Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday, 3 March 2013

Secangkir Kasih - Episod 2

Episod 1


Bunyi gegaran yang kuat mengejutkan Adwa dari tidur. Terus sahaja dia bangkit dan mencapai selendang sebelum berlari keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu. Tiga lagi rakan serumahnya turut sama berkumpul di ruang tamu berlari keluar dari rumah. Mereka memanjat bunbung mencari punca letupan yang menyebabkan gegaran tersebut.
“Wa, tengok tu!” Ain menepuk lengannya. Adwa segera menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Ain. Sebuah kawasan perumahan kelihatan berasap dan marak dibakar api. Mereka terus turun kembali ke dalam rumah, mencapai barang-barang kelengkapan sebelum masing-masing berlari anak menuju ke pusat perubatan tepat mereka berugas.
Melangkah sahaja masuk ke dalam bangunan yang hanya dibina daripada bata dan kayu itu, bau terbakar dan darah memenuhi ruang tersebut. Ditambah pula bau ubat-ubatan yang pasti akan meloyakan tekak sesiapa sahaja yang tidak terbiasa dengan keadaan tersebut. Raungan, jeritan dan tangisan bercampur dengan suara doktor dan jururawat bertugas. Masing-masing bertungkus-lumus berkejar ke sana kemari cuba memberi bantuan kepada mangsa letupan tersebut.
Adwa mencapai sarung tangan dan mask sebelum menyarung jaket ke tubuhnya agar mudah dikenali sebagai petugas di situ. Dia masuk ke dalam wad pembedahan, melakukan tugasnya sebagai pembantu perubatan.
“Adwa, Dr. Zikri cari awak.” Adwa yang sedang menolak troli segera mengubah arahnya menuju ke bahagian kecemasan. Dia masuk ke dalam bilik kecemasan. Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terbaring di atas katil berlumuran darah. Seorang wanita berdiri di sisi katil sambil menangis.
“Adwa, sediakan alat pembedahan. Kita kena bedah dia sekarang.” Zikri memberi arahan. Adwa segera menurut. Sarung tanganya diganti dengan yang baru sambil tangannya laju menyediakan alatan untuk melakukan pembedahan.
Setelah hampir  tiga jam bertungkus-lumus, enam butir peluru berjaya dikeluarkan dari tubuh kanan-kanak lelaki tersebut. Ibu kanak-kanak lelaki itu tidak putus-putus mengucapkan terima kasih pada mereka.
Setelah hampir sepuluh jam berkejar ke sana ke mari, suasana mulai reda. Mangsa-mangsa yang terkorban sudah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Adwa menanggalkan telekungnya dan disangkut di dalam almari yang terletak di hujung bilik kecil, yang mereka bina khas untuk menunaikan solat ketika masing-masing sedang bertugas.
“Wawa.” Fiza menegur. Mereka saling berbalas senyuman dan beriringan keluar dari bilik tersebut. Dia, Fiza, Ain dan Ziana, yang membulatkan tekad mereka untuk menjadi sukarelawan dan bertugas di bumi Palestin ini. Memenuhi tanggungjawab sebagai saudara seagama membantu rakyat Palestin yang saban hari diasak keganasan pihak Zionis.
Sudah hampir setahun mereka berkhidmat di sini. Mereka sudah terbiasa dengan gegaran akibat letupan yang berlaku saban hari. Tangisan anak-anak kecil yang kelaparan, tangisan anak-anak yang kehilangan ibu, tangisan ibu yang kehilangan anak, dan segala penderitaan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.
Ada sebab kenapa Adwa memilih untuk bertugas di sini walaupun dia sebenarnya ditawarkan pelbagai pekerjaan di Malaysia dan juga di Australia, tempat dia menyambung pelajarannya dalam bidang sarjana muda dan sarjana dahulu. Namun, dia memilih untuk berkhidat di sini.
