Bunyi denduman kuat di seberang jalan buat aku tersedar dari lamunan. "Bunyi apa tu?" Ira sedikit terjerit. Aku lihat ramai berlari ke arah bunyi tersebut, hatiku kurang enak. Mungkin ada lagi jadi mangsa kemalangan di persimpangan maut itu..hatiku hanya meneka. "Jom kita tengok!" tanganku terus ditarik kasar oleh Ira. Aku yang tergamam hanya mengikut saja tanpa membantah sedangkan dalam hatiku tak putus mendoakan agar semuanya selamat.
Sekujur tubuh terbaring, lelaki berkemeja purple kemas bertali leher. Berteraburan fail di atas jalan raya. Kepala dan kakinya berlumuran darah. Aku hampir terduduk pitam. "Dia bergerak" Ira bersuara, ye dia mula bergerak. Malah dia cuba duduk. "Encik...encik okey?" seorang lelaki cuba berinteraksi dengan mangsa kejadian. Lori yang melanggar lelaki tadi masih ada di sana, mukanya nampak lega kerana mangsa masih bernyawa agaknya. "Sakit...saya tak tahan sakit. Kaki saya ..." aku lihat dia cuba menggerakkan kakinya.
"Cik boleh bantu hantar ke hospital, saya cuma bawa motor saja." seorang pakcik memnita bantuan aku menghantar mangsa.
"Saya risau ada yang patah, tak mahu call ambulans ke?" aku cuba memberi alasan. Risau keadaan makin teruk jika kami yang tidak berpengalaman mengusung mangsa.
"Keadaan nampaknya tak begitu parah, saya rasa takda yang patah. Lebih baik cik hantar kan saja encik ini ke hospital. Kesian jika terpaksa berpanas di sini dalam keadaan dia yang sakit ni." Memikirkan ada betulnya cakap pakcik tadi dan kebanyakan orang ramai bersetuju aku dan Ira meminta bantuan mereka untuk memasukkan lelaki tadi ke dalam perut kereta. Memang kebanyakan mereka bermotosikal saja, siapa yang wajib membantu jika bukan aku?
Perjalanan ke hospital tidak la jauh mana, makan masa 15 minit saja dari tempat kejadian. Aku berdoa agar cepat sampai memandangkan lelaki itu tak putus-putus mengerang sambil beristighfar tak henti-henti.
"Encik, siapa nama encik?" aku mula bertanya, mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan sakitnya.
"Nama? err, nama saya... err..siapa nama saya?" dia mula bertanya pada kami. Lepas memandang aku dia beralih memandang Ira. Kami serba salah. Takkan nama sendiri dia boleh lupa?
"Takpa encik, kita rawat dulu luka tu, tapi tadi encik naik apa sebelum melintas jalan? naik kereta atau motor? saya boleh uruskan kenderaan encik nanti."Ira mula mengalih topik.
"Naik apa? saya..saya..Aduh!" dia mula tersekat-sekat. Aku syak dia lupa akibat kemalangan tadi. Aku dan Ira hanya berpandangan. Susah juga jika dia lupa ni. Macam mana nak cari keluarganya...hurmm
Perkarangan Hospital Besar Segamat.
" Lia, terus pergi KECEMASAN!" Ira mengarahkan aku bila melihat aku teragak-agak mencari tempat parking. Aku terus ke kaunter pertanyaan dan meminta bantuan mereka mengeluarkan pesakit di dalam kereta aku. Dia hanya memejamkan mata. Tidur atau pengsan, atau..cuba menahan sakit? entahlah, yang penting tugas aku dan Ira selesai.
Bila aku berpaling nak masuk ke dalam kereta...
"Cik...sila daftar pesakit dulu ye."Abang kaunter pendaftaran tu memanggil kami.
"Daftar? saya tak kenal pesakit, kami tolong hantar dia lepas kena langgar dengan lori tadi. Saya tanya nama dia pun dia tak tahu, macam mana saya nak daftarkan?" aku sedikit mengeluh saat menjelaskan kepada abang tu.
"Macam ni lah, apa kata cik berdua teman dulu encik tu, minta dia nombor telefon keluarganya dan pengenalan diri. Cik berdua boleh minta dia kad pengenalan dan nombor dari telefon bimbin dia. Lepas siap daftar dan dah dapat hubungi keluarganya boleh la cik berdua tinggalkan dia di sini. Saya rasa itu yang terbaik."panjang lebar abang tu cuba memberi idea. Aku hanya mengangguk saja."Kena bertanggung jawab pula..." Ira mula mengomel."Syhh tak baik cakap macam tu."Aku cuba menenangkan Ira. "Aku dah lambat nak ke kelas tau!" Ira mula marah, aku terpaksa memekakkan telinga.
Kami menanti di luar bilik kecemasan...sabar menanti entah berapa lama pun kami tak pasti. "Cik yang bawa lelaki berbaju purple tadi?" seorang jururawat muda bertanya kepada kami."Iya.."Ira mengiyakan.
"Maaf cik, boleh masuk ke dalam tak, kalau boleh biar ada waris menemani pesakit. Walau tidak begitu parah tapi kami rasa pesakit agak tertanggu ingatannya."Jururawat menjelaskan. Ira menolak aku ke dalam. Nampak sangat dia malas nak masuk berdepan dengan darah dan jarum-jarum tu. Bila masuk saja dompet dan telefon bimbit jejaka itu diserahkan kepadaku.
"Encik, saya buka boleh? nak cari alamat encik untuk hubungi keluarga encik." Aku meminta izin.Dia hanya mengangguk lemah, kesiannya..nampak sangat dia sedaya upaya menahan kesakitan. Aku yang terkaku di situ mula membuka dompetnya dan mencari pengenalan diri.
"Syafiq Helmi..." aku membaca nama di kad pengenalannya. Tiada response di wajahnya saat aku menyebut nama dia. Pelik..dia memang lupa? hurmm...
Aku memberi nombor telefon beberapa rakan dan alamat dari kad pengenalannya dan telefon bimbit dia. Aku minta Ira tolong daftarkan sementara aku menemani jejaka purple tadi di dalam bilik kecemasan. Perut aku mula memulas dan tekak meloya akibat bau darah yang banyak tu. Aku kan mabuk darah, kenapa aku setuju nak teman mamat ni dalam bilik kecemasan!Siap semuanya aku mengikut jejaka tadi dihantar ke wad. Mungkin jururawat semua ingat aku waris dia..huhu. Kebetulan dia memerlukan sumbangan darah. Sebab darah aku sama dengan golongan darahnya darah jenis O maka aku tak teragak-agak mendermakan darah aku kepadanya.Selesai saja semuanya dia dipindahkan ke wad biasa.Siap aku dan Ira melayan dia beri makan semua kami pun minta diri untuk pulang. Dia hanya mampu mengucapkan terima kasih. Memang dia sedih sebab tak ingat apa-apa. Keluarganya yang jauh di Perlis esok baru akan sampai.
"Selamat aku dah sms murid aku bagi tau kelas batal. Sah, memang lama kita kat sana tadi."Ira membebel lagi. "Kau ni...tak baik tau, kalau bukan kita bantu siapa nak bantu dia?"Aku cuba meredakan marah Ira. Masing-masing diam...malas nak bertegang leher.
