" Man nak tahu tak? " soal aku tiba-tiba. Waktu itu kami sedang duduk menikmati keindahan Tasik Titiwangsa. Tempat yang selalu menjadi tempat pertemuan kami dulu. Dulu. Sebelum semua ini jadi macam ini. Jadi seperti sekarang. Dekat tapi jauh. Wujud tapi kabur. Aku merapatkan duduk kami. Lalu tangannya aku capai dan aku genggam. Aku pandang wajahnya dalam-dalam. Kelihatan dia seperti termenung jauh. Matanya ralit memandang air tasik yang tenang.
" Man? "
" Hmmm? "
Barulah dia mengalihkan pandangan matanya ke wajah aku. Ada kekosongan yang aku lihat.Sekosong itukah hati dia kala ini? Senyum. Itu saja mampu aku berikan. Melihat raut wajah hampa dia, aku bagai hilang kata. Berat di hati dia yang menanggung, berat lagi hati aku yang menerima. Kekuatan yang entah sampai bila masih berbaki. Entah sampai bila aku boleh berdiri seteguh ini.
" Tak. Nur tanya, Man nak tau sesuatu tak? "
" Cakaplah. Apa dia? "
Dia berpaling mengadapku. Kalau tadi aku yang genggam tangan dia, kini tangan aku dalam genggamannya. Erat. Aku menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus perlahan. Aku tak tahu bagaimana caranya untuk aku beritahu dia apa aku rasa. Tapi, semakin aku pendam semakin aku sakit.
" Nur dah tak tahu nak sayang orang lain. " Lega.
Jelas dia terkejut dengan jawapan aku. Mungkin bukan ini jawapan yang dia harapkan. Berkali-kali dia meraup wajahnya. Sebuah keluhan dilepaskan. Dia menggeleng perlahan sebelum melepaskan pandangan ke arah tasik. Aku tahu, jawapan aku mengecewakan dia. Tapi kecewa aku? Bagaiamana? Suasana sepi seketika.
" Dah tu, Nur sayang siapa? "
" Man. "
Dia terdiam. Aku rasa kalau jantung dia ada speaker, mesti aku boleh dengar degup jantung dia berhenti. Maaf. Nur tak bermaksud macam ni.
" Nur ada cerita lagi pasal Man pada family Nur? " soalnya tanpa menoleh memandang aku. Marahkah dia?
" Tak. Nur tak mahu nanti ibu soal Nur macam-macam lagi. "
" Salah Man. Sebab tinggalkan Nur. Maafkan Man. "
Terus dia menyentuh lembut tanganku. Serasa ada kasih sayang mengalir. Kenapa ya, jalan takdir kita begini? Kenapa Tuhan datang kan awak dan kemudian awak pergi? Kenapa awak datang dan hidup dalam hati saya, kemudian awak bunuh separuh diri saya dan kebumikan dengan nisan cinta kita? Air mata yang mula mengalir aku seka. Tabah hati. Cekal. Jangan serapuh ini. Aku memaniskan muka. Tudung yang ditiup angin aku betulkan.
" Tak Man. Man tak salah. Man tak pernah bagi harapan. Nur jer....Nur je yang mengharap sangat dulu. "
Dia cuma diam. Air mata yang aku tahan sedari tadi menitis juga. Sungguh aku penat. Sebulan dia menghilangkan diri, sebulan juga hidup aku merana. Entah kenapa, cinta dia yang tak seberapa itu yang aku kenang, yang aku ingat. Kadang aku marah dengan hati aku sendiri. Tapi apa aku boleh buat? Mencuba berkali-kali pun, aku tahu aku tak mampu.
" Nur rindu Man, diari Nur tempat Nur meluah segala rasa. Penuh dengan nama Man . Nur rindu Man . Nur sayang Man . Nur cinta Man. Semua ada di situ. ," sambung aku setelah melihat dia menyepikan diri.
" Apa agaknya yang Nur tulis. Teringin nak baca. bukan Man tak tau perangai Nur tu. Suka gelakkan Man. " Usiknya. Ada senyuman di hujung bicaranya. Senyuman yang direka untuk menutup resah hatinya. Aku membalas senyumannya. Semanis mungkin. Seikhlas hati.
" Salah Man hadir dalam hidup Nur," Keluhnya. Matanya pantas mencari mata aku. Tak sangup menentang pandangannya, aku melarikan wajah. Melihat kawasan tasik yang sudah dipenuhi orang ramai. Aku tak mahu dia membaca apa yang aku simpan jauh dalam lubuk hati aku. Sungguh aku tak sanggup.
" Man tak salah. Allah dah tetapkan begini. Mungkin hadir Man dalam hidup Nur ada hikmahnya. Cuma Allah tak mahu tunjukkan lagi."
" Nur, maafkan Man. " Mohonnya. Mahu saja tubuhnya aku dakap kala ini. Tetapi dia bukan yang halal buat aku. Air mata aku mengalir deras. Luluh hati aku mendengarkannya. Man tak salah....Man tak ada salah apa pun....Namun kata-kata itu hanya menjerit dalam hatiku,tak terluah.
" Tak apa . Nur faham. KIta tak boleh paksa orang sayangkan kitakan? Tapi...kalau Nur sayang Man dari jauh boleh kan? " Soal aku perlahan. Aku tak tahu kenapa aku buat permintaan seperti ini. Cuma, aku rasa aku tak mampu untuk buang dia dari hati aku. Apa lagi untuk berhenti mencintai dia. Aku tahu aku tak mampu.
" Nur kuat ke nak buat macam tu?"
