‘Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka’
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka’
Aku pusing stereng kereta ke tepi jalan. Lagu dari corong
radio menyusuk hati aku. Setiap baris lirik, setiap kata yang dinyanyikan bagai
mengejek aku. Sakit. Pedih. Bagai sebilah pedang yang berkilat dihuruskan pada
dada kiri aku, tepat di jantung. Lantas, secara perlahan-lahan dihuruskan tanpa
rasa bersalah. Ya, setiap baris lirik umpama seinci tikaman ke jantung. Sakit.
Aku pejam mata. Dalam gelap aku
nampak bayangan dia. Senyuman manis dia, berbaju kurung, bertudung litup dan
lesung pipit di kedua pipinya. Cantik. Manis. Dia buah hati aku, cinta hati aku
yang mencuri hati aku selama dua tahun ini. Aku masih ingat lagi masa hari
penikahan kami. Saat aku berjabat dengan tok kadi, aku sempat curi pandang ke arah
dia. Tika itu, wajahnya sangat berseri, mungkin ini yang dikatakan seri
pengantin. Hanya sekali lafaz, dia sah menjadi tulang rusuk yang aku cari-cari
selama ini.
Hari berganti hari, bulan
berganti bulan. Aku mula dapat sesuaikan diri dengan alam perkahwinan. Manis, pahit,
tawar, semuanya rasa aku telah lalui. Aku masih ingat, suatu hari yang lalu, saat
kami berdua dalam perjalanan balik ke rumah. Lagu ini sedang naik di mana-mana
corong radio. Berkumbang berbelas kali dalam sehari di stesen radio yang sama. Katanya
kepadaku, lagu ini sungguh bermakna. Setiap baris lirik mungkin akan mengiris hati
seseorang. Tapi mungkin juga lagu ini akan menjadi teman pengganti seseorang
apabila seseorang yang dia sayang telah tiada. Aku hanya mengangguk sahaja. Seperti
selalu, dia merajuk. Aku hanya ketawa, bukan aku tidak mahu pujuk, tetapi aku
suka melihat dia merajuk. Comel.
Tahun lalu adalah tahun pertama
kami sambut raya bersama. Dia adalah orang yang paling sibuk siapkan segala
kelengkapan. Warna ungu jadi tema raya untuk kami berdua. Masih terasa hangat
air mata dia jatuh ke tangan aku tatkala dia bersalam mohon maaf di pagi raya. Katanya,
dia banyak dosa. Dia takut tidak dapat sempurnakan tugas sebagai seorang isteri
mithali. Aku hanya tersenyum. Aku kucup dahi dia bisik di telinganya yang dia
cukup sempurna untuk jadi isteri mithali.
Namun bahagia yang aku capai
bukan sampai ke mati. Ya, aku sedar, aku hanya manusia yang mampu menyenaraikan
keinginan aku di dalam kepala, namun semuanya sudah ditentukan sejak azali
lagi. Dia sakit. Demam panas seminggu dan akhirnya menghembuskan nafas di
pangkuan aku. Tangan aku masih terasa jasadnya yang perlahan-lahan menjadi
sejuk beku lalu keras tak bernadi. Saat itu, aku hilang pertimbangan. Merasakan
dunia ini tidak adil. Aku hidup tapi hidup dalam derita. Derita merindu. Namun aku
kena teruskan hidup, masih tergiang di telinga aku katanya yang terakhir, pohon
untuk aku menjaga diri untuknya dan carilah pengantinya untuk hari tuaku dan aku
harus tunaikan permintaan terakhirnya. Cuba untuk teruskan hidup tanpanya, cuma
permintaannya untuk mencari penggantinya, aku tidak dapat tunaikan.
‘Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti’
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti’
Punat ‘power’
aku tekan. Kereta kembali sunyi. Lagu keramat menjadi bisu. Ada air mata yang gugur
dari kedua pandangan aku. Ada garis luka merindu di hati aku. Aku pejam mata
sekali lagi, cuba mencari kekuatan untuk meneruskan hidup. Gear satu ditolak, brek
tangan diturunkan, stereng dipusing. ‘Sayang, abang datang melawat sayang. Di pusaramu
sayang. Tunggu abang ya sayang.’
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti.’
2 comments
sedihnya kisah nie..:(
lama tak dtg sini... :)