Bahagian 1
Bahagian 2
3 hari kemudian....
"Sha, janganlah menangis... aku lagi sedih tau. Aku lagi remuk dan rasa sangat hancur, tapi Duan pun terima hakikat kami tiada jodoh. Aku je tak putus berdoa agar berlaku keajaiban walau aku terima semua ni dengan redha. Terpaksa aku menyerah pada takdir. Aku tau aku tak akan bahagia. Dila, Sha..korang je lah tolong bagi tau kawan rapat kita pasal ni kalau mereka bertanya. Aku tak mampu nak jelaskan pada semua. Aku sedih tengok keadaan Duan yang nampak tak terurus sekarang ni. Aku sendiri rasa tak mampu melangkah. Kini...Duan hanya bayang-bayang yang aku hanya dapat lihat tapi tak dapat sentuh pun. Makin aku dekan makin jauh ia pergi." luah aku dalam sendu. Air mata tak mampu tumpah lagi. Aku perlu laluinya. Nur Qaseh bukan seorang yang lemah. Akan aku lalui semua ini demi mencari keredhaan Illah dan mengejar restu ummi dan ayah.
*****
Segala persiapan pernikahan aku tak ambil peduli langsung. Semua ummi dan ayah yang uruskan. Cuma aku pesan pada ummi aku tak mau bersanding dan tak mau majlis besar. Abang tukar hantar ummi ke sana sini jika ayah sibuk. "Adik, ummi suruh kita pergi beli cincin, adik nak pergi malam ke petang ni?" abang bertanya sewaktu dia lihat aku membelek bunga telur yang ummi tempah. "Erm, abang ambik contoh adik ni je lah. Ikut saiz ni saja ye. abang dan ummi pilih saja lah yang mana cantik, adik tak kisah." jawabku sambil melorotkan cincin belah rotan kepunyaanku. Aku menghulurkan sambil memberi senyuman buat abang. "Adik ikutlah, itukan cincin kahwin kita, abang nak adik pilih sama-sama" Abang memujuk aku. " Adik tak larat la abang, rasa pening sangat kepala ni. Migrain dah mula menyerang agaknya. Abang saja pilih ye, hadiah seorang suami pasti bernilai dan cantik pada mata isterinya" jawab aku lemah.
"Adik tak terima abang sebagai suami ye?adik membenci abang?" abang mula menyesakkan aku dengan soalan peliknya. " Adik terima abang seadanya, jangan ungkit soalan ni ye abang. Abang seorang abang yang baik, adik yakin abang akan jadi suami adik yang lebih baik lagi. Adik terima segala yang berlaku. Moga abang juga menerima adik seadanya. Soal perasaan adik, adik harap sangat abang dapat beri adik masa untuk lupakan Duan dan cuba pupuk perasaan itu untuk diri abang." aku jawab sambil cuba memaniskan muka dan menahan air mata. Kolam mata aku memang dah bergenang, tapi aku cuba untuk tidak menunjukkan bahawa aku amat terseksa dalam semua ni.
Untungnya jadi abang Naz, dia tak perlu menjeruk rasa seperti aku. Setahu aku abang tiada kekasih pun selama ni. Dia tak perlu tinggalkan kekasih seperti apa yang aku lakukan. Aku jadi pengkhianat cinta pada Duan. Demi ummi, ayah...aku lakukan sebuah pengorbanan yang aku sendiri tau aku sukar mencari keikhlasan di sebalik semua ini. Perlahan-lahan aku cuma mengikhlaskan diri.
*****
"Cikgu nak kahwin dah ye? senyap-senyap saja tiba-tiba dengar nak jadi pengantin dah" tanya cikgu Salmah. Aku terkedu, dah la suaranya kuat memecah kesunyian bilik guru. "Ye, saya akan bernikah 2 minggu lagi dengan pilihan keluarga." aku cuma tersenyum. Abang Naz pun senyum dengar aku menjawab ringkas. "Jangan lupa bagi kad pada kami ye cikgu Duan, senyap-senyap saja korang ni ye" tambah cikgu Salmah. "err bukan dengan saya lah cikgu Salmah, Qaseh nak bernikah dengan pilihan keluarganya. Saya pun belum dapat kad lagi ni..hihi" balas Duan dalam gelak kecilnya. Muka cikgu Salmah nampak terkejut. Aku hanya senyum nipis pada Duan sekali lalu. "Siapalah jejaka bertuah yang berjaya menjadi milik cikgu ayu ni ye? tertanya-tanya saya." luah cikgu Salmah sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.
