Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Friday, 16 March 2012

Ais Krim



Sudah jadi kebiasaan untuk Sunny menyiapkan kerjanya di luar rumah. Kerjaya sebagai seorang penulis sepenuh masa memerlukan Sunny untuk memilih tempat yang boleh membuatkan fikirannya gembira. Bagi Sunny, fikirannya akan dipenuhi dengan warna-warna keceriaan apabila perutnya dipenuhi dengan makanan yang digemarinya. Antara tempat yang menjadi tumpuan untuk Sunny menyiapkan tulisannya adalah di Baskin & Robbins. Sambil menaip cerita kanak-kanak yang comel, dia memuaskan seleranya dengan menikmati Baskin & Robbins chocolate cookie dough. Walaupun dia menyiapkan kerjanya di merata-rata kafe ais krim, namun Baskin & Robbins adalah tempat kegemarannya. 

Malahan pengurus Baskin & Robbins iaitu Shikin sudah mengenali dirinya. Dari segi pemakaian iaitu t-shirt watak-watak kartun atau superhero dari DC dan Marvel, sehinggalah tabiat Sunny yang suka menggoyangkan kepalanya ketika mendengar lagu dari iPod dengan kuat sambil menaip.

"Caramel Crush. Perisa Baskin & Robbins bulan ni. Awak nak cuba?" Shikin bertanya setelah Sunny memasuki kafe Baskin & Robbins.

Sunny tersenyum dan mengangguk. Dia mencuba perisa terbaru itu dan memilih untuk memesan beberapa skop ais krim. Sunny ke meja yang selalu dipilihnya ketika membuat kerja. Ketika dia sedang asyik menaip sambil mendengar lagu Madonna, seorang gadis seksi menarik earphone-nya dengan rakus. 

"Hish! I dah call you berapa kali? You tak dengar ke? Pekak?" pekik gadis seksi itu, sambil membuat muka masam. 
"Sorry le Eza, I tengah sibuk buat kerja...," Sunny menerangkan.
"Sibuk buat kerja ke, sibuk makan ais krim? Patut le gemuk, asyik mengkedarah ais krim je!" kawan baik gadis seksi itu menyampuk.
"Bising la kau, Aiza! Sibuk pasal kitaorang tu kenapa!? Kau tu patutnya risau pasal diri kau sendiri. Badan kau lagi gemuk dari aku!" Sunny bengang dengan kawan baik kesayangannya yang bernama Aiza.
"I pun tak suka you asyik makan ais krim je! Gemuk! Boyfriend I dah boroi! Buruk! I nak boyfriend I ada badan kotak-kotak macam dulu!..." Eza membebel dengan suara yang meninggi.

Oleh kerana beberapa pelanggan terganggu dengan situasi ini, Shikin terpaksa mendekati mereka.

"Kakak-kakak, boleh tolong perlahan sikit suara tak? Tak elok perempuan menjerit. Buruk...," Shikin berkata perlahan.

Eza dan Aiza memandang Shikin dari atas ke bawah. Melihat tubuh Shikin yang seksi seperti Saloma, membuatkan Eza bertambah marah.

"Kau tengok Eza, patut le dia selalu suka makan kat sini. Bukan sebab ais krim, sebab awek cun. Dasar jantan!" Aiza menghasut.
"Sayang! I beri pilihan! Kalau you nak lagi kat I, you kena berhenti makan ais krim! Kalau tak, kita putus! You pilih sekarang! " Eza marah.
Sunny rasa serba salah. Dia tak sanggup untuk berpisah dengan ais krim kegemarannya.
"Orang gemuk macam kau mana lagi nak dapat awek hot macam Eza ni, Sunny!" Aiza menambahkan lagi bara api.
Sunny masih diam dan tidak dapat buat keputusan. Melihat Sunny gelisah, Shikin bimbang.
"Rilek ar kak. Tak kan pasal ais krim pun akak nak putus?" Shikin cuba memujuk.
"Kau diam!" Eza naik angin, menyebabkan Shikin segera melarikan diri. Eza memandang Sunny dan menengking, "Nampaknya you lebih sayangkan ais krim dari I. Baik, kita putus! I pun dah muak ada balak yang gemuk, berlemak macam you! Bye!" 
Eza merampas baki ais krim Sunny dan mencurahkannya atas kepala Sunny. 
"Percaya la cakap aku. Tak lama lagi kau akan kena kencing manis. Tunggu kitaorang ziarah kau kat wad ek! Ok, bye!" Aiza berkata sambil menarik tangan Eza untuk beredar pergi.

