Tarikh : 27 Februari
2012
Tempat : Homestay & Kampung Aloi Bakaw
Cuaca : Petang yang
tersurat.
Syaqira memandang beberapa orang
kanak-kanak sedang bermain gasing di hadapan rumah Engku Zaleha. Masa dia kecil
dulu, mana pernah dia main macam tu. Budak skema katakan, hidup dengan buku
saja.
“Qira, meh sini minum.
Petang-petang macam ni memang budak-budak tu main depan rumah ni. Kawasan
lapang kan, lagipun tak ada la sunyi sangat”, kata Engku Zaleha yang mesra
dipanggil Kak Za.
“lama sangat dah tak datang kat
sini, tenang.. sejuk..”,
“macam mana nak datang, Qira tu
kalau daddy dengan mummy datang baru lah nak datang jugak. Manja!”, sakat Kak
Za.
“mana ada.. Kak Za, jeram dekat
tepi sana tu ada lagi ke?”,
“ada, tapi tak lah dalam. Paras
paha je, kalau hujan memang Tok Pa larang budak-budak mandi kat sana. Air dalam
sangat”, kata Kak Za. Tok Pa adalah ayah kepada Kak Za, dia juga kawan baik
kepada arwah atok Syaqira. dah macam adik beradik, sebab itulah keluarga
Syaqira selalu datang ke rumahnya.
Dibelakang Kampung Aloi Bakaw ini
terdapat jeram, tak lah popular pun. Hanya yang tinggal di kampung ni je yang
tahu, sebab itulah tak ramai orang dan tak tercemar. Airnya jernih dan sejuk,
Syaqira memang suka mandi-manda disana.
“Qira nak pergi, nak tenangkan
fikiran”, kata Syaqira
“ehh, dah macam banyak masalah je
ni”,
“biasalah kak, makin dewasa ni
makin complicated semua masalah”,
“selesai satu persatu, insyaAllah
selesai semuanya”,
Syaqira hanya angguk, air diteguk
lagi sambil matanya memandang ke laman.
_____
Kereta BMW X6 diletakkan di
kawasan parkir. Iman turun dari kereta dan menuju ke pagar kawasan perkuburan,
diberikan salam kepada penghuni di dalam hati. Sekilas matanya memandang ke
pusara Syaqila, tiada orang disana.
“Assalamualaikum..”,
“Waalaikummusalam”, Iman membalas
salam spontan separa terkejut. Dipalingkan wajah ke belakang, “Pak Mad..
terkejut saya”, seraya tangan dihulurkan untuk bersalam.
“dari tadi lagi Pak Mad nampak
kamu sampai, mengendap kat kubur kenapa?”, tanya Pak Mad.
“tengok je, mana tahu perempuan
yang Pak Mad kata tu ada kat sana”,
“tengok jam tu, dah nak masuk
pukul 6 petang dah pun. Budak tu ada kat rumah sana,jom lah kita”, ajak Pak
Mad.
Seusai solat Maghrib, Iman
bersiap. Oleh kerana hari sudah lewat petang, Iman mengambil satu bilik
berdekatan bilik Syaqira.Berbekalkan nombor bilik yang diberitahu oleh Pak Mad
tadi, maka Iman terus kesana. Sebentar tadi dia sudah pun memaklumkan pada
Datin Norjuma tentang Syaqira dan mereka berterima kasih.
Pintu diketuk beberapa kali
bersertakan salam, masih tiada jawapan. “sekali lagi kalau tak ada, aku balik”,
kata Iman dalam hati. Lantas tangannya diangkat untuk mengetuk , sejurus
tangannya sampai ke permukaan pintu, pintu tersebut dibuka. Iman melihat
perempuan berambut panjang sedikit kerinting, mukanya tidak jelas kelihatan.
“ya, cari siapa?”, tanya
perempian tersebut, pintu dibuka lagi dan perempuan tersebut turun.
“Syaqira...”, kata Iman ringkas.
Wajah perempuan itu kian jelas, dan “Nana?”,
“Abang Iman!”, Nana sedikit
menjerit. Mana tidaknya sudah bertahun-tahun lost contact.
“Nana buat apa kat sini?”,
“abang pula buat apa kat sini?”,
Nana membalas dengan soalan juga.