Duan nampak tenang berdepan dengan dugaan ni. Abang paling busy mengurus semuanya. Aku paling kejam sebab tak ambil peduli semua perkara.Aku cuma terperap di bilik dengan mengaji, baca tafsir dan solat sunat. Aku juga banyak buat solat hajat agar hati aku tenang melalui semua ini."Ummi, adik ingat nak tambah jam tangan untuk hantaran abang nanti. Abang punya jam masa adik hadiahkan hari lahir dia 3 tahun lepas tu dah buruk la ummi"aku suarakan pendapat. Ummi nampak terkejut, mungkin tak sangka aku berminat nak ambil tahu tentang hantaran."Adik pergi cari jam dengan abang sajalah ye, ummi letih sangat sekarang ni. Kad pun tak habis edar lagi. Tak sampai 3 minggu majlis dah nak berlangsung. Ummi tak kisah pun." ummi menjawab sambil menepuk-nepuk peha aku.
*****
Aku bersedia mengedarkan kad undangan pada kawan di sekolah hari ni. Cikgu lelaki dan kakitangan lelaki abang yang edar. Aku edar pada perempuan saja. Abang minta Duan jadi pengapitnya,aku tak dapat menolak sebab mereka kan sahabat baik. Aku kurang senang sebenarnya tapi abang kata Duan dah setuju nak jadi pengapit abang. Mulianya hati Duan, sanggup jadi pengapit sahabat baik sendiri yang bernikah dengan kekasih hatinya? Untungnya siapa yang dapat miliki Duan, ikhlas dalam segala hal. "Sha,kau jadi pengapit aku boleh? aku nak minta Dila tapi kesian pula sebab dia kan dah sarat mengandung..hik hik hik" aku tergelak kecil sambil kenyit mata pada Sha. "Ala...sweet apa makyong jadi pengapit. silap-silap boleh beranak atas pelamin nanti" Dila membalas sambil membaling aku dengan kulit limau. "Ish, tak senonoh kau eh, dah sarat pun nak jadi pengapit. Kau tu perlu rehat lebih aku risau kan kau tau tak? dah la main campak kulit limau bagai...dah nak jadi mak orang pun masih macam budak tadika perangai tu" aku mengusik lagi.
Bilik guru mula kecoh. Masing-masing ternganga bila tau aku dan abang akan bernikah. Memang sah aku bukan nikah dengan Duan. Baru mereka percaya kerana mereka fikir aku bergurau mengatakan aku akan bernikah dengan pilihan keluarga. Lebih kecoh lagi bila pengantin lelakinya adalah abang Naz. Mereka mula bertanya sebab kami memang dikenali sebagai adik beradik sejak dulu lagi. Itu tugas abang Naz menjelaskan kedudukan kami pada mereka. Aku tak mampu nak jawab soalan bertalu-talu. Beberapa orang guru lelaki mendekati Duan dan mula bertanya sesuatu. Mujur aku dah tukar meja sekarang ni. Dah tak berdepan dengan Duan lagi. Aku dah minta tukar meja dengan abang Naz tempoh hari.
"Qaseh, tahniah ye. Tak lama lagi dah nak nikah ni semakin berseri wajah tu." sapa Duan. Aku menoleh perlahan dan hanya senyum 'kambeng' ayat duan sangat menusuk tangkai hati aku. Hanya Allah yang betapa aku menjeruk rasa. " Terima kasih..."jawab aku lemah dan menunduk. "Awal bulan depan abang akan bertukar ke sekolah lain. Dah dapat surat pun ni. Abang minta tukar ke Johor, lepas Qaseh nikah abang akan mulakan tugas di sana nanti. Kalau Qaseh dan Naz nak makan angin ke Johor abang boleh beri penginapan percuma..hihi" Duan memberi khabar berita yang membuat jantung aku bagai nak gugur."Kenapa nak pindah? bukan famili abang semua kat sini ke?" aku bertanya hairan." Saja nak tukar angin, ibu pun tak kisah. Bukan jauh sangat pun 2 jam lebih saja dari sini." Aku tau Duan nak lari dari semua ini. Tak mau tengok muka aku lagi dah. Nak bina kehidupan baru. Aku pasrah.....