*****
"Morning!"Ira menyergah aku dari belakang. "Morning, lain kali kau sergah macam tu aku telungkup kau dengan kuali panas ni!"Aku menyuakan kuali ke muka Ira sambil mengetap bibir."Ala..gurau pun tak boleh."Ira lantas mencapai pancake yang aku masak tadi dan makan di meja makan."Apa plan hari ni? cuti-cuti boring kalau tak ke mana-mana kan?" Ira bertanya lagi."Takda plan pun, tapi jom kita pergi melawat jejaka semalam tu kejap tengah hari nanti. Kesian dia tak ingat apa-apa. Lepas melawat apa kata kita tembak-tembak kat taman batu hampar nak? Dah lama aku tak jadi model kau."Aku memberi idea kepada Ira. Rasanya kalau ajak ke hospital pasti dia liat, tapi bila dengar lepas tu photoshoot pasti dia teruja.
"Err, yang pertama tu lemah je aku dengar."Ira mula berdalih.
"Please?" Aku merayu.
"Ye la..tapi lepas tu kau jadi model aku paling comel, paling sporting tau?..janji!" Ira melompat kegirangan.
Aku hanya mengangguk tersenyum. Ira minat snap gambar, bab -bab photography ni serah kepadanya. Tapi memang cair make up la duduk tengah panas selagi dia tak puas hati selagi itu dia terus memetik. Memamg sangat cerewet kawan aku sorang ni. Takpalah, sebab aku nak bantuan dia menamani aku ke hospital maka layankan saja...
****
"Assalamualaikum."Ira bersalaman dengan wanita separuh umur dan lelaki dalam lingkungan 60-an itu."Anak berda ni kawan Helmi?" makcik mula bertanya. "Mak, cik berdua lah yang tolong hantarkan Along semalam, along terhutang nyawa dengan mereka mak.Cik ini lah yang sudi dermakan darahnya kepada along semalam."Encik helmi menunjukkan aku ke arah emaknya. Sopan santun dan tertib sungguh cara dia bercakap dengan orang tuanya. Ayahnya menadah tangan mengucap syukur kepada Illahi.
"Saya cuma mampu buat apa yang sepatutnya saja, apa yang mampu insyaAllah saya akan bantu, kebetulan darah kita sama. Sebab tu saya dermakan darah semalam. Kawan saya Ira juga banyak membantu semalam."Aku menjawab sambil melirik ke arah Ira. Terasa cubitan menyengat dari Ira ke lengan aku..bisa!
"Terima kasih la sudi bantu anak makcik. Kalau tak entah apa yang terjadi agaknya. Makcik dan makcik ni jauh, harapnya korang la kawan-kawan sudi tengokkan anak makcik ni ye?"ibu Helmi seakan merayu kepada kamu. "Ira beria-ia mengangguk, entah ikhlas atau tak minah sorang tu? Aku hanya tersenyum melayan keramahan makcik dan pakcik. Mungkin dia ingat kami dah kenal lama dengan Helmi.Dari perbulan ringkas kami memang Helmi masih tak ingat apa-apa tentang dirinya, dia cuma ingat namanya, kereta yang diparking depan bank sebelum melintas dan dia cuma teringat tentang fail yang dia bawa semalam. Kebetulan kami menyerahkan fail yang tertinggal di dalam kereta kepadanya. Dia memeriksa fail tersebut. Tercicir sekep[ing gambar...jatuh betul-betul di kaki Ira.
"Gambar kau?"Ira sedikit tersentak.
"Apa?" aku cuba merampas gambar tersebut, tetapi laju saja tangan Helmi mencapai.
"Tu gambar Lia?" Soal Ira keras. Aku hanya terkebil-kebil cuba berlaku tenang. Sedangkan hatiku menjerit-jerit mahu tau mengapa gambarku ada bersama fail lelaki asing dalam hidupku.
"Maaf, saya tak ingat ini gambar siapa, dan saya memang tak kenal cik berdua. Saya sendiri tak tau apa kaitan gambar ni dengan saya."Helmi bersungguh memohon maaf.
"Boleh saya lihat?" aku meminta izin.
Helmi menghulurkan gambar tersebut. Sah, memang gambar aku. Berskirt labuh purple, berkemaja putih dan memakai handbag burberry putih aku tu. Memang itu gambar aku semasa aku dan Ira makan angin ke Melaka dulu. Spek mata ferragamo dan handbag milik aku tu meyakinkan itu gambar aku. Tapi...kenapa gambar aku ada pada Helmi?
"Maafkan saya, jika saya ingat saya akan hubungi cik Lia untuk jelaskan mengapa ada pada saya gambar ni."Helmi memohon maaf sekali lagi. Ira seakan mendesak, aku cuba bersahaja walau hati keresahan. "Tak mengapa encik Helmi tak ingat apa-apa. Nanti dah ingat boleh ceritakan pada kami. Kita kerja dalam daerah yang sama, tak jadi masalah besar pun." Aku cuba bercakap baik-baik. Mak dan ayah Helmi hanya memerhati. Sebelum beredar sekali lagi mak ayah helmi meminta kami melawat selalu anak mereka. Kami hanya menggangguk lemah."Kami pulang dulu, jika ada apa-apa encik helmi call la saya atau ira ye, ini nombor kami." Aku menyerahkan nombor aku dan Ira kepada Helmi. Kesian pula melihat dia keseorangan di situ. Kalau aku kerap ke sana mungkin dia boleh ingat mengapa gambar aku ada dalam simpanannya.
*****
Taman Batu Hampar nampak tenang, Ira memilih kawasan lapang berhampiran permainan kanak-kanak untuk photoshoot hari ni. Ini bayaran atas kesudian dia menemani aku ke hospital tadi. Memang minat Ira dalam photography sangat mendalam. Pensyarah muda yang manis ini sangat minat mengambil gambar apa saja, camera dslr Canon EOS 550D miliknya sentiasa adal bersama walau ke mana sahaja. Kadang-kadang aku naik rimas sampai nak makan kat warung pun usung camera juga...hehe.
"Lia, hari ni aku nak ambik gambar potret la kot?, kau cantik la hari ni..boleh tembak banyak-banyak!"Ira mula membuka beg cameranya sambil memasang lense."Cantik apa bendanya, baju lama je ni kan?" aku menjuihkan bibir."Ala, cantik la tu, kau memang cantik pun Lia.Nanti aku ada duit boleh beli lense untuk micro..tapi tunggu dulu la, hampir RM3 000 tu, terseliuh urat perut aku nak rampas lense tu. Time tu aku kurang la paksa kau jadi model tak berbayar aku lagi kot?" ehehehe...panjang bunyi tawa Ira, aku hanya tersenyum sumbing dengar cerita lense dan minatnya itu.
Cuaca seakan memberi kerjasama, angin lembut menerbangkan skirt labuh aku dengan lembut, payung warna warni yang Ira belikan semalam kami gunakan sebaiknya. Memang cantik gambar-gambar yang Ira berjaya snap tadi. "Rasa macam model pula bila aku tengok gambar ni."Aku meluahkan rasa sambil membelek gambar-gambar aku." Kan aku kata kau lawa, rugi kau tak mau jadi model, model tak perlu seksi, model tudung, model pakaian muslimah..apalah kau ni."Ira tak habis-habis pujuk aku jadi model."Tak payah la...aku jadi model tak berbayar untuk kau je lah Ira. Kecantikan itu anugerah, bukan untuk diperagakan, bukan juga untuk dipamerkan buat yang bukan hak."Aku cuba menegaskan pendirian aku.
