Penulis: Amienieya Yusof
Iman duduk di atas katilnya sambil termenung sendiri. Matanya berkaca. Patutkah dia berhenti belajar dan bekerja membantu ayahnya? Dia anak sulung daripada 7 orang adik-beradik. Ibunya sudah hampir 10 tahun meninggal dunia. Usia adiknya yang bongsu juga sudah 12 tahun. Jarak mereka sangat dekat membuatkan ayahnya terpaksa membanting tulang siang dan malam untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada mereka.
Adik Iman yang sulung, berusia 20 tahun dan sedang membuat pesediaan di INTEC. Nasib baiklah pembiayaannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Adiknya yang kedua, berusia 18 tahun, sedang belajar di matrikulasi. Yang ketiga, berusia 17 tahun bakal mengambil SPM hujung tahun ini. Kemudian, adik keempatnya berusia 15 tahun, bakal menduduki PMR, adiknya yang kelima, berusia 14 tahun dan yang bongsu, bakal menduduki peperiksaan UPSR. Dia sendiri masih meneruskan pengajiannya dalam bidang Sains Gunaan di Universiti Sains Malaysia.
Walaupun pembiayaan pelajarannya ditanggung sepenuhnya oleh biasiswa, namun dia masih memikirkan nasib keempat-empat adiknya yang masih bersekolah. Di mana ayahnya perlu mencari duit untuk membiayai persekolahan adik-adiknya? Duit biasiswanya juga digunakan bagi membantu namun berapalah sangat hasilnya.
“Kak Long, ada orang datang.” Nazwan, adiknya yang bongsu menolak pintu bilik.
“Siapa?” soalnya
“Entah. Ayah suruh hidang air.”
Iman melangkah keluar dari bilik menuju ke dapur. Dia cuba mencuri dengar namun hanya terdengar suara ayahnya mengatakan sesuatu yang kurang jelas pada pendengarannya. Tetapi, siapa lelaki itu? Lelaki itu kelihatan sudah tua, mungkin hampir 70 tahun.
Iman segera membancuh air dan menyusun cawan ke dalam dulang. Kemudian, dia menatang dulang tersebut ke ruang tamu rumah mereka.
“Oh, inilah Iman Nazihah? Dah besar. Berapa umur kamu, Iman?” soal lelaki itu padanya. Dia memandang ayah dan ayahnya mengangguk.
“22.” Dia menjawab sepatah. Kemudian dia melangkah semula ke balik pintu. Dia berdiri di situ, cuba untuk mencuri dnegar perbualan tersebut sebenarnya.
“22 tahun, dah layak untuk kahwin.” Lelaki tua itu bersuara.
“Tapi..” Ayahnya cuba membantah.
“Pilih Badri. Aku boleh tolong kamu. Sara anak-anak kamu. Dengan syarat kamu kahwinkan Iman.” Iman terdiam mendengar kata-kata lelaki tua itu.
“Kak Long, Kak Long buat apa kat luar ni? Dah kebah demam?” Najihah, adik sulungnya menegurnya. Dia memegang dahi kakaknya itu. “Panas lagi ni. Jom masuk bilik.”
“Shush…” Iman memberi isyarat agar adiknya itu diam.
“Kak Long, kereta siapa kat luar tu?” soal Nazim pula.
“Ada tamu.” Iman menjawab perlahan.
“Kak Long, jomlah masuk bilik. Angah dengan abang dah belikan ubat.” Ajak Nazim lagi.
“Korang masuk dulu.” Arah Iman. Namun, kedua-dua adiknya juga berdiri di balik pintu itu setelah terdengar sesuatu yang agak mengejutkan.
“Badri, kau tak perlu buat apa. Kahwinkan aja anak kamu dengan aku.” Lelaki tua itu kelihatan tegang.
“Saya takkan korbankan masa depan Iman untuk kahwin. Dia masih belajar!” Kedengaran ayah membantah.
Iman terasa kepalanya berat. Benarkah kata-kata lelaki itu? Iman melangkah keluar. “Kak Long! Nanti!” Najihah cuba menarik kakaknya masuk semula namun Iman terlebih dahulu melangkah keluar dari ‘tempat persembunyian’ mereka tadi.
“Badri, kamu jangan nak bantah cakap aku!”
“Saya lebih rela hidup berhutang daripada biarkan Iman korbankan masa depan dia!”
“Ayah, nanti dulu.” Iman memotong.
“Iman!” Ayahnya terkejut.
“Ayah, Iman…” Kata-katanya mati dan Iman rebah di situ.
