Penulis: Amienieya Yusof
Blog: http://mim-hasniyah.blogspot.com
Dia bukan datang untuk menjadi pengganti,
tetapi untuk melakar sebuah cerita baru.
Nabil membelok masuk ke pekarangan
rumahnya sebelum menghentikan keretanya di hadapan rumah tersebut. Lama dia
berteleku di dalam kereta sebelum melangkah keluar. Dia sudah pasti perkara
pertama yang akan diperkatakan oleh mamanya sebaik sahaja dia melangkah masuk
ke dalam rumah sebentar lagi.
Nabil
akhirnya melangkah keluar dan mencapai beg komputernya sebelum melangkah masuk
ke dalam rumah. “Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam.”
Akma menoleh ke arah pintu. “Yeay! Ayah dah balik!” Terus dia berlari memeluk
tubuh ayahnya itu. Nabil hanya tersenyum dan membalas pelukan anak gadisnya
itu. Terasa hilang penatnya mendengar suara girang anak kesayangannya itu.
“Angah.
Dah balik?” Kedengaran suara mamanya dari dapur.
Nabil
mendukung Akma dan mereka sama-sama duduk di sofa. Puan Dina menghampiri dan
duduk di sofa bertentangan. “Banyak kerja kat pejabat?” soalnya pada Nabil.
“Ada
projek baru masuk. Tu yang banyak sikit kerja minggu ni.” Nabil menjawab.
“Mama
nak cakap sikit ni.” Puan Dina memberi mukadimah. Nabil hanya mengangguk.
Pastinya mamanya akan bercakap tentang Akma, tentang dirinya yang bekerja
sehingga malam dan tentang anak-anak gadis sesiapa.
“Mama
nak bawa Akma balik kampung esok.” Puan Dina memberitahu.
Nabil
mengerut dahi. “Kenapa?” soalnya.
“Ada
kenduri dekat rumah Mak Lang Limah kamu hujung minggu ni. Kenduri rumah kita
dulu, mak lang kamu tu yang sibuk tolong kita. Mama pun nak balik tolong apa
yang patut. Mama ingat nak bawa Akma sekali. Mama dah cakap dengan cikgu taska
dia tadi. Cikgu dia dah setuju. Angah setuju tak?” soal Puan Dina.
“Oh,
Hadi nak kahwin hujung minggu ni.” Nabil bersuara perlahan. Sepupunya yang muda
dua tahun darinya itu akan emnamatkan zaman bujangnya hujung minggu ini.
Maklumlah, sekarang kan musim cuti sekolah, maka musim kenduri kahwin jugalah.
“Kamu
ni nak bagi ke tak, Angah oi? Mama cakap bukannya dia nak dengar. Dok berangan
kot lain jugak.” Puan Dina menggeleng sendiri.
“Tapi,
Angah ada kerja luar lah esok, ma. Lepas Angah balik kerja, Angah hantar mama
balik. Angah pergi kerja dari sana jelah.” Nabil memberi cadangan.
“Tak
payah, kamu pergi je kerja. Nanti Hadi singgah sini ambil mama sekali. Dia nak
hantar barang balik rumah. Mama tak mahu ganggu kerja kamu. Nanti, Jumaat malam
kamu baliklah.” Puan Dina segera menolak.
“Okeylah
kalau macam tu. Angah naik dululah. Belum Isyak lagi ni. Nak mandi sekali.”
Nabil meminta diri.
“Iyalah,
nanti turun makan. Mama dah siapkan makanan.” Puan Dina bersuara pada Nabil
yang berjalan naik ke tingkat atas.
“Okay.”
Nabil menolak pintu biliknya dan duduk di atas katil. Dia memandang terus ke
cermin dan jatuh pada bingkai gambar dia dan isterinya pada hari perkahwinan
mereka lima tahun yang lalu. Nabil mengeluh seketika. Sudah hampir empat tahun
dia hanya tinggal bersama-sama Akma. Mamanyalah yang sentiasa membantunya
menguruskan keperluan anak tunggalnya itu ketika masih bayi sehingga kini.
