1/11/2010
Terasa kepala berat. Mata mula berpinar. Lepas isya' je aku terus cari stokin dan menyarung cardigan hitam yang Duan belikan aku dulu. Memang aku jarang pakai cardigan tu, takut rosak atau lusuh. Kenangan aku dengan Duan bukan banyak pun, kami pun bukan rajin melepak macam muda mudi tak tentu pasal. Biasanya ada abang Naz teman kalau kami nak berdating. Macam cinta zaman dulu kala, jarang bertemu, dan akhirnya jodoh aku orang tua yang atur. Kahwin paksa pula tu...huhu. Sadis kan?
Aku masih menanti keajaiban berlaku. Menanti duan jadi hero bawa aku kawen lari ke...haha. Macam cerita dongeng bila aku mula mengharap sesuatu yang tak pasti. Aku mengharap abang Naz kesiankan aku dan berani luah pada ayah bahawa dia tak mau menikahi aku. Aku sorang je pengecut tak berani nak luah dan bantah pada ummi dan ayah. Tapi aku bukan pengecut cuma aku tak mau melukakan hati ummi. Duan!!!!
******
Pagi ni cuaca cerah, aku menyelak langsir tingkap apabila mendengar kicauan burung di pohon nyiur sebelah bilikku. Ada beberapa ekor burung merbuk sedang berkicau riang. Riangnya mereka umpama dunia ini hanya mereka yang menghuni. Aku cuma tersenyum melihat aksi si burung seakan bersiul riang. Pagi, permulaan hari...haruslah riang. Bukan seperti aku yang mengurung diri tak berpenghujung.
Pintu bilik diketuk kencang, pasti ayah. Kalau bukan ayah pasti abang nak ajak aku bersarapan sama. Mereka ni tak putus asa nak cuba memujuk aku kembali ceria. Aku belum sedia. Bukan tak terima takdir tapi aku belum kuat nak berdepan dengan dugaan ini. Aku terlalu lemah untuk dihujani dengan persoalan demi persoalan bila aku keluar dari bilik ni nanti. Asal aku boleh mandi, tidur dan beribadah kepada Allah cukuplah ruang bilik ini untuk aku huni selagi mampu.
**************
" Adik, jom kita sarapan sama-sama. Sian ummi tunggu tu, ayah pun dah turun nak sarapan. Adik saja yang belum turun" ajak abang Naz. "Takpa lah abang, adik belum lapar" jawabku ringkas. Abang berlalu pergi, malas dah dia nak layan perangai hodoh aku yang tak mau dengar kata orang ni agaknya. Nasiblah kan? Kesian mereka dapat anak dan abang Naz dapat adik macam aku. Adik ke? aku adik abang Naz? huhu.
Aku cuba melelapkan mata, apa yang aku nampak cuma wajah Duan. Bagai tersiat hati ni bila wajahnya menjelma. Aku tau bukan aku seorang saja yang terseksa, Duan juga sama. Tapi aku tak sanggup nak hadapi masalah ni. Sakit yang teramat sangat. Aku tau aku tak patut ada rasa marah pada keadaan ini kerana ini hanya dugaan kecil buat aku, Duan dan seluruh keluarga kami. Aku....arghhh rasa nak lari dari masalah ni. Aku naik muak tengok muka Abang Naz. Aku rasa macam nak minta penjelasan dari ummi dan ayah. Cuma aku tak sanggup nak sakitkan hati mereka. Aku tak sanggup jadi anak durhaka. Duan pula mendiamkan diri. Terkejut dengan berita yang aku sampaikan tempoh hari agaknya. Marah ke dia pada aku? Sedih ke dia? entahla...
Aku cuba melelapkan mata, apa yang aku nampak cuma wajah Duan. Bagai tersiat hati ni bila wajahnya menjelma. Aku tau bukan aku seorang saja yang terseksa, Duan juga sama. Tapi aku tak sanggup nak hadapi masalah ni. Sakit yang teramat sangat. Aku tau aku tak patut ada rasa marah pada keadaan ini kerana ini hanya dugaan kecil buat aku, Duan dan seluruh keluarga kami. Aku....arghhh rasa nak lari dari masalah ni. Aku naik muak tengok muka Abang Naz. Aku rasa macam nak minta penjelasan dari ummi dan ayah. Cuma aku tak sanggup nak sakitkan hati mereka. Aku tak sanggup jadi anak durhaka. Duan pula mendiamkan diri. Terkejut dengan berita yang aku sampaikan tempoh hari agaknya. Marah ke dia pada aku? Sedih ke dia? entahla...