" Qaseh, semua barang dah cukup ke?" ayah bertanya." Cukup dah rasanya ayah, adik tak rasa nak tambah apa pun."aku jawab. "Qaseh cuma ada sedulang lagi belum ada barang nak diisi, nak letak apa ni?" tanya makcik Ani, mak saudara aku. " Takpe, Qaseh plan nak letak jam tangan untuk abang. Nanti Qaseh akan letak kemudian." jawab aku. Rumah berselerak dengan barang hantaran. Abang pun semakin busy, susah nak nampak bayang dia di rumah. Kami jumpa waktu pergi balik kerja saja. Apa yang abang sibukkan? abang semakin pendiam. Aku rasa aku tak cakap sesuatu yang menyakitkan hati abang. Aku pun tak tunjukkan aku tak rela dinikahkan dengan abang dah sekarang ni. Walau aku berpura-pura ceria hanya aku saja yang tau remuk dan hancurnya hati aku. Ke mana abang pergi? lewat malam dia baru pulang setiap hari. Peliknya....
Aku menunggu abang pulang. Nak sangat tau dia pergi ke mana. "Abang, lewatnya abang balik. Pergi mana?" soal aku. " Uik, belum nikah dah jadi queen control?" balas abang sambil menarik hidung aku."haip, mana boleh sentu-sentuh belum nikah."aku tepis tangan abang sambil menjulingkan mata. Abang dan aku tergelak kuat sampai lupa hari dah larut malam. Memang kadang-kadang kami terlupa yang kami bukan adik beradik kandung.
Bahagian 2
3 hari kemudian....
Aku dah siap kemas beg. Lepas doktor check saja aku nak terus call ummi minta jemput aku pulang. Mereka kata doktor tengah hari baru sampai, biasanya jam 12.30- 1.00 tengah hari. Sabarlah hati, aku dah sihat sangat dah ni. Makin sakit aku duduk wad ni sorang-sorang. Kena cucuk sana sini, merepek je rasa duduk wad bila aku rasa aku tak sakit. " Assalamualaikum, sayang dah boleh balik ke hari ni? , err...maksud abang Qaseh dah dibenarkan balik? maaf abang terpanggil sayang. Abang lupa kita..." Duan suka buat ayat tergantung. Aku yang rasa macam nak mati tergantung dengan ayat dia.
"Duduk la abang, Qaseh kan tak sakit, Qaseh minta balik, mereka kata jika doktor kata okey lepas check tengah hari ni Qaseh dapat la balik." Aku balas dengan senyuman tawar. "Qaseh, abang datang nak hantar barang. Takut terlupa nak bagi Qaseh pula nanti." Duan menghulur bungkusan biru. "Apa ni abang? " hati aku mula rasa tak enak tiba-tida dapat bungkusan hadiah dari Duan. " Bukalah, pasti Qaseh suka, abang dah janji nak beri pada Qaseh, tak sedap pula tangguh-tangguh. Nanti bila Qaseh dah jadi milik Nazrul lebih tak sedap pula kalau abang nak hadiahkan benda ni. Buka lah.."
Tangan aku laju mengoyak pembungkus hadiah tu. Aku kan kasar orangnya,siapa tak kenal. Tak sabar aku nak tengok apa isi hadiah terakhir dari 'cinta hati' aku ni. Berbeliak mata aku menatap hadiah dari Duan. "Abang, Qaseh tak boleh terima hadiah ni, terlalu tinggi nilainya. Lebih-lebih lagi abang berikan kepada Qaseh yang bukan milik abang. Qaseh kan...."huhu, air mata aku mula mengalir kembali. "Qaseh, abang dah janji nak hadiahkan rantai putih berukir nama Qaseh kan? dulu abang plan nak hadiahkan sebagai hantaran pertunangan kita senyap-senyap untuk Qaseh, tapi sebab tak jadi abang bagi Qaseh sekarang la, suka tak?" tanya Duan. Bagai nak runtuh hati aku, mulianya hati kekasih aku ni, buah hati nak nikah dengan orang lain pun masih dia nak tunaikan permintaan aku.