"Bukan hak, dah tu kenapa Helmi tu pegang gambar kau. Boleh je kau diam?"Ira cuba membakar.
"Ha...itu yang aku risau, tapi takkan aku nak rampas pula. Aku perlu tahu mengapa dia simpan gambar aku. Hati aku kurang enak bila fikir kot la dia ni orang jahat ke..huhu." Aku mula menaruh syak.
"Takpalah, nanti dia dah ingat kita tanyalah ye, jangan fikir sangat. Doa lah moga semuanya baik-baik saja."Ira memujuk. Hari makin panas membahang, kami siap-siap nak bersolat asar sebelum pulang.
*****
Tutt, tutt, tutt...
"Wei, handphone kau berbunyi tu, vibrate nape? mana lah nak dengar?" Ira mencapai telefon bimbit aku lalu menghulur kepadaku. "Aku taip novel la..kalau bising kan susah."Aku jawab sambil mencapai dari tangannya, thanks.." ..helmi? aku bersuara perlahan.
"Assalamualaikum encik helmi."
"Waalaikummussalam, cik Lia, maaf mengganggu."Eh , takpa. Saya tak busy pun.Dah sihat ke, maaflah sangat busy lately tak sempat nak melawat. Dah seminggu kan kat sana, bila boleh keluar wad?"Aku cuba bertanya panjang lebar.
"Esok lusa dah boleh keluar, semua dah makin okey, cuma saya belum betul-betul ingat semua perkara lagi. Kalau boleh saya nak jumpa cik Lia ada perkara mustahak."Helmi menyuarakan hasratnya.
"Baiklah, nanti petang kalau sempat saya melawat lepas asar."Aku cuba berjanji
"Saya tunggu, apa-apa cik Lia bagi tau lah ye, assalamualaikum."
"waalaikummussalam..."aku meletak handphone lalu mengejit mata ke arah Ira yang sedang memerhati aku denganpenuh minat. "Ceh..gatal. Kau minat mamat purple hilang ingatan tu ke?"Ira membaling aku dengan kotak tisu."Amboi...manisnya bahasa kau. Takda lah..dia minta jumpa sebab ada hal mustahak. Pasal gambar aku tu agaknya kot. Dia kan kacak, tak salah kalau aku terpikat kan? muka dia macam blogger Ridzuan Hakimi yang kacak bergaya impian aku tu, ntah-ntah kau pun tergoda juga..hahaha" Aku sengaja mengusik Ira.
*****
Hospital Besar Segamat
"Ramainya orang time camni, kenapa kau tak jumpa dia pagi esok je?"Ira bertanya."Giler la kau, pagi esok kau kan kerja. Ke trick kau tak mau teman aku?"Aku bertanya pada Ira dengan nada geram. Ira tersengeh-sengeh macam kerang busuk, geram betul dengan sikap dia yang tak suka teman aku ke hospital tu, haish!
"Ira, dia senyum kat kau!"aku menyakat Ira bila aku lihat encik Helmi tersenyum pada kami dari jauh."Haah la, Ya ampun, kacak sungguh, senyuman yang sangat manis..dup dap dup dap. Macam senyuman Kamal Adli pun ada, Ridzuan Hakimi pun ada...tapi aku rasa aku dah terpikat pada senyuman Syafiq Helmi lah."Ira begitu teruja melahirkan perasaannya. Aku rasa lain macam je, cemburu? hurm...
"Terima kasih sudi datang."Helmi terus meluahkan."Assalamualaikum, sihat?amboi terus-terus berterima kasih ye.." Aku mengusik. "Waalaikummussalam, hehehe..sihat. Lusa boleh keluar dah, kaki dah okey pun. Terima kasih sudi hadir, mak dan ayah kirim salam, mereka kata terima kasih sebab sudi bantu saya. Kalau cik Ira dan cil Lia tak bantu tak tau lah." Helmi menunduk.
"Err, saya teman Lia je. Kereta dia, darah pun darah dia..hehe."Ira berseloroh.
"Macam ni, sebab saya dah nak keluar wad, saya rasa susah kot nak berhubung dengan cik Lia lepas ni. So saya nak pulangkan gambar cik Lia yang ada pada saya ni. Saya tak ingat kenapa gambar ni ada pasa saya. Maafkan saya...saya tak boleh jawab kenapa ia ada dalam simpanan saya. Saya pulangkan semula kepada tuannya."Helmi menyerahkan gambarku semula. Terasa serba salah pula. Bukan gambar dari simpanan aku pun, rasa tak layak ambil tapi ni gambar aku, memang aku berhak kot?
"Saya serba salah nak ambil. Tapi perlu ambil kot. Sebab ni memang gambar saya, maksud saya...menang saya yang bergambar dalam gambar ni. Tapi nanti kalau awak ingat semula apa yang terjadi dan sebab apa gambar ni ada dalam simpanan awak sila beri tahu saya ye?"Aku mencapat gambar tu dan terus menyimpannya di dalam handbag burberry putih aku.
"Beg yang sama ..." Helmi menunjukkan handbag aku. aku cuma tersenyum dan mengangguk. "Gambar tu cantik sebab saya yang snap gambar tu, kan Lia?" Ira mencelah. "Ye la, kalau bukan kau yang snap sure tak lawa camtu..."Aku menjawab seakan nada merajuk. "Fah merajuk dah puteri salju ni..." Ira tergelak disambut dengan gelak Helmi. Aku hanya masam mencuka.
Kami berbual rancak. Terasa mesra berbual lama dengan Helmi. Tapi Ira saja yang banyak bertanya itu ini, terasa segan pula nak bertanya macam-macam kepada Helmi. Dia tak ingat santa, cuma ibu dan ayahnya dan katanya dia bekerja sebagai peguam di syarikat guaman teman baiknya. "Takpalah, nanti ada apa-apa encik Helmi call la kami, boleh keluar minum-minum ke."Aku cuba memberi pendapat. Tak mahu dia rasa segan pasal gambar tu. Encik Helmi masih nampak segan berbual dengan aku, dengan Ira nampak selamba la pula. Aku ingat aku sorang saja segan dengan dia, sesekali renungan dia menusuk kalbu. Aku jadi serba tak kena...bagai terpanah petir..ahaha. "Insya Allah, tapi dah berkawan pun masih lagi nak berencik-encik, panggil Helmi saja lah...boleh?"Helmi meminta..kami hanya tersenyum dan mengiyakan. Selepas meminta diri untuk pulang kami terus makan di kedai makan dekat dengan gate keretapi berhampiran taman pelangi tu. Sedap masakan di sana buat kami sanggup ke sana walau jauh sikit. Tak la jauh mana sebenarnya sebab memang lalu situ pun dalam perjalanan pulang dari hospital.
