Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Monday, 11 March 2013

Cerpen- Jika Itu Jodoh Kita

Aku kelewatan pagi ni, capai jam loceng hampir 6.15 pagi. ROLLCALL pukul 6.30 pagi. Aku dah tak fikir apa dah kecuali dendaan dan herdikan senior part 6 nanti. Kecut perut aku dibuatnya. Baru nak capai towel terdengar nama aku dilaung dari bawah. Sah mereka menanti aku. Mati aku... andai aku lewat satu batch kena denda termasuk siswa juga. Ya Allah...bantulah hambamu.


"Zira..cepat, dah lewat sangat ni!" suara Shima PKG kami melaung keras. Siswi lain semua tarik muka masam. Ila, kak yan, iera ,kak bib, along dan angah melambai-lambai suruh aku turun cepat." Aku baru bangun, nanti aku pergi sendiri, korang gi dulu ye." 


Aku sempat gosok gigi dan basuh muka, buang air dan terus bergegas sarung jeans dan t-shirt. Manalah stokin aku sebelah lagi ni? Menyumpah-nyumpah aku mencari stokin aku sebelah lagi ni. Kurang asam senior part 6 ni, dia tahan aku sampai jam 2 pagi tadi suruh aku mop bilik dia, sekarang aku dah lewat bangun. Geram!!


****
9, 8..7,...Ya Rabbi...gersasi baju biru tu dah mula mengira. "Cepat Zira!!!" kawan aku siswa siswi semua menjerit suruh aku cepat. Aku lari tak cukup kaki nak sampai sana. Buk!..aku terduduk ngam-ngam depan 'gergasi biru tu'. "Haa...ingat nak denda korang tadi campak sekor-sekor masuk kolam. Mujur kau sempat sampai."gergasi tu mengejek. Kak yan memaut aku bawa masuk barisan. Muka aku masih pucat lesi keletihan dan ketakutan. Eira bagi aku air..dia tau tekak aku kering berlari dari block B ke bangunan AE tu. Shima menepuk-nepuk belakang aku tanda dia simpati. 


Syukurlah kawan aku tak kena denda akibat kelewatan aku. Bilalah nak habis senior ni ragging kami? bosan dan meluat! melalut la mereka ni. Marah takda point. Ntah apa-apa. Siap rollcall dengar ntah apa-apa pukul 7 pagi je Puan Hanisah datang bla bla bla bagi taklimat untuk kami dan terus dia kenalkan pada Encik Hamzah. Kami diberi beberapa kumpulan dan aku dapat masuk satu group dengan along dan angah. Dalam group kami ada senior part 2 juga. Dia kemalangan last sem tak ambil exam so repeat la sama kami. Sejak dari mula tadi dia duk renung aku. Ish..apalah mamat ni. Dah la dia tak join kami buat kerja membersihkan ladang serai ni, dia duk renung aku sambil senyum sumbing. Oh apakah?


*****


Siswa aku semua okey, otak mereng je semua. Tapi aku meluat kat kaboo...'kerek' giler. Akulah yang selalu gaduh dengan dia. Ezam geng aku juga. Selalu bantu aku buat batas time praktikal. Ezam tak banyak cakap tapi dia sangat baik hati. Budak ni duk gosip aku ngan dia. Haha...aku kembang hidung orang menggosip kami. Ye la...Ezam dah la kacak bergaya, semua minat dia. Akhirnya Ezam dan aku bersahabat baik. Tapi aku tak rasa dia suka aku lebh dari kawan. Cuma tiap kali dia pulang ke kampung pasti dia titipkan aku coklat cadburry dan beberapa kotak coklat yang ada badam dan kismis tu. Sweetnya dia...


Si 'budak kuning'tu asik la merenung aku. Dia ni dah la suka duduk belakang kelas, lepas tu renung aku macam nak telan. Kalau perut aku besar dah lama aku telan dia pulak...hahaha. Aku gelar dia budak kuning sebab hampir tiap hari dia ke kelas pakai jersi atau t-shirt kuning. Fobia aku tengok pancaran kuning dia. Sedangkan aku dan Ezam selalu sedondon biru atau hijau..kalau tak pun aku suka memakai putih. Bersih dan suci padaku warna tu. Mendamaikan macam jiwa aku jiwa.