“Pak Mad bagi nombor bilik ni,
abang ingat Syaqira datang ziarah pusara Syaqila”,
“abang kenal Qira?”, tanya Nana
lagi.
“Nana, jom duduk kat kerusi sana.
Tak manis rasanya kat sini, sunyi”, Iman mengajak Nana untuk berbual di kerusi
berdekatan dengan pondok pengawal. Mereka berjalan beriringan kesana.
“dah lama Nana cari abang, abang
kemana?”,
“abang sambung belajar, dan
sekarang kerja. Nana?”,
“buka kedai bunga dan craft, Nana
de Florist. Macam mana abang kenal Qira?”,
Iman baru ingat dia pernah
menunggu Syaqira di hadapan kedai tersebut. Tak sangka pula kedai kawan pada
waktu kecilnya. Dibiarkan soalan Nana tak berjawab, dia tidak punya modal.
“Nana dah kahwin?”,Iman lari
topik.
“mengarut, kan Nana dah kata Nana
tunggu abang”, ujar Nana, muka Iman berubah serta merta. “abang...gurau jelah”,
Nana tergelak kecil. “boleh Nana assume sesuatu?”, tanya Nana dan Iman hanya
angguk. “Qira tu ke gadis yang buat abang tak boleh lelap bertahun lamanya?”,
tanya Nana. Dahulu Iman sering bercerita tentang seorang gadis yang dikatakan
telah mencuri hatinya. Bukan main cemburu lagi Nana, masakan tidak cemburu, dia
yang sudah lama minat kepada Iman pun belum dapat menarik perhatian Iman.
“yerp..”, jawab Iman ringkas.
“selamat mencuba, Nana pasti
benda ni bukan senang”,
“kenapa Nana kat sini? Mana
Qira?”,
Nana menghulurkan telefon bimbit
miliknya, dia mahu mandapatkan nombor telefon terbaru Iman. Iman hanya menurut,
“Qira suruh Nana letak bunga segar kat pusara Qila. Jadi Nana datanglah sini.
Oklah abang, Nana penat sangat ni. Pagi esok nak drive balik dah, kerja esok”,
telefon diambil dari tangan Iman dan dia melangkah pergi.Iman hanya terdiam,
dia sudah penat. Sekarang otaknya sedang dalam mode slow, dia sudah tidak dapat
meneka dimana Syaqira. Matanya menghantar Nana ke bilik, didongak matanya
memandang langit hitam yang dihiasi taburan butiran bintang yang melengkapkan
seri. Telefon miliknya berbunyi, lantas tangannya membuka pesanan ringkas yang
baru diterima.
“Nana happy sangat dapat jumpa
abang lagi, jangan risau .. Nana dah tak berharap lagi, Nana akan sentiasa
bantu abang. Bertuah Qira tu kan abang? Esok abang pergi ke Kampung Aloi Bakaw,
dekat Selangor. Cari rumah Engku Zaleha, Qira ada kat sana”,
Iman tersenyum gembira, tangannya
menaip ucapan terima kasih untuk dibalas kepada Nana. Dia bangun dan berjalan
kearah biliknya.
Nana pula tidak tahu apa yang
harus dia rasa. Pasrah ataupun redha..
***
Tarikh : 28 Februari
2012
Tempat : Kampung Aloi Bakaw
Cuaca : Petang yang
redup
Sudah penat Iman mencari rumah
Engku Zaleha, tidak seorang pun yang kenal dengan nama tersebut. Kalau rumah
sebiji dua bolehlah dia tanya semua, ni beratus biji. Mana larat! Iman melihat
ada warung ditepi jalan. Dia berhenti dibahu jalan dan menuju ke warung
tersebut. Tekaknya juga harus dibasahkan. “teh limau ais satu pakcik”, pinta
Iman.
Tidak lama kemudian pakcik
tersebut membawa gelas yang berisi air yang diminta, bibirnya tidak lokek
dengan senyuman.
“pakcik,tumpang tanya boleh? Mana
rumah Engku Zaleha?”,
“Ku Zaleha.. pergi terus je jalan
ni, ada simpang 3. Belok kiri, dalam 300 meter macam tu perlahan sikit kereta.
