“Saya
ada kakak kembar. Najwa Batrisya namanya. She’s
lovely, she’s kind, she’s nice. She’s
perfect and she’s everything for me. She’s my life, my heart, my soul.
Tapi, saya tak sihat selepas dilahirkan. Hati saya rosak. Dan doktor cadangkan
supaya hati Najwa dibelah dan dibahagikan kepada dua. Mama tak setuju pada
mulanya. Tapi, sebab kesihatan saya semakin buruk, mama dan ayah setuju atas
dasar pembedahan itu akan menyelamatkan nyawa saya dan tak akan memberi apa-apa
kesan pada Najwa.”
“Selepas
pembedahan, everything goes back to normal. Selama enam tahun sebelum suatu
hari tiba-tiba Najwa jatuh pengsan ketika mengambil anugerah di tabika. Dia dikejarkan
ke hospital dan disahkan menghidap leukemia. It’s hard to accept. Untuk mama
dan ayah. Saya, Along dan Angah cuma bersedih sebab kami masih tak faham
apa-apa lagi.”
“Rawatan
demi rawatan dibuat dan didapati punca leukemia Najwa adalah akibat pembedahan
pemindahan hati enam tahun yang lalu. Mama macam tak percaya atas semua ni.
Mama tak percaya apa yang dah jadi pada Najwa. Pada mulanya, mama menyalahkan
dirinya sendiri sebab benarkan pemindahan hati tu dibuat. But at last, mama
salahkan saya. Sebab saya tak cukup kuat, Najwa terpaksa menerima akibatnya.”
“Saya
baru enam tahun masa tu. Saya tak faham apa pun yang mama cakap. Tapi, saya
tahu mama marahkan saya. Mama tak cakap dengan saya. Mama tak pernah datang
untuk apa-apa majlis di sekolah saya dan mama tak hantar saya ke sekolah
walaupun sekali. Saya jadi marah pada mama. Kenapa mama langsung tak hiraukan saya?
Tapi, ayah dan Along pujuk saya. Kata ayah, Najwa sakit. Najwa perlu lebih
perhatian.”
“Lepas
tu, saya jadi marah pada Najwa. Saya jadi jahat. Saya selalu ajak Najwa buat
benda yang mama marah. Mungkin waktu tu Najwa pun masih kecil dan dalam keadaan
mama yang sangat tegas menjaga setiap pergerakan Najwa buat dia rasa terkurung.
Dia pun mahu bebas macam saya, bermain dan gembira macam orang lain. Mama
selalu marah. Mama marahkan saya tapi Najwa selalu bela saya. Sejak dari hari
itu, saya dan Najwa jadi semakin rapat. Saya macam faham keadaan Najwa yang
terkurung dalam jagaan mama.”
“And
then, the time comes. Najwa ajak saya jalan-jalan ke pekan. Dia cakap dia nak
beli hadiah untuk hari jadi Along dan Angah minggu depan. Mulanya saya tolak,
sebab kalau mama tahu, mama pasti akan marah dengan saya. Tapi, saya kalah
dengan Najwa. Kami keluar ke pekan, beli komik baru untuk Along dan Angah.”
“Tapi,
waktu nak balik tu ada sebuah motor ni, datang dari arah hadapan dan hampir
langgar kami. Saya sempat tarik Najwa ke tepi dan kami sama-sama terjatuh di
tepi jalan. Kepala saya terhantuk pada bahu jalan. Waktu tu, hidung Najwa
berdarah. Saya jadi takut. Saya menjerit sekuat yang mungkin walaupun orang
ramai dah berkumpul untuk tolong kami. Yang pastinya, saya takut bila tengok
Najwa terbaring dalam keadaan macam tu.”
“Lepas
tu, sebuah ambulans sampai. Bila dah masuk dalam wad kecemasan barulah saya
rasa kepala saya sakit sangat. Lepas diberi rawatan, saya tak sedar apa-apa
lagi. Bila saya sedar balik, saya tak ingat apa-apa pun. Kata doktor, saya
mengalami temporary memory loss. Saya jadi lupa apa yang dah berlaku. Waktu tu,
mama asyik salahkan saya dan marah dengan saya. Mama memang menjerit-jerit
marahkan saya di hospital. Saya jadi takut, saya tak tahu apa yang dah jadi.
Tok dan tokwan datang dan buat keputusan untuk jaga saya.”
