Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday, 17 March 2013

Secangkir Kasih - Episod 4

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3


“Kami akan pulang ke Malaysia hujung minggu depan, Adwa. Kalau awak masih sayangkan keluarga awak, buanglah ego awak tu. Awak anak. Awak perlu mengalah. Sebaik-baiknya awak megalah dan pohon maaf pada mama awak. Itu yang terbaik. Selagi awak berdendam dengan ibu awak, hati awak tak akan tenang sampai bila-bila. Walau ke hujung dunia sekalipun awak lari untuk cari kedamaian. Redha ALLAH terletak pada redha kedua ibu bapa kita Adwa.”
“Pulanglah. Keluarga awak lebih perlukan awak. Mereka lebih berhak.” Dengan kata-kata itu, Zikri melangkah pergi. Meninggalkan Adwa untuk membua keputusannya sendiri.
Setelah hampir seminggu menimbang dan istikharah, Adwa membuat keputusan untuk pulang. Benar kata Zikri, tempatnya bukan di sini. Dia sudah penat melarikan diri. Dia mahu kembali ke pangkuan keluarganya. Kembali ke tanah air yang tercinta.
Hampir seminggu dia membuat persiapan mengemas segala barang-barangnya untuk kembali ke Malaysia. Tanah ini Adwa tidak akan lupakan sampai bila-bila. Tanah ini menjadi saksi jatuhnya air mata ego dan dendamnya. Dan tanah ini jugalah yang menjadi tempat menyembuhkan lukanya saat melihat senyuman rakan-rakan seperjuangannya. Tanah inilah yang mengajarnya erti kekeluargaan yang sebenarnya.
Dan hatinya bagai kaca terhempas ke batu apabila wajah mamanya langsung tidak kelihatan. Dalam kepedihan hati itu, segalanya seakan terubat apabila ayahnya memeluk erat tubuhnya. Terasa bagai terlepas segala rindu dendam yang dipendamnya selama enam tahun menetap di negara orang. Akhirnya, dia kembali menjejakkan kaki ke Malaysia.
Kembali ke rumah itu bagai mengukir kembali segala memorinya, suka dukanya sebagai seorang remaja dan segala kenangan yang terukir dalam kamus hidupnya. Tangisan Mak Tijah, pembantu rumahnya saat memeluk tubuhnya terasa bagai menyejukkan kepanasan dan kepedihan hatinya selama ini. Syukurlah, dia kembali semula ke sini. Dan dia akan membuka lembaran baru walaupun masih ada yang belum berubah. Dia perlu yakin!
******************************************************************************
So, how’s the preparation?” soal Aqil pada Adwa yang sedang menyusun barang-barang hantarannya di atas lantai.
Overall okay. Angah nak balik dah ke?” soal Adwa sambil duduk di atas katil.
“Adik, baliklah rumah. Tak sampai dua hari, adik dah lari balik kampung. Ni, dah dua bulan adik langsung tak balik. Takkan nak kahwin kat sini jugak?” soal Aqil.
“Kenapa? Kat sinilah senang adik beradik nak kumpul. Kampung ayah pun dekat. Semua family kita boleh datang. Nenek dengan atuk pun boleh duduk je sini. Rumah kita tu jauh. Nenek dengan atuk dah tak larat nak duduk atas kereta lama-lama. Lagipun, semua kawan-kawan adik duduk kat area ni.” Adwa menjawab.
“So, kawan-kawan adik lagi penting dari i?” soal Aqil sinis.
“Ya, memang kawan-kawan adik lagi penting dari family. Kenapa?” Adwa terasa darahnya menggelegak tiba-tiba.
Aqil segera mengetap bibirnya. Baru tersedar yang dia tersalah cakap. “Adik, maksud Angah…”
“Maksud Angah apa? Selama lima belas tahun adik tinggal kat sini, they are my family. Pernah ayah datang sini bawak mama? Tak, kan? Adik je yang selalu balik rumah tu dan dera perasaan adik sendiri. Adik nak tutup semua tu, Angah. Adik nak buka buku baru kat sini. Angah takkan faham sampai bila-bila apa yang adik lalui.” Adwa memandang tajam wajah abangnya itu.
And you, kalau tak suka boleh pergi dari sini.” Dia terus keluar dari bilik dan menuju keluar dari rumah. Aiman yang sedang berbual dengan Faiz di dapur menoleh apabila melihat Adwa berjalan laju dan keluar dari rumah. Mereka saling berpandangan sebelum Aqil muncul sambil mengeluh panjang.
“Kaulah punya fasal ni, kan? Kau cakap apa dekat dia, Ngah?” soal Aiman apabila Aqil mengambil tempat di sebelah Faiz.
“Aku… suruh dia balik rumah.” Aqil akhirnya memberitahu setelah agak lama membisu dan mengeluh sendiri.
“Kenapa kau suruh dia buat benda yang paling dia tak suka tu? Aku faham perasaan kau, Ngah. Aku pun nak dia balik dan baik balik dengan mama. But we can’t do anything. Segalanya terserah pada Zikri lepas ni. He will be the one who’d do that. Dia kan dah janji?” Aiman cuba menenangkan adiknya itu.
“Tak, aku tahu. Tapi aku terepas cakap. Like a slip of tounge.” Aqil menerangkan.
“Tak apa, she’ll be okay in a few minutes. Trust me.” Faiz memberi jaminan.
“Mana Pak Usu tahu?” soal Aiman dengan senyuman nakal.
“Hey, dia duduk dengan Mak Usu kan selama ni. Mestilah Pak usu kenal dia luar dalam.” Faiz bersuara tenang. Aiman dan Aqil hanya tersenyum walaupun kata-kata itu bagai menampar kuat pipi masing-masing. Sedar yang mereka membiarkan adik bongsu mereka itu lebih rapat dengan orang lain daripada keluarga sendiri.