“Kak Long!” Dia terdengar suara Nazim dan Najihah menjerit memanggil namanya sebelum segala-galanya gelap dan sunyi.
******************************************************************************
“Iman…” Iman membuka matanya perlahan.
“Kak Long!” Najihah segera mengesat air matanya dengan hujung lengan baju.
“Kak Long kat mana ni, Ngah?” soal Iman.
“Hospital.” Najihah menjawab perlahan.
Iman mengerutkan dahinya seketika, cuba menyesuaikan matanya dengan keadaan yang cerah itu. Hospital? Oh ya. “Ayah?”
“Ayah keluar sekejap. Nanti ayah datang.” Najihah menepuk-nepuk tangan kakaknya itu. “Kak Long janganlah fikir banyak-banyak. Kak Long rehat je. Kak Long stress sangat ni.”
Iman menurut kata adiknya itu. Sememangnya dia agak banyak berfikir sejak kebelakangan ini. Tentang nasib adik-adiknya dan tentang ayahnya.
“Jiha, Kak Long dah sedar?” Iman membuka mata mendengar suara ayahnya.
“Iman…” En. Badri duduk di tempat Najihah sebentar tadi.
“Ayah, Iman minta maaf. Iman tak berniat nak buat semua orang risau.” Iman bersuara perlahan.
“Iman tak salah. Ayah yang salah.”
“Ayah, jom kita balik?” ajak Iman.
“Iman tak sihat lagi, kan? Rehatlah dulu. Lusa, Iman boleh balik.”
“Tapi, ayah…”
“Iman, ayah minta maaf. Tok Uda memang macam tu. Tapi ayah akan pertaankan Iman. Iman jangan risau, okay?”
“Ayah, Iman setuju ayah.” Iman bersuara perlahan.
“Iman, ini bukan soal main-main Iman.” En. Badri membantah.
“Tak apa ayah. Iman boleh minta tangguh pengajian buat sementara waktu.”
“Iman, yang itu ayah tak setuju. Tok Uda dah janji yang Iman boleh sambung belajar walaupun lepas kahwin. Tapi ayah tetap tak setuju, Iman.” En. Badri bersuara tegas.
“Ayah, bagilah peluang pada Iman, ayah. Iman janji Iman akan buat yang terbaik. Ini semua demi masa depan adik-adik. Iman masih boleh sambung belajar, kan ayah?” Iman cuba memujuk lagi.
“Iman, ayah tahu Iman rasa bertanggungjawab sebab Iman anak sulung. Tetapi, selagi ayah mampu, ayah akan sara anak-anak ayah. Ayah tak nak Iman korbankan masa depan Iman sebab adik-adik. Iman pun ada hak.” En. Badri masih dengan pendiriannya.
“Ayah, Iman janji, Iman akan tetap belajar sampai habis macam yang ayah nak. Tapi, buat sementara waktu ni, adik-adik masih belajar, kan? Ayah kena yakin dengan Iman. Iman cuma nak tolong ayah. Tanpa restu ayah, Iman tak boleh buat apa-apa.” Iman memujuk ayahnya bersungguh-sungguh.
“Iman…”
“Iman tak akan salahkan ayah walau apa pun yang terjadi. Ini keputusan Iman sendiri.” Iman meyakinkan ayahnya.
“Tapi, Iman…”
“Ayah, Iman dah besar. Iman tahu apa yang Iman buat ni. Untuk kebaikan semua, Iman tak buat banyak pun, ayah. Iman cuma nak buat sesuatu untuk keluarga kita.” Iman memandang ayahnya mengharap.
“Kalau itu keputusan Iman, ayah memang tak boleh nak ubah. Tapi, Iman kena janji dengan ayah yang Iman akan jaga diri Iman sendiri.” En. Badri mengalah akhirnya. Anak sulungnya itu memang punya pendirian yang tetap. Jika dia ada matlamat, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Dalam hal apa sekalipun.
“Terima kasih ayah. Iman sayang ayah. Sebab tu Iman buat keputusan ni. Sekurang-kurangnya Iman boleh kurangkan sikit beban ayah.” Iman tersenyum memandang ayahnya.
“Iman… Iman.” En. Badri tersenyum tawar.
******************************************************************************
Iman melangkah masuk ke dalam rumah besar tersebut. Ayahnya menelefonnya sebentar tadi menyuruhnya terus ke rumah Tok Uda sebelum pulang ke rumah. Dia teragak-agak untuk duduk selepas dipersilakan oleh Mak Limah yang memperkenalkan diri sebagai pembantu rumah di situ.
“Assalamualaikum.” Pintu ditolak dari luar. Iman menjengah. Seorang lelaki masuk dan menuju ke dapur. Seketika kemudian, dia keluar semula dan duduk di hadapan Iman.