"Lia, kau suka dia ke?" Ira serang aku dengan soalan cepu emas. "Erk? suka..takda lah." Aku serba salah, ye ke aku suka Helmi? "Lawyer tu...kalau kau tak suka bagi aku suka boleh? Kacak la dia, mirip blogger dan juga model Ridzuan Hakimi tu. Kau tau kan aku suka muka camtu, tak la kacak sangat, tapi cukup manis, kemas, segak dan bikin mata cair bila menatap wajahnya. Mata yang cantik nak-nak masa dia tersenyum. Adoii aku tak boleh cakap dah...dup dap dup dap." Ira bercerita macam orang sedang angau. Aku hanya mendengar sambil senyum lebar. " Buat masa ni takdalah aku suka dia tahap jatuh cinta ke apa, esok lusa kalau Allah dah pusing hati aku macam tu aku terima je la...boleh aku jawab gitu?" aku soal Ira dengan sedikit berbelit. Dia cuma menjuih bibir, tak puas hati lah tu..hehehe. "Lia, aku ikhlas ni...aku dah mula suka dia, kalau kau rampas dia aku memang sedih dan terasa hati tau." kata-kata Ira buat suapan aku terhenti. Nak tercekik pun ada. Terbayang renungan redup Helmi petang tadi, sesekali dia merenung aku sambil dia mendengar celoteh Ira. Aku seakan faham maksud renungan matanya, cuma aku tak berani nak berharap adakah itu petanda awal yang akan membuka semula pintu hatiku yang pernah remuk hancur dek perpisahan lalu. Aku sudah kehilangan insan yang aku pernah cinta, tak sanggup untuk aku buka pintu hati aku ini untuk insan lain. Sakit!
"Weh....menung pula? kenapa pula ni..aku gurau saja la. Kau ni macam adik aku, kalau kau suka pada suami aku pun aku sanggup bermadu dengan kau la. Aku sayang kau lebih dari nyawa aku sendiri, persahabat kita tak akan hancur akibat benda remeh keduniaan ni Lia. Aku gurau je..kau sedih ni kenapa pula." Ira memujuk sambil mencuit hidung aku. Aku hanya mampu tersenyum sambil mengesat sisa air mata yang entah bila merembes di kolam mata aku ni. Perpisahan dengan Zikri amat memedihkan. Perginya tanpa pesan, tiada pusara, pergi dalam kemarahan terhadap diriku memang benar-benar membuat hati aku berkecai dan hampa. Moga rohnya aman di sana dan dia telah memaafkan aku, memaafkan kekeliruan dan salah faham yang tidak disengajakan. "Lia!" Ira sedikit menjerit mengejutkan aku tersedar dari lamunan. Jauh dibawa bersama kenangan aku dan tunanganku Zikri. Tunang? bekas tunang? hurm entahla.
"Ira, aku rindukan Zikri." akhirnya aku bersuara juga. Aku lepaskan juga apa yang terpendam."Jangan la macam tu, dia dah takda, kau kena teruskan hidup." Ira memujuk. Dia pun terhenti menyuap. Sudu dan garfu di telak kemas di tepi pinggan. "Ira, kalau dia meninggal di mana kuburnya? aku sedih dia pergi dalam kemarahan, dalam kekecewaan. Dalam perasaan dan tuduhan yang aku curang kepadanya. Dia pergi tanpa sempat dia tahu aku di pihak yang benar Ira."Aku tak mampu menahan esak, akhirnya gugur lagi air mata ku yang sudah hampir dua tahun tidak menitis ini. "Lia, dulu kau sakit semua orang susah hati, tiap hari aku lawat kau di wad, tiap hari aku bagi kata semangat dekat kau. Tiap hari aku bergaduh dengan mak ayah kau sebab mereka marah aku hantar kau jalani rawatan. Mereka kata aku aniayai kau. Mereka kata aku kata kau gila. Aku sayang kau Lia, aku tak mahu hidup kau hancur. aku sanggup kena maki dengan seluruh keluarga kau dulu sebab aku sayang kau. Alhamdulillah kau dah sihat sekarang, aku tak mahu kenangan lalu buat kau kembali sakit. Teruskan hidup kau." Ira cuba memujuk lagi. Aku mungkin musnah tanpa Ira, aku mungkin hanyut tanpa sahabat aku seorang ni. Aku hilang arah bila dapat berita Zikri kemalangan dan keretanya hangus terbakar. Namun aku makin bingung bila jasadnya tidak ditemui, hidupkah dia..matikah dia? mati tanpa pusara?"
*****
Pulau Pangkor
Tenang dan damai...percutian di Pulau Pangkor ni dah lama aku idamkan. Tapi sebab banyak urusan tertunda beberapa kali. Seorang diri tanpa Ira rasa sepi, tapi rasanya ini masa terbaik untuk aku fokus siapkan novel aku yang dah berbulan tak siap-siap ni. Teluk Nipah nampak lebih mendamaikan. Tidak silap rasanya aku menginap di Pangkor Bay View Beach Resort ni. Alhamdulillah semuanya okey. Aku plan nak duduk sini seminggu. Harapnya percutian ni mencapai matlamat. Matlamat untuk menyiapkan novel ini dengan jayanya tanpa gangguan. Kadang-kadang aku hanya menaip di kolam renang saja tak kira siang atau malam. Resort ni adalah satu-satunya yang mempunyai kolam renang 24 jam beroperasi di Teluk Nipah setakat ini. Tenang dan bagus untuk aku mencerna idea. Biasanya pagi hari aku akan berjogging dan meghirup udara segar di tepi pantai. Cantik, gigi air dihiasi ikan cantik yang sukar untuk aku lihat di mana-mana pantai di semenanjung ini. Belum pernah aku lihat ikan cantik bermain di gigi air seperti di sini. Kalau di Sabah atau Sarawak tu lain la.
Tet...tet...
Sms masuk. Dari siapa pula ni, mustahil Ira text aku time ni. Dia biasanya mengajar time ni.
Helmi
"Assalamualaikum, busy?"
Me
"Waalaikummussalam...tak juga, sedang bercuti. Tengok laut, tengok ombak. Sila jeles."Ku tekan send, saja nak bagi dia cemburu sebab aku makan angin...hehehe.
Helmi
"Owh? sangat jeles. Dengan Ira ke..atau sedang bulan madu?"
Me
"Seorang..mana ada bulan madu, kahwin pun belum macam mana nak bulan madu..haha.Busy ke, dah mula kerja?" Kami berbalas text. Bagus juga ada kawan nak menyembang, terasa sunyi keseorangan di sini. Helmi mungkin dah mula kerja agaknya. Lama aku tak hubungi jejaka tersebut.
Helmi
"Belum kerja, sedang bercuti. Rehatkan minda, harap boleh cepat ingat memori yang hilang entah di mana tu. Sob sob sob."
Me
"Erk..jangan la sedih. Nanti perlahan-lahan memori tu akan kembali. Kot la awak ada anak 5 kesian juga ayah mereka tak balik rumah lama kan?" aku cuba melawak.
Jika enkau minta intan permata
tak mungkin aku mampu...menyanyi lak handphone aku ni. Erk? Helmi call? ehehe.
"Hai" Helmi menyapa sambil tergelak kecil
"Hoi..awak~~" aku saja jawab hoi ...ehehe.
"Ganasnya hoi kat kita? "Helmi masih tergelak-gelak. "Tadi pagi, masa breakfast kat cafe saya terbau macam perfume awak. Terus rasa rindu pada awak." Helmi menambah lagi.
"Perfume? orang lain agaknya. Saya bukan di Segamat pun, awak mana tau saya pakai perfume apa lagi pun kan?" aku sedikit terkedu. Dia ingat bau perfume aku? oh tidak!
"Ye saya tak tau pun bau perfume awak tu jenama apa, tapi bau buah..macam bau yang saya selalu bau sejak 10 tahun lalu. Macam bau apple blossoms. Bau yang begitu menyenangkan saya. Saya rindu pada pemakainya, tiba-tiba saya perasan hari tu awak pun pakai bau yang sama." Helmi bercerita panjang. "Jap-jap..mamang kebetulan saya pakai apple blossoms pun. Ada kenalan awak juga pakai perfume tu ye, ramai juga yang sama citarasa dengan saya rupanya." Aku terus teringat arwah Zikri. Dulu dia paling selesa dan suka dengan bau perfume aku ni. Sampai sekarang tiap kali aku penyapu wangian ni pasti aku terkenang dia..