Dahulu,
dia meninggalkan Akma di rumah mamanya dan pulang ke rumah setiap hujung
minggu. Sejak Akma berusia empat tahun, dia membawa Akma tinggal bersama-sama
dengannya. Sejak abahnya meninggal dunia hampir enam bulan yang lalu, dia
membawa mamanya tinggal bersama-samanya di sini.
Nabil
akhirnya bangkit dan membersihkan dirinya sebelum menunaikan kewajipannya pada
Yang Maha Esa. Kemudian, dia turun ke bawah untuk mengisi perutnya.
******************************************************************************
“Akma,
jangan lari. Nanti jatuh.” Nabil menahan Akma yang sedang berlari mengelilingi
khemah tetamu yang dipasang di hadapan rumah mak langnya itu. Seronok anak
kecil itu melihat orang ramai yang datang ke kenduri tersebut.
Nabil
berlari mendapatkan Akma yang sudah hampir dengan jalan raya dan mendukung
anaknya itu. “Akma, kan ayah cakap jangan lari pergi jalan raya. Bahaya, kan?”
Nabil mendukung Akma masuk ke dalam rumah. Dia membawa Akma ke ruang tamu dan
duduk di tengah-tengah ruang tamu tersebut.
“Eh,
tak apa. Saya boleh duduk kat sini je.” Kedengaran satu suara membelakangi
Nabil. Keras seketika tubuhnya. Suara itu, bukankah…?
“Ibu!”
Tiba-tiba sahaja Akma menjerit. Nabil segera menoleh namun Akma terlebih dahulu
berlari ke arah pemilik suara tersebut dan memeluk tubuh wanita tersebut.
“Ibu?”
Wanita itu juga kelihatan terkejut namun dia tetap membalas pelukan Akma.
Sekali
pandang, memang wajah itu mirip dengan wajah arwah isterinya, Balqis. Namun
wajah isterinya lebih bujur dan mata isterinya lebih bundar. Wanita di
hadapannya ini pulah berwajah bulat dan bermata sepet. Warna kulit sama dan
yang membuatkan Akma berlari pada wanita itu adalah baju kurung yang tersarung
di tubuh wanita itu. Baju yang sama dengan baju yang dipakai oleh Balqis ketika
majlis graduasinya. Gambar Balqis memakai baju kurung tersebut tergantung di
dalam bilik Akma.
Akma
memuncungkan mulutnya. “Kakak ni bukan ibu Akma?” soal Akma.
“Nama
adik Akma, ya?” soal wanita tersebut.
Akma
mengangguk. “Bukan, kakak bukan ibu Akma. Mana ibu Akma? Dekat dapur ke? Nak
kakak tolong carikan?” soal wanita tersebut lagi.
“Tak
ada kat dapur. Ayah cakap ibu jauh. Dapur dekat je?” Akma membalas dengan senyuman.
“Jauh
kat mana?” soal wanita tersebut.
“Jauh
dekat sana.” Akma menunjuk ke atas langit. “Ayah cakap ibu tak ada. Ibu pergi
tempat yang cantik sangat. Dekat syurga. Sebab ibu baik.” Petah anak kecil itu
berkata-kata.
Terdiam
seketika mereka di situ. “Akma datang dengan siapa?” soal wanita tersebut.
“Dengan
ayah. Ayah suruh Akma masuk.” Akma menoleh namun ayahnya sudah tiada di situ.
“Mana
ayah Akma?” soal wanita itu.
“Akma?”
Satu suara menegur. “Kat sini rupanya. Acu ingat kat mana tadi. Siapa ni?” soal
Nabihah, adik Nabil.
“Kakak.”
Akma memberitahu.
“Mana
Akma kenal kakak?” soal nabihah.
“Kakak
pakai baju mama dalam gambar dekat bilik Akma.” Akma memberitahu. Najihah dan
wanita itu ketawa.
