Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Thursday, 8 March 2012

Duka Semalam


'Aku bukan anak tiri' Ariana mendengus.
Bukan sekali dia diperlakukan sebegini.  Orang yang tak mengenalinya pasti menganggap dia tak pandai nak bersyukur.  Sudah banyak kali dipujuk hati untuk menerima hakikat.  Sudah banyak kali luahan diutarakan.  Namun, tiada seorangpun dapat memahami hati kecilnya yang kian memberontak.

Hidup di dalam keluarga yang besar membuatkan Ariana terbiasa dengan perkongsian.  Segalanya tentang berkonsi.  Namun ada sesuatu yang kurang disenanginya sejak dia mula tahu erti kehidupan.  Lebih-lebih lagi dia telah meninggalkan zaman remaja.

 Malas.  Ya, sikap malas membuatkan Ariana menjadi lebih bertanggungjawab kerana jika ikutkan hati pasti dia jua akan bersikap malas.  Tapi sampai bila? Tanggungjawab sebagai anak pasti dia laksanakan.  Walaupun bukan yang sulung.

Ariana bermonolog.

Aku penat merungut. Bukan aku tak bersyukur tapi aku adalah aku. Manusia biasa yang seringkali melakukan kesilapan. Tapi kesilapan itulah yang mengajar aku kini. Aku lebih matang. Mungkin dipengaruhi sahabat yang jauh lebih tua dariku. Aku tahu aku beruntung dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Aku lebih untung dari mereka yang lahir tanpa bapa, yang lahir tanpa mengenal apa itu harta.

Tersedar Ariana. Betapa dia bertuah kerna lahir di dunia untuk berjasa. Bukan untuk di buli tapi tuhan telah membuka pintu untuknya membuat pahala. Dia akhirnya tersenyum puas kerna itulah kebahagian hakiki.

2 comments

bagus...tahu erti berkongsi..
senang hati suami nanti..#eh

:)

bersyukur sebab Ariana akhirnya beryukur dgn apa yg dia ada :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...