****
Pejam celik dah 3 bulan kami di sini. Tiada lagi ragging, tiada lagi maki hamun dari senior. Habis dah semua tu. Semuanya berjalan lancar. Ye..ragging tu tradisi bagi kami anak ladang. Hubungan aku dengan senior siswi makin akrab dan aku gembira di sini. Aku dengan budak siswi lain pun dah macam adik beradik. Saling bantu membantu. 


Syukurlah semuanya lancar.Aku lupa nak cerita, si budak kuning dah bebrapa kali tegur aku.  Kadang-kadang aku duduk minum dengan ezam di kafe dia datang join kami. Budak siswa kami pula kurang rapat dengan dia sebab dia rajin lepak dengan budak part dia dulu. Wajahnya kacak cuma terlalu pendiam. Merenung bagai nak telan...tapi bisa membuat jantung aku berdegup kencang. Mungkinkah aku telah....


Dah 5 semester kami di sini. Aku dan Ezam makin akrab. Budak kuning makin berani menegur aku. Kalau aku pakai kurung kuning pasti kami sedondon dan diusik yang lain. Ezam mula buat muka bila meluat tengok aku diusik dengan Izham. 




****
Hari ni ada lawatan kami ke jerantut melawat projek kolam ikan. 2 bas sarat bawa kami ke sana. Makcik pakcik di felda sana menyambut kami dengan ramah sekali. Aktiviti menjala ikan, bagi ikan makan dan pelbagai lagi pengalaman baru buat kami. Aku rasa tak selesa, perut melulas dari pagi. Rasanya 'missP ' aku akan sampai hari ni. Time jalan jauh la nak period bagai..huhu. Aku siap-siapkan 'bekalan' mana tau kot la betul 'missP' datang hari ni. Aku ni senggugut teruk, habisla aku nanti kalau senggugut kat sini. 


Wahh time makan dah sampai. Ikan patin masak asam tempoyak dan ulam-ulaman buat aku makan berpeluh-peluh. Berebut-rebut budak ni nak tolong basuh pinggan. Aku? haha...aku kan pemalas, nak-nak perut aku dah mula bergulung ni. Memang aku rasa nak pitam, kepala dah berpusing dan nak muntah. Oh tidak!! Ceramah dah nak mula...aku pula tak mampu nak bertahan...sob sob sob.


" Shima, ada panadol tak?" aku cuba minta panadol pada shima. Dia kan ketua bagi siswi, pasti dia ada siapkan segala ubat untuk sebarang kecemasan."Tak bawa...kau demam ke?"shima mula kerisauan. " KG, ada pandol?" shima mula tanya KG. Aku nampak KG geleng kepala...huhu..matilah aku. Peluh mula membasahi dahi aku. Baju dah basah menahan sakit. Aku mula menangkup dia kerusi depan aku. Depan aku Ila, takpelah aku menangkup kat dia pun..huhu. Ya Allah...aku mengharap keajaiban.


****


Aku tak sedar bila orang tu habis ceramah. Ila dan Kak Bib papah aku keluar untuk ke ladang nenas pula. Kaki aku tak mampu melangkah dalam kesakitan itu. "Zira, nak ubat." KG bagi ubat pada aku. "Terima kasih KG, beli kat mana? berapa?" aku bertanya pada KG ketua kami. "Err bukan aku beli, tapi Izham." Jejaka kuning senyum memandang aku bila mata kami bertaut. Gila..mana dia cari ubat ni?dah la sini takda kenderaan nak mencari kedai. Lantak la...dia ikhlas nak bantu aku. Ezam datang menghulur air. " Sakit lagi? awak demam ke?" ezam bertanya. " Tak, saya....err saya...datang tu." aku malu nak bagi tau. "Tu?" owh..."hahahaha..ezam tergelak dan tarik hidung aku. Aku tersipu malu. Orang lain period juga tapi tak la senggugut macam aku...huhu. "Awak buat saya cemas tau!" ezam menyambung ayatnya lagi. aku hanya menunduk tak mampu bertentang mata. Segan kat ezam.


****
"Morning..awak terima kasih belikan ubat untuk saya." aku menyapa Izham yang duduk minum di depan library." Sama-sama...saya ikhlas. Takpe, tak jadi masalah. Saya nampak ada kedai runcit tak jauh dari dewan tu, saya lari jap pergi beli. Dah sihat kan?"Izham menjelaskan. aku hanya mengangguk. Aku ternampak Ezam lalu, dia memandang aku dan tarik muka masam. Kejelesan melanda lah tu...haha . Sejak dia perasan Izham selalu merenung aku Ezam makin mengawal ketat aku dari berbual dengan Izham. 