" Nur kuat untuk 6 bulan ini, Nur rasa Nur kuat untuk 6 tahun yang mendatang. Bukan Man dan Nur minta jadi begini. Nur okay je. Cuma masa Man mula-mula hilang dulu je Nur sasau kejap. Tapi kejap je. Ni, Man nampakkan Nur okay je. Boleh senyum lagi hah." Pipinya aku pegang lembut.
Aku tersenyum manja. Ya Allah, hilangkanlah gusar di hati dia. Jangan seksa hati dia lagi. Biar aku saja yang menanggung . Bukan dia. Melihat redup wajah dia, aku tahu dia masih rasa bersalah. Dan aku mahu rasa itu hilang dari hati dia.
" Maafkan Man. I hope you know how sorry I'am. "
" Nur faham. Nur cuma nak hati Man tenang. Nur taknak Man keliru pasal hati Man lagi. Kita memang tak ditakdirkan. Bila Man mula bercerita tentang dia, Nur tahu dia sayang sangat dengan Man. Nur tahu dia boleh jaga Man dan Man akan baik-baik di sisi dia. Man tak salah apa. Dah eh. Janganlah rasa bersalah sangat, " tutur ku . Aku menyeka air mata yang mula mengalir di pipi. Aku hadiahkan senyuman manis untuknya. Moga hati awak tenang Man.
" Agaknya, kalau Man tak jumpa dia, dan dia tak makan ais krim Man, Man takkan sukakan dia. Kenapa Nur tak halang waktu Man bagi tau Man nak keluar jumpa dia petang tu? "
Aku menggeleng kepala. Peguam memang begini ya? Selagi tak dapat jawapan dia mahu, bertubi soalan diberikan. Aku cuma mampu tersenyum.
" Man, Nur bukan siapa-siapa waktu itu. Cuma seseorang yang rapat dengan Man. Bukan isteri Man. Takkanlah Nur nak halang. Walau hati ni suruh , Nur takkan buat. "
Dia membetulkan duduk. Kemudian dia pegang bahu aku. Dagu aku disentuhnya agar memandang wajahnya. Gayanya seprti mahu aku fokus dengan apa yang dia ingin katakan.
" Hari itu masa Man suruh Nur sms Man kata kita dah tak ada-apa. Bukan untuk dia. Man cuba nak sakitkan hati nur. Man nak Nur lupakan Man. Man nak Man nampak jahat di mata Nur. "
" Tak kan boleh. Man tak kan boleh buat Nur macam tu. Nur dah cuba sebelum ni. Setiap malam Nur nangis. Nur rindu Man . Nur cakap dengan diri sendiri. Man tinggalkan Nur. Man yang pergi. Nur paksa hati Nur benci Man . Sebab Man jahat. Tapi akhirnya Nur putus asa. Nur tak boleh buat. Nur tetap sayang Man . So Nur biarlah perasaan tu ada dalam hati Nur."
Tangannya pantas menyeka air mata aku yang mengalir bagai hujan. Dia menggeleng perlahan. Matanya juga berkaca. Tangannya menggengam tangan aku erat. Seperti disiat rasanya saat aku meluahkan semua ini. Aku tak pernah salahkan dia. Dan benar, aku dah cuba. Puas aku mencuba. Aku paksa hati aku yang degil ini membenci dia. Aku cari salah dia. Aku cuba dendami dia. Tapi setiap kali itulah aku menangis sendiri. Aku takkan mampu membenci dia. Takkan mampu.ri.
" Nur, Man minta Maaf dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar alam."
" Nur tak marahlah. Keadaan buat kita macam ni. Cuma, lepas ini Nur kene carilah lelaki yang boleh buat Nur jatuh cinta macam Nur jatuh cinta kat Man. Kalau tak, mimpilah lelaki itu nak hidup dalam hati Nur ni," kataku cuba berseloroh. Dia tersenyum. Senyuman terpaksa.
" Hati Man dah pilih dia. Mungkin Man bukan ditakdirkan jadi pemilik tulang rusuk Nur tapi mungkin dah tertulis untuk dia."
" Nur okaylah. Jangan risau. Nur doakan kebahagiaan Man dan dia. " Aku tepuk belakang tangannya. Cuba menghantar semangat buatnya. Kalau Nur kuat, Man pun kenalah kuat. Nur tahu pilihan Man paling tepat. Dia akan Membahagiakan Man. Sampai bila-bila.
Redup diwajahnya, melahirkan resah dijiwanya. Dia memalingkan tubuhnya kembali menghadap tasik yang membiru. Airnya yang tenang, mendamaikan hati aku. Aku merapatkan duduk kami. Kakiku dilunjurkan ke depan. Sisa air mata yang masih bersisa aku seka. Jari aku pantas mencari jarinya yang menongkat siku dirumput.Aku letakkan tangan aku di atas belakang tangannya.
" Nur, Man selalu harap walau Nur bukan jadi milik Man, walau Man bukan pilih Nur, walau Man tak dilahirkan untuk Nur, Man selalu harap yang terhebat itu Nur, yang tercantik itu Nur, yang paling bahagia tu Nur dan yang tersenyum itu jugak Nur."
Dan Nur harap Man tahu yang Nur akan sayangkan sampai bila-bila, Khairil Aiman.
* * * * * * * * *
Dan malam itu, aku sempat update status facebook dengan kata-kata ini :
" Selamat malam pemilik rusuk kiri yang hilang. "
Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu
Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...
-Tamat-
*tulis kisah benar, tak semudah yang disangka.*
6 comments
aku dapat rasa kesedihan tuh. sbb aku pernah di tempat nur.
tabahlah. :)
dah tak lalu nak hadap benda2 yang sedemikian rupa..>_<
thanks for the comments. :)
mell.. :)
saya. :)
ye setuju ngn mell
susa tulis cte benar