Tepi jalan belah kiri akan ada lorong namanya Lorong Permata Setia. Masuk
lorong tu, rumah hujung sekali, pintu pagar automatik. Rumah kampung tapi
nampak mewah,besar. Rumah dia la tu”,
“Alhamdulillah... akhirnya dapat
jugak. Kenapa saya tanya-tanya orang kat sini, tak ada yang tahu pun?”,
“tanya rumah Engku Zaleha,
memanglah orang tak tahu. Cuba tanya rumah Tok Pa, semua tahu. Engku Zaleha
atau Ku Zaleha tu baru je duduk sini, dia tak bergaul sangat. Pendiam je, orang
pun tak berapa kenal dia”,
Setelah siap minum dan dibayar,
Iman terus menuju ke rumah Tok Pa. Dia cuba ingat kembali apa yang dikatakan
oleh pakcik di warung tadi. Dengar macam dekat je, tapi sebenarnya jauh jugak.
Akhirnya rumah mewah yang dikatakan oleh pakcik tadi ada dihadapan matanya,
baru sahaja dia ingin turun dari kereta , pintu pagar terbuka. Iman terus
memandu masuk ke dalam kawasan rumah mewah yang diberi nama Villa Kemboja.
Mungkin kerana banyak ditanam pokok bunga kemboja di dalam kawasan rumah.
“Assalamualaikum”, Iman memulakan
salam.
“Wasalam, cari siapa?”, jawab
seorang lelaki lingkungan 60an bersuara kasar.
“Ni rumah Tok Pa ke? Engku
Zaleha?”,
“cari siapa?”, lelaki tersebut
mengulang soalan.
“Syaqira...”,
“owhh...haha..jemput masuk,
jemput..”, kata lelaki tua tadi. Bajunya comot dan memakai topi lusuh.
Bertambah pelik kerana moodnya boleh bertukar dengan sangat cepat. “Za, buatkan
air. Kita ada tetamu ni, duduk...”, kata lelaki tersebut dan kemudiannya dia
masuk kebilik. Meninggalkan Iman berseorangan di ruang tamu. Iman kagum melihat
senibina rumah ini, terjaga pulak tu. Mewah, memang mewah.
“rumah ni dah berusia hampir
seratus tahun dah. Daripada arwah moyang saya, diturunkan kepada datuk saya dan
seterusnya kepada ayah saya. Dulu kecil je, kami besarkan dengan ikut corak
rumah lama. Jemput minum..”, pelawa perempuan bertudung litup , manis sungguh
orangnya. Semestinya ini Engku Zaleha. Iman hanya angguk. Tidak lama kemudian
lelaki tua tadi keluar dari bilik dengan mengenakan baju melayu dan kain
pelikat.
“nama apa?”, tanya lelaki
tersebut.
“Iman..”,
“hah Iman, tidur jelah kat sini.
Dah nak petang dah ni”,
“ehh takpe, saya datang nak
jemput Qira. Mana dia?”,
“Tok Pa tak izin Iman datang nak
ambil Qira. Dia bukan orang luar, ni dah macam rumah dia. Dia ada hak nak duduk
sini, nak tenangkan fikiran”,
“biar saya cakap dengan Tok Pa.
Mana Tok Pa?”, tanya Iman. Engku Zaleha memandang lelaki tadi dengan wajah
kehairanan.
“yang awak duk bercakap tadi tu,
Tok Pa lah. Awak tak kenal ke? Tu Tok Pa, ayah saya”,
Kata – kata Engku Zaleha
membuatkan air yang baru diteguk oleh Iman hampir tersembur. Tok Pa seakan
menahan tawa, begitu juga Engku Zaleha.
“ape cerita kamu berdua ni? Cuba
cakap betul-betul,jangan nak selindung je”, pinta Tok Pa.
Iman terus menceritakan apa
berlaku, satu per satu. Dia dapat rasa bahawa Syaqira sangat rapat dengan
keluarga ini. Maka mungkin tidak menjadi masalah jika dia ceritakan hal yang
sebenarnya.
