Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Wednesday, 6 March 2013

Kau Pergi


Foto bersize A4 itu aku sentuh dengan hujung jari. Menari-nari di atasnya. Foto seorang gadis yang mendiami hati aku sejak kebelakangan ini. Wajah itu aku tatap sepuasnya. Ada rasa rindu bertamu di hati. Rindu yang sekian lama cuba aku usir. Rindu yang ada waktu buat aku hilang akal. Rindu yang sudah lama membunuh roh aku sebenarnya. Doubletape aku capai. Aku koyakkan sedikit hujungnya lalu foto itu aku tampalkan ke dinding. Bersebelahan dengan katil aku. Biar sebelum lena, gambar itu aku tatap hingga terbawa dalam mimpi dan bertemu dengannya.

Nama dia Raudah. Bertemu di perpustakaan sejak lima bulan dulu. Bercinta empat bulan sebelum akhirnya putus. Entah. Mungkin aku si totol yang menyintai gadis yang sebenarnya tak ikhlas mencintai aku. Atau mungkin dia yang bodoh sebab tak tahu menghargai aku yang terlalu menyayanginya. 

Mana-mana satu, tetap cerita sama. Bodoh dan tolol.

Dia si manis berlesung pipit. Bermata bundar. Bertudung ayu. Si bijak yang berilmu. Juga si gadis yang rajin turun ke dapur. Peribadi yang aku cari tersimpan dalam dirinya. Tapi, aku buta dalam menilai. Rupanya dia si gadis yang cukup handal mematahkan hati lelaki. Kasih aku beri, duri dia balas. Rindu aku hulur cuma dibalas sepi. Aku ditinggalkan tanpa pesan. Hilang tanpa sebarang perkhabaran. Yang ada cuma ini, sekeping foto dia yang berdiri di tepi tasik dengan senyum tak lekang.

Ah, kenapa mesti dia yang aku rindu? Kenapa mesti dia yang perlu aku tunggu-tunggu? Bukan ternyata yang dia dah boleh hidup tanpa aku. Nah, lihat saja. Betapa gembirnya dia sejak aku tiada dalam hidupnya. 

Foto itu aku sentuh lagi. Matanya sering menawan hati aku. Setiap kali ber-skype di hujung minggu, rasa tak puas melihat matanya yang seolah tersenyum melihat aku. Mungkin, cuma aku yang rasa begitu. Dia sememang hebat bermain hati. Bodohkan aku?

"Sudahlah Amran, move on. Kau tahu, ramai gadis yang tunggu untuk dipilih. Kau punya segala-galanya. Jangan jadi hamba cinta,"pesan seorang teman rapat.

Aku cuma senyum. Bukan aku tak tahu, dia sendiri berperang dengan perasaannya ditinggalkan kekasih kerana kononnya demi pelajaran.

"Aku okay. Aku tahu aku okay. Sampai masa, aku move on lah."

"Jangan menipu kalau hati tak pernah nak lupakan dia,"sampuk seorang teman lain pula.

Aku sekadar menggelengkan kepala. Kalian tak faham. Bebanan di hati aku, entah bila kesudahannya. Sakit aku tanggung, entah mana hujungnya. Mungkin, dia bukan terbaik untuk aku. Ah, ayat ini lagi. Mesti itu kata orang bila mendengarkannya. Tapi, itulah hakikatnya.

Tuhan sudah ada yang istimewa untuk aku. Cuma masanya belum tiba.

Foto itu aku renung sambil kepala ku rebahkan ke bantal. Semalam malam buah hati. Saya rindukan awak. Tapi saya tahu, awak tak pernah rindukan saya. 

Lampu bilik aku padamkan. Dan perlahan-lahan, lirik lagu Nothing Like Us bagaikan bermain di minda. 

Shit!

* * * 

Have you been drinkin'
To take all the pain away?
I wish that I could give you what you deserve...

'Cause nothing can ever,
Ever replace you.
Nothing can make me feel like you do, yeah.
You know there's no one
I can relate to.
And know we won't find a love that's so true...

There's nothing like us,
There's nothing like you and me,
Together through the storm.
There's nothing like us,
There's nothing like you and me,
Together, oh

I gave you everything, baby,
Everything I had to give.
Girl, why would you push me away, yeah?
Lost in confusion,
Like an illusion,
You know I'm used to making your day...

But that is the past now,
We didn't last now,
I guess that this is meant to be, yeah...
Tell me, was it worth it?
We were so perfect.
But, baby, I just want you to see...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...