“Maaflah,
anak saudara saya ni memang banyak cakapya. Kawan kak Dhiya ya?” soal Najihah.
Dhiya = isteri Hadi = pengantin hari ini.
“Ya,
Alia.” Wanita itu memperkenalkan dirinya.
“Alia.”
Akma mengulang apa yang didengarinya.
“Bukan
Alia, sayang. Kak Alia.” Najihah membetulkan.
“Kak
Alia.” Akma ketawa kecil.
“Comelnya…”
Alia mencubit pipi anak kecil itu.
“Akma,
jom makan? Maktok dah bawak masuk nasi. Ayah Akma tu tak masuk-masuk pulak.
Saya bawak Akma pergi makan dulu, ya.” Najihah meminta diri. Alia dan
rakan-rakannya mengangguk.
Najihah
mendukung Akma menuju ke dapur. “Lah, Angah kat sini? Bukan mama suruh pergi
cari Akma ke?” soal Najihah pada Nabil yang sedang bersila di ruang dapur itu.
“Angah
nampak Akma dengan tamu tadi. Adik pun ada sekali, Angah teruslah masuk dapur.”
Nabil membela dirinya.
“Eii,
pemalas. Pergilah makan kat luar tu. Ni untuk adik dengan Akma jelah. Orang
lelaki makan kat luar.” Najihah menolak tangan abangnya yang mencapai senduk di
dalam pingan berisi nasi.
“Eii,
kedekutlah adik ni. Yelah, Angah makan kat luar. Nanti balik bawak Akma sekali.
Jangan bawak diri je.” Nabil berpesan.
“Ceh,
orang tahulah. Dia pun sama nak pesan-pesan kat orang konon.” Najihah mencebik.
“Tak
samalah. Angah lelaki, adik perempuan.” Nabil mengusik adiknya itu. Najihah
menjelirkan lidahnya tanda tidak berpuas hati. Nabil hanya ketawa dan berlalu
keluar dari rumah. Dia melalui ruang tamu dan sempat menjeling wanita yang
dipanggil ‘ibu’ oleh Akma sebentar tadi. Seketika kemudian, dia hanya
menggeleng dan berlalu pergi tanpa menyedari perbuatannya diperhatikan mamanya
dari jauh.
******************************************************************************
“Mama.”
Nabil duduk di meja makan.
“Angah,
mama nak cakap sikit.” Puan Dina bersuara sambil meletakkan pinggan berisi
karipap di atas meja.
“Ada
apa, ma?’ soal Nabil sambil mencapai karipap di atas meja makan.
“Mama
nak tinggal dengan Akma kat sini.” Puan Dina memberitahu.
“Hah?”
Tersedak Nabil seketika. Dia segera mencapai teh yang dihidangkan mamanya di
atas meja. “Ma, Akma kena sekolahlah, ma.” Nabil terus saha menolak cadangan
mamanya itu.
“Sekolah
kat sini pun boleh, Ngah. Mama susah hatilah nak tinggalkan kamu dengan Akma.
Kalau kamu kerja sampai malam, Akma ni kena tunggu dekat taska sampai malam.
Kamu tak kesian ke dengan dia? Nanti dia dah besar, takkan kamu nak tinggalkan
dia dekat taska jugak? Takpun kamu nak tinggalkan dia kat rumah sorang-sorang?”
Puan Dina memberi nasihat.
“Kenapa
pulak, ma?” soal Nabil.
“Mama
dah penat duduk rumah kamu, Ngah. Mama tak tahu nak buat apa. Mama balik sini
ada jugak teman nak bersembang, nak bekerja. Kamu tu pergi kerja pagi, malam
baru balik. Akma pun petang baru balik dari taska. Baik tinggal dengan mama je,
Ngah. Simpan duit belanja taska Akma tu. Boleh buat belanja sekolah Akma bila
dia dah besar nanti.” Puan Dina memberi jawapan.
“Tak
apalah ma, Akma dah biasa macam tu. Biar dia rasa susah sikit. Tak boleh
manjakan dia sangat.” Nabil membalas.
