Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday, 9 September 2012

Kunci Hati Dia #2


“Ceh, harap muka je handsome. Menyakitkan hati betul. Aku pun nak masuk geng kaulah, Sarah.” Emilia menghempaskan begnya ke atas katil.
“Geng apa pulak kau ni? Dahlah balik bilik membebel panjang. Apahal?” soal Maisarah sambil menoleh dari latihan Add Maths nya.
“Geng tiga orang daripada dua belas orang yang tak minat dengan si Nawfal tu. Okay, siapa nak masuk geng aku dengan Sarah?” Emilia duduk di kerusi bersebelahan kerusi Maisarah.
“Aku! Aku!” Ayu sudah menyibuk di petak Maisarah dan Emilia. “Ada gosip, kan? Gosip apa? Ce citer, ce citer.” Ayu sudah tayang muka comelnya.
“Aku tak masuk campur!” Ilyani melaung dari mejanya.
“Pedulikan dia. Dia memang ada crush dengan si Nawfal tu sejak form one lagi. So, apa cerita kau?” soal Ayu ingin tahu.
“Hek elleh, kau genglah kau dah ada pakwe. Takut pakwe marah ke, Ayu?” Emilia sengih mengusik.
“Sibuklah kau. Si Thariq tu sepuluh kali lagi menenangkan hidup aku. Buat apa crush and share. Baik aku ambil sorang-sorang je. Cepatlah gosip.” Ayu mendesak. Dia sudah duduk di atas katil milik Emilia.
“Sejak bila pulak aku tubuhkan group tiga daripada dua belas orang ni, Emil? Memandai aje kau ni.” Maisara bertanya.
“Yelah. Dalam ramai-ramai perempuan dalam sekolah ni, kau je yang layan si Nawfal tu nak tak nak. Orang lain okay je dengan dia. Mesti nak duduk bersembanglah, kerja sekalilah…” Emilia membuat muka menyampah.
“Yang kau ni apahal pulak? Kau pun crush dia ke? Tak takut si Borhan tu jealous?” soal Ayu.
“Borhan tahulah. Aku dah cakap dengan dia. Dia okay je. Lagipun, dia kawan baik dengan si Nawfal tu sejak kecil lagi. Dia tak kisah setakat crush-crush jatuh mata ni. Jangan jatuh hati sudah.” Emilia menggigit bibirnya.
“Tapi sekarang, jatuh mata pun aku tak ingin. Dia ingat aku ni robot? Sesuka hati je bagi arahan itu, ini. Dia nak buat projek tutor-tutee pulak dah. Dia suruh aku pilih tutor. Dia ingat aku ni kenal ke siapa paling pandai setiap kelas? Kelas kat sini ada sampai lapan. Nak menghafal nama semua orang pun aku dah sakit otak, dia nak suruh aku susun kumpulan pulak. Haish, bengang betul aku!” Emilia menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
“Kau ni terlebih pandai. Kau pergilah guna kuasa kau tu suruh wakil setiap kelas bagi nama. Itu pun nak kena ajar ke? Habis tu, si Nawfal buat apa?” soal Maisarah.
“Dia buat untuk subjek Fizik dengan Bio. Aku kena buat subjek Kimia dengan Add Maths. Subjek-subjek lain tu, cikgu buat kelas tambahan.” Emilia memberitahu.
“Lah, ingatkan kau kena buat semua sendiri. Okay apa? Kau kan memang terror subjek Chem dengan Add Maths tu? Kau carilah mereka-mereka yang seperjuangan dengan kau.” Ayu pula memberi cadangan.
“Ala, Ayu, kau nak jadi tutor tak?” soal Emilia.
“Kau jangan nak ngada-ngada. Kimia aku cukup-cukup makan je. Add Maths aku pulak tak pernah tak failed. Kau nak jangan nak mengada suruh aku jadi tutor. Kalau kau nak Add Maths, ni hah, Sarah ni ada. Kimia, tu Liya tu mantap tak ingat. Kalau kau nak suruh aku buat subjek Fizik bolehlah.” Ayu segera menolak.
“Kau nak, Sarah? Aku bagi kau jadi tutor Add Maths eh?” Emilia memandang rakan sekamarnya itu.
