Qibthiya
rimas ketika melihat jarinya dipenuhi dengan inai yang masih lembik. Ramai pula
yang rajin nak conteng tangannya, dia sudah pesan pada tukang conteng untuk
lukis design simple sahaja kerana Mirza tidak suka Qibthiya memakai inai hingga
ke pergelangan tangan.
“Thiya,ni
ada call dari Mirza”, Mak Minah menghulurkan telefon kepada Qibthiya. “Esok dah
nak jumpa kan. Tak sabar betul”, sakat Mak Minah.
Jika
diizinkan Allah esok pagi Qibthiya akan bertunang dengan Mirza dan selepas
Jumaat majlis akad nikah berlangsung. Dan persandingan dibuat selepas Asar
hingga sebelum Maghrib. Majlis pihak perempuan dan lelaki di buat sekali untuk
menjimatkan masa dan belanja. Walaupun Mirza dari keluarga kaya tetapi dia
tidak suka untuk membazir. Yang penting sederhana tak apa asalkan semua tetamu
pulang kenyang.
“Yerp
Mirza. Ada apa?”,
“Saya
baru dapat tahu Misha dan Amir kemalangan. Misha meninggal ditempat kejadian
dan Amir meninggal semasa on the way ke hospital. So saya harap awak sabar dan
tenang. Jangan rosakkan mood,esok our bigday kan?”,
“Innalillah..
Saya ok Mirza, dah sampai masa mereka pergi dalam keadaan macam tu. Kita doakan
mereka ditempatkan di tempat orang yang elok-elok. Maafkan dosa-dosa mereka
pada kita”,walaupun terkejut tetapi Qibthiya dapat mengawalnya. Harus redha.
“Ya
lah, dah halal semua dah. Ok, see you tomorrow. Saya nak tidur dah, mengantuk.
Esok malam kot-kot tidur lambat ke kan..mana la tahu..”,
“Gatal!”,
“Nyte
darl.. Salam”,
Talian
diputuskan, Qibthiya tersenyum. Moga esok dan hari seterusnya akan lebih
diberkati.
Jam
menunjukkan pukul 9.30 malam, semua tetamu sudah beransur pulang. Majlis dibuat
di rumah keluarga Mirza atas persetujuan keluarga Qibthiya. Mirza puas hati
kerana semua yang datang hari ini dapat makan dengan kenyang dan tidak datang
dengan sia-sia. Pihak catering sudah clear pinggan dan bekas-bekas buffet. Yang
tinggal hanyalah pelamin dan meja makan pengantin yang masih terhias. Kanopi
sudah diturunkan,laman rumah yang tadi penuh kini kosong kembali.
“Ni
orang yang sediakan pelamin dan semua ni nak ambik bila ni Mirza?”, tanya Tan
Sri Ismail.
“Esok
pagi, sebab dah kata majlis sampai malam. Ada nampak Nazir tak?”,
“Nazir
dah balik,katanya ada hal. Esok dia datang pulak”, jawab Tan Sri Ismail. Mirza
hanya angguk,diteguknya tegukkan terakhir air kopi suam. “Masuk lah rehat,lewat
dah ni. Mak dan ayah Qibthiya pun tidur dah tu kat bilik tamu”,
“Emm
yelah, lenguh dah badan ni. Esok layan tetamu lagi gamaknya”, tangan Tan Sri
Ismail disalami.
Dia
melangkah masuk ke dalam bilik yang dihiasi dengan rona merah putih yang tampak
ringkas. Kelibat Qibthiya tidak kelihatan, dia menukar pakaian dan baring di
katil. Lega rasanya tulang belulang dapat baring. Matanya memandang kearah
tingkap,melihat cahaya yang samar-samar mencurah sedikit ke dalam ruang di
dalam bilik.
Qibthiya
keluar dari bilik air dengan mengenakan bathrobe satin biru muda. Rambutnya
masih kelihatan basah, dicapainya hair dryer. Baru sahaja mahu membuka suis dia
memandang kearah katil. Kelihatan Mirza sedang lena, dibatalkan niatnya untuk
menggunakan hair dryer. Bimbang jika lena Mirza terganggu.
“Keringkan
cara manual sudahlah...”,detik hatinya. Setelah siap dia mengenakan sedikit
losyen badan.
Hatinya
masih berdebar, malam pertama katakan. Bathrobe disangkut apabila dia siap
mengenakan pakaian tidur paras paha. Dengan berhati-hati dia naik ke katil, comforter
ditarik dan dia tidur mengiring memandang Mirza. Wajah Mirza diperhati, dia
tersenyum apabila teringat kembali kenangan mereka dahulu.
“Assalamualaikum
sayang..”,tiba-tiba Mirza bersuara.
“Waalaikummusalam,awak
tak tidur lagi ke tadi?”,
“Dah..tapi
terjaga sebab bau wangi sangat”,Mirza membuka matanya. Didepakan sebelah lengan
dan dia menarik Qibthiya ke pangkuannya.
“Abang....”,
“Bestnya
panggil sekali lagi..”, ucap Mirza mengada.
“Gedik
tau abang ni”, Qibthiya sembamkan mukanya ke dada Mirza. Pelukan dieratkan
lagi. “Terima kasih sebab terima saya walaupun saya pernah silap menilai abang
dulu”,
“Semua
pernah buat silap kan. Tapi boleh tak sayang janji dengan abang?”,
“Apa?”,
“Kalau
nak kejut abang bangun tidur, jangan spray tau? Abang terkejutlah”, ketawa
mereka terhambur. Qibthiya angguk sambil menghabiskan sisa-sisa tawanya.
Pandangan mereka bertaut, Mirza tersenyum dan Qibthiya menunduk malu.
"بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا”, kedengaran suara halus Mirza di cuping telinga Qibthiya. Malam itu mereka mula melayari bahtera sebagai suami isteri. Bercinta hingga syurga dan ditemani dengan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah hendaknya.
p/s : minta maaf kalau ayat terbelit-belit. Taip cerita sambil hadap kerja hakiki macam ni lah. Apa yang kurang datang dari diri Khair sendiri dan apa yang baik semuanya datang dari Allah S.W.T. Akhir kata, selamat bercinta kepada kalian semua. Moga-moga cinta kita jauh dari perasaan hasad dengki dan sentiasa diberkati oleh-Nya.
salam cinta (tamat)
5 comments
wow, ok dah ayat tu, saya bukan pandai bab bab mengatur ayat. ini pun dah cantek , macam nobel 25 inchi gitu haha.
terima kasih sudi baca :)
Like :)
lalala sweet sngt
gedik tau mirza ni cm abam jugak ehh
Ok je ayat.cantik dan tersusun.mirza manja tu.auww sy lak yg feeling lebih,hahaha.mmg rasa nk spray org xmo bgn pagi.hihi.