Kami bercinta? tak la...cuba bersahabat. Ezam tak pernah meluah apa-apa pun. "Err saya pergi dulu ye..babai" aku berlari tinggalkan Izham mengejar Ezam. "Awak..tunggu!" aku dah tak larat mengejar. Ezam berpaling dan tersenyum tawar. Senyum yang dibuat-buat. Terasa kelat melihat senyuman Ezam yang tak berapa ikhlas tu. " Ingat busy tadi, saya tak la tunggu. Malas nak ganggu orang busy." Ezam memerli aku. "Hei.. apa masalah ni. Saya ucap terima kasih pada dia sebab bantu saya beli ubat hari tu. " aku menerangkan. Tak sanggup tengok sahabat aku tu bermasam muka. Sahabat ke? semua orang kata kami bercinta tapi aku dan ezam tak pernah meluah perasaan pun. Ye aku tak boleh kehilangan ezam tapi adakah ini cinta? Ezam pun tak pernah layan gadis lain selain aku. Letih la mereka memancing Ezam tapi tak lekat. aku saja yang Ezam pandang. Adakah Ezam punya perasaan pada aku? Entah...aku pun tak pasti kami bercinta atau tak. Apa yang pasti dia perlukan aku dan aku perlukan dia. Tak jumpa pasti keresahan. Cuma berada bersama Ezam tak mampu buat jantungku berdebar kencang. Berbeza dengan Izham yang jarang berbual denganku. Renungannya dan senyuman dia bisa menggetarkan tangkai jantung ku.



****


Ternyata 3 tahun di sini buat aku matang dan cekal. Tak sangka aku dah nak tamat pengajian. Ezam minta aku tunggu dia di kafe petang ni. Ada apa masalah agaknya? Serius bunyi percakapan Ezam tadi. " Sori lambat." Ezam menarik kerusi. Hairan, tak pernah dia sampai lewat, biasa dia yang tunggu aku." Ada apa?" aku bertanya dan menyengeh pada Ezam. " Awak, esok last paper. Last exam..last sem. Lepas ni susah la nak jumpa kan?" Ezam memulakan bicara. "Ala...boleh call hari-hari, boleh jumpa la..mana tau awak dapat kerja dekat dengan kampung saya ke." aku cuba menceriakan suasana. Sebenarnya aku pun sedih nak berpisah dengan Ezam. Sahabat yang 3 tahun bersama susah senang dengan aku di sini. Walau tak bercinta tapi dia amat memahami aku. Horlicks ais kegemaran aku dah jadi minuman yang wajib dia belikan tiap kali hari praktikal. Laksa penang pasti dia kirim jika aku tak ke pasar malam di pekan. Coklat, hadiah-hadiah comel kiriman Ezam sentiasa menceriakan aku. 


"Ei, sedih nape ni?" aku tengok Ezam merenung aku dalam-dalam. " Saya suka awak, saya nak awak jadi hak saya. Saya nak memiliki awak secara sah, kerana Allah." Ezam lafaskan sesuatu yang aku tak jangka. "Pang!!!" berderai gelas horlicks ais aku. Terlepas masa Ezam lafaskan sesuatu yang aku tak jangka. Semua mata memandang ke arah kami. Beberapa lecturer yang ada di kafe mula senyum-senyum pandang aku. Pekerja makngah pemilik kafe membersihkan kaca yang berderai. Aku menunduk malu. Tergamam tak dapat luah apa-apa. "Maaf..saya buat awak terkejut"Ezam serba salah. " Err takpe. Saya tak tau nak cakap apa..saya nak balik."


"Zira..awak tak suka saya?" Ezam larang aku balik cuba berbincang. Muka aku dah tebal sebab gelas pecah, semua mata memandang kami. aku tak tau nak jawab apa pada soalan Ezam." Awak...andai kata ada jodoh kita insyaAllah tak ke mana. Izinkan saya balik dulu. Esok pagi kita jumpa jogging tempat biasa ye." aku terus capai fail dan tinggalkan Ezam seorang di sana. Air  aku? memang biasa Ezam pun bayar makan minum aku...hehe. Eh jangan silap faham..Ezam yang rela begitu. Dia pun bukan la orang susah pun. anak orang berada. Cuma dia saja yang tak berbangga diri.