“So, you are Iman Nazihah?” soal lelaki itu.
“Ya.” Iman mengangguk.
“Saya Luqman. Luqman Hafiy. Tok Uda suruh saya bercakap dengan awak tentang perkahwinan tu. So, how old are you again? 22?” soal Luqman tenang.
Iman tidak menjawab, hanya mengangguk.
“Iman, saya bukan singa. Saya tak akan makan awak. Anyway, saya tak faham kenapa awak setuju? Awak baru dua puluh dua tahun. Awak ada masa depan yang masih jauh. Boleh saya tahu?” soal Luqman lagi.
“Saya…” Iman mencari kata-kata yang sesuai. “Saya nak tolong ayah saya. Ayah saya dah banyak susah untuk kami adik-beradik. Saya ada enam orang adik. Lima daripadanya lelaki. Saya tak mahu kesusahan menjadi suatu penghalang untuk mereka belajar dan berjaya.”
“Iman, you are such a nice sister. Awak tahu tak yang keputusan awak akan buat hidup awak berputar 360 darjah daripada kehidupan yang asal?” soal Luqman lagi.
“Selagi saya masih boleh belajar, saya akan terus belajar.” Iman diam seketika. “Mana Tok Uda? Kenapa awak yang datang jumpa saya?” soal Iman.
“Saya diarahkan oleh Tok Uda untuk jumpa awak. Saya dah uruskan semua tentang majlis perkahwinan tu. Dan, seperti yang ayah awak minta, kita akan jemput ahli keluarga terdekat sahaja.” Luqman memberitahu.
“Saya nak cakap sikit fasal tarikh. Saya perlu ikut seminar di Melbourne pada tarikh nikah tu. Boleh tak kalau kita cepatkan atau lambatkan sedikit?” soal Iman.
“Iman, seperti yang Iman tahu, kita tak boleh lewatkan majlis tu sebab Tok Uda nak selesaikan semuanya sebelum Ramadhan. Sebelum tu, ayah Iman tak setuju sebab adik-adik Iman akan ambil periksa besar. Jadi, kita akan teruskan sahaja dalam masa dua bulan lagi. Tak apa kalau Iman tak ada. Asalkan Iman setuju, dan ada wali yang sah, penikahan akan jadi sah.” Luqman menerangkan. “Tapi, seminar tu wajib ya?”
“Kenapa kita tak boleh buat lepas raya je?” soal Iman tanpa memberi jawapan.
“Iman, kan Najihah dah tak ada kat Malaysia waktu tu.” Luqman masih tenang menjawab persoalan Iman.
“Jadi, tak apalah kalau saya tak hadir pada majlis tu?” soal Iman lagi membuat kepastian.
“Tak apa Iman. Pernikahan akan terus berjalan.” Luqman memberi jawapan.
“Saya minta maaf. Saya dah minta pelepasan, tapi pihak universiti dah catatkan nama kami berlima untuk pergi. Saya tak ada kuasa nak menghalang.” Iman akhirnya memberitahu.
“Tak apa, Iman jangan risau. Iman teruskan apa yang Iman buat. Itu janji Tok Uda, kan?” Luqman bangkit dari duduknya.
“Terima kasih. Saya balik dulu.” Iman meminta diri. “Assalamualaikum.” Iman berjalan melepasi pintu.
Luqman bersandar di sofa. Iman Nazihah. Kenapa atuk pilih dia?
******************************************************************************
“Kak Long, best tak jumpa knight in shining armor?” Najihah mengusik sambil membantu kakaknya mengemaskan barang-barang untuk ke Melbourne selama tiga minggu.
“Apa benda knight in shining armor tu?” soal Iman.
“Bodyguard Kak Longlah.” Najihah ketawa kecil.
“Siapa? Tok Uda?” soal Iman semula.
“Bukan. Abang Luqman. Dia tu baik sangat Kak Long. Haritu time Angah teman ayah pergi jumpa Tok Uda, dia ada sekali. Dahlah handsome. Untung betul Kak Long dapat bodyguard macam dia.” Najihah mengenyit mata nakal.
Iman hanya diam tanpa memberi respons. Dia tu bodyguard aku ke sebenarnya? Apahal aku ada bodyguard pulak? Tok Uda yang kaya raya, bukan aku.
“Kak Long ni pun satu. Tak apalah. Nanti Najihah suruh Mak Usu tangkap gambar banyak-banyak lepas tu hantar pada Kak Long. Ruginya Kak Long tak datang majlis nikah sendiri. Tok Uda cakap, bila Kak Long dah habis belajar, boleh buat besar-besaran.” Najihah bersuara girang.
