“Wah, tak rugi aku ambil cuti
panjang-panjang. Boleh tengok kau kahwin!” Aliya bersuara sambil memeluk tubuh
Qairina sedang khusyuk menonton drama kegemarannya di ruang tamu.
“Ish, kau ni. Kau pun tak betul
jugak. Balik Malaysia seminggu lepas tu kau muncul balik kat sini. Terkejut aku
tengok kau dok tersengih depan muka pintu kelmarin tau.” Qairina Mencebik.
“Alah, aku balik renew visa, tolong-tolong ibu kau apa
yang patut, lepas tu aku flylah balik
sini. I’m a tourist guide okay. That’s
just a simple task for me.” Aliya mencapai cawan yang berisi ais krim di
hadapannya.
“So, kau tolong apa je?” soal
Qirina lagi.
“Tolonglah apa-apa yang patut.
Minggu depankan family kau nak datang
sini. Haritu aku datang rumah kau hantar kain yang Kak Long kau pesan tu, Along
kau tengah ceramah si Rifqi tu dekat Skype.
Comel je aku tengok.” Aliya ketawa kecil.
“Ceh, benda lain pulak yang kau
buat.” Qairina mencebik lagi.
“Aku ada story tau. Kau nak tahu tak kenapa Hakim tiba-tiba muncul kat
sini?” soal Aliya. Qairina hanya diam tanpa menoleh. Matanya difokuskan pada
kaca televisyen.
“Kalau kau tak nak dengar pun aku
nak cerita jugak. Nurin accident.
Separuh badan dia lumpuh. Itu yang si Hakim tu tiba-tiba nak rujuk dengan kau.
Abang Nurin cari dia, belasah dia cukup-cukup. Sebab Hakim yang drive time diorang accident tu. Tak sedar diuntung betul si mamat tu. Sekarang ni, family dia dengan Nurin dah sepakat.
Diorang nak kahwinkan aje budak berdua tu. Hakim pun macam dah sedar diri
sikit. Aku harap diorang akan bahagialah. At least, Nurin tu pernah jadi kawan
baik aku dulu.” Aliya bercerita.
“Nurin pun best friend aku jugak dulu. Kau ingat senang ke nak lupakan dia
lepas semua yang kita dah buat time sekolah dulu. Walau apa pun yang jadi, kita
sama-sama doakan agar Hakim dengan Nurin akan akan baik macam dulu. Asalkan
diorang dah tak kacau hidup kita bukan-bukan lagi pun aku dah cukup bersyukur.”
Qairina bersuara perlahan.
“So, stop those entire sad stories. Apa plan kau lepas kahwin nanti?
Aku yang beria-ia bertunang bagai, kau pulak yang tiba-tiba kahwin dulu.” Aliya
segera menukar topik.
“Honeymoon.” Qairina menjawab.
“Amboi, gatal! Honeymoon kat mana?” soal Aliya ingin tahu.
“Malaysialah. Kan ke kau kahwin
lagi dua bulan? Nanti ada pulak orang tak jadi kahwin sebab bridesmaid dia tak
balik Malaysia.” Qairina menjawab sambil ketawa kecil.
“Ceh, aku ingat kau semangat
patriotik sangat nak honeymoon kat
Malaysia.” Aliya membaling bantal kecil di dalam pelukannya ke arah Qairina.
Qairina hanya ketawa dan membaling semula bantal tersebut ke arah Aliya sebelum
mereka sama-sama ketawa.
******************************************************************************
Mungkin Qairina ada kisah lalu yang
membuatkan dia lari dari kehidupannya yang sebenar. Namun, sesungguhnya ALLAH
itu Maha Penyayang. ALLAH memeberikan dugaan agar kita sedar ada jalan yang
lebih baik di hadapan kita.
Walau apa pun yang terjadi, Qairin
sudah berjanji yang dia tidak akan lemah lagi. kini, dia tidak akan
bersendirian lagi. Dia berharap agar jalan yang dipilihnya kali ini adalah
jalan yang betul. Walaupun jalannya masih panjang dan penuh liku, kali ini, dia
akan kuat. kerana dia yakin dia masih punya ramai insan-insan yang akan
menyokongnya dari belakang. Semoga kebahagian akan menjadi miliknya kini dan
selama-lamanya.
TAMAT.