“Ish, taknak lah
mak. Abang ni bukannya kecik lagi sampai mak nak paksa-paksa gitu,” Mirul
tension dengan kata-kata si emak. Setiap hari bila aje berjumpa, mesti tak ada
cerita lain, kahwin, kahwin, kahwin. Nak kata dia dah tua, muda lagi kut, baru
je 25 tahun. Masih layak lagi nak clubbing dengan member-member walaupun
sebenarnya dia bukanlah kaki clubbing. Dia baik okey, anak soleh kut. Cumanya
bila dah sampai bab kahwin sebab pilihan keluarga nih, buatkan dia jadi sedikit
sensitif. Tak tahulah sebab apa.
“Mak bukan apa,
Rul. Mak tengok kau ni macam tak ada perasaan je nak berbini. Sebab tu mak
risau, sebab tu mak carikan kau bini,” Mak jelling tajam ke arah Mirul.
Pandangan mak buatkan Mirul kurang selesa. Silap-silap Mirul boleh kalah
disebabkan pandangan mak. Mirul tekad, dia tak boleh termakan pujukkan Mak kali
ini. Dia mesti kuatkan semangat, kuatkan tekad dan kuatkan azam.
“Macam nil lah
Mirul, kau pergilah jumpa dulu budak tu. Mak dengar cerita dia tu guru tadika
tau. Kan ke elok tu berduet dengan kau, guru sekolah menengah. Tak betul cakap
mak ni,” Mak tersenyum panjang.
Mirul buat muka
selebet. Apa kena mengena pulak guru tadika dengan guru sekolah menengah boleh
jadi sesuai. Tak ada dalam kitab pun tulis macam tu. Jodoh ni kan di tangan
Tuhan. Kalau dah tertulis jodoh dia dengan awek pramugari, ha macam mana pulak,
takkan Mak nak tolak mentah-mentah. Sebab pilihan dia tuh tak memenuhi citarasa
Mak. Kalau macam tu payahlah, alamatnya sampai ke tua lah dia tak kahwin, jadi
bujang trang tang tang…
“Ha macam mana,
dah habis fikir tak. Kut dah habis fikir, mak nak kasi tahu dekat Mak Jemah
nanti,”
“Mak Jemah mana
pulak ni mak?” Mirul semakin gatal kepalanya. Bukan gatal disebabkan kelemumur.
Tapi gatai disebabkan oleh maknya yang sudah cuba memandai-mandai.
“Mak Jemah,
maknya si Nafissa, gadis yang mak nak kenalkan dengan kamu tu lah”
Mirul menggeleng
perlahan. Masih tak faham dengan tindakan maknya. Mahu dibangkang rasa
bersalah, mahu dijawab, dituduh anak durhaka pula. Dia hanya bersandar ke sofa,
mendongak memandang siling yang kosong. Apalah nasib aku…rungutnya sendiri.
***
“Nafissa dah
setuju nak jumpa kamu,” Mak kelihatan gembira sekali.
“Ish mak nih.
Bila masa pulak abang kata abang nak jumpa dia…karang dibuanya dia
tertunggu-tunggu, abang pulak tak datang, kan menaya anak dara orang tu
namanya” Mirul mengaduh kesal dengan tindakan maknya.
“hai, bukannya
mak nak suruh kau berjumpa berdua je dengan dia. Jumpa ramai-ramailah nak oiii.
Jumpa dekat kenduri khatam Quran anak Haji Ehsan petang esok. Jangan kamu tak
pergi pulak,”
“Esok abang ada
hal lah mak,” Mirul cuba berdalih.
“Hal apanya, esok
kan ahad. Kamu jangan nak memandai-mandai pulak nak lari ke pekan. Mak suruh si
Din kejar kamu nanti,” Mak mengugut sambil menjeling. Mirul yang duduk mengadap
peti televisyen mengeluh panjang. Kertas-kertas periksa yang berselerakan di
atas lantai lansung tidak disentuh, moodnya hilang untuk menanda. Semua
gara-gara ugutan maknya. Ugutan manja kata orang. Mak oh mak..aishh…
***
Lambat-lambat dia
bersiap untuk ke majlis kenduri khatam Quran anak Haji Ehsan. Lepas satu demi
satu baju melayu dibelek ke tubuhnya, namun semuanya terasa malap dan tidak
sesuai. Mungkin kerana perasaan tidak rela untuk ke majlis itu membuatkan Mirul
saja melengah-lengahkan keadaan. Mak yang sudah bersiap setengah jam yang lalu
menolak daun pintu perlahan-lahan. Dilihatnya Mirul, anak teruna satu-satunya
itu masih lagi mengadap almari yang terkuak pintunya. Sekejap-sekejap Mirul
akan membongkok melihat laci, sekejap-sekejap dia akan menyelak satu persatu
baju melayu yang tergantung kemas di dalamnya. Mirul pening.