“Angah, Kak Long tahulah Angah happy nak sambung ke US. Jangan dramatik sangat boleh tak?” Iman menggeleng.
“Ala Kak Long ni. Malulah tu.” Najihah ketawa kecil. Iman hanya mengeluh perlahan. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu adakah dia menyesal dengan keputusannya sendiri?
******************************************************************************
“So, kejap lagi kau kahwin, kan?” Tina duduk di atas katil miliknya.
“Hmmm.” Hanya Tina sahaja yang mengetahui tentang perkara itu. Pada mulanya, Tina tidak bersetuju dengan keputusannya. Namun, selepas dia memberi penerangan, Tina tidak lagi berkata apa-apa. Tina memang begitu. Namun, dia tahu yang Tina sayangkannya. Mereka bersahabat baik sejak sekolah rendah lagi. terpisah di sekolah menengah namun akhirnya kembali belajar di dalam satu universiti dalam jurusan yang sama.
“Iman, kau tak boleh tarik balik keputusan kau ni. Kau tahu tu kan?”
“Tina, aku sebenarnya buat keputusan spontan hari tu. Lepas tu, bila aku dengar ayah cakap, kau cakap, aku rasa macam kurang yakin.”
“Kau dah istikharah?” soal Tina.
“Dah. Tok Uda bagi peluang untuk aku buat keputusan. Tapi, hati aku masih kuat untuk kata ya. Cuma sejak beberapa hari ni, aku rasa takut.” Iman menerangkan.
“Iman, kau jangan takut. Ayah kau ada. Aku ada. Adik-adik kau semuanya ada. Kami akan sentiasa sokong kau.”
“Tina.”
“Hmmm?”
“Terima kasih sebab jadi kawan aku yang baik.”
“Iman, dahlah tu. Jangan feeling-feeling macam ni.” Tina memujuk.
Iman diam seketika. “Nasib baik bodyguard aku handsome.” Iman tersenyum dan mengesat tubir matanya yang terasa berair.
“Kau ada bodyguard?” soal Tina agak terkejut.
“Jiha bagitau aku.”
“Untunglaaaaah.” Tina membuat muka cemburu.
Iman ketawa. Seketika kemudian, telefon bimbitnya yang diberi oleh Tok Uda berbunyi. Kedengaran suara ayahnya memberi salam.
“Iman dah sah jadi isteri orang. Ayah minta maaf Iman. Iman terpaksa berkorban untuk keluarga kita.” En. Badri mengucapkan ayat itu buat kesekian kalinya.
“Ayah, kan Iman dah cakap ini keputusan Iman. Lagipun, tak akan terbanding pengorbanan Iman ni dengan apa yang ayah dah lakukan untuk kami adik-beradik. Terima kasih ayah. Iman sayang ayah.” Iman mengesat matanya yang kembali berair.
“Okaylah, nanti ayah telefon lagi. Jaga diri Iman baik-baik kat tempat orang tu. Ni Jiha nak cakap kejap.”
“Kak Long! Angah happy untuk Kak Long! Tahniah. Kalau Kak Long ada kat sini mesti Kak Long akan jadi orang yangpaling bahagia sekali.” Kedengaran suara Jiha di talian.
Iman hanya menggeleng. Sungguhlah adiknya itu dramatik. Bahagiakah dia berkahwin dengan orang yang tua lebih berpuluh-puluh tahun daripadanya itu?
“Okaylah Kak Long. Angah nak bawak adik makan. See you in a week Kak Long. Love you! Assalamualaikum.” Dan talian dimatikan.
“Siapa?” soal Tina.
“Ayah aku dengan Jiha.” Iman tersenyum tawar.
“Congratulations Puan Iman Nazihah.” Tina juga tersenyum nipis.
Iman terus menghampiri Tina. Tubuh sahabatnya itu dipeluk erat. “Sabarlah Iman. Pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Allah sayang pada hamba-Nya yang bersabar. Yakinlah yang kesabaran kau ni akan memberi hasil yang manis di penghujungnya nanti.” Tina memujuk sahabatnya itu.
******************************************************************************
bersambung...
bersambung...
7 comments
ada sambungan ke?
sepenaraya.blogspot.com
ada, ahad depan pukul 8 pagi.
Iman, tunggu! Nanti ckLah datang bawa rombongan meminang!
oke sedang tggu ahad minggu dpn
:) Terima kasih kerana membaca. :)
ok mcm dapat bau serunding carbonara kat situ...ok..ok ahad ye.
=)
Serunding carbonnara? :)