“Tak naklah. Aku busy. Nanti kalau aku ponteng prep, macam susah pulak. Lagipun, aku tak rasa aku boleh jadi tutor. Ramai lagi kan yang layak. Tak payahlah.” Maisarah menolak.
“Okaylah. Nanti aku siapkan jadual tu, aku bagitau korang.” Emilia mencapai buku nota dan kotak penselnya sebelum berlalu keluar dari kamar.
******************************************************************************
“Weih, aku pun nak jugak kalau macam tu.” Satu suara memecah perbincangan riuh itu.
“Mana aci, aku pun nak jugak.” Satu lagi suara membantah.
“Aku tahu siapa yang boleh wakilkan kita!” Satu suara memecah keriuhan antara mereka.
“Siapa?” Sepuluh pasang mata memandang ke arahnya sebelum berkalih arah pada seorang gadis yang masih sibuk menyiapkan latihan Sejarahnya.
“Sarah, kau jadi wakil kitorang eh?” Diyana bersuara.
“Wakil apa?” Terpinga-pinga Maisarah memandang sebelas orang rakan sekelasnya yang berdiri mengelilingi mejanya itu.
“Kau setuju, kan? Kami tahu kau akan setuju. Thanks Sarah!” Masing-masing berlalu ke meja mereka meninggalkan Maisarah yang terpinga-pinga sendiri.
******************************************************************************
“Kenapa aku kena pergi benda ni dengan Nawfal?” Maisarah menghempaskan begnya ke atas katil.
“Kau kena sampuk apa yang balik nak membebel-bebel ni, mak cik?” Emilia bertanya.
“Kau tahu kan Explorace SPM yang ikut kelas tu?” soal Maisarah semula.
“Kenapa? Kau masuk benda tu dengan Nawfal?” soal Emilia semula.
“Menyampah aku. Apasal aku yang kena?” Maisarah menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Oh, kelas koranglah yang lambat gila hantar penyertaan tu. Tapi, gabungan korang mantap tak ingat kau tau. Kau memang top scorer untuk subjek teras, Nawfal memang pegang semua subjek sains. Memang kelas lain makan asap je lah esok.” Emilia menyemak kertas penyertaan untuk Explorace SPM esok.
“Aku rasa aku tau kenapa diorang pilih kau. Kalau aku jadi diorang pun aku pilih kau.” Ilyani duduk di atas katil Emilia.
“Apasal pulak?” soal Maisarah semula.
“Sebab kau je yang buat bodoh je dengan sikap gentleman si Nawfal tu. Keras betul hati kau. Kau tak ada crush dengan sesiapa ke?” soal Ilyani.
“Entah.” Sepatah sahaja jawapan Maisarah.
“Tengok. Perangai kau yang macam nilah yang buat orang tak kisah. Agaknya kalau Borhan mengayat kau pun Emil buat bodoh je. Tak gitu Emil?” Ilyani beruara pada Emilia.
“Borhan nak mengayat si Sarah ni? Magik tul. Kalau betul jadi pun, Sarah ni nak ke? Dia tunggu prince charming jatuh dari langit agaknya.” Emilia ketawa kecil.
See?” Ketawa Ilyani berpadu dengan ketawa Emilia. Maisarah hanya memuncungkan mulutnya.
******************************************************************************
“Sarah, cuba kau senyum sikit. Aku ni bukannya naga yang kau nak tarik muka empat belas macam tu.” Nawfal ketawa kecil. Mereka di checkpoint lima, lagi empat checkpoint sebelum menamatkan permainan. Maisarah masih lagi mendiamkan diri. Kenapalah kau ni baik sangat?
“Maisarah, kau sangat-sangat tak suka aku ke?” soal Nawfal.
“Kenapa aku kena suka kau?” soal Maisarah.
“Sebab aku suka kau?” Nawfal menjawab.
“Hah?” Terkejut Maisarah memandang Nawfal di sebelahnya.
“Tengok, sentap lagi.” Nawfal ketawa kecil.
“Aku bukannya tak suka. Tapi, kau tau tak… erm… awkward. Aku tak retilah nak berinteraksi dengan orag. Dengan kertas aku pandailah.” Maisarah berterus-terang.
