keluarga?”,
“Dari mana korang tahu kami berdua-duaan dalam rumah tu? Blogger? Atau Mat Anon? Benda tak pasti kan? Kalau dah tahu kami berdua-duaan kenapa tak ada pula rombongan dari majlis agama datang buat lawatan malam tu? Tak logik sangat kat situ nak kata kami berdua dalam rumah tu”, jawab Mirza. Walaupun tadi dia tenang, tapi sedikit sebanyak dia sudah mula rasa geram.
“Sebenarnya makcik saya kerja sebagai pembantu rumah di rumah tu. Malam saya sampai kesana, masa tu jam 9 malam. Masa tu makcik saya ada, ahli keluarga Mirza pun semua ada. Iparnya dan anak saudaranya juga ada bermalam di sana kerana abang kepada Mirza ke Bandung. Jadi kami bukan berdua. Kami tahu batas kami, dan kami tahu halal dan haram”, sambung Qibthiya tenang.
“Tetapi bukan tak manis ke anak dara ke rumah lelaki malam-malam?”,
“Selepas dinner, saya ada melamar Qibthiya ketika dalam kereta. Jadi dia setuju, saya bawa terus dia ke rumah sebab nak share berita gembira tu. Perasaan masa tu tengah excited sangat, tu je minda sempat fikir. Lagipun dari dulu lagi dia bukan orang luar, rumah tu dah macam rumah dia. Saya rasa tu tak menjadi isu”,
“Tahniah untuk korang berdua. Agaknya bila majlis tu akan berlangsung?”,
“InsyaAllah dalam masa terdekat, saya pun dah tak mahu lama-lama. Akan saya beritahu nanti”,
“Pesanan encik kepada tukang pembuat cerita?”,
“Saya sebenarnya malas nak bergaduh tapi benda ni melampau. Kalau orang tak tahu cerita sebenar, nama saya dan bakal isteri punah ranah. Kerjaya kami hancur. Jadi saya tahu si pembuat cerita tu siapa, nantikan surat dari mahkamah. Mungkin orang sebegini perlu diaajar sekali sekala”,
Seusai sesi soal jawab dari wartawan, Mirza menarik nafas lega. Qibthiya pun sama. Nazir adalah orang yang paling lega kerana nama boss kembali bersih. Cuma Nazir terkejut kerana dia juga baru tahu tentang lamaran tersebut.
Pesanan ringkas dari ibu yang berada di kota London dibalas ringkas. Dia tidak mahu ibunya risau, lagipun semuanya sudah selesai.
“Awak.. nanti boleh hantarkan saya balik? Saya datang dengan kawan tadi”, tanya Qibthiya kepada Mirza yang asyik memandang telefon.
“Boleh sayang”, senyuman dihadiahkan.

-------
Sambungan perbualan dalam kereta....
“Ehh...”,tak tahu nak kata apa.
“Apa ehh? Bukan tak biasa balik rumah saya”,
“Dulu tak pe lah, sekarang saya tak kerja dengan awak dah. Nanti orang kata apa pulak”,
“Biar jelah apa orang nak kata. Apa kata awak kerja balik kat rumah saya. Saya rasa lain la kalau awak tak ada. Susu tak dihantar, pakaian kotor saya kena angkut sendiri. Kalau awak ada senang. Lagipun sambal sedap tu habis dah. Boleh mantan cik maid?”,
“Jadi bibik awak? Tolong sikit. Saya ni nak fikir masa depan jugak. Dari jadi bibik awak,sampai bila la saya punya generasi tak berkembang. Tunggulah nanti saya tua, anak-anak saya dah besar , masa tu pula suami dah tak ada... saya pergi la jadi bibik lagi”,
“Kalau awak duduk je kat situ tak boleh? Awak pergi la kerja awak, tapi balik ke rumah tu. Kira duduk situ la senang”,
“Tak boleh. Awak ni gila ke apa. Ada pulak macam tu”,
“Awak .. boleh tak saya nak jaga awak?”,
“Ehh bukan ke tadi awak suruh saya jaga kebajikan awak? Sekarang awak nak jaga saya pulak?”,
“Awak jaga saya.. jaga saya sebagai suami awak. Dan saya..saya jaga awak sebagai isteri saya. Kekasih halal saya. Awak sudi tak?”, Mirza memandang Qibthiya.
Qibthiya kelu, seakan bermimpi lelaki yang sudah lama mengetuk pintu hatinya ini melamarnya.
“Ouchh! Apa ni!”, Qibthiya mengaduh apabila Mirza mencubit lengannya.
“Awak tak mimpi. Sudi tak?”,
“Awak betul-betul ke nak saya ni?”,
“Betul la,bukan awak dah tahu ke saya memang jatuh cinta dah kat awak?”,
“Oooo...emmm... bila?”,
“Bila apa?”,
“Bila nak masuk tanda?”, tanya Qibthiya. Mukanya serius. Mirza tersenyum dan matanya dikenyitkan pada Qibthiya. Lama kelamaan Qibthiya tersenyum malu.
Mata Mirza memandang cermin pandang belakang, kelihatan kereta Amir masih mengekori dari jauh. Mirza menekan pedal minyak dan masuk ke kawasan perumahan. Setibanya di hadapan rumah, pintu pagar terbuka dan kereta Mirza meluncur laju masuk ke perkarangan rumah. Dia mahu menyampaikan berita gembira kepada keluarganya dalam masa yang sama dia tahu Amir mungkin merancang sesuatu. Mirza peduli? Tak.. langsung tak goyang...goyang...goyang...ehh...goyang ~~~


p/s: aku tahu pembaca dah muntah darah dah baca,terfikir-fikir bila nak habis.kan?kan? haa..berita baik, 1 episod je lagi. ^_^ *erk~!

3 comments

08:49

mirza, habis ai ni mcm mane? uhuk uhuk

dill.

no 2...ada bran?

k fine tggu nasib si amir lak

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...