“Angah,
bukan itu caranya kamu mengajar anak. Akma tu dahlah ibunya tak ada. Kamu pulak
asyik kerja je. Dia baru empat tahun. Takkan kamu nak biar dia macam tu je.
Kurang-kurang mama ni boleh tengok-tengokkan anak kamu tu.” Puan Dina
menggeleng sendiri.
“Mama,
Angah tak rasa macam tu pun. Akma pun okay je.” Nabil masih berdegil.
“Sekarang
memanglah okay. Nanti sepuluh tahun lagi, kamu tahu ke apa akan jadi? Kamu
boleh baca masa depan? Berapa ramai budak-budak sekarang jadi macam-macam sebab
kurang kasih sayang. Mama nak tolong kamu elakkan. Itu pun kamu nak degil, nak
ikut cara kamu jugak. Mama suruh kamu kahwin pun kamu tak mahu. Suka hati
kamulah Angah. Mama dah malas nak cakap.” Puan Dina akhirnya mengalah. Dia
sudah penat memberi nasihat pada anak lelakinya itu namun semuanya bagai
mencurah air ke daun keladi.
Nabil
ditinggalkan sendirian di dapur. Nabil hanya mengeluh sendiri. Mungkin benar
kata-kata mamanya. Dia membiarkan Akma membesar sendiri. Walaupun dia yakin
Akma memahami kenapa dia membanting tulang bekerja namun dia tidak boleh
membaca masa hadapan. Dia juga tidak mahu mempertaruhkan masa hadapannya anak
tunggal kesayangannya itu. Mungkin dia patut menimbangkan kata-kata mamanya.
******************************************************************************
“Lepas
ni Alia pulak kahwin.” Dhiya ketawa sambil menghirup minumannya.
“Ish,
tak sopan kau ni. Dah jadi bini orang punlah. Cuba ketawa elok-elok sikit.”
Nadia menegur sambil menepuk bahu Dhiya yang ketawa berdekah-dekah itu.
“Ala,
rilekslah. Kena ubah slow-slow. Kalau
tak brek, nanti accident.” Dhiya
membalas dengan senyuman.
“Suka
cakap bahasa orang tak fahamlah kau ni, Dhiya.” Nadia menggeleng sendiri
sebelum menoleh pada Alia yang masih membisu sejak tadi. “Macam mana? Seronok
pergi makan kenduri rumah husband
Dhiya?”
“Seronoklah.
Kaulah, Dhiya. Bukan nak tunggu aku balik Malaysia dulu. Sibuk sangat nak
kahwin. Nasib baik rumah husband dia
tu dekat dengan rumah aku. Kalau tak, memang kempunanlah aku nak tengok kau
pakai baju pengantin.” Alia mencebik.
“Janganlah
marah. Itu je tarikh yang cantik. 10-10-10. Nak tunggu kau balik, hilanglah
tarikh cantik aku. At least kau makan jugak kan nasi minyak aku.” Dhiya
memujuk.
“Aku
nak pilih tarikh kahwin aku time kau
dalam pantang. Padan muka kau.” Alia masih tidak berpuas hati.
“Ala,
janganlah… Aku pun nak tengok kawan aku ni kahwin jugak. Jangan kahwin dengan
laki orang sudah.” Dhiya ketawa kecil.
“Apa
salahnya. Jodoh bukan kita tahu, kan?” Nadia berjenaka sebelum kembali serius.
“So, macam mana kerja? Kau still kerja kat situ ke lepas dah ada
MA?”
“Tak,
aku pindah bahagian lain. Tak ada jawatan aku kat situ. So, aku kena pergi headquarters.” Alia memberitahu.
“Headquarters? Kat mana?” soal Dhiya.
“Penanglah. Kat area Bayan Lepas.” Alia memberitahu.
“Bertambahlah
kerja kau nak ulang-alik naik jambatan hari-hari ya?” Dhiya mengusik.