“Cepatlah,
sayang. Pilih apa ajelah sampai lambat sangat tu,”
Mirul tersentak
dengan teguran maknya. Dia menoleh sambil meraut wajah mencuka.
“Abang tak mahu
pergilah,”
“Alah, kita pergi
sejap je. Kamu ni pun, dah mengalahkan anak dara pulak perangainya. Itu taknak,
ini taknak. Macam mana nak jadi suami orang nanti ni,”Mak memerli.
“Memang taknak
jadi pun,” Mirul menghenyak punggungnya di atas katil tanda protes. Setelah
dipujuk-pujuk beberapa kali, Mirul akur dengan ajakkan maknya. Dia lantas
bersiap seadanya lalu menghidupkan kereta untuk dipandu ke rumah kenduri.
***
“Macam mana,
cantik tak budaknya?” Mak menyoal penuh gembira. Mirul yang kusyuk memandu
lansung tidak menjawab soalan maknya itu. Mana taknya, dia sendiri tidak tahu
yang mana satu perempuan yang dikatakan oleh maknya itu. Ada terlalu ramai anak
dara di kenduri itu tadi sampaikan matanya sendiri menjadi penat untuk melihat.
“Ada tak Rul
Nampak?”
“Nampak apanya
mak, awek yang mana satu pun abang tak tahu,”
“Haah, eh, ye ke.
Lah lupa pulak mak nak kasi tahu. Si Nafissa tu pakai baju kurung warna peach
tadi, jadi ada kamu ternampak,”
“Peach ye mak,
rasanya ada sepuluh orang anak dara yang pakai baju peach tadi mak, termasuklah
Mak Leha yang bukan anak dara tu. Mak ni lain kali spesifik la sikit. Tunjuk
gambar ke dulu, barulah suruh abang cari,” Mirul sengaja bergurau sambil
bibirnya sudah tersengih kambing. Mak pula yang menggaru kepala. Ye tak ye
jugak, punyalah puas dia menyuruh anaknya mencari gadis itu, terlupa pula dia
yang anaknya itu lansung tidak pernah melihat wajah Nafissa. Inilah kesilapan
remeh yang telah dibuat. Dia betul-betul kecewa. Rugi lagi satu hari. Keluhnya
sendiri.
***
“Rul, tolong mak
pergi ke market sekejap,”
“uish, Mak,
market tu…” Mirul tertawa kecil mendengar maknya berbahasa inggeris.
“Ha.. iyerlah
market, apa ingat mak tak belajar ke cakap omputih. Mak belajar tau…”
“Wahh, bukan main
lagi yer mak cakap omputih. Setahu abanglah, abang tak pernah pulak ajar mak
cakap omputih ni, macam mana mak boleh pandai pulak ye,” Mirul cuba
berkias-kias. Mak yang tadinya sedang membasuh pinggan di dapur kembali ke
ruang tamu sambil membawa sedulang teko berisi kopi. Dulang diletakkan ke atas
meja ruang tamu sementara Mirul membersihkan majalah-majalah yang ada di
atasnya.
“Ye la, nak
tunggu kamu ajar, memang sampai ke sudahlah mak tak merasa nak cakap
omputih…asyik sibuk je 24 jam,mengalahkan adun pulak,”
Mirul tergelak
besar mendengar rungutan maknya itu. Bukan dia saja-saja tidak mahu membantu
maknya yang beriya-iya mahu belajar bahasa asing. Tapi memang benar, dia sangat
sibuk dengan aktiviti-aktiviti di sekolah sehinggakan dia tiada masa untuk
berbual lama dengan maknya. Itulah yang menjadi punca maknya beriya-iya mahu
mencarikan jodoh buat dirinya. Mahu teman katanya. Tapi haruskah mencari teman
yang bergelar menantu? Itu saja yang menjadi persoalan hingga ke hari ini.
“siapa yang baik
hati sangat mengajar mak cakap orang putih ni mak. wahhh, ni mesti si Aini anak
Pak Akob kan, nak kerepek pisang free dari mak la tu. tu yang dia sanggup ajar
tu,”Mirul masih terkekeh ketawa.
“ish, ada ke
kerepek pisang free. Kamu tu jangan suka sangat buruk sangka dengan kebaikan orang
nih Rul, berdosa kamu tahu,”
“Dah tu, siapakah
orangnya wahai ibuku yang cantik lagi manis…” Mirul menyoal lagi sambil pipi
tua wanita itu dicubit manja, itu membuatkan si emak tergelak kecil.
