Waktu magrib sudah hampir,semua penghuni asrama sudah mula memenuhi ruangan solat di tingkat bawah.Setiap aras kelihatan sudah gelap pekat tanpa sebarang cahaya elektrik.Nash sudah mencari posisi paling sesuai dan selesa di ruangan membasuh.
"Oi,kau skip solat jemaah ya?",terdengar satu suara menyapa Nash yang sedang kusyuk mencari tempat persembunyian terbaik dalam gelap.Hampir jatuh terjelupuk dia dek sapaan yang tidak dijangka itu.
"Hoh?Siot la,kau ke?Kau nak aku terkehel dalam ni ke macam mana?",soal Nash pada AJ.Temannya itu juga sedang mencari port terbaik untuk mengelak dari tertangkap dengan warden asrama.
"Berapa lama dah kau buat kerja ni?",soal AJ seakan berbisik.
"Banyak pulak soalan kau.Baik kau diam sebelum aku sumpah kau jadi Orix",balas Nash malas.
Malam ini semuanya dalam keadaan baik kerana mereka tidak tertangkap dengan warden asrama.Tidak jauh dari dewan makan kelihatan T-rex bersama kumpulannya datang menghampiri Nash dan AJ.
"Nash,malam ni kitorang ada nak buat suprise party sikit untuk K,jumpa lepas prep kat kelas form 3",ringkas huraian T-rex tentang rencananya.Nash mengangkat wajahnya sedikit tanpa sebarang riak sebelum berlalu tanpa sebarang kata.
"Sejak bila diorang jadi kawan baik kau,Nash?Nak buat suprise party untuk K siap jemput kau sekali?",soal AJ curiga.
"Kau nak tau apa hidangan istimewa diorang untuk suprise party K malam ni?",soal Nash sebelum menghadiahkan senyuman buat temannya AJ.
"Soalan aku kau tak jawab?Menu pulak yang di tanya?Kau dah kenapa?Lapar sangat ke, sampai tak sempat nak tunggu supper?",soalan berbalas soalan kini apabila AJ mula bingung.
"Menu special diorang,aku.Tak ada aku,tak ada celebration la beb",jawabnya ringkas.
Seusai prep malam,Nash terus menuju ke dewan makan dan kemudiannya terus menapak ke bilik seniornya.T-rex dan rakan-rakan masih menunggu di kelas tingkatan 3 untuk seketika tanpa mengetahui,Nash sememangnya tidak akan muncul.
-----
Suaranya akan memenuhi ruangan di setiap kelas saban hari.Doa yang dibaca menandakan bermulalah aktiviti persekolahan seperti biasa.Suara tanpa tuan yang bergema keserata sekolah.
"Wei budu?",jelas kedengaran suara itu namun tiada kelibat.Telinga Nash seperti berdesing.
"Mentang aku tak pro dialek diorang,selamba biawak je bagi nama kat aku",gumam Nash sendri sambil kapalanya di tala merata sehinggalah pandangan mereka bertemu.Seorang pengawas lelaki yang berada di bangunan bertentangan melemparkan senyuman sinis.Nash menghadiahkan sebuah jelingan maut yang ditempah khas buat lelaki itu.
"Let the war,begin bro!",gumam Nash sambil memalingkan tubuhnya.
Maka, termaktublah peperangan diantara seorang Nashrah Nadya dan Ikmal Haqim.
Maka, termaktublah peperangan diantara seorang Nashrah Nadya dan Ikmal Haqim.
-----
-----
AJ merasakan sikap Nash semakin hari semakin pelik.Nashrah Nadya yang dia kenali bukanlah orang yang boleh di suruh begitu begini .Satu busuk dia dapat,banyak kali busuk dia balas.Masih jelas kejadian saat Nash diserang T-rex dan rakan-rakanya.
"Kau rasa besar kepala,kan?Kau ingat kau siapa?",soal T-rex.Suaranya yang lantang menyebabkan keseluruhan pelajar yang berada di dalam bilik seterika keluar meninggalkan mereka.
"Ya,aku salah sebab aku tak ikut undang-undang korang.Aku masuk kandang korang,buat macam kandang aku",balas Nash tenang.Dari ekor matanya dia dapat melihat jelas K dan yang lain sibuk merakam.Dari awal lagi Nash sudah berpesan kepada AJ supaya tidak masuk campur mahupun membuat aduan kepada warden asrama.
"Kau tau?Aku pelik la dengan kau,susah sangat kan kau nak menangis?Kau rasa kau hebat?",soal T-rex yang kini sudah menunding kearah wajah Nash.
"Kau nak tampar aku untuk apa yang aku dah buat,aku tak ada masalah,tapi kau tak perlu tunggu sebab aku tak akan menangis mahupun melutut",sambil Nash memegang pergelangan tangan T-rex dan meletakkan tangan gadis itu diwajahnya.T-rex kaget dengan tindakan Nash namun kerana ego dan juga kerana demi untuk menjaga air mukanya,satu tamparan hinggap ke wajah Nashrah.
