"Alfie, bam bamnya kau sekarang!!!" jerit Siti Naz apabila melihat kawannya.
Alfie hanya tersenyum. Inilah perkara yang paling dibencinya setiap kali dia muncul di reunion diplomanya. Asyik-asyik perkara yang sama diucapkan oleh kawan-kawannya. Cuma bezanya perkataannya saja, maksudnya tetap sama.
"Kau gemuk!" ujar Aiza.
"Kau montel!" kata Aini.
"Kembar gajah!" pekik Ayu.
"Persis badan Jack Black!" tokok Najwa.
"Kalah badak!" tambah Zaki.
"Gebunya!" jerit Angah.
"Boroi!" Nasir memberitahunya.
Pendek kata semua kawannya terkejut melihat perubahan fizikal Alfie. Ketika dulu, dia dikenali sebagai pemuda kurus-kering. Perubahan mendadak ini terjadi setelah Alfie selesai menjalani sesi terapi. Ketika dulu, dia mengalami masalah bulimia dan anoreksia kronik. Sebaik saja dia menerima dirinya yang sebenar, dia tidak lagi mengambil terus ke tandas setiap kali dia makan. Dia tidak lagi menggunakan jarinya untuk menjolok tengkuknya, memaksa semua makanan keluar. Dia gembira dengan dirinya sendiri. Dia tidak lagi kesunyian, dia mempunyai seorang kekasih yang amat dia cintai. Namun rasa bahagia itu tidak hancur. Kini, dia bersendirian lagi di reunion yang dibencinya itu. Dia kembali menjadi seorang pemuda yang bencikan semua keadaan.
Dia benci bertemu dengan kawan-kawannya kerana mereka asyik memerli susuk badannya yang gemuk. Walaupun ada antara mereka mempunyai tubuh badan yang lebih kurang besar sepertinya.
"Persetankan mereka! Aku datang ke sini sebab ada buffet percuma! Ada ais krim!" kutuk Alfie dalam dirinya sendiri.
Ketika dia sedang asyik menikmati ais krim, muncul salah seorang kawannya.
"Bagusla kau asyik makan benda-benda manis ni. Nanti aku datang melawat kau kat hospital ek lepas kaki kau kena potong sebab kencing manis!"
'Kawan baik' itu ketawa terbahak-bahak! Celaka sekali kawannya sendiri seperti mendoakan dia cepat mampus! Alfie marah dan mengambil setin diet coke! Dia tersentak apabila melihat label coke itu. Perkataan 'diet' itu seperti menyerunya. Dia meninggalkan majlis reunion dengan semangat baru!
---
Dua bulan telah berlalu. Alfie telah memutuskan segala hubungan dengan kawan-kawannya dan keluarga. Dia berusaha keras untuk kembali menjadi kurus. Dia langsung tidak makan dan hanya minum diet coke sepanjang masa. Oleh kerana dia bimbang, kalori dalam diet coke itu bakal menambahkan lemak, dia kembali menggunakan teknik lama untuk kurus iaitu muntah. Setiap kali dia rasa lapar, dia akan minum setin diet coke dan terus memuntahkan kembali air itu dengan menjolokkan jarinya ke dalam tengkuk. Setiap hari dia akan meraba badannya, dan setiap kali dia merasai lemak, dia akan mengambil pisau dan menoreh lengannya sebagai peringatan untuk dia jadi kurus.
Alfie juga bersenam setiap masa tanpa mempedulikan kesihatan badannya. Sehari demi sehari, badannya makin susut sehinggalah badannya hanya kelihatan seperti rangka dan mayat hidup!
"Sekarang aku sudah kurus! Rangka! Mereka tak boleh kutuk aku lagi!" Alfie meraba tulang badannya dengan bangga.
Tidak lama kemudian, pintu rumahnya dibuka.
"Siapa!?" Alfie menjerit marah.
Siti Naz, Aiza, Aini, Ayu, Najwa, Zaki, Nasir dan Angah masuk ke rumah Alfie dengan muka sedih.
"Sekarang tengoklah aku! Aku tak gemuk! Aku kurus!" Alfie menjerit.
Namun tidak seorang pun kawannya mendengar jeritannya. Sebaliknya, mereka menangis teresak-esak. Siti Naz mengeluarkan keratan akhbar dalam tas tangannya. Tangisannya semakin kuat. Alfie mendekati Siti Naz dan membaca tajuk keratan akhbar itu.
Mati kerana diet melampau

17 comments
ahh ~~ same with me :) makin chubby dan semua tegur akan perubahan diri ni -__-
mati pun tak sempurna...
Eh ni cerita buat2 je kan? takut pula ak nak gelak..
Diet coke tu namanya diet sbb tanpa gua tapi still add some aspartame.. dan still air berkarbonate xD
Kesian si Alfie ni..
sebab diet coke utk diet? kelakar!
aku agak da ending pasti mati
lain kali makan je..tak yah dengar cakap orang..
oh. saye pun dah bambam. tapi saye masih setia makan.
diet coke? tak sedap. aiskrim lagi sedap. hehe
dill.
makan untuk hidup. hidup untuk beribadah - ustaz zahazan
bersederhana segala segi, bahagia dikecapi.
innalillah.
aduiii...
cute dan comel apa chubby ni ahahaha
sungguh xsuka coke
diet salah
AiS,
terkesan aku dengan kisah Alfie ini kerana aku pernah berada di dalam 'kasut' Alfie...
saya tak minum coke sgt...
tak berapa suka..
ada orang mati sebab tak cukup makan. Ada juga orang mati sebab sengaja tak mahu makan,ya!
:-)
cam nama aku jek tuh, kakkakkka
ko cam nak tjukan pada diri sendiri je noks...
Aik? Lelaki pun ade mslh badan mcm ni ke? Heee....
Tapikan, Jack Black tu kan cute?! Sape yg nak tolak kan?????
\m/