"Hello...awak masih di sana?" Helmi bertanya. "Maaf, masih ada lagi..maaf."Aku serba salah, boleh pula aku berangan terkenang kisah lama sambil bertelefon. Buruknya perangai aku. " Ye, masih di Pangkor ni lagi ...eh, masih ada di talian..hihihi." Aku tergelak panjang sebab salah jawab. Apasal pula aku jawab aku di Pangkor. Takda kaitan langsung pun. " Pangkor? sedapnya makan angin. Jangan kembung sudah la tau." Helmi menyakat lagi. "Awak suka sakat saya kan? tak baik tau." Aku buat nada merajuk. " Merajuk ke, jangan merajuk nanti kena ngurat pula buat muka macam itik tu kat tepi laut macam tu. Tiba-tiba dapat bunga pula nanti." Helmi makin menyakat aku. "Siapalah yang nak bagi bunga kat saya tepi pantai ni, bukan ada orang kenal saya pun...hihi, awak ni." Aku tergelak-gelak jawab usikan Helmi. "Awak, jaga diri tau. Saya ada kerja nak buat. Saya nak jumpa kawan sekejap, assalamualaikum." "Waalaikummussalam."aku mematikan handphone. Masih tersisa senyuman lepas berbual dengan Helmi. Matanya...mirip sekali mata Zikri,mata yang buat aku selalu rindu. Zikri..satu nama yang tak pernah luput dari ingatan aku. Zikri..Lia rindu. Lia rindu nak tatap wajah Zikri, lia rindu usikan dan gelak tawa Zikri. Ya Allah berilah keajaiban dengan kepulangan dia kepadaku semula. Aku menangis sendirian, lantaklah tak siapa mengenali aku di sini. Tak siapa peduli aku menangis seorang diri di bawah pohon rendang ni. "Awak, kenapa menangis, ada orang kacau ke. Kan saya pesan suruh jaga diri tadi?" Aku rasa kaku. Suara Zikri? suara yang aku sangat rindu. Zikri? suara cemas tu aku sangat kenali, Zikri ada di sini? "Zikri?" aku memalingkan wajah mencari empunya suara. " Salah, Helmi." Helmi tersenyum sambil menghulurkan bunga kemboja putih kepadaku. "Awak ada di sini juga ke, bagaimana awak tahu saya ada sini?" Aku rasa macam tak percaya dia ada depan mata aku, baru saja dia berbual dengan aku di telefon tadi.
"Janganlah macam nampak hantu, saya datang cara baik siap bagi bunga lagi ni. Bukan bunga kemboja putih ni kesukaan awak ke?" Aku terus menyambut bunga kemboja yang dia hulur tu. Terpaku aku sendirian, wajahnya aku renung. Sempat singgah ke matanya...masyaAllah, matanya buat hatiku tersiat-siat. Mata yang begitu sama dengan insan kesayanganku." Maafkan saya, saya hairan bagaimana awak ada di sini dan bagaimana awak tahu saya suka kemboja putih." Aku berkerut menanti jawapan. "Saya memang ada di sini sejak semalam, tadi awak kata ada di Pangkor. Saya diam sajalah sebab memang masa saya sedang berbual dengan awak tu saya dan hampak awak di bawah pokok ni. Saja nak menyakat awak itulah sebab saya tamatkan perbualan telefon tadi..hihihi." Panjang gelak Helmi dapat mengenakan aku. "Bunga ni?" aku menunjukkan bunga di tanganku. " Entah, saya cuma rasa awak minat kemboja putih kot, sebab tu saya petih bunga tu tadi...entah!" Helmi nampak kurang selesa bila aku minta penjelasan. Mungkinsecara tak sengaja dia kata itu bunga kesukaan aku. Takda maksud lain pun.
"Kenapa awak menangis, ada orang kacau ke tadi?" Helmi menyoal." Takda apa, saya cuma terkenang kisah lalu." aku menjelaskan. Terasa senang bersama Helmi, rasa seperti aku berdada dengan Zikri. Rindu seakan terlerai, rasa nak peluk saja tubuh di depan mataku ini. Walau wajah mereka berbeza, namun mata dan suara mereka begitu mirip. Penampilan hampir sama, wangian juga sama. Kebetulan yang membuatkan aku semakin ingin mengenali jejaka tampan di depan aku ini. Semakin membuat aku ingin menghabiskan masa bersama dengannya. "Jom berbual di kedai hujung tu nak?" Helmi mempelawa dengan sopan, aku hanya mengangguk dan terus melangkah mendahului dia. Langkahku lemah, hatiku bercelaru.
*****
Selesai membuat pesanan minuman dan makanan kami hanya memerhati keadaan sekeliling. Lengang saja , cuma beberapa orang sedang menikmati keindahan pantai. Bukan cuti sekolah atau ada perayaan pun, sebab itulah tenang dan damai. Sesuai sangat untuk insan yang mencari kedamaian macam aku ni. " Awak memang banyak termenung ye?" Helmi tiba-tiba bersuara. " Erk..maaf, saya ni banyak dihantui kisah lalu." Aku terpaksa menjawab sejujurnya."Awak untung masih ada kisah lalu, saya tiada kisah lalu. Semuanya hilang lepas kemalangan tu."sayu saja suara Helmi kedengaran. "Maafkan saya, saya bukan tak bersyukur. Saya rasa pilu mengenangkan kenangan lalu. Saya kehilangan insan yang saya sayang. Saya difitnah dan dia pergi dalam keadaan marah. Dia memandu dengan marah kami kemalangan bersama. Kami jauh ke gaung yang dalam. Saya terselamat kerana sempat dipaksa olehnya untuk terjun. Dia hilang entah hidup atau mati. Kereta hangus terbakar. Saya sentiasa berharap dia masih hidup, tapi dah hampir dua tahun dia masih tak kembali. Masih marah pada saya agaknya, kalau dia dah meninggal saya sedih dia pergi tanpa pusara."Aku mula bercerita tentang lipatan kisah lalu ku.
"Awak tak hubungi keluarganya?" Helmi bertanya ingin mengetahui lebih lanjut. " Sudah, mereka hanya mendiamkan diri. Mereka sendiri tak tau. Memang tak jumpa mayat dalam kereta tu, dah cari sekitar kawasan tu pun tak jumpa."Aku bercerita lagi. "Saya sedih, kami bertunang setahun, tiba-tiba saya difitnah oleh sepupunya yang cemburukan hunungan kami. Belum sempat saya menjelaskan keadaan sebenar kami kemalangan. Saya sangat sedih andai dia meninggal dia pergi dengan bersangka saya sangat jahat. Dengan andaian saya curang kepadanya." Aku menangis lagi tanpa segan silu di hadapan Helmi. "Siapa nama dia?" Zikri" jawab ku. "Saya doakan dia masih hidup dan dapat menjejaki awak, keajaiban pasti berlaku. Jika dia tak jumpa awak sekarang mungkin kalian akan bersatu di alam lain mungkin." Helmi cuba menenangkan aku. "Terima kasih awak." Aku cuba tersenyum...dalam hatiku berkata, awak jadilah Zikri saya, mata wak dah cukup membahagiakan saya..huhu.
