Hari ini : 21 Jun 2012
Punat TV yang ada dilantai Maya tekan dengan kaki. Seringkali Maya mematikan kotak segi empat itu dengan mendadak apabila iklan yang dia paling menyampah disiar. Iklan dimana si badan besar mengecil jasa produk-produk kononnya dapat menguruskan badan tanpa perlu menjalani upacara menyedut lelemak di hospital.
“ Marah iklan
lagi?” Soal Ika yang baru keluar dari bilik. Tubuh yang sedap-sedap peluk itu
menuju bilik air yang terletak di dapur. Mukanya tergambar riak sinis. Maya terbungkam tanpa membalas sinisan biasa
yang dia dapat hari-hari. Kotak segi empat tepat berwarna biru coklat yang
mengandungi cecair tenusu berperisa coklat disedut dalam-dalam. Termasuk yang
ini, sudah 3 kotak dilahap Maya. Ia umpama vitamin untuk diambil hari-hari. Tanpa
jemu ditogok hari-hari dengan harapan dapat menambah saiz badan. Teori yang si kulit
putih bersih hasil genetik keturunan cina melayu ini cipta sendiri.
Ada yang kata, Maya
tidak bersyukur. Siapa kata! Dengus hati Maya
Imbas kembali: 2 bulan lalu
Imbas kembali: 2 bulan lalu
“ Kau ok tak?” Maya
yang sedang asyik mengelamun di meja tersentak bila ditegur dari belakang
sebegitu.
“ Hah? Aku ok saja. Kenapa? Kau nampak aku ada masalah kah?” Maya pula menujukan soalan.
“ Sepertinya. Aku tengok kau termenung saja.Ada masalah, bagitahu. Tak cukup duit nak
makan, pinjam dulu dengan aku.”
“ Tak ada apalah. Duit aku cukup untuk aku makan. Kau Nampak aku macam kebulur kah?”
“ Mana tahu, duit habis beli alat solek, baju cantikkan .
Lagupun kau ni dah lah kurus kering macam orang tak makan, di buatnya tak
makan, apa lagi yang tinggal pada badan kau?” Sinis ungkapan itu
kedengaran di telinga Maya.
“Ada , tinggal
kesabaran yang makin menipis.” Ujar Maya sambil mencapai beg tangan dan berlalu. Maya memang pantang bila ada
orang mempersoalkan tentang tubuh badannya. Ini bukan kali pertama Maya ditegur
kerana fizikalnya yang keding. Sudah banyak kali, dan makan masa bertahun Maya
dihujani soalan kenapa badan sekurus ini.
“ Sepertinya. Aku tengok kau termenung saja.
“ Tak ada apalah. Duit aku cukup untuk aku makan. Kau Nampak aku macam kebulur kah?”
“ Mana tahu, duit habis beli alat solek, baju cantik
“
'Heh, ingat aku suka-suka nak jadikan badan aku
sebegini?’ Kata hati Maya
yang membentak.
Maka sejak itu, dalam keadaan Maya yang tengah panas hati dia mencapai sekotak susu berperisa coklat kegemarannya dan menyedut rakus. Sedang tangannya bermain-main dengan kotak minuman itu, Maya terfikir satu perkara. Sambil matanya memerhatikan kandungan bahan minuman itu, dia mentafsirkan satu perkara. Susu, sesuatu yang menyihatkan untuk badan dan coklat bisa menggemukkan.
Lama dia duduk di
perhentian bas tersebut sambil berfikir. Tanpa mempedulikan mata-mata yang
memandang, malah tanpa menghiraukan bas yang baru saja tiba, Maya berpatah
balik dan menuju ke kedai runcit Uncle Don untuk membeli beberapa kotak lagi minuman
susu coklat.
3 minggu selepas 21 Jun 2012
Maya turun dari
penimbang berat badan dengan keluhan panjang. Setakat hari ini, baru 1.5
kilogram beratnya bertambah. Sasaran 5 kilogram untuk mendapatkan berat badan
ideal masih jauh. Ika, yang melihat gelagat Maya dari jauh hanya memandang
tanpa perasaan. Dalam diam dia mengejek Maya. Jelik.
Sehingga hari
ini, minuman susu coklatnya itu masih menjadi rutinnya. Pagi, tengahari, petang
dan malam sebelum tidur, tidak pernah dia lupa. Sudahnya, dia seakan ketagihan.
Sehari tanpa susu coklat menbuatkan dirinya lemau tak bersemangat. Ika pula tak
sudah- sudah memperlinya kerana banyaknya stok simpanan minuman itu di rumah,
umpama Mayalah duta kepada minuman susu coklat itu. Diam- diam, ada waktunya
Ika curi-curi mengambil beberapa kotak minuman itu. Maya tahu, cuma dia diamkan
sahaja.