“Amboi, duduk lepak nampak. Along, pergi beli ais. Ais kat dapur dah habis. Pak Usu, Mak Usu suruh pergi rumah Tok Alang ambil beras. And Angah, Zikri suruh tolong dia pang khemah. Dia cakap, dia yang nak kahwin, pengapit dia yang lepak. Dia berpeluh pasang khemah kat bawah.” Adwa bersuara dalam tawa.
“Eh, khemah dah sampai ke?” soal Aqil terkejut.
“Dah, tu lori dia baru sampai tadi. Come on, come on. Adik nak pergi siapkan hantaran. Nanti masuk makan.” Adwa bersuara sebelum berlalu.
Mereka berpandangan sebelum ketawa kecil. “See? Pak Usu dah cakap dah, kan?” Faiz bangkit untuk melakukan kerjanya. Aiman dan Aqil berpandangan sebelum saling bertukar senyuman tawar. Semoga hidupmu jauh lebih mudah selepas ini, adik.
******************************************************************************
Adwa duduk di hadapan suaminya yang sedang menjamu selera itu. Zikri tersenyum sambil menyambung suapan. “Abang…” Zikri mengangkat wajah. Sekadar bertanya dengan senyuman.
“Kita balik kampung minggu ni? Wawa teringin nak makan asam pedas Mak Usu.” Ajak Adwa.
“Pulak? Dua minggu lepas nak makan laksam. Kenapa tak masak sendiri je, sayang? Isteri abang ni kan pandai masak?” Zikri mengusik.
“Mana sama…” Adwa merengek manja.
“Yalah, tapi abang ada schedule on Saturday. Kita baik Friday eh. Nanti hari Ahad abang datang balik ambil Wawa.” Zikri membalas senang.
“Yeay!! Sebab tu Wawa sayang abang.” Adwa menjerit gembeira sebelum tersengih.
Anything for you. And, next weekend, Wawa free kan? Tak ada tutorial ke apa, meeting ke, staff volunteering ke? Tak ada kan?” Zikri memastikan.
“Tak adalah. Minggu depan kan cuti Jubli Perak universiti. So, cuti umum from Friday. Kenapa? Abang nak pergi mana?” soal Adwa.
Surprise visit. Nanti abang bagitau. Please look forward to it.” Zikri tersenyum lagi.
“Okay!” Adwa tersenyum riang.
 “Abang, kita kat mana ni? Gatallah mata Wawa ni.” Adwa semakin galak bermain dengan kain penutup matanya.
“Wawa, jangan nak ngada-ngada okay. Baru sepuluh minit abang tutup mata Wawa.” Zikri ketawa kecil sambil memandu masuk ke dalam halaman rumah yang sederhana luas itu. Dia mematikan enjin dan melangkah keluar sebelum membuka pintu di sisi isterinya.
Zikri memimpin Adwa masuk ke dalam rumah dan mendudukkan isterinya di atas sofa. Dia duduk di sisi Adwa dan perlahan-lahan menanggalkan kain yang menutupi mata isterinya. Adwa menggosok matanya sebelum memerhati ruang tamu rumah itu. Dia spontan bangkit. “Abang! Ini…” Adwa memandang tajam wajah suaminya yang tersenyum nipis sambil mengangguk.
“Abang, Wawa tak nak datang sini!” Adwa ingin berlalu namun Zikri segera menarik legan isterinya.
“Wawa, this is your house. Please… untuk abang. Just stay here. Hari ni hari jadi ayah, kan?” Zikri memujuk.
“Abang, I’ll do anything for you. Tapi bukan yang ni. Wawa tak akan balik rumah ni!” Lantang suara Adwa membalas pujukan suaminya.
“Adwa Batrisya!” Aiman keluar ke ruang tamu. “Siapa ajar Wawa cakap macam tu?”
“Alah, Along pun sama je. Wawa nak balik sekarang.” Adwa mencapai beg tangannya dan melangkah keluar.
“Wawa, dengar dulu cakap abang ni…” Zikri masih cuba memujuk.
No.” Adwa terus berlalu keluar namun Aiman terlebih dahulu menarik lengan adik bongsunya itu. “Apa Along ni? Lepaslah! Sakit!” Adwa meronta sekuat hatinya manakal Aiman kuat mencengkam lengan adiknya itu.
“Along, lepaslah!!!” Adwa menjerit sebelum satu tamparan hinggap ke wajahnya.
Aqil merenung tajam wajah adiknya itu. “Kenapa dengan adik ni? Apa yang adik berdendam sangat dengan mama? Mama tu mama kita. Dia yang bersusah-payah lahirkan kita adik-beradik. Syurga seorang anak masih di bawah teapaka kaki seorang ibu. You wouldn’t feel anything selagi tak bergelar ibu.”
Adwa terduduk di atas lantai sambil memegang pipinya yang terasa perit. Air matanya mengalir laju membasahi pipi. “Adik tak nak datang sini, kan? Then, just go back. Kalau adik tak ingin nak datang sini, Angah pun tak ingin nak benarkan adik jejakkan kaki ke rumah ni. Zikri, take your wife and just go back.” Aqil bersuara tegas.
“Angah…” Aiman cuba memujuk.
Go!” Aqil bersuara keras dan lantang. Zikri menurut. Dia menghampiri isterinya dan membantu wanita itu bangun. Mereka beriringan menuju ke kereta dan terus memandu pergi. Masing-masing kembali ke dalam rumah. Aiman menepuk bahu Aqil perlahan.
Aqil menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya dengan jeritan lantang. Penumbuknya digenggam sebelum dia menumbuk dinding berulang kali dan terduduk di situ. Aiman terus sahaja kembali ke dapur.
Puan Adibah menyeka air matanya yang berjuraian dan kembali ke biliknya. Puan Adibah menutup pintu dan duduk di atas katil, menangis perlahan. “Diba…” Encik Khairul menghampiri isterinya.
“Saya berdosa dengan Wawa, bang. Selama ni, saya tak pernah kisahkan dia. Memang layak saya terima semua ni, abang…” Puan Adibah menangis sendiri.
“Diba, semua manusia akan buat salah. Tapi, awak tetap mama dia. Kita sama-sama berdoa agar dilembutkan hati dia, ya?” Encik Kahirul memujuk. Dia memeluk tubuh isterinya itu.