“Nafissa lah,”
Nafissa! Mirul
hairan. Naffisa, awek yang mak aku nak jodohkan dengan aku tu ke?? Dia menyoal
di dalam hati.
“Bila pulak
Nafissa tu datang sini? Tak Nampak pun,” Mirul buat-buat menjengah ke seluruh
rumah. Mak yang faham benar dengan sikap dan gurauan anaknya itu mula mencubit
pangkal peha pemuda itu. Mirul terjerit kecil.
“Time kamu tak
ada dekat rumahlah dia datang. Time kamu ada, dia seganlah nak datang. Lagipun
mak memang tak mahu dia datang time kamu ada,”
“Aik, kenapa
pulak?” Mirul pelik dengan kenyataan maknya. “ Ni mesti awek nama nafissa tu
tak cantik orangnya, gelap, kulit menggerutu,gigi jongang, sebab tu mak tak
mahu tunjuk dekat abang. Sampai hati tau mak nak jodohkan abang dengan
perempuan jongang,” Mirul bergurau lagi. Kali ini Mak menarik cuping telinga
milik Mirul sampai terangkat punggungnya. Berderai gelak tawa dua beranak itu
bila saling mengena. Mirul memohon ampun beribu kali takkala maknya masih lagi
menarik cuping telinganya.
“Gurau je lah
mak, adoi, sakit telinga capang, abang…” Mirul mengurut-urut telinga dan bibirnya
yang masih berbaki dengan gelak dan tawa.
“Mak pun ada
taste tau, ingat suka-suka je nak jodohkan kamu,” Mak bersandar di sofa sambil matanya
tertumpu pada drama yang sedang bersiaran di telivisyen.
“memanglah, tapi
pelik. Mak beriya-iya nak jodohkan abang dengan si nafissa tu. Tapi mak tak nak
pulak tunjuk gambar ke, muka dia ke dekat saya. Kan ke pelik tu,” Mirul
bersangka lagi. Mak yang tersengih mendengar pandangan anaknya itu terus saja
menyuakan cawan berisi air kopi ke bibir. Air diteguk sedikit demi sedikit.
“Itu permintaan
dia lah sayang oii. Kata dia, dia nak kamu sayangkan dia seadanya, bukannya
rupa dia ke, tubuh dia ke. Kalau macam tu, tak sampai 3 tahun lah perhubungan
kamu, lepas tu bergoyah. Sebab tak ada perasaan kasih sayang yang sebenar.
Cinta yang sempurna ialah cinta yang wujud dari dalam hati iaitu kerana Allah,
bukan nafsu,” Mak membebel panjang.
Mirul yang
terdiam mendengar kata-kata maknya mula bermenung sendiri. Dia cuba untuk
menggambarkan wajah Nafissa di kotak fikirannya. Tapi dia tidak mampu,
lukisannya kabur. Adakah kerana dia sedaya upaya menolak Nafissa jauh dari
hatinya, itulah yang membuatkan dia tidak dapat mengukir walau sedikitpun
bayangan gadis itu ruang mindanya. Mungkin.
“Lagipun, kan
kamu tak suka dia. Jadi hujung minggu ni dia nak berangkat ke luar negara.
Dengar cerita nak ke Korea. Sambung belajar katanya. Mak pun dah tak boleh kata
apalah Rul. Tu kan hak dia. Lepas ni, kamu carilah jodoh kamu sendiri, mak dah
malas nak masuk campur.”
“Mak macam putus
asa je?” Mirul kesal dengan sikapnya sendiri. Seboleh-bolehnya mak cuba untuk
menjodohkan dia dengan Nafissa. Tapi ditolaknya mentah-mentah kerana belum
bersedia, dalam kata lain, belum kenal rupa bahkan hati budinya. Itu yang
membuatkan Mirul ragu-ragu dengan segala apa yang ada pada Nafissa. Dia tidak
mahu salah dalam memilih. Kalau boleh, dia mahu jodoh yang berkekalan, bukan
jodoh yang sementara, ‘touch and go’…simpang malaikat 44.
***
Setelah agak lama
mengayuh basikal di kawasan kampung. Mirul mengambil keputusan untuk pergi ke
rumah Nafissa, gadis yang diberkenakan sangat oleh maknya itu. menurut mak, Mak
jemah dan mak merupakan sahabat ketika kecil dulu. Setelah mak Jemah berkahwin
dengan pemuda yang duduk di kampong sebelah, Mak Jemah terus berpindah mengikut
suami, sehinggalah sebulan yang lalu, Mak Jemah kembali ke kampung ini semula
setelah kematian suami tercinta. Menurut Mak Jemah, tanah yang didudukinya kini
adalah tanah pusaka arwah mak dan ayahnya. Jadi adalah lebih senang untuk dia
dan anak gadisnya meneruskan hidup di kampung halaman mereka sendiri.