"Abang, terima kasih ye, cantik. Qaseh suka sangat-sangat. Qaseh takda benda nak bagi pada abang untuk abang kenang diri Qaseh. Memang abang tak perlu ingat Qaseh kot?di buruk dalam hidup abang. Satu mimpi ngeri je kan?" aku mula merapu tak tentu hala...huhu. " Qaseh, tali leher warna kuning yang Qaseh hadiahkan untuk abang tu kan masih ada. Abang pakai selalu pemberian Qaseh tu. Al-Quran yang Qaseh beri masa Qaseh pergi umrah dulu pun abang masih guna, dah 3 tahun kan quran tu. Qaseh tau tak, menyintai Qaseh umpama satu cahaya yang indah dalam kehidupan abang. Abang sentiasa bersemangat lalui semua dugaan sejak Qaseh muncul."Duan memujuk aku lagi.
"Qaseh, mak minta sampaikan salamnya assalamualaikum kepada Qaseh. Mak pesan kalau Qaseh dah nikah nanti jangan lupa mak ye, jemputlah ke rumah macam biasa. Ajak Naz juga macam dulu-dulu. Mak dah anggap Qaseh seperti keluarga kata mak." Duan cakap sambil tertahan-tahan. Mulianya hati mak, aku tak jadi kahwin dengan Duan pun dia tak benci aku? Aku rasa aku perlu ada kekuatan untuk bertemu mak kalau aku rindukan dia sekali pun. Mustahil aku kuat untuk salam dan kucup dahi mak macam dulu."Harap Naz tak marah Qaseh pakai rantai tu nanti" harap Duan dalam senyum tawarnya. " Abang, Qaseh akan simpan pemberian abang ni sampai ke akhir nyawa Qaseh. Qaseh akan pakai selagi nyawa Qaseh dikandung badan. Qaseh doakan abang bertemu dengan jodoh yang lebih baik dari Qaseh." Aku berkata lemah. Duan memandang aku penuh makna. Aku tau dia benci dengar benda tu dari mulut aku.
****
Duan pulang sejurus doktor sampai. Aku memang dah cakap aku akan call ummi untuk jemput aku. Mustahil untuk aku nak minta Duan hantar aku pulang. Terasa sangat kekok bila bersama sekarang ni. Sakitnya perasaan ni. Tak tau aku nak gambarkan bagaimana remuk dan peritnya hati aku.
Leganya dapat pulang ke rumah, rindu nak tatap wajah ummi, ayah dan abang kesayanganku. Walau macam mana pun aku tak boleh kikis rasa sayang aku pada abang Naz. Kami membesar bagai adik beradik kandung sejak dari dulu lagi. Sejak dari aku lahir. Mana mumgkin aku membenci dia yang amat aku sayang, satu-satunya abang yang aku ada. Pelindung aku, menawar duka dan insan yang sentiasa menyokong apa saja yang aku lakukan. " Adik, ummi dan ayah rasa kami nak jalankan majlis pernikahan adik pada akhir bulan depan. Adik setuju tak?" ummi bertanya sewaktu aku sibuk mengemas beg pakaian aku. " Erm ummi dan ayah buatlah apa keputusan pun adik ikut saja ye ummi, itukan keputusan ayah dan ummi, adik dan abang ikut saja." aku menjawab lemah. Tak berdaya untuk aku luah sebenarnya.