Dengan berpakaian
sukan, dan tuala kecil di bahu, Maya keluar rumah untuk ke taman yang biasa dia
kunjungi untuk berjogging. Pemergiannya hanya di hantar oleh ekor mata Ika yang
sedang menonton televisyen.
Sebulan kemudian
Maya sedang
berjogging seperti biasa di taman. Misinya tetap diteruskan walaupun setakat
hari ini, hanya 1.5kg beratnya bertambah. Dia kelelahan. Tekaknya juga minta di
isi. Sedikit rasa kesal dalam diri Maya apabila dia terlupa membawa susu
coklatnya bersama. Yang ada,
cuma air mineral. Maya duduk di bangku yang tersedia.
Dari jauh, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan Maya. Lebih sebulan dia mengekori susuk badan gadis itu. Tidak kira di mana Maya berada, disitu dia ada. Hari ini, dia berhajat menegur gadis kulit putih bersih itu. Langkah kaki di atur perlahan menghampiri Maya yang sedang melepaskan lelah di bangku berhadapan tasik.

Dengan bersahaja,
lelaki itu duduk di bahagian bangku kosong yang di duduki Maya. Maya yang
sedang meneguk air mineral, tidak mempedulikannya, malah di enjakkan sedikit
punggungnya ke tepi. Menjauhi lelaki asing yang duduk di sebelahnya.
"Hai.”
Lelaki itu menyapa Maya.
Maya tersentak, berpaling ke arah lelaki itu. Dahinya berkerut.
“Ya?”
“Saya selalu tengok awak...err..disini.” Lelaki itu cuba memulakan perbualan. Namun, permulaannya agak pincang. Dia juga perasan banyak mata memerhatikan mereka.
“ Hah?” Maya menunjukkan reaksi terkejut.
“ Saya suka tengok awak. Nah, ambiklah ini.” Lelaki itu menghulurkan sekotak susu coklat. Beberapa hari mengekori Maya menyebabkan dia perasan minuman itu adalah kesukaan Maya. Tangannya mengunjukkan kotak minuman itu kepada Maya apabila tiada tanda-tanda Maya menyambut pemberiannya.

Maya mahu tidak
mahu, menerimanya. Walaupun hatinya meluap-luap ingin menikmati susu coklat
tersebut, dia cuba
bersabar. Mana tahu, lelaki tersebut
mandremkan dia dengan minuman susu coklat tersebut. Kotak minuman itu
diletakkan di sisi. Beberapa minit tanpa bicara, dan reaksi Maya yang
seolah-olah tidak senang dengan situasi itu, lelaki tersebut bangun menunjukkan
tanda mahu beredar.
“Jumpa lagi.” Kata lelaki tersebut lalu beredar. Maya tidak memberi sebarang reaksi.
“Jumpa lagi.” Kata lelaki tersebut lalu beredar. Maya tidak memberi sebarang reaksi.
Beberapa minit
selepas lelaki itu pergi, Maya juga bangun. Hari makin menginjak senja. Pemberian lelaki yang
tidak dikenali tadi dicapai. Sewaktu menapak menuju keretanya, Maya sempat
membaling kotak minuman itu ke dalam tong sampah hijau walaupun dalam hati
terasa sayang. Pintu kereta di buka dan dia pulang dengan sedaya upaya
menangkis bayangan lelaki asing dan susu coklat itu tadi.
Di kejauhan, di sebalik sebatang pokok sebesar pemeluk, lelaki tadi melihat kelakuan Maya sambil mengetapkan bibirnya.
Beberapa minggu
berlalu, Lelaki tersebut sering datang menemui Maya. Maya yang pada mulanya
tidak kisah, mulai rimas. Sudah beberapa kali lelaki itu di marahinya. Namun,
lelaki itu seakan tidak peduli.
Di rumah, Ika mengambil 2 kotak minuman Maya secara diam-diam. Senyap dan pantas. Dia tahu, Maya akan pulang bila-bila masa sahaja dari sekarang. Di bawanya kotak minuman itu masuk ke dalam bilik, dan lipatan di sisi kotak dibuka perlahan dan cermat. Satu picagari yang mengandungi sejenis racun dikeluarkan dan di suntik perlahan ke dalam kotak minuman itu. Separuh daripada kandungan dalam picagari di di masukkan. Separuh lagi, Ika masukkan ke dalam kotak kedua.
Selesai, dilekatkan kembali sisi kedua-dua kotak minuman tersebut dengan gam gajah. Dengan hati-hati dan cermat, kedua-dua kotak itu kembali pada asalnya tanpa ada kecacatan. Ika mengembalikannya pada tempat asal. Dia tersenyum kepuasan sambil melirik pada foto perkahwinannya yang melekat di dinding. Baginya, Maya tidak ubah seperti susu coklat ini juga. Keliru sama ada dia adalah susu ataupun minuman coklat.
Di daerah lain,
Kamal, lelaki asing yang menegur Maya di taman juga ingin menjalankan misinya.