“Tok
dengan tokwanlah yang jaga saya sepenuhnya lepas tu. Ayah akan datang setiap
hujung minggu untuk bawa saya balik ke rumah. Sekolah saya pun tokwan tukarkan
ke kampung. Di rumah, Najwa yang tolong saya untuk ingat kembali apa yang dah
berlaku. Najwa jadi pembakar semangat saya untuk terus bangkit selepas apa yang
berlaku. Dan selepas itu, Alhamdulillah, semuanya kembali seperti sediakala.”
“Tai,
ketika ulangtahun kelahiran kami yang ke dua belas, Najwa dimasukkan ke
hospital. Keadaan jadi semakin parah. Dan saya dapat tahu yang Najwa cuma ada
masa beberapa tahun sahaja lagi untuk terus hidup. Dan nyawa saya seolah
melayang ketika itu. Saya seolah hilang semangat untuk bangkit. Saya dah tak
ada sesiapa lagi untuk bergantung. Mama tak suka pada saya. Ayah sibuk dengan
urusan kerja. Abang-abang saya sekolah asrama, jarang ada di rumah. Hujung
minggu cuma ada saya, Najwa dan pembantu rumah kami. Mama seringkali sibuk
dengan aktiviti luar. Kalaupun mama ada di rumah, mama tak akan juma saya.”
“Nasib
baik ada tok, tokwan dan Mak Usu. Mereka tak pernah berhenti sokong saya
sepenuhnya sehinggalah saya dapat tawaran ke sekolah asrama. Mulanya saya tak
yakin untuk sambung belajar di ditu. Sebab pasti masa saya untuk bersama dengan
Najwa jadi kurang. Saya takut kalau-kalau Najwa pergi tanpa sempat untuk saya
menatap wajahnya untuk kali yang terakhir.”
“Najwa
yang pujuk saya. Dia nak saya jadi doktor dan tunaikan cita-cita dia. Dia nak
tengok saya jadi doktor. Saya terima pujukan Najwa dan sambung belajar di
Bitara Girl’s School.”
“Lepas
habis SPM, Najwa dah tak mampu lagi aktif macam dulu. Dia hanya duduk di bilik.
Badan dia pun dah mula susut dan mama pun akan sentiasa berada di rumah.
Cumanya, mama tak akan bercakap walau sepatah pun dengan saya. Saya selalu cuba
berinteraksi dengan mama. Bukan tak pernah. Tetapi, segalanya bagai angin lalu
sahaja. Mama tak seolah-olah tidak mendengar bicara saya.”
“Sebulan
sebelum keputusan SPM diumumkan, Najwa dinasihatkan agar membuat pembedahan
membuang buah pinggang. Dan seminggu kemudian, Najwa dibedah sekali lagi kerana
saluran darah di dalam perutnya tersumbat. Pembedahan berjaya namun keadaan
Najwa sudah kritikal ketika itu. Dan akhirnya, Najwa kembali ke rahmatullah.
ALLAH lebih sayangkan Najwa.”
“Selepas
pemergian Najwa, separuh nyawa saya melayang. Semangat saya seolah dibawa pergi
bersama jasad dan roh Najwa. Saya terlantar sebulan di hospital. Just as what
you have known. Selama sebulan, saya selalu berdoa agar ALLAH ambil nyawa saya
juga. Hidup saya dah tak ada erti tanpa Najwa. Mama tak akan terima saya lagi.”
“Ketika
saya sudah berputus harap itulah, saya dibawa berjumpa dengan seorang ustaz.
Dan ketika itulah saya sedar, perjuangan hidup saya selama ini adalah salah.
Hidup ini adalah suatu ibadah dan bukanlah hanya kerana manusia semata-mata.
Mulai hari itu, saya cuba cari tujuan hidup saya. Tetapi, semuanya gelap. Saya
tak nampak apa penghujung kehidupan saya.”
“Dan
beberapa bulan sebelum saya grad,
tokwan saya meninggal dunia akibat sakit tua. Dua bulan selepas itu, tok pula
pergi meninggalkan kami buat selamanya. Nasib baik Mak Usu ada. Mak usu yang
kuatkan semangat saya saat saya hampir terseungkur rebah dan gagal untuk
mengenggam segulung ijazah.”
