Petang itu hanya
dipenuhi dengan bunyi unggas. Entah mengapa hatinya mulai sebak mengenangkan
kisah lama. 11 Januari 1988 masih terpahat di ingatan. Anak lelakinya yang
tersemai dalam rahim selama 9 bulan lamanya akhirnya merasai udara di bumi. Bernafas
sendiri tatkala keluar dari pintu rahimnya. Dia tersenyum dalam kesakitan. Kelegaan
amat terasa.
Wajah sedikit
tua tersenyum. Lelaki yang tinggi lampai itulah anaknya. Bercermin mata. Dia kini
boleh berbangga kerana melahirkan anak soleh seperti itu. Pandangannya masih
terarah ke anak bujangnya.
“Mak…” Sayup
kedengaran suara garau memanggil si ibu. Tiada balasan suara. Hanya pandangan
yang menghantar kasih sayang yang tak berbagi buat anaknya.
“Mak… kenapa
pandang orang macam tu?” Anak bujangnya mengambil tempat disebelah ibunya. Risau
pula melihat si ibu termenung jauh.
“Tak. Mak tengok
kamu ni dah besar panjang pun. Dulu masa kecik kamu selalu menangis…” Hujung
nadanya ada tawa. Seronok mengenangkan kisah lalu yang dilalui bersama bapa si
anak. Indah kenangan itu.
“Ish mak ni.
Malulah orang. Orang dah besar. Mana nak nangis macam dulu lagi…” Laju Mohamad
menjawab.
“Alah kamu nak
malu apa dengan mak ni? Mak yang besarkan kamu. Mak tahu, dah besar ni pun ada
kamu menangis. Tapi biasalah anak lelaki mana nak tunjuk. Malu kan?” Mengekek
si ibu ketawa. Mohamad berubah tingkah. Malu teramat.
‘Mana mak aku
tahu ni? ishhh…’ Tak mampu dia luahkan depan si ibu. Malu.
“Mak ni mak Mad
tau. Kalau Mad sedih mak yang rasa dulu. Tapi kalau mak yang sedih Mad takkan
dapat rasa dulu…” Sebak. Mohamad terdiam. Ada benarnya kata ibunya. Sungguh tinggi
naluri keibuan. Hanya para ibu dapat merasai nikmat itu.
“Mak… Mad…
hurmmm…” Kelu lidahnya untuk berkata. Apalagi memeluk ibunya. Lelaki dan ego. Mohamad
tidak rapat dengan ibunya kerana ibu seorang perempuan. Dia perlukan lelaki
untuk memahaminya. Sebab itulah dia jarang menceritakan masalah kepada ibunya. Tapi,
sedalam mana masalah yang dia pendam ibunya tetap dapat hidu. Sungguh ajaib.
“Mad, kalau ada
masalah yang tak dapat kongsikan dengan mak… Mad boleh kongsikan dengan Allah.
Allah kan sentiasa ada? Jangan malu. Sebab kita semua datang dari dia. Dan juga
akan kembali kepadaNya. Mak pun takkan lama di dunia. Entah esok lusa mak dah
tiada. Tapi Allah tetap ada nak…” Titisan mutiara jernih menitis perlahan. Mohamad
terpana. Diam tak terkata. Wajah ibu dipandang lama. Perlahan jarinya mengusir
titisan air mata di muka ibunya. Dibuang ego tinggi menggunung. Pelukan dihadiakan
kepada ibunya. Di hari jadinya, ibu menangis didepannya. Di hari jadinya ibu
mewasiatkan nasihat yang benar-benar menusuk ke dada. Sungguh inilah hadiah
terbaik yang Mohamad inginkan selama 25 tahun bernafas di bumi fana. Air mata
seorang lelaki gugur juga demi kasihnya anak kepada ibu. Demi cintanya hamba
kepada Tuhannya yang satu.
“Selamat hari
jadi Mohamad… anak mak…” Mohamad tersenyum dan bahagia. Indah sangat perasaan
itu. Sungguh dia tak mampu nafikan yang sayang kepada ibunya melebihi sayang
kepada insan lain kerana itulah insan yang pertama bertahta di hati.
Tamat.
Cerpen ini
ditulis istimewa buat Miko aka Encik Kopi pasta di hari jadinya yang ke 25
tahun. Semoga dia terus menjadi anak yang soleh, kawan yang baik dan juga bila
dah kahwin nanti jadi suami serta ayah yang baik anak-anaknya. Miko selamat
hari jadi. Kau jangan nak terharu sampai nangis pulak =P Haha…
4 comments
Oh selamat hari jadi mr kopi pasta.
ceh..
2x aku tanya umur dia x jawap..
bukan susah pn nk jawap 25..
rahsia konon..kah3
selamat hari lahir en. kopi...
assalamualaikum ...selamat hari lahir..;)