“Jamilah.. Qira memang dari dulu
tak suka nenak dia. Macam-macam hal nenek dia buat, jadi tak boleh nak salahkan
Qira juga. Lebih-lebih lagi nak main soal jodoh pula. Kamu ni Iman, betul ke
nak Qira tu?”,
“betul Tok, memang nak. Dah lama
nak..”,
“sebab keluarga dia kaya raya?”,
“Tok, saya baru je tahu dia
keluarga berharta. Dulu saya tak tahu pun, tapi saya dah memang suka dia. Saya
ikhlas Tok”, Iman sedaya upaya mahu mereka mengerti ketulusan hatinya. “mana
Qira?”,
“ada di jeram, belakang rumah
sana.. pergilah. Tapi jaga adab, Tok Pa tembak je siapa buat tak senonoh dalam
kawasan Tok Pa”, muka Tok Pa serius.
Kelihatan Syaqira sedang asyik
bermain air, dia duduk di atas batu yang agak besar. Tangan Iman menekan punat
di kamera DSLR miliknya. Beberapa keping gambar Syaqira diambil. Dia melangkah
ke sana dan duduk di buaian terikat di dahan pokok besar.
“patutlah awak suka sini,
tenang..sejuk je...”, suara Iman memeranjatkan Syaqira. hampir terjerit!
“oii mangkuk, kau ni kan tak ada
kerja ke duduk mengendap aku? Mana kau tahu aku ada kat sini?”,
“Google je..semua ada kan..”,
jawab Iman selamba.
“ha..ha...ha.... tak kelakar
pun”, Syaqira mencebik. Iman hanya tersenyum melihat wajah Syaqira yang
mencuka. Syaqira naik ke atas dan duduk menyandar di batang pokok. Pandangannya
masih tumpah kearah air yang jernih.
“saya datang nak jemput buah hati
saya, kita balik nak?”, Iman seakan memujuk kanak-kanak kecil untuk makan ubat.
“tak nak..aku nak duduk sini.
Selesa”,
“kenapa off telefon? Kesian
parents awak, cari awak. Nasib baik mereka ada bakal menantu yang baik dan
bijak, tenang sikit hati mereka”,
“perasan lah kau.. ehh, kenapa
kau nak aku?”, tanya Syaqira.
“sebab awak tu awak, sebab tu
saya nak”,
“aku tahu kau tu ketua
fasilitator dulu, aku ingat. Tapi kau tak pernah tunjuk pun kau nak aku lepas
kita jumpa balik”,
“awak nak saya tunjuk macam
mana?”,
“macam lelaki yang nak kat
perempuan lah.. aku rasa kau bengap bab ni, sebab tu kau tak kahwin lagi”,
kata-kata Syaqira membuatkan senyuman di bibir Iman bertambah mekar.
“awak suka jeram?”, tanya Iman.
Syaqira hanya angguk. “kita pergi Sekayu nak? Kat Terengganu”,
“Sekayu, kawan-kawan aku kata
popular jugak. Nak”,
“lepas kita kahwin kita pergi
bermalam kat sana beberapa hari. Kita pilih hari kerja, baru sunyi sikit”,
“siapa nak kahwin dengan kau?”,
“awak lah..”,
“bila masa aku cakap?”,
“bila-bila...”,
“jangan perasan, macam la aku tak
laku sangat”, marah Syaqira.
“sebab saya tahu awak laku lah
saya taknak terlepas. Saya sayang awak Syaqira..lama dah..”,
“jom balik rumah Tok Pa, lewat
dah”, Syaqira terus bangun dan berlalu pergi. Iman hanya mengukir senyum.
***
Tarikh : 1 March
2012
Tempat : Rumah Keluarga Syaqira di Kelantan
Cuaca : Pagi yang
kacau bilau
Kedengaran bunyi pancuran air di
kamar mandi di Hotel Renaissance Kota Seri Mutiara Kota Bharu Kelantan. Baru sahaja
alarm nak berbunyi, mata Iman sudah spontan dibuka. Segar bugar rasanya,
maklumlah nak bertunang hari ni. Seusai mandi, Iman menunaikan solat hajat
memohon semua perkara berjalan lancar, seterusnya menunaikan solat Subuh. Diambil
baju melayu berwarna kuning keemasan yang tersangkut di hanger lalu dipakai.
“siapa pulak datang pagi-pagi
ni..”, lalu tombol pintu dipulas.
“abang! Awal lagi lah. Baru pukul
6.45 pagi. Abang nak bertunang pukul 10.00 pagi kan?”, Imalin hampir tergelak
melihat abangnya siap bersongkok dan mengenakan baju melayu lengkap. Mujur belum
bersampin.