“Kalau macam tu, kau anggap je aku macam kertas, boleh?” Tawa Maisarah dan Nawfal bersatu.
******************************************************************************
“Weh, apasal aku sorang je perempuan dalam group si Nawfal tu Emil?” Maisarah bertanya.
“Eh, kau bukan dah kamceng ke dengan si Nawfal tu?” Emilia tersengih nakal.
“Kamceng macam biasa jelah. Aku kan sekelas dengan dia.” Acuh tak acuh Maisarah menjawab.
“Tak apa, kau kamceng je dengan Nawfal tu. Setakat hal kerja, kan?” Emilia menyambung kerja Kimianya.
“Kenapa, kau pun jealous ke?” Maisarah ketawa.
Jealous dengan kau? Buang masa.” Emilia mencebik. Maisarah berlalu ke katilnya. Dia membuka buku Fiziknya.
Seketika dia berbaring melentang di atas katil. Nawfal oh Nawfal, kenapalah aku boleh ada hati dengan kau dari form one? Sakit hati aku tau.
“Apa kau cakap?” Emilia berpaling dari katilnya.
Maisarah menoleh pada Emilia di meja belajar sebelum mengerut dahi. Aku cakap kuat ke? “Tak ada apa.”
“Aku dengar macam kau cakap sakit hati something.” Emilia menjawab.
“Kau dah penat tengok buku tu. Itu yang kau merepek bukan-bukan.” Maisarah kembali menghadap buku Fiziknya.
“Betullah tu. Aku tidur jap. Kejut aku Zohor eh?” Emilia membaringkan tubuhnya di atas katil.
Maisarah menarik nafas lega. Betullah aku ni ada masalah jiwa. Perlu dirawat.
******************************************************************************
“Hah? Islamic Instituition? Under Bitara Holdings ni?” Maisarah menoleh pada Nawfal dan Emilia di hadapannya.
“Iya. Sekolah tu dah siap dibina. Esok, ada 150 orang yang akan datang temuduga.” Emilia memberitahu.
“Dah tu? Apa fungsi aku pulak?” soal Maisarah.
“Kau kan Ketua Pengarang. Kau in-charge untuk interview tu sekali dengan kitorang eh?” Nawfal mengajak.
“150 orang datang untuk temuduga untuk masuk Bitara Islamic College tu? Aku in-charge untuk interview? Confirm aku tak layak.” Maisarah segera menggeleng.
“Lah, bukanlah. Kita interview je. Cikgu yang akan tentukan sama ada diorang akan sambung ke Bitara High School atau Bitara Islamic College.” Nawfal menerangkan.
“Aku tak bolehlah, Nawfal. Sebab tu aku hantar wakil ni. Aku ada Judo punya tournament esok.” Emilia memberitahu.
Maisarah spontan menjeling pada Emilia. Sengaja nak kenakan aku dengan Nawfal.
“Aku belanja kau empat carton Susu Dutch Lady Nescafe.” Emilia segera bersuara sebelum Maisarah membuka mulut.
“Kau ni saja je kan.” Maisarah memuncungkan mulutnya.
“Alahai, dengan Nawfal lah. Bukannya kau kena buat sorang.” Emilia memujuk lagi.
“Tak sudi ke?” Nawfal bertanya.
“Bukan macam tu…” Maisarah menoleh dan membuat muka pada Emilia. Emilia hanya ketawa kecil.
******************************************************************************
 “Sara.” Maisarah tidak menoleh dari skrin komputer. Dalam sekolah ni ada seorang sahaja manusia yang suka buang huruf ‘H’ dari namanya.
“Aku dah siapkan, Nawfal. Tak payahlah susah-susah cari aku sampai bilik buletin ni. Aku boleh kirimkan je kat Raif.” Maisarah bangkit dari kerusi yang didudukinya. Dia mengeluarkan buku latihan Biologinya dari dalam beg dan diserahkan kepada Nawfal.
Nawfal mencapai buku latihan tersebut dan mengambil tempat di sebelah komputer Maisarah. Berkerut dahi gadis itu memandang lelaki di sebelahnya itu.