"Zikri, mata awak sama, suara awak sama. Cara awak bercakap pun sama. Saya rasa nak peluk awak erat-erat." aku meluahkan tanpa segan silu." Lia, saya Helmi bukan Zikri.Mata dan suara kami sama?" Zikri teruja bertanya. "Maaf, saya silap sebut. Rindu sangat nak sebut nama tu...huhu. Ye sama, dan dia sangat penggemari bau perfume saya. Bila awak tanya tadi pasal perfume tu terus saya teringatkan dia." Aku jujur sekali menjawab, lega rasa hati dapat meluahkan semuanya. "Saya rasa memang awak pun yang lalu belakang saya pagi tadi di cafe, saya menginap di depan tu je." Helmi menuding jari ke arah resort. Hurm..kami menginap di tempat yang sama rupanya. Aku hanya mengangguk dan terus tergelak. Ku tekup kuat mulut agar gelakku tak begitu kuat, kurang sopan bunyinya nanti.Dah la berdepan dengan jejaka yang aku belum kenali rapat lagi, segannya. "Memang saya turun sarapan juga pagi tadi, mungkin kot. Tapi awak kata bau tu awak biasa bau, siapa selalu pakai wangian tu?" aku bertanya. Ingin sangat mengetahui siapa yang punyai citarasa sama denganku. " Saya pun tak pasti, saya tak boleh ingat apa-apa. Tapi saya kenal bau wangian tu, saya boleh ingat apple blossoms. Tapi siapa pemakainya?" Helmi mengerutkan dahinya.
"Jangan paksa ingat apa-apa, nanti awak sakit."Aku risau lihat Helmi seakan gelisah cuba mengingat sesuatu. Akhirnya aku mengalah tak memaksa dia mengingati kenangan lalu. "Maaf kan saya, tak dapat saya cerita kisah saya kepada awak. Siapa pun yang pernah pakai wangian itu tak kisah la, yang pasti hati saya dah terpaut kepada pemakainya kini. Orang yang ada depan saya ni. Cantik orangnya,lembut dan sopan wajah macam model pula tu. Untung lah pemilik hati awak kan?" pengakuan jujur Helmi buat aku nak pitam. Aku mengangkat muka nak menjawab tapi...pandangan mata kami bertaut, lidah aku kelu. Yang mampu ku dengar cuma degup jantung aku yang berdup kencang. Aku telah jatuh hati, jatuh hati kepada pemilik mata cantik itu, jatuh saya kepada pemilik suara itu, jatuh kasih kepada kelembutan bicara dan kesopanan tuan diri di depan mataku ini. Aku terus mencapai air, harapnya dapatlah meredakan gemuruh di hatiku. Tangan menggigil memegang gelas. Segera aku letak gelas di depanku, aku sedar dia memerhatikan aku menum. Malu!
Prang!!!!
"Erk...maaf." aku terus berdiri bila gelasku pecah. Aku letak gelas atas piring buah, adoii macam mana boleh tak perasan tadi? memalukan betul la budak Lia ni tau. aku membebel di dalam hati.
"Takpa, nanti mereka kemaskan. Pesan lah air lain kejap lagi. Gelas je pun bukan awak pecahkan hati orang ke...kan?" sempat lagi Helmi buat lawak. Geramnya...
"Jom lah kita balik, saya segan lah awak. Semua mata pandang sini." Aku cuba mengajak dia pulang. "La...saya baru je nak kenali awak, nak berbual panjang dengan awak. Please Lia ?" Helmi merayu. " Awak, saya tak boleh dah, fikiran saya kusut sangat. Kita jumpa lain kali saja ye?" Aku harap Helmi faham.
"Okey jom balik. Rest tau." Helmi tersenyum manis dan...glurp! dia kenyit mata. Mak ai, tau la mata dia cantik, perlu ke dia kenyit mata kat aku? kalau Zikri yang buat aksi nakal macam tu dah lama aku cucuk matanya. Zikri? zikri lagi..Ya Allah, kembalikanlah Zikri tunangku kepada aku. Aku sangat berharap dia menjadi imamku. Amin.
Tak mampu nak keluar lagi, aku hanya menghabiskan masa di bilik lepas solat zohor tadi. Aku tertidur selepas menaip beberapa helaian. Keadaan tenang di sini amat memudahkan idea aku datang untuk menyudahkan novelku. Ku lihat telefon bimbitku ada 8 miss call dari Helmi. Ada 5 mesej juga. Aku hanya tersenyum melihat mesej yang dikirim.
Mesej 1
Awak okey? jom kita keluar lepas asar nak?
Mesej 2
Awak busy ke...saya call dua kali awak tak angkat?
Mesej 3
AWAK!! marah saya ke????
Mesej 4
Maafkan saya kalau ada saya kecilkan hati awak atau buat awak marah, Lia..please!!!
Mesej 5
Okey, saya tak ganggu awak, saya call awak tak angkat. Saya sms awak x sudi reply. Saya faham awak tak suka saya ganggu. Tapi esok saya ganggu lagi eh? <3
La..ingatkan kecil hati atau merajuk ke, boleh buat lambang love pula? Lawak la Helmi ni...aku tergelak-gelak terkenang perangai ceria Helmi. Sama macam Zikri, suka menyakat aku. Aku mendail nombor Helmi ...harapnya dia tak merajuk.
"Assalamualaikum.." aku beri salam
"waalaikum salam..awak!!! marah saya eh?" dia terus bertanya...
"Takla, tertido tadi, malam ni jom lepak tepi pantai nak?" aku mempelawa. Rindu nak bersama dengan insan yang aku rindu, ops aku rasa bersalah gunakan Helmi untuk lepaskan rinduku pada Zikri.
"Jom, ingat majuk ke dengan saya...hehehe" Helmi tertawa girang. " Lepas mahrib saya tunggu awak kat bawah ye, assalamualaikum " Aku memesan sebelum melatak ganggang. "Okey..waalaikummussalam." Helmi bersetuju. Helmi ni periang dan ceria orangnya, mudah bagi aku yang kurang bercakap ni nak sesuaikan diri dengannya. Tiba-tiba aku teringat akan Ira, dia macam ada hati dengan Helmi, risau pula keakraban kami buat hatinya tersinggung.
*****
Aku cuma berseluar jeans dan bert-shirt putih sahaja malam ni. Untuk nampak lebih kemas dan sopan aku mengenakan cardigan biru hadiah dari Zikri dulu. Aku mengenakan shawl biru sedondon dengan cardigan yang aku pakai. Ringkas saja, ops..hari biru sedunia agaknya, aku pakai sandle biru juga...nak ke pantai pakai sandle lebih selesa kot. Dari jauh Helmi dah melambai ke arah aku. Risau sangat aku tak nampak dia ke? hehehe. "Dah lama tunggu ke?" aku melabuhkan punggung ke atas tikar tikar yang dihamparkan oleh Helmi. " Adalah 10 minit, bentar tikar, susun air, buah dan makanan yang ada ni lah. Nanti tuan puteri salju ni kelaparan susah pula kan? Helmi tergelak-gelak sambil menyusun buah di dalam pinggan. " Amboi, siap ada anggur dan epal semua ni siapa nak makan? macam nak bermalam di tepi pantai je awak ni pun..." aku tersenyum tengok bekalan makanan yang banyak dibawa oleh Helmi. Terkenang zaman aku selalu piknik dengan Zikri dulu, selalu dia yang selalu siapkan bekalan untuk kami makan di sana. Dia akan sediakan buah, air, dan beberapa makanan lain juga. Teliti macam Zikri...aku menjadi sayu, Zikri pun selalu usik aku dengan gelaran puteri salju..huhuhu.