“ALLAH
masih sayangkan saya, kata Mak Usu. Kala itu saya sedar, ALLAH sedang menguji
saya. Saya tak boleh lemah dengan ujian ini. Ujian menunjukkan bahawa ALLAH
sayangkan saya. Kerana itu, saya bangkit semula. Saya sudah mampu tersenyum dan
memulakan hidup baru. Jika masih ada rasa sakit, saya tangiskan, saya adukan
pada ALLAH di setiap penghujung solat saya. Semoga ALLAH memudahkan perjalanan
hidup dan menguatkan semangat saya. Sungguh, saya ingin kembali melutut di kaki
mama walaupun mama mungkin tak akan maafkan saya lagi.”
“Tapi,
saya masih takut. Dan hati saya masih berbekas. Saat itu, surat tawaran untuk
menjadi sukarelawan ke Palestin datang ke meja saya. Dengan tekad, saya berazam
untuk datang berkhidmat di sini. Saya mahu melupakan segala kesakitan yang
pernah saya lalui. Saya harap dengan memahami penderitaan dan ujian mereka yang
lebih teruk ini, saya mampu untuk jadi lebih kuat.”
“Tapi,
akhirnya saya rasa saya salah. Hati saya masih berbekas. Saya masih manusia
biasa. Sekuat mana pun saya keraskan hati saya, parut itu tetap ada. Apatah
lagi melihat kegalauan dan kerisauan dan kesedihan mata ibu-ibu di sini yang
kehilangan anak mereka, luka saya kembali berdarah. Saya selalu terfikir, jika
saya pergi saat dan ketika ini, adakah mama akan menangis seperti mana ibu-ibu
ini menangisi pemergian anak mereka?”
“Saya
jadi tidak bersyukur. Saya jadi takut untuk pulang. Lagipun, mereka di sini
memerlukan saya. Saya rasa ingin kekal, rasa disayangi dan rasa diperlukan.
Walaupun cuma seketika, saya ingin sekali menikmati perasaan itu.” Adwa
mengakhiri cerita dengan air mata yang mengalir laju membasahi seluruh
wajahnya.
“Nangislah,
sayang. Menangislah dan keluarkanlah segala-galanya. Semoga hatimu lebih
tenang, anakku…” Dr. Zila memeluk erat tubuh gadis itu.
Zikri
mengesat tubir matanya yang terasa panas. Sofia yang juga mencuri degar di
seblik tirai mengesat air matanya yang
seolah tidak mahu berhenti. Zikri menundukkan wajahnya. Baru hari ini dia
mengerti kenapa Aqil beria-ia menyuruhnya memujuk Adwa pulang. Hari ini, segala
persoalannya sudah terjawab. Dan keputusannya sudah dibuat. Bulan depan, dia
akan menamatkan kontraknya dan pulang ke Malaysia. Ada urusan yang perlu
diselelsaikannya sebelum kembali semula ke sini dan menamatkan sebuah cerita
duka yang tertulis dalam sebah kehidupan. Ya, dia ada tanggungjawab yang besar
dan dia akan bangkit dan mengatasinya dengan cara apa sekalipun!
******************************************************************************
Zikri
memandang Adwa yang sedang duduk di atas kerusi berhadapan dengan bangunan
pusat perubatan itu. Dia menghampiri gadis yang sedang duduk melayar minda
sendirian. “Assalamualaikum.” Ucapnya perlahan sekadar menyapa.
“Waalaikumussalam
warahmatullahi wabarakatuh.” Adwa menjawab.
“Boleh
saya duduk dekat sini?” soal Zikri.
“Ini
tempat awam. Tak perlu minta izin saya.” Adwa berjenaka.
“Tapi,
ia mungkin ruangan peribadi awak yang saya tak boleh melangkah masuk.” Zikri
sekadar memutar bicara. Adwa hanya sepi tanpa jawapan.
“Kontrak
awak dah tamat dua bulan lepas, kan?” soal Zikri memulakan bicaranya.
“Saya
dah perbaharui untuk setahun.” Adwa menjawab tenang.
“Bukankah
awak sepatutnya dah balik ke Malaysia? Apa lagi yang awak perlukan di sini,
Adwa? Duit?” Zikri sengaja menguji.
“Saya
bukan menjadi sukarelawan semata-mata kerana ganjaran, Zikri. If you think of me as a money grubber, you
can just leave me alone here.” Tegas sekali nada suara itu walaupun
diucapkan dalam kelembutan.