“Kau teruskan jelah. Aku nak check je. Nanti, kau boleh balik buat pembetulan terus.” Nawfal bersuara sebelum menoleh pada Idham di sebelahnya. “Am, pinjam pen merah.” Ujarnya sambil mencapai pen merah yang diletakkan di atas meja. Idham sekadar mengangguk memberi keizinian.
Maisarah menggeleng dan meneruskan kerjanya. Seketika kemudian, Nawfal menutup buku latihan milik Maisarah dan diletakkan di sebelah kertas kerja yang bertaburan di sisi Maisarah. “Dah siap. Latihan kau dah makin okay. Tak ada salah. Cuma, kena banyakkan fakta lagi. Jawapan kau tu masih tak cukup untuk dapat full mark. Aku balik dulu. Ada kerja dekat bilik Exco.” Nawfal tersenyum sebelum berlalu keluar.
“Ewah, kak Sarah. Siap ada private tutor datang melawat tu. Untunglah jadi kak Sarah ni.” Idham mengusik. Maisarah menjeling anak buahnya yang muda setahun daripadanya itu. Idham hanya tersenyum nakal dan kembali menyambung kerjanya.
“Akak.” Maisarah mengetap bibir.
“Apa lagi Muhammad Idham?” soal Maisarah.
“Jangan-jangan Nawfal tu dah tersangkut dengan akak tak?” Idham ketawa kecil.
“Am, kamu jangan nak bukan-bukan. Kamu nak akak longgokkan lagi kerja kamu ke?” Maisarah mengugut.
“Tak nak. Tak nak.” Idham kembali menumpukan perhatiannya ke arah skrin. Seketika kemudian, dia menoleh semula. “Tapi, special betul privilege akak ni. Serius saya rasa dia suka akak. Alright apa akak?” Idham mengusik lagi.
“Am, akak sigi karang.” Maisarah mengetap bibirnya mrmandang anak buahnya itu.
Idham hanya ketawa. Macam orang takut. “Saya serius, kak. Tak percaya, akak tengoklah nanti.”
“Kamu ni dah terlebih tengok skrin agaknya melalut yang bukan-bukan.” Maisarah meggeleng sendiri. Lebih kepada menafikan perasaan sendiri sebenarnya. Hailah hati, janganlah kau simpan kata-kata harapan Idham tu. Semakin cuba dicantas, makin bertunas pula rasa di hatinya. Boleh tak sesiapa tolong hentikan perasaan ni, sekarang?
******************************************************************************
Tak ada. Kat sini pun tak ada. Habis seluruh beg dan katilnya ditunggang terbalikkan. “Hoi! Kau perang dengan siapa ni?” soal Emilia sebaik sahaja melangkah masuk ke petak yang dihuni dia dan Maisarah itu.
Pencil case aku.” Maisarah menjawab.
“Kau tinggal kat kelas kot.” Ujar Emilia.
“Tak, yang ni khas untuk asrama. Yang kelas memang aku tak pernah bawak balik pun.” Maisarah memberitahu.
“Kau selalu je tinggal kat kelas cik Arshiya Maisarah oi. Nyanyuk ke apa sahabat aku ni?” Emilia menggeleng memandang sahabatnya itu.
“Haah, kan? Baik aku pergi tengok kat kelas.” Maisarah bangkit dari katilnya.
“Ni, kemas dulu.” Emilia mengarah.
“Yelah, macam mak ciklah kau ni.” Maisarah memuncungkan mulutnya.
Whatever.” Emilia menjulingkan matanya sambil membantu Maisarah mengemas buku yang bertaburan di atas meja.
“Okay, siap. Aku pergi dulu tau.” Maisarah mencapai tudungnya dari belakang pintu dan berlalu keluar. Dia berlari ke bangunan akademik.
Maisarah baru sahaja mahu melangkah masuk ke dalam kelas dan membuka lampu sebelum terdengar suara ketawa dari dalam kelas tersebut. Keras seketika tubuhnya. Dia menarik nafas lega melihat dua susuk tubuh yang dikenalinya sedang duduk di kerusi belakang sekali bertemankan cahaya komputer riba. Apa kes duduk dalam gelap ni?