Aku kadang-kadang jadi sangat marah bila abang Naz memujuk aku macam tiada masalah antara kami. Kenapa dia bersetuju dengan apa yang ummi dan ayah mahukan. Kami membesar bersama. Dia abang aku, sampai bila-bila dia abang aku. Aku adik dia sampai mati pun akan jadi adik dia. Tapi kenapa bila ummi dan ayah mahu nikahkan kami dia bersetuju sedangkan dia juga baru tau yang kami bukan adik beradik kandung. Dia juga terkejut dengan permintaan dari ummi. Tapi kenapa dia tak membantah? Dia sanggup nikahi aku walau aku memang adik dia. Mana boleh sayang seorang adik bertukar menjadi cinta seorang isteri? Aku rasa macam nak berdepan dengan abang Naz, tapi lidah aku kelu. Walau bukan adik kandung tapi aku adik dia kan...
Kata ummi abang Naz adalah anak sahabatnya. Sahabat baik ibu yang meninggal masa abang Naz berumur 1tahun 8 bulan. Ummi yang kebetulan sangat rapat dengan dengan keluarga sahabatnya bersetuju mengambil abang Naz sebagai anak angkat. Memang Ummi sangat sayang abang Naz sehingga aku terasa abang sangat disayangi berbanding aku sendiri. Dulu aku fikir mungkin sebab abang anak sulung maka tak hairan kasih ummi tumpah melimpah pada abang Naz, rupanya sebab abang Naz anak angkat ummi dan ayah. Mereka menjaga amanah orang. Menjaga seperti menatang minyak yang penuh. Sejak kecil abang memang sangat sayang aku. Jangan ada yang berani usik atau buli aku pasti berdarah hidung kena tumbuk dek abang Naz. Garang kan? huhuhu...tak sangka kami akan dinikahkan. Lepas nikah abang Naz panggil aku adik lagi ke? Arghh aku rasa nak menjerit melepaskan bebanan perasaan ni. Duan kan dah ajak aku nikah. Malah Duan dah mula suarakan pada ayah pun. Sampai hati ummi dan ayah tolak hajat kami dan nak jodohkan aku dengan abang Naz. Bahagiakah kami nanti? Aku pasti kami bertiga akan menderita. Aku dan Duan pasti akan menderita. Abang Naz? entah la...dia tu macam tunggul je aku tengok. Diam mengiakan kata ummi, menurut patuh mengalahkan aku yang anak kandung ummi dan ayah.
Terasa kepala berat. Mata mula berpinar. Lepas isya' je aku terus cari stokin dan menyarung cardigan hitam yang Duan belikan aku dulu. Memang aku jarang pakai cardigan tu, takut rosak atau lusuh. Kenangan aku dengan Duan bukan banyak pun, kami pun bukan rajin melepak macam muda mudi tak tentu pasal. Biasanya ada abang Naz teman kalau kami nak berdating. Macam cinta zaman dulu kala, jarang bertemu, dan akhirnya jodoh aku orang tua yang atur. Kahwin paksa pula tu...huhu. Sadis kan?
Aku masih menanti keajaiban berlaku. Menanti duan jadi hero bawa aku kawen lari ke...haha. Macam cerita dongeng bila aku mula mengharap sesuatu yang tak pasti. Aku mengharap abang Naz kesiankan aku dan berani luah pada ayah bahawa dia tak mau menikahi aku. Aku sorang je pengecut tak berani nak luah dan bantah pada ummi dan ayah. Tapi aku bukan pengecut cuma aku tak mau melukakan hati ummi. Duan!!!!
2/11/2010
Tersedar awal hari ni. Belum azan subuh mata aku dah segar. Lepas solat laju-laju aku tukar baju dan cari kasut nak keluar berjogging. Letih dah aku berkurung dalam bilik ni. Sebelum ummi panggil baik aku keluar. Aku risau jika aku terluah apa-apa yang menyakitkan hati ummi nanti. Aku risau ummi akan bersedih dan aku dapat dosa. Esok dah mula kerja, aku kena siapkan diri. Berdepan dengan semua yang akan menyesakkan dada. Berdepan dengan Duan, bertentang mata dengan abang Naz. Nak tengok reaksi abang Naz dan Duan bila bertembung. Ish, kenapalah kami bertiga kerja di tempat yang sama? Sekolah yang sama?
Tasik nampak tenang hari ni. Aku jogging dua pusingan je dah rasa semput. Banyak lemak agaknya. Mengah aku rasa sampai tercungap-cungap. Aku lihat tasik,terbayang wajah Duan. Terasa panas mata aku. Air mata mula bergenang. Maafkan aku Duan, kita berdua jadi mangsa keadaan. Aku tak mampu jelaskan. Aku tau Duan pun bingung dengan keadaan ni. Terpukul sangat-sangat bila ia berlaku saat dia suarakan hasrat ingin melamarku pada ayah tempoh hari. Duan....bawalah aku lari. Jom kita kawen lari. Ingin saja aku jerit begitu pada Duan. Boleh ke? haha..kalau la boleh, kalau la ia tak memalukan ummi dan ayah. Kalau, kalau, kalau. Islam tak bagi ber'kalau-kalau' lah cik kak!Hurm...
