Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Tuesday, 13 March 2012

Tawaran Kemasukkan


Kegembiraan terpancar di wajah setiap individu lepasan SPM , STPM mahupun Matrik disaat tawaran kemasukkan ke institut pengajian tinggi diterima. Impian dan cita-cita harus dicapai juga walaupun apa jua halangan depan mata. Begitu juga yang berlaku kepada Azzam , pelajar lepasan STPM yang diterima masuk di sebuah IPTA dalam jurusan kimia.Tahun 2007 menjadi saksi Azzam menjejakkan kaki ke menara gading. Setelah pendaftaran selesai, Azzam dibawa oleh seorang pelajar senior ke asrama ditemani oleh kedua ibu bapanya.

ni biliknya, kemas-kemas barang. Nanti malam lepas Isya’ program orientasi berjalan”, kata Mahmud yang merupakan senior tahun tiga disitu. Dia menyalami ibu bapa Azzam lalu berlalu dari situ.

baik budaknya, ehh kamu tinggal sorang ke dalam bilik ni?”, tanya ibu Azzam. Lalu Azzam memulas tombol pintu biliknya dan dibontoti oleh kedua ibu bapanya untuk masuk ke dalam bilik.

ada orang lah mak, senior kot. Duk tidur tu sana”, kata Azzam separuh berbisik. Diletakkan barang-barang miliknya berdekatan katil dan loker besi sederhana besar.

kami balik dulu la, ada apa-apa call je ayah. Nanti ayah datang lah, bukan jauh sangat pun. Belajar elok-elok”, katanya klise seperti ibu bapa yang lain yang menyuruh anaknya belajar sebaik mungkin.

Sedang Azzam menyimpan beg ke dalam loker setelah semua barang-barang lain dikemas, lelaki yang tidur di katil sebelah Azzam bangun dan mengambil tuala. Azzam memandang, “aku Azzam, pelajar baru. Kau?”, tanya Azzam dalam nada sederhana.

Afif, sama macam kau”, pintu bilik ditutup. Hendak kemana Azzam pun tak tahu, tandas mungkin.

pelik je lah budak bilik aku ni.. harap lah tak sombong”, ngomel Azzam sendirian.


Dua bulan berlalu, Afif belajar dalam jurusan bioteknologi. Mereka hanya berjalan bersama ketika ingin ke kelas. Afif jarang makan di kafe , dia lebih suka makan apa sahaja makanan yang dibawa bekal. Hujung minggu makanan akan di’refill’, Afif juga jarang untuk bercakap. Dia lebih suka diam dan duduk merenung langit yang terbentang luas.

kau percaya hantu?”, soalan yang tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Afif. Matanya memandang Azzam.

tak..mengarut je. Dari aku duduk asrama masa tingkatan satu hingga lima, aku tak pernah pun jumpa. Carita hantu semua tu hanya imiginasi je. Aku tak takut pun”, jelas Azzam bersungguh-sungguh. Afif hanya angguk, lalu baring. Matanya ditutup perlahan-lahan. Begitu juga Azzam.

Azan Asar berkumandang, cepat-cepat Azzam bangun untuk mandi. Afif sudah tiada di katil, sudah bangun mungkin. Seusai mandi, Azzam segera menuju ke surau dan ke kelas. Memang kebiasaan untuk balik ke bilik hanya untuk mandi sahaja. Setibanya waktu malam, kelibat Afif masih belum kelihatan. Azzam hanya memandang sepi katil Afif, dia tidak risau kerana Afif lelaki yang mampu fikir baik buruk. Bantal ditepuk beberapa kali, kepala di”smooth landing”. Mata kian layu, akhirnya mimpi dikarang kalah filem David Teo.


Sudah tiga hari Afif tidak pulang ke bilik, Azzam mula risau. Hatinya tertanya-tanya kemana Afif pergi. Ada masalah kah? Sakit kah? Tetapi akan menjadi kesalahan jika dia tak melaporkan hal ini kepada pihak admin. Lalu Azzam ke pejabat untuk melaporkan tentang kehilangan Afif.

Assalamualaikum, saya Azzam pelajar tahun 1. Saya nak laporkan tentang kawan saya, Afif. Dia dah tiga hari tak balik ke bilik”,

Afif pelajar tahun berapa? Jurusan?”,

pelajar tahun 1, jurusan bioteknologi”,

sebilik ke? Nombor bilik? Blok mana?”, tanya wanita awal 30an tersebut bertalu-talu.

ye sebilik. Bilik 303, blok Angsana”, balas Azzam sambil menanti jawapan.

maaf ye Azzam, dalam rekod kami kat sini tak ada pelajar bioteknologi tahun satu bernama Afif”,

saya tak tahu nama penuh dia, mungkin Afif tu nama timangan kot”, kata Azzam.

tapi, bilik 303 blok Angsana memang ada nama Azzam je. Bilik tu memang hanya Azzam je duduk, sebab katil sebelah tu untuk pelajar second intake nanti”,

maksudnya?”, Azzam seakan tidak mampu berfikir apa-apa.

maksudnya, Azzam tak ada roommate. Ada 3 orang pelajar bernama Afif tapi mereka tahun 2 dan tahun 3. Jurusan lain”,

tak apa lah kak, terima kasih”, kata Azzam lalu berlalu pergi.