“Jadi,
apa sebenarnya yang awak cari di sini?” soal Zikri semula.
“Saya
suka kedamaian di sini.” Adwa menjawab. “The people, the friends, like a big
family.”
“Kedamaian?
Awak mencari kedamaian di sebuah negara yang bergolak? You sure are different.” Zikri masih kekal dalam ketenangannya.
“Kedamaian
itu sesuatu yang subjektif, Zikri. Kedamaian membuatkan hati kita tenang.
Ketenangan saya di sini, melihat senyuman kanak-kanak saat mereka mendapat
sekeping roti. Senyuman remaja apabila mereka kembali ke rumah selepas pulang
dari belajar di sekolah. Dan senyuman sang ibu dan bapa tatkala anak mereka
kembali pulih selepas berhari-hari terlantar di atas katil di sini.
Segala-galanya. Dan pastinya senyuman rakan-rakan setugas setelah masing-masing
berjaya menyelesaikan misi masing-masing. Senyuman kepenatan itu adalah sesuatu
yang mahal. Kerana itu senyuman yang lahir dari erti sebuah kesyukuran. Itulah
kedamaian bagi saya. Salah ke?” Adwa bersuara panjang lebar.
“Awak
tak ingin melihat senyuman keluarga awak apabila melihat awak kembali ke
Malaysia?” soal Zikri.
“I have no one to wait for me there,
Zikri. Absolutely.” Adwa menjawab
perlahan.
“Awak
ego rupanya, Adwa. Awak pendendam. Awak mendendami insan yang telah
berhempas-pulas melahirkan awak setelah sembilan bulan mengandung. Yang
tersenyum ketika pertama kalinya melihatkan wajah awak. Awak sedar tak semua
tu?” soal Zikri. Apa pun yang terjadi, dia harus menyedarkan gadis ini. Gadis
ini perlu sedar yang dia telahm emilih jalan yang salah!
“I have no mother like that, Zikri. Yang
saya ada cuma mama yang tak mahukan saya lahir diatas muka bumi ini!” Adwa
membentak.
“Mana
awak tahu? Kesakitan, kepedihan dan kegembiraan hati seorang ibu adalah sesuatu
yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Awak tak akan faham selagi awak
tak bergelar ibu, Adwa.” Zikri bersuara tenang.
“Awak
pun tak tahu apa yang saya rasa selama 25 tahun ni, Zikri! Mama saya tak ada di
sisi saya saat saya pertama kali melangkah masuk ke alam persekolahan. Mama
saya tak ada di sisi saya saat saya menangis kegembiraan menjadi pelajar
terbaik sekolah dalam peperiksaan UPSR. Mama saya juga tak ada di sisi saya
saat saya melangkah ke asrama. Mama saya tak ada di sisi ketika saya kehilangan
separuh nyawa saya. Mama saya juga tak ada di sisi saat saya pertama kali
melangkah meninggalkan tanah air untuk menuntut ilmu di negara orang. Dan mama
saya juga tak ada di sisi saat saya menerima berita pemergian arwah tok dan
tokwan. Yang ada cuma tok, tokwan dan Mak Usu sebagai peneman.”
“Yang
ada cuma satu kebencian kerana saya menjadi penyebab kehilangan Najwa. Dan yang
ada cuma satu kewujudan kerana saya berbintikan papa, suami pada mama. Awak tak
akan faham perasaan saya, Zikri!” Adwa mengetap bibrinya.
“Ya,
saya tak akan faham dan tak akan pernah faham. Tapi, awak juga tak faham
perasaan abang-abang awak dan ayah awak awak yang langsung tak jemu memujuk
awak dan mama awak. Pernah awak fikir tak bagaimana perasaan seorang ayah yang
setiap hari berdoa akan keselamatan anak gadisnya yang jauh berkhidmat di
negara orang. Awak ni perempuan, awak tahu tak?” Zikri memandang jauh ke hadapan.
“Tapi,
saya ada tugas di sini. Saya ada tugas untuk membantu saudara-saudara saya di
sini!” Tegas Adwa bersuara menetapkan pendiriannya.
“Adwa,
sebagai seorang anak, tugas utama kita adalah kedua ibu bapa. Kemudian,
masyarakat dan barulah kepada umat. Apatah lagi seorang wanita seperti awak.