Biasanya time cuti macam ni kalau berjogging pasti ada Duan bersama. Aku, abang Naz dan Duan. Mana aku dan Duan pergi pasti abang ada sama. Tergamak abang nak nikahi aku. Peningnya bila aku fikir masalah ni. Rasa nak terhenti jantung. Ke mana Duan ye? cuti 3 minggu ni sepatutnya jadi saat paling indah buat kami. Kononnya kami nak bertunang. Buat majlis kecil saja, tapi...bila ayah menyuarakan hasrat nak jodohkan aku dengan abang Naz terus aku rasa cuti 3 minggu ni macam satu kiamat kecil buat diri aku. Satu bencana dan entah, tak tau aku nak gambarkan kemusnahan dan keremukan hati aku ni. Hei Nur Qaseh,lemahnyer iman kau? Kata diri tu guru kaunseling tapi patah hati sampai rasa dunia ni dah sampai di penghujungnya. Bangunlah Qaseh!bermonolog sendiri pun masih tak mampu meredakan remuknya jiwa aku.
Ya Allah, rupanya aku duduk melayan perasaan sampai dah hampir pukul 12. Jogging apa sampai jam 12 tengah hari ni? aku berlari anak meredah panas menuju ke kereta. Baru nak buka pintu kereta tiba-tiba...
"Qaseh, sihat ke?" suara yang aku sangat rindu! suara Duan. Aku berpaling laju. Tapi cuma hampa. Takda pun Duan. Itu illusi, aku amat rindukan lelaki itu. Ya Allah tabahkan hatiku. Andai aku tidak bertemu jodoh dengannya temukanlah kasih kami di sana nanti Ya Allah. Duan...mana saja jasadku pergi, bayangmu tetap menghambat. Ke mana kau pergi? aku rindu....
Sampai ke rumah ummi dah ada di meja makan. Ummi ajak makan sama dan aku cuma menurut. Tak cakap apa pun aku cuma makan tunduk senyap mulut terkunci rapat. "Adik marah ummi ke? Kenapa adik tak cakap apa-apa? Adik tak setuju dengan hasrat ummi dan ayah ye?" tanya ummi bertalu-talu. Tersekat nasi di kerongkong aku. Mau tersedak aku rasa. Tak pandai dah aku nak jawab apa pada soalan ummi. Abang Naz mula menjenggelkan mata. Amaran buat aku lah tu agar jangan sakitkan hati ummi. Ayah menanti penuh debar. Dia pasti tak sabar nak tau apa jawapan aku. Benci aku dengan perangai abang. Macamlah dia anak kandung ummi. Aku taulah aku tak baik macam dia. Tapi di mana hak aku? Aku nak hak aku, aku nak bersuara.
Aku tak boleh terus diam. Esok dah mula kerja, aku kena berdepan dengan Duan lagi, kawan-kawan lagi. Aku boleh gila kalau terus diam macam ni. "Ummi, boleh adik tanya sikit? aku mula beranikan diri bersuara. Kenapa ummi nak jodohkan adik dengan abang. Kan abang memang abang adik. Sampai mati pun dia abang adik. Kenapa ummi dan ayah nak kami nikah? Kenapa ummi dan ayah halang hasrat adik dan Duan untuk bersatu. Ummi dan ayah tau kan yang adik sangat sayangkan Duan?"
Aku cakap tak pandang pun muka abang, aku tau dia mesti pandang aku dengan pandangan tajam. "Adik, ayah minta maaf. Ayah dan ummi ada alasan mengapa nak jodohkan adik dengan abang. Ayah tak mahu kehilangan abang. Ummi pun dah janji dengan sahabat dia akan jaga abang selamanya. Kami dah janji akan jodohkan adik dengan abang Naz agar hubungan antara kami dan Naz tidak terputus begitu saja jika Naz nikah dengan orang lain. Kami dah janji dengan arwah ibu Naz dulu sebelum dia meninggal.Maafkan ayah ye adik, maafkan ayah ye Naz" perlahan saja suara ayah.
Aku semakin kelu. Ummi nampak sedih. Ayah pun nampak sugul. Abang Naz je aku tak tengok reaksi. Aku sayang abang, tapi aku tak cintakan dia. Aku tak boleh nikah dengan abang. Aku tak boleh curangi cinta aku dengan Duan. Tapi aku takut jadi anak durhaka.
******
Bersambung.....