"So,kita dah selesai.Kita seri,boleh aku pergi sekarang?",soal Nash.T-rex, K dan yang lain hanya membatu.Nash melangkah keluar dengan riak wajahnya yang tenang.Hari-harinya lebih mudah tanpa masalah yang tidak masuk akal.Sudah cukup lengkap hidupnya kini dengan seorang Ikmal Haqim yang menyakitkan hati dan matanya saban hari.Entah kenapa lelaki itu sangat menarik perhatiannya.Pada pandangan Nashrah,mungkin kerana lelaki itu lebih menyakitkan hati berbanding dengan mereka yang lain.
Namun buat AJ,Nash mungkin sudah jatuh hati pada musuh ketatnya.Mata seorang rakan lebih tajam kerana bukan sehari dua dia bersama Nash.Mereka sudah bersama sejak mereka di sekolah rendah lagi.Ya,seorang Nashrah Nadya juga masih seorang gadis.Ikmal Haqim membawa satu cas yang berbeza dari rakan-rakan sejantina Nash yang lain.AJ lebih selesa membiarkan sahaja rakannya kerana dia ingin melihat sejauh mana benci Nash boleh berubah menjadi sayang.
Kebenaran sangkaan AJ setahun lalu kini tidak dapat disangkal lagi kerana benarlah,daya tarikan yang ada pada Haqim sudah melembutkan hati Nashrah.Benarlah kata orang tua-tua,apabila kita bencikan seseorang,janganlah amat sangat kerana ia mungkin berubah menjadi sayang.
"Awak,jumpa kat bilik pengawas sebelum waktu kelas tambahan ya?",ringkas permintaannya.Hakim hanya mengangguk sambil berlalu.
"Hai Nash,nak jumpa Haqim ke?Dia bagitahu akak,dia lewat sikit sebab dia kena uruskan sesuatu",kata Suliza sebaik sahaja kelibat adik dormnya memasuki bilik pengawas.
"A'ah,nak jumpa Haqim.Takpe,orang tunggu sini je dengan akak",balasnya sambil menarik kerusi dan melabuhkan duduknya tidak jauh dari Suliza.Ditangannya masih memegang satu sampul berwarna coklat bersaiz A4.
Tidak lama selepas itu Haqim memasuki bilik pengawas tanpa menyedari dia diperhati oleh gadis yang sedang menunggunya.Haqim memakai kemeja berwarna biru dan tali leher yang sudah dilonggarkan menyebabkan t-shirt tanpa kolar berwarna putih yang dipakai didalam kemeja kelihatan jelas.Nash bangun dari duduknya dan menghampiri Haqim yang berada berhampiran dengan meja.Sampul yang tadi di pegang kini di atas meja.Hakim juga meletakkan sekeping sampul yang serupa di hadapan Nash.
"Sorry,saya tak kreatif macam awak",jelas Haqim.Nash melemparkan satu senyuman sebelum berlalu meninggalkan Hakim dan Suliza sebaik sahaja sampul mereka bertukar tangan.
-----
"Saya nak duduk rumah jaga anak-anak je boleh?",soalnya sambil meletakkan telefon bimbit di antara kepala dan bantal.
"Kalau ada jodoh,kalau awak tak keberatan nak hidup sederhana sebab saya tak mampu nak bagi awak kemewahan,boleh je kalau awak nak duduk rumah jaga anak-anak kita",jelas Haqim sambil membetulkan baringnya.
"Awak nak anak berapa orang?",soal Nash smbil matanya dipejam rapat.
"Dua,tiga orang?",balas Haqim.
"Saya rasa macam nak paling sikit 4,boleh?",pinta Nash.
"Kalau ada rezeki,kenapa tak boleh?",jawab Haqim.
Rutin harian yang dan menjadi kebiasaan selama bertahun-tahun.Berbual sebelum melelapkan mata.Keadaan yang selesa dan kadang-kadang hanya dengan mendengar suara saat telefon diangkat sudah cukup buat mata masing-masing layu.Terlalu biasa dengan ada,itu adalah mereka.Hubungan tiada nama,tiada janji setia,tiada permintaan melebihi kemampuan satu dan yang lainnya.Cukup sekadar ada dan terus ada.
Kisah ini milik mereka.Teman bergaduh,bermanja,berbual dan melelapkan mata.Kawan paling rapat.Kadang mereka pergi jauh dari satu dan yang lainnya tanpa khabar dan berita,kadang mereka ada tanpa siapa pinta.
Orang kata,rasa tak sentiasa perlu dilafaz,cukup dengan tindak-tanduk.Ada pula,tak bermakna jelas.Cukup dengan percaya dan sedia.Jarak adalah sesuatu yang biasa.Jangan berharap kerana ruang tidak selalu mengizinkan mereka untuk bertemu atau bertentang mata.
"Nash,sayang awak",lafaz Haqim lembut.Nashrah tidak membalas,dia hanya membatu.Laju air matanya mengalir.Mana mungkin hatinya sekeras batu saat Haqim melafazkan kata-kata itu.Bertahun mereka terpisah dengan jarak namun mereka masih ada untuk satu sama lain.