“Adwa, emergency room please.” Adwa yang sedang menyusun balang ubatan di ahagian farmasi segera bergegas menuju ke bilik kecemasan. Dia menyarung sarung tangannya dan menyediakan peralatan untuk Dr. Zikri yang sudah bersedia untuk membuat pembedahan.
Hatinya seolah berhenti berdegup melihat seorang ibu mendukung seorang lagi kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan kanak-kanak perempuan yang sedang terbaring di atas katil itu. Anak di pangkuannya itu sudah tidak bernyawa lagi. “Twins.” Dr. Zikri berbisik perlahan.
Adwa mengangguk dan menyambung kerjanya. Dr. Zikri danDr. Sofia tekun dan berhati-hati melakukan pembedahan. Adwa spontan menoleh mendengar bunyi mesin bantuan pernafasan yang berubah rentak. Dr. Sofia segera menghentikan pengaliran darah namun darah tetap mengalir.
Dr. Zikri memandang wanita itu dan mereka mengangguk perlahan. Dr. Zikri meletakkan semula penyepit di tangannya dan menoleh pada Adwa. “Kita boleh mula buat jahitan.”
“Tapi, doktor…” Adwa cuba membangkang.
“Tak ada apa lagi yang kita boleh buat, Adwa.” Dr. Zikri tersenyum tawar. Adwa menyambung tugasnya. Namun tangannya terketar-ketar sehingga Dr. Sofia menggenggam erat tangannya saat Dr. Zikri menamatkan pembedahan.
Tangisan si ibu yang kehilangan kedua-dua kembarnya itu kedengaran sayu meruntun hati. Adwa mencapai bekas berisi alatan yang digunakan untuk pembedahan namun tangannya seolah tidak berdaya lagi. Hatinya bagai terhiris mendengar tangisan itu. Terngiang-ngiang tangisan mamanya saat arwah Najwa dikebumikan tujuh tahun yang lalu diiringi dengan jeritan mamanya ketika majlis tahlil arwah kakak kembarnya itu.
Mindanya seolah berlari seandainya mamanya seperti ibu malang yang kehilangan kedua-dua anaknya ketika ini, mungkin mamanya akan berpuas hati. Mungkin mamanya akan merelakan pemergian Najwa dan tidak akan meyalahkan dirinya atas segala perkara yang berlaku. Minda Adwa seolah berputar sebelum dia terdengar bunyi dulang terhempas ke lantai seiring dengan suara Dr. Sofia dan Dr Zikri menjerit memanggil namanya. Adwa memejam matanya rapat, cuba menghalau kesakitan yang seolah meruntun jiwanya kala ini.
******************************************************************************
“Zikri, pergilah balik dulu. Akak boleh tolong tengokkan Adwa. Janganlah risau sangat. Everything’s gonna be alright. Okay? Pergi balik, mandi, tukar baju. Kamu ada shift malam kan hari ni? Nanti, kalau kamu pun collapsed jugak, mana kami nak cari doktor ganti.” Sofia menegur Zikri.
Zikri tersenyum nipis memandang Dr. Sofia, seniornya yang sama-sama belajar di Russia dahulu.  Hanya mereka berdua yang mengambil major dalam bidang Pembedahan dan Kanak-Kanak. Jadi, secara tidak langsung, mereka menjadi rapat walaupun wanita itu berada dalam tahun ketiga ketika dia mula melangkah ke bumi Russia itu.
“Okaylah kalau macam tu. Saya balik dulu. Lepas Isyak nanti saya datang semula.” Zikri meminta diri.
“Yelah.” Sofia tersenyum memandang wajah pemuda itu. Zikri menerima tawaran untuk menjadi sukarelawan di bumi Palestin ini sebaik sahaja tamat internship di Universiti Malaya. Dia pula menerima tawaran selepas diberitahu bahawa sukarelawan Malaysia kekurangan doktor untuk misi Aman Palestin. Misi yang sepatutnya sebulan dipanjangkan terus selama setahun.