Anak Mak Jemah pula seorang saja, iaitu
Nafissa yang berkerja sebagai guru tadika di kampung sebelah. Mirul memang
benar-benar tidak mengenali Nafissa, inikan pula cuba-cuba untuk menjadikan
gadis itu sebagai suri di hatinya. Paling kurang, dia wajib untuk melihat dulu
gadis itu sebelum menikahinya. Jadi, petang itu dia mengambil keputusan untuk
meninjau-ninjau ke rumah Nafissa. Untung-untung dia akan ketemu Nafissa. Dengan
kehendak tuhan, takkala basikalnya lalu di kawasan rumah gadis itu, Mirul dapat
melihat seorang gadis betudung putih sedang memberi makan burung di tepi
tingkap sambil mengalunkan asma ul husna. Wajahnya samar-samar kelihatan. Mirul
yang sedetik leka mendengar gadis itu mengalunkan asma ul husna terus terkaku
dan terpaku. Hatinya seakan terpaut dengan kemerduan si pemilik suara. Nafissa
ke tu? Soalnya sendiri.
***
“kamu ni kenapa,
dah buang tabiat ke apa!” mak mengcekak pinggang.
“Tak ada makna
buang tabiat lah mak, ini betul-betul, ini kenyataan mak,”Mirul mula menjadi
serba tidak kena. Kakinya seakan panas, sekejap ke hulu sekejap ke hilir.
Jalannya sudah kacau bilau. Ini semua gara-gara gadis bertudung putih itu.
“Kamu jangan nak
bergurau pulak Rul, budak Nafissa tu lagi 2 jam nak pergi ke korea. Tiba-tiba
kamu kata, kamu nak menghantar tanda pula. Hal ni bukan hal kecil, hal besar.
Mana ada masa mak nak kasi tahu saudara mara. Lagipun, bukan kamu dah tolak ke
dia dulu. Jangan dikecewakan hati budak tu nak oii,”
“Saya tak pernak
kata pun saya tolak, mak,”
“Eh, eh, habis
kamu salahkan mak pulak. Kalau dah hari-hari ‘tak mahu lah mak, tak sedialah
mak’, macam mana mak nak kata kamu tu betul-betul suka,” Mak pulak yang tension
dengan sikap Mirul.
Tak semena-mena
Mirul terus menarik tangan mak lalu membawa wanita tua itu masuk ke dalam
kereta. Mak terperanjat dengan tindakan anak terunanya itu.
“kali ni, mak
akan benar-benar bertemu dengan menantu mak…” Mirul tersenyum lebar sambil
tanggannya pantas menghidupkan enjin kereta.
“walaupun
perempuan tu tak cantik?” Mak menjeling kecil ke arah Mirul, ada senyum meleret
di situ. Ada semacam ujian di situ. Ujian dugaan hati namanya.
“of course mak,
abang tak kisah,” Mirul mengucup pipi wanita tua itu. dan kereta terus bergerak menuju ke rumah
Nafissa, gadis yang telah tetap menjadi pilihan hatinya.
***
Kini Mirul
sentiasa tersenyum bahagia. Isteri yang diijabkabul kini sentiasa ada di depan
mata, bersama-sama. Di korea pula tu. Mirul bersedia untuk menemani Nafissa ke
mana saja isterinya itu pergi. Kini Nafissa lah jantung hatinya sejak pertama kali
melihat si dia menyuakan muka di dada pintu. Pilihan jodoh maknya memang tepat,
rugi betul rasanya bila dia cuba memikirkan kembali bagaimana teruknya dia
menolak dahulu. Kalau tidak kerana tudung putih, asma ul husna dan hati. Pasti
kini dia masih single seperti dulu. Siapa tak rasa rugi woooo…bini cantik gila
tuuu…Mirul tergelak sendiri.
Memang betullah
kata orang, Jodoh itu di tangan tuhan. Walau ke mana pun kita berlari, walau
berjuta kali pun kita mengelak. Kalau dah jodoh, pasti akan bersatu jua.
11 comments
kahwin dipaksa-paksa... nasib baik mak aku tak berani hahahaha
yela kan...kalo da jodoh xkn ke mane
like. :)
Terbaik! ^_^
@Crew Fathi
terima kaseh
@Asrul "iLham" Sany
ye la, sb ko duk jauh. cuba ko duk dpn dy ari2...hihi
@Iffah Afeefah
iyerrr :)
Sweetnya ^^
Tu la org serius2 dia boleh main2 pula kan?
nasib baik dpt juga ;P
@Everything's Everythings
mmg sgt naseb baikkkk...
Heheheheh....cute!
sweetnye citer ni.... ;)