            “Abang, abang marahkan Wawa lagi ke?” Adwa bertanya sambil duduk di sofa bersebelahan suaminya.
“Tak, tapi Wawa kena janji jangan buat lagi macam tu. Wawa kena faham perasaan abang, ayah, dengan mama jugak. Wawa janji yang Wawa akan pergi minta maaf dengan mama. Boleh?” Zikri menarik tangan isterinya ke dalam genggaman.
“Abang…” Adwa cuba mencari kata-kata.
“Abang akan sentiasa sokong Wawa.” Zikri memberi janji.
“Janji?” Zikri mengangguk.
“Makan jom? Laparlah…” Zikri memandang isterinya.
“Jom.” Zikri dan Adwa sama-sama menjamu selera.
“Abang on call petang ni. Pagi esok abang balik. Wawa nak pergi rumah Liya ke?” soal Zikri pada Adwa yang sedang mengemas dapur.
“Taklah. Wawa kena siapkan soalan exam.” Adwa menjawab sambil menuju ke singki.
Zikri meletakkan penyapu di tepi almari dan mencapai gelasnya untuk diletakkan di dalam singki. “Abang, pergilah siap.”
“Okay.” Zikri baru sahaja ingin berlalu apabila Adwa tiba-tiba sahaja terduduk di atas lantai. Zikri segera menghampiri Adwa dan memeluk tubuh isterinya yang longlai itu.
“Wawa, kenapa ni?” soal Zikri mula risau.
“Pening.” Adwa mengukir senyuman tawar dan bangkit sambil dibantu oleh suaminya itu.
“Kenapa tiba-tiba boleh pening pulak ni?” Zikri membantu Adwa duduk di meja makan.
“Nak demam kot.” Adwa menjawab perlahan.
“Dah lama ke pening?” soal Zikri sambil menuang air ke dalam gelas.
“Dalam dua tiga hari ni. Kadang-kadang rasa mual, macam nak muntah.” Adwa memberitahu.
“Okay, minum air, lepas tu jom siap.” Zikri memberi arahan.
“Siap nak pergi mana?” soal Adwa.
“Ikut abang pergi hospital.” Zikri menjawab sambil menyuakan gelas berisi air kepada isterinya.
“Buat apa?” soal Adwa.
“Kita buat pregnant test?” Zikri tersenyum memandang isterinya.
Adwa tergelak. “Roger.”
******************************************************************************
Zikri mencapai fail di atas mejanya dan berjalan ke wad kanak-kanak untuk melihat laporan. Seorang jururawat berlari ke arahnya dengan wajah cemas. “Dr Zikri, your wife’s at ER.” Bagai petir kata-kata itu menyambar membuatkan Zikri terus belari ke Bahagian Kecemasan.
“Dr. Zikri.” Dr. Asiah menegur. Zikri mengangguk.
“Pulse 68, BP 80/50. Makin turun.” Medical Asisstant (MA) memberi laporan.
“Dr. Zikri, caesarean.” Dr. Asiah bersuara.
Give me 5 minutes?” Zikri mengalih pandang pada Dr Asiah.
Please hurry.” Dr. Asiah memberi keizinan.
“Siapa yang hantar isteri saya ke sini?” soal Zikri pada MA bertugas.
“Ibu mertua doktor yang telefon ambulans. Dia ada kat luar.” Zikri terus melangkah keluar ke lobi mencari Puan Adibah. Kelihatan Puan Adibah sedang duduk sambil ditemani oleh Mak Jah.
“Mama.” Zikri menegur.
“Zikri. Wawa macam mana?” Cemas sekali Puan Adibah bertanya pada Zikri.
“Caesarean. Sebab baby tak cukup bulan.” Zikri menjawab.
“Mama minta maaf Zikri. Mama tak perasan pun Wawa datang. Mama sibuk berkebun dengan Mak Jah. Nasib baik ada budak-budak baru balik sekolah lalu depan rumah, nampak Wawa terbaring kat tengah halaman. Kalau tak, mama tak tahulah.” Puan Adibah menggeleng sendiri.
“Tak ada apa-apa, mama. Kita sama-sama doakan semuanya berjalan lancar. Mama dah bagitau abang dengan ayah?” soal Zikri.
“Dah, ayah on the way. Aiman dengan Aqil pun. Kejap lagi sampailah tu.” Puan Adibah bersuara dalam sedu.
“Mama sabar banyak-banyak ya. Zikri nak masuk dalam, lengkapkan prosedur. Mama doakan semuanya selamat ya.” Zikri meminta diri.
“Sabar, Diba. Kita doakan semuanya selamat.” Mak Jah memujuk.
“Saya tak tahulah, Kak Jah. Saya ni dah banyak berdosa dengan dia. 27 tahun saya tak pernah layan dia macam anak saya sendiri. Saya lebihkan Najwa. Dan saya takut untuk terima yang dia bencikan saya lepas apa yang dah berlaku.” Puan Adibah.
“Tak betul, ma.” Puan Adibah menoleh. Aiman melangkah menghampiri mamanya.
“Along…” Aiman memeluk bahu mamanya.
“Mama, Wawa datang nak minta maaf dengan mama hari ni sebenarnya. Kan hari ni, hari jadi mama? Ni, Along jumpa hadiah hari jadi mama dari Wawa.” Aiman menghulurkan kotak yang ditemui di dalam kereta Adwa di rumah sebentar tadi.
Puan Adibah kembali menangis dan mencapai hadiah pemberian Adwa itu. Kotak itu dibuka. Gelang tangan yang terletak elok di dalam kotak itu dicapainya. “Wawa, maafkan mama.” Puan Adibah mencapai kad yang terletak di sudut kotak kecil itu.

