"ye boss.saya tengah on the way nie.esok saya hantar semua tugasan tue ok? ye saya tahu.boss jangan risau.saya mesti hantar punya.saya tengah drive nie.ok-ok, bye." amirah kembali fokus pada pemanduannya.masih berbaki satu hari lagi sebelum deadline.dia mesti cepat-cepat siapkan tugasan sebelum bergegas pulang ke kuala lumpur.hujan-hujan begini membuatkan kerjanya sedikit sukar.hendak bertanya arah pun susah sebab tiada siapa yang mahu keluar rumah ketika hujan begini.lainlah kuala lumpur.kotaraya yang tak pernah tidur.datanglah petir hujan puting beliung, masih ada yang keluar libur.dengan penuh tumpuan amirah mencari-cari papan tanda Kampung Sekapur Sireh.dia perlu ke sana berjumpa pak jabit merangkap ketua kampung untuk ditemuramah berkaitan jalan-jalan yang telah di-tar oleh kerajaan negeri."ha jumpa pun.yes!" pantas amirah memberi isyarat lalu membelok ke kanan memasuki satu jalan mini tar yang muat-muat sebiji kereta.
tiba-tiba POMM!.amirah gelabah.strereng kereta digenggam erat sambil menekan pedal brake.dadanya berombak kencang seperti baru usai larian 100 meter berganti-ganti.agak lama amirah membatu sambil memegang stereng kereta sebelum menghela nafas sedalam-dalamnya.perlahan amirah keluar menjenguk apa yang terjadi pada keretanya.dalam kepalanya mesti biawak punya kerja.semenjak 2-3 bulan membuat tugasan di kawasan kampung, sudah tiga ekor biawak dilanggarnya.dua ekor mati manakala seekor lagi putus ekornya.biasalah kawasan kampung.tak macam kuala lumpur.usahkan biawak, mengkarung pun belum tentu dapat jumpa."ha! aku dah agak kerja kau biawak." ditunding jari telunjuk ke arah biawak yang kebetulan melintas."eh eh kenapa tayar aku kempis je nie.alaa bocor ke.aduh!" fikiran amirah celaru.hendak diganti tayar simpanan, pegang spanar pun dia tak tahu.mahu mintak bantuan, tiada siapa yang lalu lalang.
akhirnya amirah nekad.di kunci keretanya lalu berjalan dalam hujan yang merenyai.kaki dihayun cepat supaya lekas dia dapatkan bantuan.lebih kurang 100 meter melangkah, amirah ternampak sebuah rumah papan dan seorang lelaki sedang bersidai di tepi tingkap rumah.berlari-lari anak dia ke arah rumah tersebut sambil melambai-lambai dengan harapan lelaki itu nampak kehadirannya.namun amirah hampa kerana lelaki itu sepertinya langsung tidak memberi perhatian padanya.amirah tetap menuju ke rumah itu memandangkan pakaiannya sudah basah kuyup.sesampainya amirah depan pintu rumah tersebut tanpa bertangguh amirah mengetuk kuat.sebentar kemudian pintu rumah dibuka oleh lelaki yang amirah nampak sebelumnya tadi.tanpa membuang masa amirah melangkah masuk sambil mengibas-ngibas pakaiannya yang basah."oh shut!" amirah baru teringat akan rambutnya yang baru diluruskan kelmarin.segera dikeringkan rambutnya supaya tak terjejas oleh air hujan.
amirah perasan lelaki tadi keras memerhatikan tindak tanduknya sejak dari tadi.amirah buat-buat biasa.seperti tiada apa berlaku.sewaktu amirah meraba poket belakang seluarnya untuk mengambil sikat, matanya melekat pada susuk tubuh lelaki tadi."eh bukan ke tadi dia tak pakai baju?" monolog amirah sendirian.lelaki itu seperti mahu bergerak ke arah belakang pintu namun keras apabila amirah merenung.dengan tidak semena-mena, lelaki itu melempar senyuman lalu jatuh ke lantai.amirah panik.segera dibalikkan tubuh lelaki yang beratnya dua kali ganda dari berat tubuhnya.berlari dia ke dapur mengambil sedikit air lalu direnjis-renjis ke muka lelaki tersebut."awak.bangun awak." selepas beberapa minit, lelaki tadi tersedar ketika amirah menjenguk luka pada hidung lelaki tersebut lantas amirah memberi senyuman sebelum memperkenalkan diri."awak ok? saya amirah.wartawan dari KL.saya datang nie nak mintak tolong.tayar kereta saya bocor kat selekoh sana tue.awak boleh tolong saya tak?" lelaki itu diam sambil tersenyum.PAPP!! "awak boleh tolong ke tak nie!" tiba-tiba lelaki itu bingkas bangun lalu menjawab "boleh!" dengan gaya ultraman taro nak berlawan.amirah tersenyum lega lantas ditarik tangan lelaki tersebut menuju ke keretanya.
2 comments
bersambung lagi ke
hurm2
sambung-sambung...best~!
ok jugak cerita sambungan..