Penerbit: Kerat Studio
Serius aku tak tahu tajuk zine ni. Main order je dari Bos Kerat Studio, KHRLHSYM. Bile sampai kat tangan, baru tau rupe zine ni. Hehe.
Penulisnya Luc Abdullah. Rasanya ramai sudah mengenali dia kan? Aku pernah terlihat-lihat nama dia. Tapi kenalnye tak jugak.
Dari apa yang aku tengok, ada lapan cerpen, satu puisi dan 11 cerita kontot (certot) [tolong perbetulkan aku jika salah]. Kalau tak silap aku, Luc tak letakkan tajuk cerpen.
Cerita-cerita dalam zine ni punya intipati tentang kehidupan. Yang kita-kita pandang manis seperti gula dan juga lebih pahit dari hempedu. Bagaimana sesetengah dari manusia sibuk mengejar keghairahan duniawi dan kadang-kadang alpa dengan manusia lain yang amat memerlukan perhatian dan bantuan.
Pada saat kau tidak memerlukan aku, keseorang aku di gelandangan mencari sisa makanan dan mengejar kucing-kucing jalanan sebagai hiburan; sedangkan rinduku pada kau membuak-buak. Apabila tidak tertahan, aku terpadcak di hadapan pintu rumah kau dengan salakan-salakan tanpa henti memanggil, tapi hanya diam menjadi jawapan kau. - m/s 7
Ada manusia tidak dapat menerima kebenaran dalam kehidupan. Seboleh-bolehnya akan ditidak-tidakkan kebenaran itu. Kebenaran kadang-kadang itu pahit. Tidak boleh tidak kita harus menelannya.
"Kau pulang sendiri lepas ni, sedekahkan bayi tu dekat zoo," katanya sambil menuding bayi sulung itu. - m/s 43
Tidak dapat menerima hakikat keadaan warisnya sendiri. Dilempar pelbagai tuduhan pada si isteri. Cerita tentang apa? Kamu perlu baca sendiri. Okei.
Sarkastik dalam kehidupan pasti ada. Diolah semula dalam penceritaan membuatkan kita terfikir tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam hidup ni? Betulkah pemikiran kita selama ini?
Turut diselitkan elemen kasih-sayang di antara kekejaman kehidupan ini. Kasih-sayang dalam keluarga biarpun ada konflik melanda. Kisah yang acap kali terjadi dalam dunia ini dicoret kembali atas kertas.
Seperti yang aku katakan awal tadi, ada puisi dalam zine ini. Mungkin puisi ini menceritakan tentang kekeliruan yang dialami sepanjang kehidupannya. Mencari sesuatu bagi mengisi hatinya yang kosong. Pencarian masih diteruskan tanpa kenal erti lelah. -puisi m/s 50
Sekeping roh
dalam kelongsong
binaan tanah bertujuh
melayang-layang
merisik lubang
pelarian
-rangkap 1
Sekeping roh
dalam kelongsong
binaan tanah bertujuh
melayang-layang
merisik lubang
pelarian
-rangkap 1
Kesebelasan certot memang wajar dibaca. Antara yang menjadi kegemaran aku adalah cerita tentang seorang lelaki yang masih mencintai bekas kekasihnya walaupun sudah ramai wanita cuba merapatinya. Diolah dengan ayat yang berlapis-lapis sehingga aku rasa siapa yang membaca pasti turut merasa sama.
Rasanya dah panjang lebar ni. Untuk turut merasa sama intipati Bulatan Yang Terlekuk, hubungi Kerat Studio atau kamu boleh emelkan pesanan ke keratstudio@gmail.com.
oleh: the ohsem dill
7 comments
ha.. cantik!! menariknya...
harus aku miliki satu :)
knp tak share puisi tu...
Tulisan Luc sememangnya tidak pernah menghampakan. :)
Sekeping roh/dalam kelongsong/binaan tanah bertujuh/ - manusia?
melayang-layang/merisik lubang/pelarian/ - escapism?
suka cara dill ulas.
Banyak baca buku skrang.. Aku ni tak pandai nak rajin2 membaca..uh
karya luc memang antara yang terbaik. :)