“Cuba kau cerita betul-betul kat aku sementara kita menunggu loading laptop kesayangan kau ni. Kau bercakap macam pro. Kau pernah bercinta ke? Takkan dengan member sendiri pun kau nak sembunyi kot. Ceritalah kat aku.” Suara Borhan mencecah gegendang telinganya. Kedengaran tawa Nawfal menjawab persoalan tersebut.
Crush pun tak pernah?” soal Borhan lagi.
“Kau rasa?” Nawfal menjawab soalan tersebut dengan soalan juga.
“Aku rasa kau suka seseoranglah kot.” Borhan menjawab. Nawfal ketawa lagi.
“Siapa?” soal Borhan.
Maisarah mencuri dengar. Korang pernah ada crush tak? Atau pernah suka pada orang? Kalau kita suka seseorang, kita akan harapkan dia suka juga pada kita, kan? Itulah apa yang Maisarah rasa sekarang. Akalnya cuba menafikan namun hatinya tetap berharap agar orang yang disuakinya itu juga menyimpan hati padanya. Salahkah dia berharap?
“Orang yang aku paling rapat, siapa?” Nawfal memberi klu.
Maisarah masih lagi mendengar. Siapa? Tak mungkin Emil. Emil kan dah couple dengan si Borhan tu?
“Emillah. Tapi, baik kau cakap tak. Kalau tak, sekarang jugak aku bunuh kau.” Borhan ketawa menggertak.
“Mestilah tak. Emil tu kan sebab kerja. Ini bukan sebab kerja. Kau ni, cuba fikir elok-elok sebelum bagi jawapan.” Nawfal ketawa kecil.
“Kau jangan cakap dengan aku orang tu kak Mira. Dia tu scary kau tau?” Borhan membuat muka.
Kedengaran Nawfal ketawa. “Kau biar betul, Fal?” Suara Borhan agak terkejut.
“Biar aku berterus-terang. Aku kawan dengan kak Mira kau tu dari kecil lagi. Bukan setakat suka je, sayang, cinta semua ada. Kami membesar sama-sama dari kecil sampai sekarang. Itu namanya bonding, kau tau?” Nawfal ketawa kecil.
“Kau serius ke suka dia?” soal Borhan lagi.
“Serius. Dialah orang yang paling aku sayang lepas nenek, atuk, mama dengan papa aku.” Nawfal tersenyum kecil.
Maisarah mengetap bibirnya dan terus sahaja melangkah masuk ke dalam kelas tanpa membuka lampu. Hatinya terasa digigit oleh perasaan. Dek kerana pandangannya berbalam air mata, dia tertolak buku di atas mejanya jatuh ke lantai. Tawa Borhan dan Nawfal mati dan terus sahaja mereka menoleh pada tetamu yang baru sahaja disedari mereka.
“Sara? Kau cari apa dalam gelap tu?” soal Nawfal.
Maisarah terus sahaja menapai kotak penselnya dan berlari keluar tanpa jawapan.
“Sara? Maisarah ke? Apasal aku tak perasan pun?” soal Borhan sambil memicingkan matanya cuba mengenali Maisarah dari belakang.
“Kau tu rabun malam.” Selamba sahaja Nawfal menjawab.
“Aku ingat kau suka dia.” Borhan tiba-tiba bersuara.
“Siapa? Sara?” soal Nawfal.
“Sarah lah. Kau ni… dengar dek Sarah tu mati kau kena lipat.” Borhan menggeleng sendiri.
“Dah setahun dah aku buat, elok je lagi. Tak kena lipat pun.” Nawfal masih selamba memberi jawapan.
So, salah ke tekaan aku? Kau suka Sarah, kan? Kak Mira tu kau buat macam skandal je, kan?” Borhan bertanya lagi.
Nawfal ketawa besar. “Kau nak tahu satu rahsia tak?” soalnya.
“Apa?” soal Borhan. Nawfal membisikkan sesuatu kepada Borhan. Borhan membulatkan matanya manakala Nawfal hanya menyambung tawanya.
****************************************************************************
bersambung...

3 comments

ahhh rahsia pe?

cis pandai pulak potong2 cite bg suspen

sambung sambungggggggg

Rahsia Nawfal dapat tahu kat hujung cerita nanti.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...