“ehh, abang cuba-cuba je ni...”,
kata Iman sambil menanggalkan songkok dan baju.
“abang, bukan ke waktu bertunang
ni abang tak payah pergi?”,
“memang pun, tapi ada je yang
pergi. Abang takut Kak Qira lari..”,
“kelakar lah abang ni, kalau dah
jodoh tak kemana pun. Risau sangat abang ni”,
Rumah keluarga Syaqira riuh
dengan suara sanak saudara, kehadiran kanak-kanak yang menjadi penyumbang suara
utama. Bilik Syaqira dihias cantik oleh Kutique Wedding House, siap dengan mak
andam yang merupakan saudara Syaqira sendiri.
“acu try senyum gak ehh Qira,
supo tok laki mati jah muko. Tak dok mood Mok Ngoh nok make-up”, kata mak andam
kepada Syaqira dalam dialek Kelantan. Syaqira hanya memandang, “cuba senyum
sikit, muka macam suami mati. Tak ada mood mak ngah nak make up”, terang mak
andam sekali lagi dalam bahasa melayu standard.
“Qira faham lah.. Qira tak nak
bertunang, tak suka..”,
“Mak Ngah, Kak Ila panggil”,
suara Kak Yong yang juga merupakan saudara Syaqira mengejutkan Mak Ngah yang
hampir melatah. Mak Ngah berlalu pergi.
Syaqira mencapai Blackberry Torch
miliknya di atas katil yang ditabur kelopak mawar merah. Tangannya ligat menaip
pesanan ringkas lalu butang send ditekan. Entah mengapa hatinya sebak, sayu. Dia
pasti dia tidak mempunyai perasaan apapun terhadap Iman. Veil putih bersulam manic
berwarna kuning emas ditanggalkan.
“Qira, cepat pihak lelaki dah
sampai tu. Bersiap cepat....”, kata Mak Andam yang juga Mak. Ngah kepada
Syaqira. “Yong, Qira mana?”, tanya Mak Ngah selepas melihat Syaqira tiada
dibilik.
“cari Qira cepat, cari semua
tempat dalam rumah ni”, Kak Yong berbisik kepada beberapa orang saudara yang
lain. Mereka bergegas mencari Syaqira.
“Kak Juma, Qira lari...”, Mak
Ngah berbisik ke telinga Datin Norjuma.
“Masya-Allah... abang, Qira lari”,lengan
suaminya dicengkam kuat. Air matanya bergenang. Suaminya hanya menggeleng.
“Assalamualaikum..”, serentak
semua kepala di dalam rumah melihat ke pintu. Pihak Iman sudah sampai.
“Wasalam..masuk-masuk”,Dato’
Khairul menjemput mereka masuk. Hatinya berdebar, muka Datin Norjuma pucat.
Dimulakan dengan penuh tertib,
mungkin kerana ingin meminang anak Dato’ maka mereka sangat menjaga kelakuan
dan percakapan. Setelah diputuskan mengenai wang hantaran, jumlah hantaran, dan
tarikh untuk akad nikah dan persandingan maka ibu kepada Iman terus ke langkah
seterusnya iaitu menyarungkan cincin kepada Syaqira. Iman kelihatan tenang di
kerusi. Senyuman tidak lekang dibibirnya.
“Kak, kalau kira tak jumpa Qira taka
pa ke? Kami wakilkan”,
“kenapa?”,
“ ..........”, mereka senyap,
tidak tahu untuk kata apa. Apa jua alasan tidak terfikir.
Pihak lelaki saling berpandangan,
muka kehairanan.
“Ya Allah.... Qira, balik lah....”,
detik hati Datin Norjuma. Matanya memandang Iman yang begitu gembira dan
bahagia. Apa lagi akan jadi lepas ni...
10 comments
Iman, bertunang ngan ai lah.
dill.
"abam lando marah nanti"...
=) cemburu dengan kelebihan kau .
done following.
http://coretpujangga.blogspot.com
cemburu dengan sapa pulak nih RI ?
done terjah ~~
*senyum...senyum....
larikk
senyum juga... =)
ati munge2 tapi geram
geram dengan sape ni cik Iffah..
mana lg? gantung or klise? ha3.
tp, siryesly,,,nk lg~~~~
@eyqa amin bukan format kistot dah...huhu