Satu set alat solek yang baru dibelinya di buka. Memandangkan seringkali dia
susu coklat pemberiannya menjadi habuan tong sampah, dia beralih pada alat
solek. Kamal yakin, kali ini Maya tidak mampu menolak. Biarlah melayang wang
ringgit, asalkan hatinya puas. Dengan cermat, beberapa titisan cecair di
titiskan pada setiap bahagian alat solek yang mengandungi pembayang mata dan
pemerah pipi. Tidak lupa juga pada bedak padat. Setelah dipastikan ianya
meresap elok, kesemua alat solek berjenama mahal itu di bungkus cantik. Disertakan
sekeping kad yang menyatakan si penerima tanpa menulis siapa pengirimnya.
Hadiah itu kemudiannya di bawa keluar.
Maya yang sedang berehat menikmati susu coklatnya sambil menunggu masker di mukanya kering tersentak apabila loceng rumahnya di tekan bertalu-talu. Maya merenggus marah kerana menyangkakan Ika yang pulang dan terlupa membawa kunci. Pintu rumah di buka, namun tiada sesiapa di luar. Sebaliknya sebungkus hadiah berada betul-betul di kakinya. Maya mengambil hadiah tersebut dan kad yang terlekat padanya di buka. Di dalamnya hanya tertulis namanya tanpa menyatakan siapa si pengirim. Hadiah itu di bawa masuk.

Paginya, Maya
bangkit dengan penuh semangat. Seperti kelazimannya. Usai mandi, di sarung
skirt pendek paras paha dan kemeja berwarna kuning lembut. Hadiah berupa alat
solek di buka dengan teruja. Teruja kerana pertama kali menggunakan alat solek
yang berjenama mahal. Sedar yang dia agak kelewatan, dia bergegas ke dapur
mengambil sekotak minuman susu coklatnya lalu keluar untuk ke pejabat. Ika,
yang dari semalam tidak pulang ke rumah tidak dipedulikannya.
Jam menunjukkan
pukul 8.04 pagi. Kesesakan menyebabkan aliran kenderaan amat perlahan. Maya
kegelisahan sambil terus menyedut minuman susu coklatnya. Sudah menjadi
kebiasaanya menjadikan minuman itu pembuka hari. Kadangkala, tangannya
menggaru-garu mukanya yang terasa miang. Semakin lama, semakin terasa
kegatalannya. Selang beberapa minit, dia terasa perutnya pedih. Kerongkongnya
juga terasa hangat, panas seolah-olah terbakar. Maya semakin tidak tentu arah.
Rasa gatal bercampur dengan kesakitan menyebabkan dia menjerit lalu keluar dari
kereta. Bunyi hon kenderaan-kenderaan lain tidak dipedulikannya. Maya yang
terhuyung hayang tanpa arah tidak menyedari sebuah motorsikal sedang laju dari
arah belakang. Kedua-duanya tidak sempat mengelak. Keadaan menjadi hingar
bingar dan tidak tentu arah.
Ke esokan harinya,
berita kematian Maya menjadi muka depan di kebanyakan akhbar-akahbar tempatan.
Ika, rakan serumahnya juga di tahan untuk membantu siasatan. Dan terbongkarlah
apa yang tidak disangka-sangka.
Menurut kenyataan Ika, dia telah berkahwin dengan Mazlan 2 tahun lalu. Perkahwinan yang di atur keluarga di terima dengan hati terbuka dan redha. Namun ianya hanya mimpi. Sebulan tinggal bersama membuatkan Ika sedar yang suaminya bukan lelaki sejati. Suaminya terlalu ingin menjadi wanita dan perkahwinan itu hanya untuk memuaskan hati kedua ibu bapanya yang mahukan dia berubah kembali menjadi lelaki.
Akibatnya, Ika diabaikan oleh Maya atau nama sebenarnya Mazlan bin Mustafa dan ianya menimbulkan sakit hati yang lama tersimpan.
Di sebuah rumah, Kamal seorang yang songsang naluri seksualnya tersenyum puas. Sakit hati kerana keengganan Maya melayannya menyebabkan ’gadis’ itu menerima akibatnya. Walaupun bukan dia yang menjadi punca utama kematian Maya, dia tetap berpuas hati. Penolakan adalah sesuatu yang tidak boleh diterimanya.
Maya meninggal serta merta akibat hentakan pada kepala akibat dilanggar motor. Mati tanpa sempat racun itu bertindak balas sepenuhnya. Hasil bedah siasat telah membuktikan punca hilang arah Maya. Ika, isterinya terbukti bersalah berdasarkan penemuan cap jarinya pada kotak minuman susu coklat beracun yang di minum Maya. Nampaknya misi Maya atau Mazlan yang ingin menambah berat badannya melalui pengambilan susu coklat membawanya menemui ajal.

1 comment
lelaki rupanya.....wahwahwah