Tadi aku jumpa dia. Ya, dia yang buat aku jadi perempuan selingkuh. Dari jauh lagi aku tahu jasad dia. Dari hujung jalan. Dari gerak langkah. Dari aura dia, aku sudah rasai. Saat tu, dada aku sudah berkocak laju. Dari pandangan aku ke arah wajahnya, aku terus berpaling melihat tempat lain. Bagi aku, melihat padang bola sepak lebih mendamaikan hati aku dari lihat wajah dia.
Tak lama kemudian, aku dapat rasakan bayangan seseorang hendak lalu depan aku. Aku batukan diri. Keropok lekor di tangan, aku rasa tawar. Hanya mulut aku saja yang tidak berhenti mengunyah. Saat itu, fikiran aku kosong. Jiwa aku juga rasa kosong. Yang aku rasa cuma jasad aku sahaja berada di atas kerusi, memegang bungkusan kertas coklat yang berisi keropok lekor sambil kepala menoleh ke arah padang bola sepak.
Dia mengambil keputsan untuk lalu dibelakang aku. Membuka bicara dengan berkata "hai," dan aku tetap kaku di atas bumi. Kini, dia berdiri di sebelah kiri aku. Cuba memulakan kembali perbualan yang tergantung tadi, 'Hai cik adik,'. Aku? Aku tetap seperti mulanya, kaku tanpa sebarang tindak balas.
"Hai, tidak kenal sudahkah?' untuk kali ke-tiganya dia membuka mulut memancing aku untuk menoleh ke arahnya dan untuk kali ke-tiga ini, usahanya berjaya. Aku menoleh ke arahnya, melihat wajah cengkungnya. Dia masih seperti dulu, atau mungkin lebih cerah dari dahulu. Tinggi, kurus, dan cengkung di pipinya masih lagi kelihatan. Berkemeja taris ungu dan berseluar slack hitam, mungkin dia baru habis kerja atau mungkin dia baru balik dari mengajar di sekolah.
Dia senyum melihat aku, "hai, kenal tak? ingat orang?". Aku hanya merenung wajahnya. Tatap setiap inci wajah insan yang mengajar aku apa itu menjadi seorang perempuan selingkuh. Dia senyum lagi, "kenal tak?"
Kali ini, persoalannya aku balas dengan kerutan di dahi. Merenung dia tanpa bersuara, hanya mimik muka seperti seseorang yang salah menyapa kenalan yang kononnya dia kenali. Hasilnya, dia berpaling dan terus beredar dari tempat aku. Berjalan dan terus berjalan tanpa menoleh kebelakang. Akhirnya, hilang disebalik keramaian orang berlari, mengelecek bola, berlanggar sesama sendiri dan ketawa di sebalik gelanggang futsal. Saat itu, aku menoleh kembali ke arah padang bola lalu tersenyum. 'Aku hanya tunaikan kemahuan kau dan aku juga pegang dengan kata aku.'
4 tahun yang lalu,
"Tolong jangan ganggu hidup aku lagi,' masej itu aku baca berkali-kali. Mungkin juga sudah berjuta kali. Engkau ajar aku jadi selingkuh, kemudian engkau biarkan aku terkapai sendiri. Mungkin ini balasannya, qisas si seorang selingkuh.
"Mulai hari ini, aku akan tunaikan kemahuan kau dan mulai hari ini juga, aku juga tidak kenal siapa kau dalam dunia ini," aku mengesat air mata buat kali terakhirnya atas sebab dia si pengajar selingkuh.

3 comments
Wow! Cerita ni bt sy rs mcm....
CELAKA PUNYA JANTAN
Ok. Sambung kunyah keropok lekor.
keropok lekor tawar, tak sedap!
padan mukaaaaaaaa...hahhahha.