Sudah berkali-kali tunangnya memujuknya pulang, namun dia tetap merasakan yang dia perlu bertanggungjawab di sini sebelum dia membuat keputusan untuk pulang. Masih ada enam bulan kontrak sebelum dia pulang ke Malaysia dan menyambung kerjayanya di sana. Zikri pula sudah tamat kontrak setahunnya di sini, namun pemuda itu masih kekal di sini.
Ya, sebab utama Zikri belum pulang kerana masih belum ada pengganti yang akan dihantar ke sini. Namun, ada sebab lain di sebaliknya. Pemuda itu ada misi rahsia yang perlu dilakukannya di sini.
Sofia menghampiri katil Adwa apabila melihat gadis itu mula bergerak. “Adwa?” Dia menyentuh lembut bahu gadis yang muda hampir lima tahun daripadanya itu.
“Kak Sofi…” Adwa bangkit sambil dibantu oleh Sofia.
“Macam mana? Ada rasa okay sikit?” soal Sofia pada Adwa. Dia menghulurkan segels air pada Adwa. Adwa mengangguk.
“Kenapa dengan saya, kak?” soal Adwa.
“Kamu collapsed tiba-tiba kat bilik kecemasan tadi. Badan kamu penat sangat. Dehydrated. Rehatlah dulu sementara tengah tak banyak kerja ni.” Sofia memberitahu. Dia tidak menyambung lagi bicaranya.
Seketika kemudian, Dr. Zila, doktor yang bertanggungjawab menjaga kebajikan sukarelawan Malaysia, menghampiri mereka. “Adwa, we need to talk.” Dr. Zila memulakan bicara.
“Akak keluar dulu.” Sofia meminta diri. Selepas berpamitan dengan Dr. Zila, Sofia melangkah keluar manakala Dr. Zila duduk di sisi katil Adwa.
You’ve got a very serious problem, Adwa Batrisya. What can you tell me about it?” soal Dr. Zila.
“Saya tak ada masalah apa-apa doktor. Saya lulus ujian fizikal dan buat rawatan awal sebelum datang ke sini.” Adwa memberitahu.
Dr. Zila memandang wajah Adwa dalam-dalam. Naluri keibuannya seakan tersentuh melihat wajah gadis berusia 25 tahun di hadapannya ini. Wajah yang punya senyuman yang ceria namun matanya seolah menyimpan sesuatu yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Seolah-olah ada suatu kesakitan yang dipendamkan tanpa diceritakan kepada sesiapa.
It’s not about your body my dear. It’s here.” Dr. Zila menunujuk pada kepalanya. “And here.” Turun pada dadanya. “Your mind and your heart is not in the right state. And to be be precise, it worn out. How can it be like that when you are only in your twenties?
Adwa terdiam seketika. Kata-kata Dr. Zila itu bagai panas, terus menembusi hatinya. “I know I grab on some points. Tapi, selagi awak tak cakap, saya tak akan tahu, Adwa. If you can tell me a story please?
“Doktor, saya sebenarnya…” Adwa cuba mencari bicara.
“Adwa, saya tahu ada sesetengah benda yang awak tak boleh nak lepaskan. Tapi, kadang-kadang benda yang awak simpan tu boleh makan diri awak sendiri. Apa yang awak buat ni merosakkan system saraf awak sebenarnya. You hardly press yourself. Dan saya tak rasa awak nak susahkan orang di sekeliling awak, kan? Your friends? And your family?” Dr. Zila cuba menggunakan kaedah psikologi.
“Doktor, saya tak faham apa yang doktor cuba nak sampaikan.” Adwa berterus-terang.
I’ve looked through your medical history. You have a liver problem when you’re born and your liver were not yours. But surprisingly, it worked at the best condition in your body. Dan awak tak ada apa-apa masalah kesihatan yang teruk. But you have one, when you are eighteen? Awak terlantar tanpa doktor dapat cari sebab dan punca. And it was because of stress. And that was the worst over the history. Lepas tu kesihatan awak makin okay, but you sometimes passed out because of overworked, right? And dedhydrated, which I’m afraid that is not exactly true.” Dr. Zila menerangkan panjang lebar.
