***
“Kita nak pergi mana Mak?” tanya Marissa lembut.
Terjenguk-jenguk dia melihat ke luar tingkap kereta. Rasanya, ini bukanlah
jalan untuk pulang ke rumah.teka hatinya.
Kereta yang tadinya dipandu laju akhirnya bergerak dengan
agak perlahan dan akhirnya membelok masuk ke perkarangan masjid. Beg telekung
yang ada di bahagian belakang di ambil. Marissa hanya memerhatikan tingkah laku
Maknya itu tanpa berkata apa.
“Mak nak solat dulu, jom..?” Ros mengajak. Marissa yang
paham dengan maksud Maknya itu terus tersenyum dan mengikuti dari belakang.
“Marissa tunggu dekat sini ye. Jangan pergi mana-mana.
Lepas solat nanti Mak datang semula...” Ros mengarahkan Marissa untuk duduk di
tangga masjid. Marissa yang faham dengan arahan itu mula mengambil tempat di
tangga masjid. Dia hanya berdiam di situ, tidak memandang kemana-mana, yang
dipandang hanyalah selipar Maknya dan selipar dirinya. Marissa mula mengulit
imaginasi.
“Awak pandang apa tu?” tanya satu suara dari belakang.
Marissa yang benar-benar terperanjat dengan teguran itu mengalihkan
pandangannya ke arah belakang. Dia berkerut muka, tanda tidak mahu diganggu.
“Boleh saya duduk dekat sebelah awak?” tanya suara itu
lagi. kali ini Marissa hanya menggelengkan kepala. Tidak mahu melayan.
“Papa saya kata, dosa tau tak bagi duduk...” ugut suara
itu pula. Marissa yang tidak enak mendengar perkataan dosa itu terus
memalingkan mukanya ke arah suara itu, tanpa berfikir panjang dia terus
mempelawa suara itu agar duduk di sebelahnya. Suara itu tersenyum gembira.
“Saya Ilham...awak?” tanya suara yang memperkenalkan
dirinya sebagai Ilham itu. Marissa yang mengingati setiap arahan Maknya agar
tidak bercakap dengan orang asing lansung tidak menjawab. Dia Cuma membatu,
masih juga memandang selipar-selipar yang ada di kaki tangga.
“Awak bisu ek?” Ilham semberono. Marissa yang agak marah
dipanggil bisu tidak dapat menahan sabar. Mungkin kerana sudah lupa dengan
arahan-arahan Maknya, dia mula membalas kata.
“Saya boleh cakaplah...boleh tak awak jangan ganggu
saya..” marah Marissa. Ilham hanya tersenyum kecil, tidak sangka umpannya
mengena.
“Awak tunggu siapa?” tanya Ilham lagi. lansung tidak
mempedulikan rasa marah Marissa yang tidak mahu bercakap dengannya.
“Mak saya,” balas Marissa marah-marah.
“Awak ni apalah, kecil-kecil dah jadi pemarah...” tegur
Ilham suka hati. Marissa yang duduk bersebelahan mula menjeling. Tidak suka
dipanggil anak kecil, dia mula berdiri tegak sambil menjengil mata ke arah
Ilham, itu membuatkan Ilham terperanjat. Dia lansung terdiam.
“Saya dah besarlah. Tahun depan saya dah nak masuk enam
tahun. Mana ada kecil lagi!” marah Marissa.
“Ye ke, tak macam nak masuk enam tahun pun,” perli Ilham.
Marissa mula tesion.
“kalau saya betullah, nak masuk lapan tahun...dah
sekolah,” Ilham bangga menyebut umurnya. Marissa yang tadi masih marah-marah
mula berasa kagum. Tidak sangka, budak lelaki yang duduk di sebelahnya itu
sudah bersekolah. Dia juga tidak menyangka, ada juga budak yang dah bersekolah
mahu bercakap dengannya. Kalau di perumahannya, tiada seorang pun budak
bersekolah yang mahu berkawan dengannya melainkan Abang Khalil. Itu semua
kerana dia dianggap seperti anak kecil berhingus, tidak layak berkawan dengan
orang dewasa.
“Awak dah sekolah...awak nak kawan dengan saya?” tanya
Marissa sungguh-sungguh. Ilham yang pelik melihat perubahan drastik Marissa
hanya mengangguk perlahan, mengiyakan apa saja yang dikatakan oleh Marissa.
Tidak tahu mengapa, dia seperti sukakan Marissa.
“Yeahh, saya dah ada kawan sekolah,” jerit Marissa
berulang kali. Kali ini Ilham pula yang segan. Jemaah yang keluar masuk di
depan masjid hanya tersengih memandang mereka berdua. Ilham langsung tidak
menunjukkan reaksi apa-apa. Dia hanya menggaru kepala yang tidak gatal.
Setelah agak lama berbual-bual perkara yang remeh temeh,
seorang lelaki dalam lingkungan pertengahan umur mendatangi mereka berdua.
Tersenyum melihat kedua anak kecil itu berbual di depan tangga membuatkan dia
tidak sampai hati untuk menegur. Tapi apakan daya, hari sudah lewat petang.
Mereka harus bergerak segera. Takut nanti lewat malam pula sampai ke kuala
lumpur.
Bahu Ilham dipaut “Jom balik,” ajak lelaki itu.
Ilham yang masih tidak puas berbual dengan Marissa hanya
mengganguk perlahan. Marissa hanya memerhatikan kedua mereka beredar dari situ.
Ketika itulah, Ilham menoleh sekilas, dia menjerit “ Siapa nama awak?” tanya
Ilham untuk kedua kalinya.
Marissa tersenyum gembira , “Marissa!” jawabnya.
“Nanti kita jumpa lagi kan?” tanya Ilham lagi. Marissa senyum,
suka mendengar soalan Ilham “InsyaAllah,” jawabnya jujur.
Dari kejauhan, kedua tubuh itu mulai hilang dan tenggelam
di dalam pacuan empat roda yang berlalu meninggalkan perkarangan masjid.
Marissa bersendiri, ada kicauan burung yang mengiringi kesepian hatinya.
bersambung..
2 comments
kalau tak keberatan jarakkan antara perenggan tulisan tu. Rapat sgt..hehe maaf ta seronok bca ni.
lawatan di malam jumaat.letih sikit dari masjid