Dalam perjalanan ke kolej aku bertembung dengan Izham. "Hai..busy ke?jom minum sama nak? ada benda nak cakap." Izham pula ajak aku minum. Nak suruh aku patah balik tempat tadi? oh tidak. " Maaf saya kejar masa, esok saja boleh? Itu pun kalau hal awak nak cakap tak la penting sangat." Aku cuba meloloskan diri dari renungan Izham. Lemas dan cemas. Cemas menahan debaran dan degupan jantung yang tak tertahan ni.


Aku hairan, Izham seakan suka padaku, tapi tak cuba mengurat pun. Ezam rapat tapi baru hari ni nak luah perasaan. Aku suka Ezam? entah.. aku jadi keliru. Tanpa Ezam aku sepi. Rasa kosong. Tapi Izham mampu buat nafas aku kencang. Mampu buat aku gemuruh." Eh takpe..esok lepas exam saya tunggu di kafe ye, petang esok. Jangan la termenung sedih sebab tak dapat minum dengan saya petang ni. "Izham berseloroh denganku. " Hahaha...sedih?takda makna." aku menepuk lengan Izham dengan fail yang aku pegang tu. 


*****


Aku keluar jogging dengan Ezam pagi tadi. Ezam tak tanya apa-apa dan berlagak biasa. Syukurlah, dia seakan memahami gelodak hati aku.  Petang nanti paper last kami. Syukurlah kami dah bersedia untyuk papaer last ni bersama sejak dari awal.


Alhamdulillah paper akhir aku dah selesai. Aku dan Ezam saling berpandangan dan tersenyum puas. Kalau lah Ezam tak bantu aku belajar pasti aku tak berjaya jawab dengan jayanya. Syukurlah...aku dan Ezam balik kampung esok saja. Paper habis jam 5 petang agak lewat untuk kami pulang. Ezam pulang ke Kulim Kedah dan aku ke Cherating. Jauhnya jarak kami...kalau aku rindu Ezam bilalah dapat jumpa kan?


"Nak minum? "Ezam pelawa aku minum. "Tak boleh, saya dah janji dengan ..er dengan Izham. Dia ajak minum nak bincang apa ntah jap lagi.Tapi tak lama la..awak boleh tunggu?" aku menerangkan. Muka Ezam dah kelat, aku buat tak perasan je. " Okey kalau tak lama saya tunggu di depan library saja. Saya solat dulu nanti siap kita jumpa sana." Ezam memberi kata putus. Aku berlari ke kafe ternyata mamat kuning dah ada. " Ada apa?" aku bertanya sambil emnarik kerusi dan duduk. " Atas meja dah ada horlicks ais...dia pun perasan air tu saja aku sedut sejak 3 tahun dia merenung aku...haha. " Saya nak bagi tau, saya suka awak. Harap lepas ni awak jaga diri elok-elok. susah dah nak jumpa awak lepas ni, harap suatu hari nanti saya dapat kerja dekat dengan awak dan dapat jumpa awak lagi." Izham bercakap dengan tenang. Cool saja lagaknya. "Suka?" tanya aku. " Ye suka dan teringin memiliki dengan izin Allah. Dengan cara yang halal kerana Allah. Jaga diri tau. Saya cuma nak bagi tau saya suka awak, itu saja. Assalamualaikum...harap bertemu kembali suatu hari nanti, insya Allah."Izham menarik kerusi dan meninggalkan aku yang terpinga-pinga.


Betul la mamat kuning ni. Penuh misteri la dia ni. Dia suka aku tapi tak ngorat aku. Dia tak boleh rasa aku suka dia juga? Ke dia segan sebab aku selalu berkepit dengan Ezam? Dah la dia takda alamat dan nombor telefon aku. Manalah boleh dia berharap dapat jumpa aku nanti? Teringin memiliki aku secara sah dengan cara halal? pergh ayat. Alamat pun takda macam mana kau nak pinang aku?Malas kusutkan fikiran aku terus cari Ezam. Dia memang dah sedia menanti dan kami berbual panjang sampai hampir maghrib.


Mujur aku didatang missP hari ni..hehehe. Eh selama aku 3 tahun di sini aku rasa satu kelas tau kalau aku kedatangan missP. MC 2 hari tu pasti, muka pucat macam mayat, tertido dalam kelas kesakitan tu biasa. Hahaha...nasib la diri. Dah bahagian aku memang senggugut teruk nak buat macam mana. Esok bas pukul 9 pagi. Dah janji dengan Ezam nak balik sama-sama sampai terminal kami berpisah. Ezam Ezam Ezam...takda dia mati aku. Semua dia urus untuk aku. Tiket ke apa ke semua dia beli..huhu.