"Baiklah,kalau adik setuju akhir bulan depan akan berlangsung majlis tu, kita buat ringkas-ringkas saja. Nanti ummi dan ayah tanya pendapat abang pula. Adik fikirlah warna apa baju pengantin adik nak pakai nanti. Ummi akan cuba sediakan untuk adik sempena hari bahagia adik nanti." ummi memeluk aku erat. " Hari bahagia? ummi tau hakikatnya kan? itu adalah hari kemusnahan buat adik. Adik tak mungkin bahagia sampai bila-bila. Adik tak boleh hidup dengan insan yang adik tak cinta. Adik mahukan Duan jadi suami adik. Adik tak boleh terima abang" aku merintih, cuba merayu pada ummi. "Adik, kita dah bincang hal ni. Tolong hormat keputusan kami" ummi jawab tegas.
********
7/11/2010
Pagi ni aku bergerak awal ke sekolah. Sepatutnya aku masih ada MC lagi tapi aku malas nak duduk di rumah. Lebih baik aku mengajar dari terperap di rumah. Lepak di bilik guru lebih menenangkan sebab meja aku berdepan dengan meja Duan. Selagi aku boleh tatap wajah cinta hati aku aku akan tatap. Selagi aku belum bernikah aku masih mahu melihat dia. Kalau boleh seumur hidup aku mahu menatap wajah kesayanganku itu. Aku naik kereta sendiri hari ni. Aku sengaja keluar awal agar abang tak sempat kejar aku.
"Eh, rajinnya kawan aku ni. Bukan kau MC ke hari ni lagi?" tanya Dila. Aku tersenyum sumbing saja. "Boring kat rumah, datang sekolah boleh lepak dengan kau, boleh tengok murid-murid comel."aku jawab ringkas. "Betul la tu....bukan kau rindu buah hati kau ke? Aku tengok Duan resah je kerinduan sebab kau sakit,ehehe"Sha pula mencelah. Geram betul aku dengan budak berdua ni."erm Dila,Sha..sebelum ada ramai orang ni aku nak cerita pada korang sikit. Sebenarnya aku nak kahwen hujung bulan depan. Tapi bukan dengan Duan, dengan abang aku. Abang Nazrul. Aku pun baru tau abang Naz cuma anak angkat. Ummi dan ayah dah janji dengan ibu kandung abang untuk jodohkan kami. Aku terpaksa akur. Abang Naz pun anak yang baik, dia tak menentang pun." aku mula bercerita dengan mata yang berkaca. Dila mula menggenggam tangan aku. Sha terpaku dan mula teresak.
"Sha, janganlah menangis... aku lagi sedih tau. Aku lagi remuk dan rasa sangat hancur, tapi Duan pun terima hakikat kami tiada jodoh. Aku je tak putus berdoa agar berlaku keajaiban walau aku terima semua ni dengan redha. Terpaksa aku menyerah pada takdir. Aku tau aku tak akan bahagia. Dila, Sha..korang je lah tolong bagi tau kawan rapat kita pasal ni kalau mereka bertanya. Aku tak mampu nak jelaskan pada semua. Aku sedih tengok keadaan Duan yang nampak tak terurus sekarang ni. Aku sendiri rasa tak mampu melangkah. Kini...Duan hanya bayang-bayang yang aku hanya dapat lihat tapi tak dapat sentuh pun. Makin aku dekan makin jauh ia pergi." luah aku dalam sendu. Air mata tak mampu tumpah lagi. Aku perlu laluinya. Nur Qaseh bukan seorang yang lemah. Akan aku lalui semua ini demi mencari keredhaan Illah dan mengejar restu ummi dan ayah.
*****
Segala persiapan pernikahan aku tak ambil peduli langsung. Semua ummi dan ayah yang uruskan. Cuma aku pesan pada ummi aku tak mau bersanding dan tak mau majlis besar. Abang tukar hantar ummi ke sana sini jika ayah sibuk. "Adik, ummi suruh kita pergi beli cincin, adik nak pergi malam ke petang ni?" abang bertanya sewaktu dia lihat aku membelek bunga telur yang ummi tempah. "Erm, abang ambik contoh adik ni je lah. Ikut saiz ni saja ye. abang dan ummi pilih saja lah yang mana cantik, adik tak kisah." jawabku sambil melorotkan cincin belah rotan kepunyaanku. Aku menghulurkan sambil memberi senyuman buat abang. "Adik ikutlah, itukan cincin kahwin kita, abang nak adik pilih sama-sama" Abang memujuk aku. " Adik tak larat la abang, rasa pening sangat kepala ni. Migrain dah mula menyerang agaknya. Abang saja pilih ye, hadiah seorang suami pasti bernilai dan cantik pada mata isterinya" jawab aku lemah.
