“saya tak mau la kak” panjang mulut Alya Zulaikha
“lagi cantik kalau awak pakai bulu mata palsu nie” tak habis Mak Andam memujuk Alya Zulaikha. Tetap mahu juga dicuba meskipun awal lagi telah diberi amaran oleh bakal pengantin baru dihadapannya.
“kalau akak lekat jugak menda alah tue, saya basuh semua yang ada kat muka nie” ugut Alya Zulaikha.
“haishhh yela, susah betul dengan budak sorang nie” Alya Zulaikha tersenyum menang.
“….Aku terima nikahnya Alya Zulaikha binti Shaari dengan mas kahwin….”
Geli hati Faiz Danial tatkala memandang wajah lega isteri yang baru dinikahinya. Bukan dia tidak ingat pada nota yang ditinggalkan gadis kesayangannya sebelum hari bahagia mereka ini.
“sesudah ijab Kabul, selesai membatalkan air sembahyang. Saya tak mau awak cium dahi saya di khalayak, saya tak mau saat itu diabdikan dalam gambar. Cukup hanya antara awak dan saya”
Kerana itu dia hanya menarik tangan isteri tersayang dan menciumnya sebagai ganti ciuman didahi yang diminta oleh jurukamera.
Majlis perkahwinan mereka serba ringkas dan sederhana. Dia bersyukur dikurniakan isteri sebaik dan sehebat Alya Zulaikha. Tiap tingkah laku dan permintaannya tidak pernah tiada siapa yang berani membangkang. Iyalah siapa yang berani membangkang andai permintaannya lebih kearah mencari keredhaan Allah. Teringat pula Faiz Danial pada nota-nota ringkas yang diterima dari kekasih hatinya beberapa bulan sebelum segala persiapan dibuat.
“pelamin yang dihias hanya untuk saat bergambar bersama pengantin. Saya tak mau bersanding! Biarlah kiranya ada kecantikan saya, hanya untuk suami saya”
“saya berharap sangat saya dan awak tidak terabai dengan meriahnya walimatul urus hingga terlepas solat zohor. Sama-sama kita mengingatkan ye?”
“abang senyum apa? Berangan la tue” usik Alya Zulaikha, selebihnya dia tidak selesa ditenung suaminya sebegitu. malu.
Senyuman Faiz Danial makin lebar tatkala mendengar panggilan buatnya yang sudah bertukar. Pantas pinggang isterinya dirangkul.
*****
“abang nanti kita singgah kedai kek tue boleh? Ika teringin nak makan muffin lah”
“tak payah lah, kita terus balik jela” sengaja Faiz Danial menggiat isterinya. Suka benar dia melihat rajuk buah hati didepannya ini.
“yelah kita balik” pantas Alya Zulaikha menarik muka. Berkecil hati dengan suaminya.
“abang tak nak beli muffin tue untuk isteri abang, sebab abang nak buatkan muffin untuk sayang. Kita singgah beli barang lepas tue kita balik buat sama-sama ye sayang” pantas jari mulus Alya Zulaikha dibawa ke bibirnya.
Tersentuh Alya Zulaikha dengan kata-kata dan tindakan suaminya. Tidak semena-mena air matanya tumpah. Beruntungnya aku Ya Allah punya suami sehebat Faiz Danial. Hatinya sebak, air matanya laju, tiada sebutir kata yang mampu keluar dari bibirnya. Hanya pelukan hangat buat insan bernama suami.
*****
“Awak kata nak tolong saya masak, tapi dari tadi awak dekat situ jelah merenung saya” sudah mula panjang muncung Alya Zulaikha, menuntut janji si suami yang mahu masak bersamanya.
“kalau abang tolong sayang masak, tak dapat la abang dekat dengan isteri abang macam nie” pantas Faiz Danial memeluk pinggang isterinya dari belakang. Suka benar dia bergayut begitu saat kekasih hatinya berhempas pulas menyediakan juadah buat mereka berdua.
Alya Zulaikha pantas tersenyum. Faham benar dia dengan sikap suaminya yang satu ini. ada sahaja tindakan nya yang mampu membuat hati wanitanya cair.
“papa, papa menung apa tue? Dari tadi Asha tengok papa tenung nasi tue.”
Faiz Danial tersedar dari lamunanya. Kenangan itu hadir lagi, namun pantas diusir agar tidak terkesan wajah sendu dihadapan permata hatinya bersama Alya Zulaikha, Asha Amira.