"Sayang awak juga",Nash seakan berbisik.Suasana menjadi sunyi sepi tanpa reaksi dari Haqim,mungkin dia tidak mendengarnya.Nash membiarkan begitu.
-----
Laju Nashrah Nadya memacu kenderaannya.Sepi tanpa sebarang bunyi,wajahnya tidak beriak,mulutnya membisu tanpa kata.Dia merasa keliru,tercengang dan sedikit sebanyak soalan yang ditanyakan oleh AJ di ruangan IM Facebook tadi seperti membuat lintasan langsung secara berulang di benaknya.
AJ : So,kirenya dia taknak kau la ni?
Nashrah : Kau tak faham bahagian mana ni AJ?
AJ : Tak,maksud aku dia serius tak mahu kan kau?
Nashrah : Ya AJ!Dia tak mahu,tak hendakkan aku!Puas hati kau?!
Entah kenapa Nashrah merasa celaru.Masih tergiang-ngiang rasanya suara Haqim memanggil namanya didalam talian seperti selalu.Melafazkan sayang dan rindu.Bercerita tentang hari-hari dan apa yang mereka rancang untuk langkah kedepannnya.
Kali terakhir mereka berjumpa,adalah beberapa tahun lalu.Dia meluangkan masanya bersama Haqim dan mereka berjalan menyusuri jalan di bandar dan makan bersama.Masih jelas dia melihat wajah lelaki tersebut.
"Nashrah Nadya...",panggil Haqim saat dia sedang memandu dan Nash berada di tempat duduk penumpang.Perlahan gadis itu berpaling dari jendela kereta dan memandang wajah Haqim yang serius memandu.
"Saya sayang awak",seperti berbisik Haqim melafaznya.Nashrah tidak dapat mendengarnya,namun gerak bibir lelaki itu boleh dibacanya dengan jelas.Tidak semena-mena,Nash mengetap bibir bawah dan air matanya mula mengalir deras.
Ya,seorang gadis yang sedikit boyish,makan sedikit pantas,langsung tiada lenggok saat dia melangkah,namun dia Nashrah Nadya yang masih lagi seorang perempuan.Keras luarannya,mungkin khuathir terlalu lembut hatinya.Gusar jiwanya saat Haqim mampu membuat dia menangis.Khuatir kalau dia terlalu dikawal oleh rasa dan kenangan.Betapa dia mengharap keajaiban itu ada dimana dia mampu memberhentikan waktu dan mengekalkan ia cuma disitu,begitu.
Perbualannya bersama Haqim di Skype beberapa hari lepas masih dia ingat.Dia ingin benar menghadiahkan Haqim kerja tangannya.
Haqim : Kalau saya kawan dengan siapa-siapa,awak tak payah la kawan dengan diorang okayh?
Nashrah : Ye,noted.My bad sebab menyapa diorang.
Haqim : Sebab awak,diorang lari macam tu je.Belum sempat pun saya nak mula kawan.
Nashrah : Kawan?Owh,dengan panggilan 'manje,encem'?
Haqim : Ye la.Kawan je pun.Kita bukan ada apa pun.
Nashrah : What?I beg ur pardon?
Haqim : Ye,kita bukan ade apa-apa.
Nashrah : Habis,yang 'sayang awak' n 'rindu awak' tu ape?
Haqim : Saya cakap je 'sayang awk','rindu awak'.Saya bukan rasa pun.
Nashrah : Okayh,sorry for everything n TQ.
Seperti tangkai hatinya direntap.Dadanya terasa penuh dan sarat.Air matanya ditahan sedaya mungkin.Bibirnya terkunci tanpa kata.Kisah perkenalan mereka bukan sehari dua,tetapi hampir sedekad.Haqim merupakan kawan baiknya,pengkritik tegarnya,orang yang selalu membantunya dan orang yang sepaptutnya menyayangi dia.
Rasanya seperti mimpi kerana semuanya hilang dibawa angin.Setiap kenangan yang Haqim tanam membesar dengan cantik dalam hatinya seperti taman yang subur kini kering dek panas kemarau yang melampau.
Nashrah yang masih memegang sekeping kertas berwarna biru dengan sedikit hiasan dan kolaj.Dia memulakan langkah menapak keluar rumah.Kertas biodata dengan tulisan tangan itu langsung tidak dibaca mahupun dipandang.Inilah kertas yang berada didalam sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 selama 8 tahun lamanya.Simpanan peribadi paling bernilai yang kini bakal menjadi debu saat api lighter itu menyapa kertas tersebut dan dia ingin debu itu menjadi kenangan lebur yang pergi bersama angin lalu.
Siapa kata sehari tidak cukup kalau jelas nyata?Jelaskan kenapa pula seumur hidup pun tidak cukup untuk mengenali seseorang kalau takdirnya begitu?Sesungguhnya tuhan lebih mengetahui.
Buat,
Ikmal Haqim.
"Biar angin bawa kau pergi kerana disini tiada sisa untukmu lagi"
Ikhlas dari,
Nashrah Nadya.
2 comments
good writing...
@CintaZulaikha thanks sis :)