"Adik tak terima abang sebagai suami ye?adik membenci abang?" abang mula menyesakkan aku dengan soalan peliknya. " Adik terima abang seadanya, jangan ungkit soalan ni ye abang. Abang seorang abang yang baik, adik yakin abang akan jadi suami adik yang lebih baik lagi. Adik terima segala yang berlaku. Moga abang juga menerima adik seadanya. Soal perasaan adik, adik harap sangat abang dapat beri adik masa untuk lupakan Duan dan cuba pupuk perasaan itu untuk diri abang." aku jawab sambil cuba memaniskan muka dan menahan air mata. Kolam mata aku memang dah bergenang, tapi aku cuba untuk tidak menunjukkan bahawa aku amat terseksa dalam semua ni.
Untungnya jadi abang Naz, dia tak perlu menjeruk rasa seperti aku. Setahu aku abang tiada kekasih pun selama ni. Dia tak perlu tinggalkan kekasih seperti apa yang aku lakukan. Aku jadi pengkhianat cinta pada Duan. Demi ummi, ayah...aku lakukan sebuah pengorbanan yang aku sendiri tau aku sukar mencari keikhlasan di sebalik semua ini. Perlahan-lahan aku cuma mengikhlaskan diri.
*****
Sebulan kemudian
"Cikgu nak kahwin dah ye? senyap-senyap saja tiba-tiba dengar nak jadi pengantin dah" tanya cikgu Salmah. Aku terkedu, dah la suaranya kuat memecah kesunyian bilik guru. "Ye, saya akan bernikah 2 minggu lagi dengan pilihan keluarga." aku cuma tersenyum. Abang Naz pun senyum dengar aku menjawab ringkas. "Jangan lupa bagi kad pada kami ye cikgu Duan, senyap-senyap saja korang ni ye" tambah cikgu Salmah. "err bukan dengan saya lah cikgu Salmah, Qaseh nak bernikah dengan pilihan keluarganya. Saya pun belum dapat kad lagi ni..hihi" balas Duan dalam gelak kecilnya. Muka cikgu Salmah nampak terkejut. Aku hanya senyum nipis pada Duan sekali lalu. "Siapalah jejaka bertuah yang berjaya menjadi milik cikgu ayu ni ye? tertanya-tanya saya." luah cikgu Salmah sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.
Duan nampak tenang berdepan dengan dugaan ni. Abang paling busy mengurus semuanya. Aku paling kejam sebab tak ambil peduli semua perkara.Aku cuma terperap di bilik dengan mengaji, baca tafsir dan solat sunat. Aku juga banyak buat solat hajat agar hati aku tenang melalui semua ini."Ummi, adik ingat nak tambah jam tangan untuk hantaran abang nanti. Abang punya jam masa adik hadiahkan hari lahir dia 3 tahun lepas tu dah buruk la ummi"aku suarakan pendapat. Ummi nampak terkejut, mungkin tak sangka aku berminat nak ambil tahu tentang hantaran."Adik pergi cari jam dengan abang sajalah ye, ummi letih sangat sekarang ni. Kad pun tak habis edar lagi. Tak sampai 3 minggu majlis dah nak berlangsung. Ummi tak kisah pun." ummi menjawab sambil menepuk-nepuk peha aku.