Jadilah anak yang baik sementara masih ada masa, Adwa. Sebelum awak bidas
kata-kata saya, ada sesuatu yang perlu awak tahu.” Zikri mula bercerita.
******************************************************************************
“Eh,
Zikri! Bila balik Malaysia?” soal En. Khairul pada anak muda itu. Zikri adalah
rakan sekelas Aqil dan merupakan sahabat karib kepada kedua-dua anak lelakinya.
Setahunya, Zikri menjadi doktor sukarela Malaysia ke Palestin setahun lalu.
“Dalam
seminggu lepas, pak cik.” Zikri menjawab.
“Eh,
minumlah. Pak cik nak keluar sekejap.” Encik Khairul tersenyum sebelum berlalu
pergi.
“So, kau dah balik Malaysia for goodlah ni?” soal Aqil.
“Lebih
kuranglah. Kontrak aku pun dah habis. Beri peluang pada orang lain pulak untuk
buat pahala, kan? So, apa cerita kau
dengan Aiman sekarang?” soal Zikri.
“Macam
nilah, kerja, meeting, conference
sana, outstation sini.” Aqil
menjawab. “So, macam mana dengan Adwa, ada apa-apa berita?” soal Aqil.
“She’s one stubborn girl. Dan jenuh aku
memujuk. Tak makan saman.” Zikri menjawab perlahan.
“Kau
masuk je minang dia. Confirm dia balik punya.” Aiman menyampuk.
“Betul
ke? Kalau macam tu, hujung mingguni jugak aku hantar rombongan meminang.” Zikri
berlawak. Dia mengalih pandang sebelum matanya jatuh pada dua buah peta besar
yang terlekat di dinding dapur rumah tersebut. “Peta apa tu?” soalnya.
“Oh,
tu peta Palestin. Bila ada apa-apa letupan ke, bom ke, tembak-menmbak ke, kena
serang ke, Aqil letak jarum merah. Tempat kau dengan Adwa bertugas, ayah letah
jarum ungu, warna kegemaran Adwa. So,
kami taulah apa yang jadi dengan dia. Tak adalah risau sangat. Bukan senang nak
berhubung dengan negara sana. Kau pun tahu, kan? Rumah kau pun ada satu. Ayah
aku belikan.” Aiman ketawa.
“Yang
sebelah tu?” soal Zikri.
“Hah,
itu aku musykil. Peta Malaysia tu tiba-tiba muncul dalam dua tiga bulan lepas kami
lekat peta ni. Yang paling musykil, jarum ungu Adwa, akan tiba-tiba ada dekat
peta Malaysia tiap-tiap pagi lepas tu. Cuma sekarang dah jarang-jarang. Tapi,
selalulah jugak jarum tu akan end up
dekat Malaysia bila aku nak buat update.
Aku pun musykil.” Aqil memberitahu.
“Kan
aku dah cakap hari tu. Mak Tijah tu hah lekat kat situ sebab tak nak bagi peta
Malaysia tu terbang.” Aiman menjawab.
“Ye
ke?” Aqil hanya mencebik kemudiannya.
Malam
itu, Zikri menumpang tidur di situ sementelah mereka akan bertolak ke Melaka
sesudah Subuh untuk ke majlis perkahwinan salah seorang rakan mereka di sekolah
dahulu. Jam empat setengah pagi, Zikri bangkit dan turun ke dapur. Tekaknya
terasa haus.
Ketika
itulah, dia melihat Puan Adibah berdiri di hadapan peta dan mengubah jarum ungu
yang menandakan tempat Adwa ke Palestin ke peta Malaysia. Lebih tepat lagi pada
negeri Perak, negeri tempat mereka menetap kini. Zikri terkaku di situ. Dia
seolah-olah dapat membaca kegalauan hati ibu sahabat-sahabatnya itu. Ibu itu
mahu anaknya pulang ke Malaysia.
Dan
atas sebab itu juga, dia terus sahaja menempah tiket ke Palestin. Walaupun dia
tahu, perjalanan yang sukar akan menantinya semasa dalam perjalanan mengikuti
pasukan sukarelawan Malaysia kali ini, dia harus pergi. Dia berjanji akan
membawa pulang Adwa kembali ke pangkuan keluarga. Itu janjinya.
bersambung...
3 comments
nice story...=D
Terima kasih. ^^
lei tahan gak..erm..