Sampai rumah dah petang...letihnya. Dari terminal Kuantan ibu jemput aku. Nak naik bas ke Cherating malasnya..hehe. Berbual panjang dengan ibu dalam kereta buat terhapus rinduku pada ibu. Sukanya dah dapat balik rumah semula. Boleh manja-manja dengan ibu..hihihi. " Zira, minggu depan kan ada sepupu ibu nak datang tengok Zira untuk anak bujang dia."ibu mula kan bicara seriusnya lepas puas bergurau senda dengan aku. " Ha...ibu jangan la! Zira takmo. Zira tak suka la kahwin paksa." aku dah merajuk. Ibu hanya tersenyum saja lihat gelagat aku. " Aku tak bercakap sepanjang perjalanan. Aku bengang dengan ibu.


****


"Zira, sepupu ibu tak jadi datang minggu depan sebab ada masalah sikit. Dia busy." Ibu tegur aku masa membantu ibu buat sarapan pagi. "Syukurla..."aku bersuara lemah. " Dia datang tengah hari ni. Itu yang ibu nak masak banyak ni..tengok lauk semua tu." ibu menuding ke arah longgokan sayur dan lauk yang bersedia untuk di masak. Arghh aku buntu...geram juga dengan ibu. Tapi aku tak mahu jadi anak durhaka. Aku hanya membatu diri saja bantyu ibu memasak.


Ezam menelefon aku tiap pagi dan malam. Mustahil kami boleh hidup tanpa berhubung sedangkan dah biasa akrab sejak 3 tahun lepas. Aku tak bagi jawapan lagi pada soalan Ezam. Takkan nak kahwin muda? Tapi kalau aku tak luah bagaimana kalau ibu kahwinkan aku dengan anak sepupu ibu yang dari Kelantan tu? Oh tidak!!


Aku rasa aku anggap Ezam sebagai sahabat saja. Aku serba salah...memang kami akrab tapi aku puas mencari erti cinta dalam persahabat kami. Sah, memang tak jumpa cinta dalam persahabatan kami. Aku hargai cinta Ezam pada aku tapi aku tak ada perasaan padanya. Akhirnya aku call Ezam dan luahkan segalanya. Berjutaa kemaafan aku mohon pada Ezam pasal hal ini. Aku tau Ezam cintakan aku namun cinta dan persahabat tak boleh seiiring. Syukurlah Ezam tak membenci aku. Ezam terima seadanya keputusan aku dan masih berharap aku akan terbuka hati menerimanya. Walau sekerasnya aku katakan ia mustahil. Aku tak mahu persahabatan kami tercemar dengan perkara ini. Akhirnya Ezam bersetuju yang persahabatan kami akan terus berjalan sehingga ke akhir hayat. Walau telah punyai pasangan dan berkeluarga nanti, kami tetap bersahabat...hingga selamanya.


Ezam sangat baik..lega hati aku. Terlerai beban di hati aku. Haa..ni satu kes lagi sepupu ibu nak meminang lah apa lah. Zaman moden pun ada lelaki nak ibu mencari jodoh mereka ye? hairan aku...Ya Allah, kau berilah alamat aku pada si kuning tu agar dia yang risik aku. Hati  aku tiba-tiba merintih bila terkenangkan Izham yang selalu membuat dada aku berdebar.


****
Semua lauk dah siap terhidang, aku laju-laju mandi, solat zohor serta berdandan menurut perintah dari ibu. Berdandan?ha..berdandan la sangat..hahaha. Kalau datang mamat yang nak risik aku nanti senang aku tonyok dia dengan sambal belacan ibu ni. Bengong betul...tak cinta nak risik aku. Ibu pun satu...boleh je dia nak nikahkan aku yang muda remaja ni awal-awal dengan orang yang aku tak kenal dan sah-sah tak cinta. Geram!!!


"Zira..turun. Mereka dah sampai."ibu dah melaung nama aku. Aku laju-laju turun. Bukan sebab tak sabar nak jumpa orang yang risik tapi risau kena cubit dengan ibu malam nanti. Belum kira bebel ibu yang sekolam tu lagi. Gerun!!