Kami berbual panjang, gelak ketawa bersama dan bertukar cerita. Aku benar-benar terhibur. Aku seolah-oleh menumpang kasih Helmi, aku merasakan seolah-olah aku bersama Zikri. Aku rasa bersalah tetapi aku tak mampu menepis perasaan itu. Hanya wajah yang berbesa, lainnya sama. Zikri..huhuhu. Lia sangat rindukan Zikri. "Lia nak ke gigi air jap ye..awak minum la dulu."aku meminta diri untuk bermain di gigi air. Sangat mendamaikan. Kalau boleh aku nak tidur saja di tepi pandai yang damai ini. "Lia, jangan jauh sangat ye, bahaya. Gelap ni...susah kalau jadi apa-apa nanti. " Baik la tuan!" Aku berseloroh mengusik Helmi. Dia mengetap bibir. Geram sangat aku sering mengusik agaknya. Dia akhirnya memasang unggun api berdekatan dengan tikar yang dihampar tadi. Aku menyusur pantai, sesekali aku laung nama Helmi, dia hanya tersenyum melihat aku yang sesekali melontar batu ke arah laut. Tak sedar rupanya aku semakin jauh menyusuri pantai. Helmi jauh aku tinggalkan di unggun api tadi. Bahagia..hanya itu yang aku rasa sejak siang tadi. Adakah Helmi punya perasaan terhadap aku? Aku yakin dia juga sukakan aku.Juga? macam kurang sesuai jika aku kata JUGA, kerana aku rasakan aku menyukainya kerana mata dan suaranya mirip Zikri...tingkah laku nya juga sama. Adakah aku hanya sukakan persamaan itu ? tapi Zikri tidak seceria Helmi, dia tak gila-gila macam Helmi...aku senang dengan Helmi. Sikap suka mengongkong Zikri tu takda langsung dalam diri Helmi. Kalau Zikri jangan haraplah dia nak lepaskan aku ke pantai sorang-sorang macam ni.
Seperti ada seseorang mengekori aku. aku cuba melajukan langkah, terasa dia seakan mengejar. Aku berhenti dan memasang telinga, benar menang ada dua orang di belakang aku. Mereka berniat jahat? aku risau. Ku laju kan langkah...akhirnya mereka berjaya menghalang langkahku. aku jatuh tersungkur. "Kau siapa?" aku menjerit ke arah lelaki berambut kerinting itu. Mereka hanya ketawa. "Kau cantik..sayang kalau sendirian tak berteman. Biar kami temani kau yang sepi ni." Dia cuba mencium pipi aku, mujur sempat aku tepis. Aku ludah mukanya...geram! " Hoi, jangan main kasar ye..kaku geram nanti aku paksa kau jilat kau tau lah..nak?" lelaki gemuk yang seorang lagi tu mencekik aku. Di tariknya tudungku sampai tercabut. Ya Allah, jantungku semakin deras. Aku ketakutan, aku tahu aku dalam bahaya. "Helmi!!!! tolong..." Aku menjerit kuat. " Tak payah jerit lah! takda siapa di sini, malam ni kita berseronok habis-habis ye manis!" lelaki berambut kerinting merentap cardigan ku, t-shirtku di rentap kuat...terkoyak bahagian lehernya. Ya Allah adakah aku akan jadi mangsa kerakusan manusia berdua ni? hatiku tak putus-putus berdoa agar selamat " Helmi!!!!!" aku melaung kuat. Aku dipikul oleh lelaki gemuk tadi. Ke arah mana pun aku tak pasti, sia-sia saja aku meronta kuat. Mereka terlalu kuat untuk aku lawan.
"Helmi...tolong!" aku tak putus asa memanggil Helmi. Helmi...selamatkan saya...huhu. Aku tak putus-putus berdoa. " Korang nak apa..aku boleh bagi berapa saja duit yang korang nak dalam dompet aku ni, tolong lah lepaskan aku." aku merayu. " Duit...okey-okey. Lepas ni kau bagi duit banyak mana pun ye, aku nak jamah dulu tubih kau yang..slurpp!! dia menjilat leherku...aku menahan geli. Baunya yang hamis buat aku nak muntah. "Bodoh!" aku ludah muka lelaki gemuk tu. Tak rela aku diperkosa oleh mereka, biar maut menjemput mustahil untuk aku menyerah. "Kau memang main kasar kan, kita tengok siapa kuat lepas ni." Lelaki berambut kerinting tu menampar pipiku, pedih! bibirku pecah...darah mula keluar. Dia cuba melorotkan seluarku. Aku tendang perutnya , namun sangat kuat tenaga mereka. Lelaki gemuk tu dah mula mengikat kedua tanganku di pangkal pokok. "Helmi..." aku menjerit lagi, masih berharap Helmi muncul. "Lia...." aku terdengar sayup-sayup suara Helmi. "Helmi tolong!!!" Aku jerit lagi.
"Bro, cepat siapkan pompuan ni, nanti rugi je tak merasa jamah ikan depan mata" lelaki gemuk mula memberi arahan.T-shirtku di rentap...terserlah hampir seluruh tubuhku, aku tak mampu menutup kerana kedua tanganku dah diikat di pangkal pokok. Aku hanya mampu menangis. Zappp!!! lelaki gemuk tumbang tersungkur . Argh!!!..Lelaki hitam rambut kerinting pula terbaring. Helmi sampai juga akhirnya. Aku menangis sepuasnya. Helmi menyarungkan tubuhku dengan jaketnya. Lelaki rambut kerinting tu mula bangun semula dan ingin memukul Helmi, aku menjerit. Mujur Helmi sempat mengelak. Helmi pukul dua tiga kali lagi barulah dia terbaring tak bergerak. Helmi leraikan ikatan tanganku, baru saja kami nak beredar. Lekai gemuk itu bangun dan memukul kepala Helmi, Helmi sempat menjerit meminta aku lari minta bantuan, aku enggan. Aku bimbang mereka akan mengapa-apakan Helmi. Helmi merayu aku untuk selamatkan diri. Akhirnya aku terpaksa mengalah, sekuat tenaga Helmi cuba bertarung dengan lelaki jahat tu. Akhirnya aku dapat meminta bantuan dari 4 lelaki yang sedang bermain gitar di bangku tepi pantai.
*****
Helmi hanya terbaring kaku...tidak bergerak. Aku terus membawa Helmi ke bilik, tiada banyak luka cuma kesan bengkak dan lebam cuma kepalanya sedikit berdarah akibat terhentak di batu semasa dia jatuh agaknya. Mungkin Helmi pengsan kerana keletihan atau...