“mata tue melihat kekadang habuk masuk dalam mata dan menjadikannya pedih. Kemudian kelopak mata tutup untuk bersihkan mata. Sama macam melinduni dan menyejukkan mata yang kepedihan. Abang nak jadi kelopak mata pada saya –suamimu- “
*****
Pantas dilipat nota kecil tinggalan Faiz Danial sebelum lelaki itu keluar menunaikan solat Asarnya. Alya Zulaikha pasrah andai kebahagiaan yang dicapai bertahan sekejap Cuma. Dia tetap bersyukur kerana Allah memberinya peluang merasai cinta dan sayang dari seorang suami bernama Faiz Danial.
Dia tiada pilihan, dia sayangkan nyawa baru yang hadir dalam rahimnya. Alya Zulaikha memilih menggadaikan nyawanya demi kelahiran cinta hatinya bersama Faiz Danial. Kanser rahim yang dihadapinya sudah berada ditahap terakhir.
Jika dia memilih nyawanya sudah pasti anak yang dikandung terpaksa dikorbankan. Namun, harapan untuknya sembuh juga tiada andai cinta itu dikorbankan. Biarlah cintanya itu menjadi kekuatan buat Faiz Danial andai ajal memisahkan mereka nanti.
Pantas kertas dan nota yang dipesan pada suaminya semalam digapai. Dengan tangan yang bergetar Alya Zulaikha tetap teruskan jua.
“Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur kerana berpeluang mencintai dan merasa cinta Alya Zulaikha. Aku redha Ya Allah andai apa jua yang terjadi. Pintaku Engkau panjangkanlah jodoh kami hingga ke syurga. Dan berikan aku kekuatan untuk terus menjadi kekuatan isteriku.” Lencun wajah Faiz Danial dengan air mata. Dia pasrah. Allah mengujinya kerana dia mampu. Hanya itu kekuatan yang dipegangnya hingga kini.
*****
“Asha minta maaf papa” pantas wajahnya diangkat merenung permata hati yang disayanginya. Sumber kekuatan untuk dia terus gagah berdiri selepas pemergian arwah Alya Zulaikha.
“kenapa sayang? Asha minta maaf kenapa nie?” pantas dirangkul Asha Amira.
“sebab Asha mama meninggal, sebab Asha papa menangis” kolam mata Asha Amira sudah bertakung. Pantas diseka Faiz Danial.
“tak sayang. Mama tinggalkan Asha untuk papa sebab mama nak Asha jaga papa, teman papa. Dan sebab mama tahu Asha Amira anak papa dan mama akan menjadi anak solehah, satu-satunya yang akan mendoakan papa dan mama bila kami tiada nanti” biarpun Asha Amira baru berusia tiga tahun namun anak ini sudah faham apa yang berlaku. Faiz Danial sendiri sering berterus terang dengannya agar Asha Amira tidak terbeban dengan perasaan menanggung rindu pada Ibu yang tidak sempat dilihatnya.
Hanya sekali sahaja Asha Amira menyusu dari Alya Zulaikha. Selepas Asha Amira tertidur kekenyangan Alya Zulaikha pulang menemui sang pencipta. Saat itu Faiz Danial terjatuh ke lantai. Insan yang amat dicintai dan disayangi telah pergi meninggalkan dirinya buat selamanya. Jika tidak kerana iman di dada, jika tidak kerana seraut wajah mulus Asha Amira pasti Faiz Danial sudah rebah ditelan kesedihan.
“saya cintakan abang” –isterimu-
Buat kesekian kalinya nota terakhir dari buah hatinya dibaca. Sayu hati Faiz Danial melihat getaran pada tulisan kekasih hatinya. Dia tahu pasti saat itu Alya Zulaikha sedang menahan derita dan sakit yang maha hebat.
Petang itu Faiz Danial hanyut dalam tangis kerinduan buat isteri tercinta. Lebih sebak hatinya saat mendengar tangis Asha Amira yang menyebut rindukan mamanya.
“Ya Allah, Engkau ampunkan dosa mama Asha. Asha rindu sangat dengan mama”
7 comments
abang! abang! meh kawen ngan saya meh! hari2 sy jadi kelopak mata abang! weeeee~
senyum=)
weee~
:)
sedihnye..
dill.
cantik... =)
*nampaknya penulis jemputan kita banyak kispen Islamik =) + sweet
ASLKM.
sALAM KENAL. rASANYA DH PERNAH KENAL SEBELUM INI.
Sedapnya cerita tu, sedih jugak.
InsyaAllah nanti mama baca yg lain.
sdeynya