Mama,

Wawa harap mama maafkan Wawa atas semua kesilapan Wawa. Wawa bukan anak yang baik untuk mama, Wawa sedar tu. Tapi Wawa akan cuba yang terbaik untuk jadi anak yang baik untuk mama. Sampai bila-bila, mama tetap mama Wawa.

                                                Wawa.

“Ya ALLAH, Ya Tuhanku. Kau berikanlah kebahagiaan pada anakku. Kau gantikanlah penderitaan dia sdengan kebahagiaan. Kau berikanlah anakku kekuatan untuk menghadapi kehidupan pada masa akan datang. Kau selamatkanlah dia, Ya ALLAH. Sesungguhnya, dia adalah anugerahh yang tak ternilai buat aku, seorang ibu yang berdosa.” Puan Adibah memejamkan matanya rapat cuba menghentikan air matanya dari mengalir.
“Diba!” En. Khairul muncul di lobi. Puan Adibah terus meluru memeluk erat tubuh suaminya. Encik Khairul membalas pelukan tersebut, cuba menenangkan hati isterinya. AIman dan Aqil hanya memandang, masing-masing berdoa agar segalanya akan selamat.


bersambung...

3 comments

salam
Mantap ni kisahnya.

repeat lg kt sini bru complete baca
Tak sabar nk tggu sambungannya.

Terima kasih. :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...