“Tak
apalah. Gaji pun naik, bolehlah buat bayar tambang naik Penang Bridge tu
hari-hari. Kejap je. Lepas tu, headquarters
pindah ke Bukit Mertajam. Kat area Bandar PERDA. Dalam dua tahu lagi kot. Hah,
tak sabarnya aku nak pindah. Belum masuk kerja lagi, aku dah boleh baying
kesesakan lalu lintas kat jambatan tu tiap-tiap hari.” Alia membalas.
“Sabar
jelah, Alia. Kau nak pindah duduk rumah sewa aku tak? Senang sikit. Aku pun nak
pindah dah minggu depan. Nafiz dah cari rumah baru. Rumah tu ada Lia dengan Ifa
je. Kau boleh ganti tempat aku.” Nadia menawarkan?
“Boleh
ke?” Alia bersuara teruja. Namun senyuman layu seketika kemudian. “Aku dah
bayar sewalah sampai hujung bulan depan.”
“Alah,
tak apalah. Aku bukannya nak kahwin bulan depan pun. Tiga bulan lagi kot.”
Nadia ketawa kecil.
“Cara
kau cakap macam nak pindah terus je?” Alia memuncungkan mulutnya.
“Kalau
kau masuk pun, ada je bilik satu lagi. Lagipun rumah tu kena bayar bil je. Tak
payah bayar sewa pun.” Nadia menerangkan.
“Hah?
Tak payah bayar sewa? Kenapa?” soal Alia ingin tahu.
“Sebab
rumah tu under nama Ifa. Ifa ajak
kitorang duduk sekali sebab dia tak nak duduk sorang-sorang. Ada empat bilik.
Tapi next year lepas dia kahwin,
kenalah bayar sewa. Tapi by that time
aku rasa kau dengan Lia dah kahwin pun.” Nadia ketawa kecil.
“Mana
kau tahu? Next year tu sembilan bulan
je lagi tau.” Dhiya mencebik.
“Aku
tak tahulah. Tapi Ifa belum confirm
lagi bila dia nak bertunang. Tunang dia pun tengah buat MA kat Aussie. So,
sebelum kena bayar sewa, baik kau cari boyfriend
dan kahwin. Boleh Ifa guna rumah tu jadi rumah sewa. Tak payahlah dia mintak
sewa kat korang.” Nadia memblas.
“Okaylah.
Lagi dua bulan aku pindah. Lepas tu aku suruh mak aku carikan boyfriend, bolehlah aku kahwin.” Alia
memberi jawapan senang.
“Apasal
mak kau pulak yang kena carikan boyfriend?
Cari sendirilah.” Nadia menampar lengan rakannya itu.
“Itulah
yang susahnya. Aku malaslah.” Alia menjawab.
“Kau
kena kahwin jugak. Takkan kau nak membujang sampai ke tua kot? Nanti dah tua
tak ada siapa nak jaga, kau nak tinggal kat rumah orang-orang tua?” Dhiya
sengaja mengugut.
“Tak
adalah sampai macam tu. Kita muda lagi apa.” Alia menjawab senang.
“Muda
apanya. Umur kau bukannya 17. Kau dah 27 tau!” Nadia mengerutkan dahinya.
“Standard apa. Abang aku kahwin umur 30,
selamba je.” Alia masih selamba menjawab.
“Kau
ni, lelaki lain. Perempuan ni kurang laku tau bila usia dah bertambah.” Nadia
mencebik.
“Laku
ke tak laku, tu kerja Tuhan. Jodoh aku kat tangan ALLAH. Bila-bila ALLAH tulis
kata aku kahwin, aku kahwinlah. Kalau dah ditakdirkan aku tak kahwin aku nak
buat macam mana lagi?” Alia masih dalam mood
selamba.
“Kita
ni kenalah berusaha cik Alia oii. Ikut suka kaulah.” Nadia hanya menggeleng
manakala Dhiya hanya tersenyum.
******************************************************************************
bersambung...