*****
Aku bersedia mengedarkan kad undangan pada kawan di sekolah hari ni. Cikgu lelaki dan kakitangan lelaki abang yang edar. Aku edar pada perempuan saja. Abang minta Duan jadi pengapitnya,aku tak dapat menolak sebab mereka kan sahabat baik. Aku kurang senang sebenarnya tapi abang kata Duan dah setuju nak jadi pengapit abang. Mulianya hati Duan, sanggup jadi pengapit sahabat baik sendiri yang bernikah dengan kekasih hatinya? Untungnya siapa yang dapat miliki Duan, ikhlas dalam segala hal. "Sha,kau jadi pengapit aku boleh? aku nak minta Dila tapi kesian pula sebab dia kan dah sarat mengandung..hik hik hik" aku tergelak kecil sambil kenyit mata pada Sha. "Ala...sweet apa makyong jadi pengapit. silap-silap boleh beranak atas pelamin nanti" Dila membalas sambil membaling aku dengan kulit limau. "Ish, tak senonoh kau eh, dah sarat pun nak jadi pengapit. Kau tu perlu rehat lebih aku risau kan kau tau tak? dah la main campak kulit limau bagai...dah nak jadi mak orang pun masih macam budak tadika perangai tu" aku mengusik lagi.
Bilik guru mula kecoh. Masing-masing ternganga bila tau aku dan abang akan bernikah. Memang sah aku bukan nikah dengan Duan. Baru mereka percaya kerana mereka fikir aku bergurau mengatakan aku akan bernikah dengan pilihan keluarga. Lebih kecoh lagi bila pengantin lelakinya adalah abang Naz. Mereka mula bertanya sebab kami memang dikenali sebagai adik beradik sejak dulu lagi. Itu tugas abang Naz menjelaskan kedudukan kami pada mereka. Aku tak mampu nak jawab soalan bertalu-talu. Beberapa orang guru lelaki mendekati Duan dan mula bertanya sesuatu. Mujur aku dah tukar meja sekarang ni. Dah tak berdepan dengan Duan lagi. Aku dah minta tukar meja dengan abang Naz tempoh hari.
"Qaseh, tahniah ye. Tak lama lagi dah nak nikah ni semakin berseri wajah tu." sapa Duan. Aku menoleh perlahan dan hanya senyum 'kambeng' ayat duan sangat menusuk tangkai hati aku. Hanya Allah yang betapa aku menjeruk rasa. " Terima kasih..."jawab aku lemah dan menunduk. "Awal bulan depan abang akan bertukar ke sekolah lain. Dah dapat surat pun ni. Abang minta tukar ke Johor, lepas Qaseh nikah abang akan mulakan tugas di sana nanti. Kalau Qaseh dan Naz nak makan angin ke Johor abang boleh beri penginapan percuma..hihi" Duan memberi khabar berita yang membuat jantung aku bagai nak gugur."Kenapa nak pindah? bukan famili abang semua kat sini ke?" aku bertanya hairan." Saja nak tukar angin, ibu pun tak kisah. Bukan jauh sangat pun 2 jam lebih saja dari sini." Aku tau Duan nak lari dari semua ini. Tak mau tengok muka aku lagi dah. Nak bina kehidupan baru. Aku pasrah.....
Wahai hati sabarlah
Kecundang dalam cinta sesama manusia itu pedih
Merana putus kasih itu bagai tersiat
Melihat dia pergi itu menyakitkan
Namun apabila diri sendiri yang mengkhianati cinta
Akan membuat hati remuk tak terungkap
Cinta pada Allah juga yang kekal abadi
Cinta pada Allah juga yang kekal abadi
*****
Seminggu Kemudian" Qaseh, semua barang dah cukup ke?" ayah bertanya." Cukup dah rasanya ayah, adik tak rasa nak tambah apa pun."aku jawab. "Qaseh cuma ada sedulang lagi belum ada barang nak diisi, nak letak apa ni?" tanya makcik Ani, mak saudara aku. " Takpe, Qaseh plan nak letak jam tangan untuk abang. Nanti Qaseh akan letak kemudian." jawab aku. Rumah berselerak dengan barang hantaran. Abang pun semakin busy, susah nak nampak bayang dia di rumah. Kami jumpa waktu pergi balik kerja saja. Apa yang abang sibukkan? abang semakin pendiam. Aku rasa aku tak cakap sesuatu yang menyakitkan hati abang. Aku pun tak tunjukkan aku tak rela dinikahkan dengan abang dah sekarang ni. Walau aku berpura-pura ceria hanya aku saja yang tau remuk dan hancurnya hati aku. Ke mana abang pergi? lewat malam dia baru pulang setiap hari. Peliknya....

bersambung....