Pada malam itu Azzam meracau, suhu badannya naik tiba-tiba. Ketua warden telah menelefon keluarga Azzam dan mereka datang bersama seorang ustaz. Azzam duduk di hujung katil, tangannya memeluk lutut. Matanya terbuntang luas, air matanya tak henti-henti mengalir.

macam mana boleh jadi macam ni Shuib?”, tanya ketua warden kepada ketua blok.

saya tak tahu,saya hanya dengar cerita yang Azzam ni pelik. Dia selalu berjalan sambil tersenyum, kadang-kadang macam payungkan seseorang. Bercakap sorang-sorang. Sebab tu tak ramai berkawan dengan dia”,

sepatutnya awak laporkan awal lagi”, suara ketua warden ditekankan.

saya minta maaf”, jawab Shuib perlahan.

Ustaz Ismail sedang khusyuk membaca ayat-ayat suci Al- Quran. Azzam kelihatan sudah penat, dia hanya terbaring lesu disisi ibunya.

Azzam ni tak ada apa-apa, lemah semangat je ni”, kata ustaz Ismail. Ketua warden dan ketua blok meminta diri kerana ada urusan, lalu mereka meninggalkan Azzam bersama keluarganya dan ustaz.

tapi ustaz, Afif tu siapa? Kami masuk baru ni, dia ada. Tapi dia tidur”, tanya ibu Azzam.

Ustaz Ismail berjalan ke katil tempat dimana Afif tidur, lalu dia berjalan ke loker. Pintu loker dibuka, tiada pakaian atau apa pun. Tangan ustaz Ismail mencapai botol yang berisi air. Lalu diletakkan di bawah lampu.

apa ni ustaz?”,

air kencing bercampur darah”,

Afif sakit? Dia ada?”, soal ibu Azzam.

mungkin dia hanya datang menumpang”,

ustaz, bukan kah kalau macam ni, ini tandanya hantu raya?”, duga bapa Azzam.

hanya Allah yang tahu..”, ustaz Ismail hanya tersenyum. Azzam lena tidur di pangkuan ibunya.



Tinta penghujung :

  1. Jangan kita menidakkan ciptaan-Nya. ‘mereka’ itu ada, wujud. Tetapi itu tidak bermakna kita harus mengagungkan mereka. Kita lebih hebat, kita makhluk terbaik. Kita ciptaan paling sempurna.
  2. Apa sudah jadi pada Azzam? Dia sudah percaya bahawa di dunia ini ada bermacam makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Dia masih trauma, dia masih takut hingga detik ini. Tetapi dia lebih takutkan Allah S.W.T.
  3. dia’ meminjam jasad siapa? Wujudkah Afif di alam nyata? Aku pun tak pasti, Azzam juga tak pasti.
  4. Itu pengalaman, mungkin untuk menyedarkan. Walaupun apabila difikirkan balik, ianya sedikit menakutkan. Duduk sebilik bersama ‘Afif’ berbulan lamanya.
  5. Hanya Allah yang tahu kenapa ini terjadi, yang selalu dilihat di dalam kaca televisyen dipaparkan didepan mata menjadi kisah hingga mati.

13 comments

07:22

dalam kehidupan ni bukan kita-kita aja yang menikmatinya. ada lagi makhluk lain ciptaanNya. hanya hijab yang menghalang mata kita-kita ini dari melihat perkara2 ghaib.

wallahualam.

dill.

zue.. kisah benar ker?

dill : betul tu dill..kita berkongsi dengan mereka.


mawar : yerp :)

fuhhhh semangat..

kejadian seperti ini sering terjadi. moga2 kita semua dijauhkan darinya. :)

sabor...haha...kuss semangat.

xtau xpe mell,klw tau tu azab

teringat zaman menunggu abang abang posmen hantarkan surat tawaran...

masa tu mesti dada ketat je kan..haha

dup dup :D

seram lak aku baca,

agak seram

mungkin itu realiti cume kite xsdr atau xamik peduli pon

dah agak, afif tu mahkluk lain...banyak kes macam ni berlaku dan akak pun pernah mengalaminya suatu ketika dulu...nauzubillah, di luar pengetahuan kita tapi mereka pun makhlul Allah macam kita juga...yang penting pertahanan jiwa kita kukuh dan tiada yg dapat mengatasi kekuasaan Allah..

wah.. misteri ni.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...