Setelah 15 minit kami cuba menyedarkan Helmi akhirnya dia sedar juga. "Alhamdulillah, awak sedar juga." aku menadah tangan mengucap syukur. Pekerja resort yang membantu mengukir senyuman dan turut rasa bersyukur. "Lia...kita di mana?" Helmi memegang kepalanya. "Helmi, terima kasih bertarung nyawa selamatkan saya, selamatkan maruah diri saya..." tak sanggup aku teruskan kata-kata itu. " Helmi? Lia ni kenapa ni, kenapa panggil Zikri nama Helmi pula ni ?" Helmi buat muka keliru. Berkerut dahinya menanti jawapan dariku. " Ha...Zikri? bila pula nama awak Zikri, kan awak Helmi. Helmi yang saya bantu masa kemalangan kena langgar lori dua bulan lalu. Helmi yang kebetulan terjumpa saya yang sedang bercuti di sini. Aku keliru, rasa nak menangis bila dia sebut dirinya Zikri. Apa kaitan dengan Zikri, kena pukul atau jatuh boleh buat Helmi bertukar jadi Zikri ke? kenapa perlu nama Zikri...huhuhu.
Mujurlah kecederaannya tak teruk. Doktor memberi surat rujukan ke hospital agar Helmi di rawat lebih lanjut keesokan hari. Doktor kata Helmi sedikit celaru dan kurang ingat identiti dirinya. "Dia tak ingat walau namanya ke doktor?" aku bertanya lagi. "Ya, nampaknya begitulah." doktor hanya mengangguk. "Tapi sebelum ni dia kemalangan dan memang tak ingat apa-apa pun doktor. Kisah silamnya lenyap, tapi dia ingat namanya. Kenapa kini nama pun dia tak ingat?" aku menyoal lagi. " Kepalanya terhempas ke batu mungkin menyebabkan sedikit gegaran, kita pantau keesokan hari ye, tolong bawa di ke hospital dengan segera." aku hanya mengangguk lemah.
"Lia, kenapa risau sangat ni, Zikri takda apa-apa lah...sakit sikit je ni." Helmi nampak risau bila aku gelabah menuju ke hospital membawanya. "Zikri..Zikri..jangan sebut nama tu. Awak Helmi, bukan Zikri. Zikri tu tunang saya, kekasih saya. Awak jangan bergurau macam tu. Saya tak suka!" aku sedikit menjerit bila dia asik menyebut dirinya Zikri. "Kenapa Lia ni...Zikri cakap baik-baik Lia nak marah kenapa? Sampai hati Lia tak mengaku Zikri tunang Lia. Sedihnya..." Helmi seakan merajuk. Aku buntu, sakit apa Helmi ni sampai tukar identiti nak jadi Zikri? Aku break mengejut di tepi jalan, ku buka handbag dan aku keluarkan handphone ku. Aku tunjuk satu persatu gambar kenangan aku dan Zikri. " Iya...ni memang gambar kita lah sayang, kenapa Lia ni? ingat Zikri depan Lia ni siapa pula?" Helmi menyoal aku...argh, aku rasa macam nak gila melayan Helmi.
Semalaman aku tak dapat lena, esok pagi perlu melawat Helmi di wad. Aku perlu bertanyakan status dirinya kepada doktor. Hairan, mengapa Helmi jadi pelik begitu. Mengapa dia mengaku dirinya Zikri. "Morning sayang.." Helmi melambai tangan bila aku tiba. "Sayang?" aku menyoal. "La...memang Zikri panggil Lia sayang pun selama ni kan?" Helmi menyoal aku kembali. "Nah...ambil ni, sila lihat cermin dan bandingkan wajah awak dengan tunang saya Zikri." aku serah sekeping cermin kecil dan sekeping gambar akku dan Zikri. "Dia mengambil dan tersenyum. Senyuman yang sangat manis..rasa bersalah berkasar dengannya tapi aku tersangat pilu bila dia mengaku dirinya Zikri.
"Lia sayang...mari sini nak cerita panjang. Harap Lia dengar dengan baik."Helmi meminta aku duduk dan mendengar.Aku menurut saja. "Selepas Lia balik semalam Zikri cuba tidur, tapi tak boleh melelapkan mata. Satu demi satu memori silap muncul semula." Helmi mula bercerita, aku biarkan saja dia membahasakan dirinya Zikri.
"Awak ingat semuanya?" aku menyoal. "Ye, semuanya sayang...Lia, Zikri memang tunang Lia, dulu masa kita kemalangan Lia terjun dulu, Zikri sempat keluar selamatkan diri saat kereta mula terbakar dan meletup. Wajah banyak luka dan Zikri diselamatkan oleh sepasang suami isteri ni. Mak ayah Zikri sekarang. Sebab Zikri tak ingat apa-apa mereka tak boleh nak hubungi keluarga Zikri. Kami jadi satu keluarga selepas mereka merawat Zikri hingga pulih. Akibat kemalangan ngeri tu wajah Zikri rosak teruk, pembedahan wajah semuanya mereka yang tanggung. Mereka ubati Zikri hingga pulih. Mak ayah sangat baik, mereka yang Lia jumpa hari tu masa kat Hospital Segamat kan? " Helmi menerangkan...aku cuma mengangguk. "Tapi nama Helmi?" aku bertanya, keliru..." Syafiq Helmi adalah nama yang mereka berikan, takkan Zikri nak hidup tanpa pengenalan diri, dah la tak ingat siapa diri Zikri masa tu. Zikri terjumpa gambar Lia dalam satu blog, blog Liana.com...gambar yang sentiasa buat Zikri resah dan mengatakan ada kaitan dengan kisah hidup Zikri sebelumnya. "Zikri lihat profile yang Lia ada di Segamat, so Zikri mohon bertukar kerja ke sana. Menjejaki di mana Lia dengan harapan Lia dapat bercerita siapa Zikri dan membantu ingatan Zikri kembali."
"Jadi awak Zikri tunang saya?" aku sedikit terjerit...aku tatap wajahnya. Sayu..pilu. Dia tersenyum dan mengangguk laju. "Tapi sudikah Lia terima saya dengan wajah baru ni? bertahun kita bercinta dan saling sayang Lia sayang wajah ni kan? Zikri menunjukkan gambar di tangannya yang aku berikan tadi. Aku menarik hidungnya.."Bagaimana wajah awak, awak tetap Zikri, mata awak tetap sama, suara awak tetap sama..perlakuan awak tetap Zikri. Allah makbulkan doa saya untuk bertemu dengan awak kembali. Maafkan salah silap saya, saya tak sempat membetulkan keadaan masa kita kemalangan tu, saya difitnah." Aku jadi terkenang kembali kenangan lalu yang menyakitkan itu. "Sudah, jangan kenang perkara lalu. Saya dah ingat siapa awak, siapa saya. Siapa mak ayah saya. Nanti kita jumpa mak ayah saya di Gemereh ye? mak ayah di utara pun saya nak khabarkan berita yang saya dah ingat kembali." Zikri bercakap dengan penuh semangat. Aku tak putus-putus mengucapkan Alhamdulillah...terima kasih Allah.Ku khabarkan berita gembira ini kepada Ira sahabatku, sempat lagi dia bergurau mengatakan kecewa aku merampas Helmi. Ira sangat gembira akhirnya aku menemui semula kebahagiaan yang hilang hampir dua tahun. Hampir dua tahun aku menderita akhirnya kami bersatu.
******
Minggu depan akan berlangsung pernikahan kami, kami sepakat ingin terus bernikah dan mengakhiri segala kedukaan silap. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas keajaiban ini.
4 comments
huiyoo panjangnye
cm novel lak bace nye kak
lenggok bahasa yg matang...suka
wahhhhh dah agak dah mesti Helmi tue Zikri. silap tak ketuk kepala dia dari awal kan klu x blh dia ingat cepat hihihihi
erm....panjang jugak cerpen awak nie...hehehe..bak kata iffah mcam novel..bagus awak nie banyak idea...