Aku bersalaman dengan mereka seorang demi seorang. Ke dapur laju-laju dan hidangkan air untuk mereka dulu sebelum mengajak mereka makan. Ibu kata mereka nak bincang dulu lepas tu baru makan. Aku nyorok dalam bilik lepas hidang air. Mereka tak habis-habis emuji kata aku lawa...Lawa lah sangat? huhu. Ops..takda pun lelaki yang menurut perintah nak risik aku tu? ni kahwin paksa ke apa ek? Ke dia takda kekuatan nak mengurat dan minta mak dia carikan jodoh dan aku lah gadis malang tu? Benci!!! Siap kau kalau kau ada nanti. 


"Zira...turun nak, kita nak makan dah ni." La..ibu dah panggil. Habis la aku, sah-sah mereka dah siap bincang dan aku akan ditunangkan dengan saper ntah. Aku menuang air dan menyenduk nasi. Mereka seorang demi seorang duduk bersila di hamparan lauk yang aku dah siapkan tadi. Bila aku mengangkat muka, depan aku ada...ada seorang jejaka. Bert-shirt polo kuning sedondon pula dengan sutera putih berbunga kuning yang aku pakai hari ni. Err..mata aku dan dia bertentang dan jantung aku terhenti berdetak. "Assalamualaikum..."dia memberi salam. Dia bersila betul-betul depan aku. Terlepas sudah gelas di tangan aku. Tumpah air limau ais yang aku tuang tadi. 


Aku dengar ibu merungut tapi aku tak pasti apa ibu cakap. Aku terpukau..terpaku. Ya Allah sungguh aku tak mampu ungkap sesuatu. Dia hanya merenung aku dan sama-sama mengelap air yang tumpah tadi. Dia...dia.. aku nak pitam..rasa nak rebah depan semua orang ni. Tolong!!!


"Zira, nilah bakal tunang Zira, minggu depan kami bawa cincin tunang ye, majlis kecil-kecil saja kita buat ye sayang." Suara ibu buat aku tersentak. " Bakal Tunang?" aku memandang ibu. Aku pandang makcik Ayu, aku pandang semua. Si dia hanya tersenyum tengok aku yang terkejut. " Awak?"aku cuba bertanya tapi segan sebab ada ibu dan yang lain. Aku tak mampu menyuap kerana kegelisahan dan pelbagai soalan bermain di minda.


*****


Tetamu dah pulang dan aku perlu buat persiapan untuk pertunangan aku minggu depan. Pertunangan denga jejaka yang aku tak tau siapa dia. Anak sepupu ibu yang aku dah lama tak ketemu. Hurm...ternyata jodoh itu rahsia Illahi. Jejaka yang akan ditunangkan dengan aku adalah Izham si  jejaka kuning yang selalu merenung aku 3 tahun ini. Jejaka yang berjaya buat jantungku berdebar kencang .  Si dia yang selalu buat aku ternanti-nanti melafaskan kata cinta. Akhirnya baru aku faham mengapa dia tak luahkan di kafe tempoh hari. Terima kasih Ya Allah...aku terima jodohku andai dia yang Kau hadiahkan buatku.


**** 
Urusan hati itu rahsia Illahi. Jika dia jodoh kita pasti Allah akan pertemukan jua suatu hari nanti. Ikan di laut asam di darat. Dalam periuk bertemu jua. Wah teringat lagu yang adibah nor nyanyi tu. Aku dan Ezam? masih bersahabat tanpa renggang pun. Alhamdulillah Izham izinkan persahabatan kami. Ezam dan Izham pun semakin akrab. Mereka jadi rakan sekerja kini. Aku memilih untuk bekerja di bumbung yang berlainan. Aku bekerja di MARDI saja dan ambil degree secara jarak jauh. Mereka bekerja di ladang berhampiran dengan opis aku. Aku kan gadis ayu, mana boleh kerja di ladang kan?hehehe. Lagi pun aku malas nak berdepan dengan Izham kerap sangat nanti tak jadi kerja aku pula..darah manis kan? mana boleh jumpa si kuning aku tu selalu..hehehe. Eh, macam iklan DiGi pula si kuning , si kuning tak abis-abis. Ezam? dia sentiasa mengharapkan kebahagiaan buat aku sahabatnya. Dia bahagia lihat aku bahagia. Ikhlasnya nilai persahabatan yang Ezam beri. Moga Ezam menemui cinta sejatinya kelak...amin.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...