Ketika itu jugalah, lagu "Selamat Jalan Romeo" berkumandang diradio. Sunny menjerit, "Tidak!!!"

Seminggu kemudian

Eza bangga kerana dia mempunyai kekasih baru yang lebih kacak, lebih sasa, lebih kaya dan lebih segalanya dari Sunny. Dia bertambah bangga apabila ramai gadis yang mencuri pandang kekasihnya yang persis seperti Aaron Aziz itu. Namun, dia juga rasa marah apabila kekasih barunya membalas renungan gadis-gadis itu. Malahan kekasih barunya mengenyitkan mata beberapa kali setiap kali mereka bertembung dengan gadis yang jauh lebih seksi dan cantik dari Eza.

"B, tolong la I angkat barang-barang ni," Eza berkata gedik kepada B-nya kerana hanya dia saja membawa beg-beg hasil membeli-belah di Jusco. 
"Tak mau ar. Nanti jatuh imej jantan I sebab angkut barang-barang awek!" Kekasihnya marah.

Tidak lama kemudian, Eza melihat kekasih lamanya, Sunny sedang duduk di sebuah kerusi sambil membaca komik Pokemon. Eza yakin tentu Sunny masih merindui dirinya. Ketika itu jugalah, barulah Eza mengingati kebaikan Sunny berbanding kekasih barunya ini.

"Aku mesti dapatkan dia semula," bisik Eza.

Eza meninggalkan kekasih barunya yang sedang sibuk mengayat gadis penjual minyak wangi. Eza terus mendekati Sunny. 

"Sunny, sayang. I rindukan you. Sorry sebab hari tu. I rindukan you...," Eza berpura-pura sedih.
"Oh, maaflah ya. You dah terlambat. I dah ada orang baru..." Sunny berkata bangga.
Eza terkejut kerana dia tidak menyangka, Sunny juga berjaya mendapatkan orang baru dalam masa seminggu sepertinya. Tidak lama kemudian, Shikin muncul sambil membawa ais krim Baskin & Robbins. 
"Kau!?" Eza bertambah terkejut.
"Dia lah kesayangan terbaru I. Dia sanggup terima I. Kami blah dulu. Lagipun, I tak nak ganggu you dan balak you yang sibuk meraba awek kat sana tu," Sunny berkata sambil menunjukkan ke arah kekasih baru Eza yang sedang menggatal dengan perempuan lain.

Sunny dan Shikin meninggalkan Eza yang menyesal dan menjerit, "TIDAK!!!"

p/s : Am poking fun at myself for creating some cliché. haha

16 comments

wuwuwuwu...
karma, what u give u get back.. aaron aziz kannnn~

ok, ai jeles!

*SiRibenMerah : Haha, abam Aaron...

I lap

<3 ~

12:26

hahaha best cite ni
simple pastu trus ade ending
amik ko Eza
#aku join puas hati
ending di tu..mabeles!haha
predictable tp bkn itu yg org kita suka baca? hahaha

Jue : Makaceh sebab sudi dtg...

aku memang saja buat cliché... just for fun :D

hihihihi..best giler.
aku pun macam jue join puas hati dengan ending. hahahahahahha..
padan muke Eza. muahahahaha

simply the best bro! :)

TIDAKKKK....

Ariff,
Give me five...what we call it, pay cash gitewww....apa ingat kita tak de hati ke suka suki nak kutuk kan...neway akak ada buat continuity daripada Ais Krim awak...thanks for inspiring me...

wah, terima kasih sebab semua sudi datang...

Lady Windsor, sy terharu T_T

Errkkk sorry, Asrul Ilham Sani bukan Ariff...akak confuse. Maaf sangat hari ni hari chaos...banyak perkara kucar kacir hari ini...

yang di kejar tak dapat yg digendong berciciran...

xpe. cari boifen lain :)

hahaha. kemon la, nak berketul2 badan. diri sndri pon x da la bgus sgt. nice story

Simple cliche but nice

kdg simple itu better

thanks semua sebab sudi dtg n baca...

:D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...