“Apa yang doktor cuba nak sampaikan?” soal Adwa ingin tahu.
You have a psychological problem.” Sebaris ayat itu membuatkan dahi Adwa berkerut. “Okay, dengar sini Adwa. Seorang manusia dikurniakan ALLAH dengan pelbagai perasaan. Ada rasa sedih, rasa gembira, dan rasa sakit. Saya tak tahu apa yang ada dalam hati awak, tapi saya tahu awak ada sesuatu yang terbuku dan tak mampu untuk awak lepaskan. Why don’t you cry it out? Just in front of me?” soal Dr. Zila.
“Doktor, saya tak faham.” Adwa menggeleng sendiri.
“Adwa Batrisya. Tak semua masalah kita hanya perlu simpan dan cari penyelesaian sendiri. Ada kalanya, kita kena berkongsi dengan orang lain. Semakin pendam, semakin sakit hati kita. Dan untuk pengetahuan awak, ia mampu mempengaruhi jantung awak. Emotion is not something different from your life, Adwa. It is a part of life dan juga bergantung pada bahagian yang lain. Untuk jadi kuat, semua bahagian perlu berfungsi. Tanpa satu bahagian, seluruh sistem badan tak akan mampu berfungsi dengan baik. Sebab tu, bila emosi awak lemah, badan awak jadi kurang sihat. Begitulah juga kalau badan kita tak sihat, emosi juga akan jadi lemah. Dan ia akan mempengaruhi minda.” Dr. Zila memandang Adwa.
Share your problems, Adwa. Saya akan dengar apa sahaja. Saya tak akan bercakap kalau awak perlu. Anggap je saya ni macam sesuatu yang awak boleh bercerita. Could you do at least that much?” Dr. Zila memandang tepat ke mata Adwa.
Adwa tunduk merenung jemari di ribanya. Lama dia begitu sebelum dia mengangkat wajahnya. “Doktor akan dengar cerita saya tanpa cakap dan judge apa-apa tentang segala-galanya? Dan doktor janji dengan saya yang doktor tak akan ungkit perkara ni sampai bila-bila?” soalnya pada Dr. Zila.
That’s my job dear. I make a living doing that for years. You can trust on me.” Dr. Zila memberi janji.
“Susah saya nak percaya doktor. Saya selalu cakap macam tu pada Mak Usu dan abang-abang saya. Tapi, diorang selalu mengungkit.” Adwa menggeleng sendiri.
But I’m not your Mak Usu, neither one of your elder brothers, my dear. I am a friend, who only wants to share your burden and a doctor who only want to release your pain. Tapi, semuanya terpulang pada awak. Saya dan yang lain cuma nak tolong, Adwa. We just want you to be free. Bukan sakit teruk macam ni. Please, let it out if you can.” Dr. Zila memujuk lagi.
Adwa kembali merenung jemarinya di ribaan. Tanpa disedari, air matanya mengalir laju. Dia memandang wajah Dr. Zila di hadapannya. Terbayang wajah tenang arwah toknya pada wajah keibuan wanita di hadapannya ini. Terus tubuh Dr. Zila dipeluknya. Tok! Wawa rindu tok. Rindu sangat. Kata-kata itu terus bermain di mindanya saat Dr. Zila mengusap lembut belakangnya cuba meredakan tangisan dan menenangkan perasaannya.
Dan malam itu, segala-galanya terluah di bibirnya. Kesakitan yang ditanggungnya selama 25 tahun. Yang terpaksa ditahannya untuk terus hidup. Dan segala kepertian yang lebih sakit dan diharunginya selepas pemergian arwah tok dan tokwannya tiga tahun yang lalu. Segalanya terluah dengan Dr. Zila menjadi saksi.

bersambung...

1 comment

sanbung disini.done.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...