Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday, 3 February 2013

Bukan Pengganti - Episod 2

Episod 1

Penulis: Amienieya Yusof
Blog: http://mim-hasniyah.blogspot.com


“Nabil.” Nabil menoleh mendengar namanya dipanggil. Encik Helmi berdiri memandangnya bersama seorang wanita. Wanita itu… yang dipanggil ‘ibu’ oleh Akma tempoh hari.
“Ni Alia. Dia staff baru kat sini. Dia baru habis MA dekat England, tak ada jawatan yang sesuai dengan kelayakan dia dekat branch Kulim, so kita pindahkan dia ke sini. Di akan jadi System Analyst juga.” Encik Helmi memperkenalkan.
“Alia.” Alia memperkenalkan dirinya.
“Nabil.” Nabil juga memperkenalkan diri.
“Nabil ni kira senior awaklah, Alia. Kalau awak tak tahu apa-apa, tanya je dia. Dia dah hampir lima tahun kat sini.” Encik Helmi memberitahu.
“Jom, kita ke bilik saya kejap.” Ajak Encik Helmi. Alia menurut. Dia menuruti langkah ketuanya ke bilik pejabat sebelum kembali ke tempatnya.
Alia bersandar di kerusinya melepaskan lelah. Hari pertama bekerja, dia sudah berjumpa dengan pengurus, pengarah dan kesemua ketua jabatan. Kemudian, dia keluar makan tengah hari seketika sebelum masuk semula dan berjumpa pula dengan rakan-rakan sekerjanya. Tak pernah dia sepenat ini. Memang patutlah dia tidak bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam seperti yang dicadangkan oleh Dhiya dahulu. Dhiya tak apalah, memang begitu personalitinya.
“Hari pertama dah mengeluh?” Alia mengangkat wajahnya. Nabil sedang berdiri dengan sebuah kotak di tangan.
“Ada apa-apa yang saya boleh tolong?” soal Alia. Setahunya, hanya Nabil dan dia sahaja yang bertugas sebagai System Analyst di syarikat ini. Jadi, pastilah Nabil akan memberikan dia kerja untuk dibuat bukan?
“Tak ada. Saya nak ke bilik mesyuarat. Awak boleh kemas meja dulu. Mungkin esok ada kerja untuk awak.” Nabil bersuara sebelum berlalu pergi. Alia hanya menghantar dengan pandangan. Hari pertama yang memenatkan. Nasib baiklah tak ada kerja yang perlu dilakukan. Alia menyambung kerjanya mengemas meja kerjanya. Dan dia perlu menghadapi kesesakan lalu lintas di atas jambatan pula sebentar lagi. Lebih memenatkan.
******************************************************************************
“Mama, Angah bukan tak nak. Tapi Angah dah bayar yuran taska Akma sampai bulan depan. Lepas tu, Angah hantar dia duduk dengan mama. Angah janji.” Nabil bersuara sekali lagi meyakinkan mamanya. Dalam minggu ini sahaja, hampir setiap hari mamanya menelefon bertanyakan tentang Akma. Hampir setiap hari jugalah dia memberi jawapan yang sama.
“Dah dua minggu tau mama tinggalkan kamu dengan Akma. Mama ni kasihan dengan kamu, dengan Akma. Bukannya mama sengaja nak pisahkan kamu.” Puan Dina masih tidak berpuas hati.
“Mama, macam ni. Hujung minggu ni, Angah balik ambil mama. Mama tinggal dengan Angah sampai hujung bulan depan. Lepas tu, Angah hantar mama dengan Akma balik. Mama sabar kejap je. Boleh, ma?” Nabil memujuk. Dia memasang enjin keretanya namun tidak berjaya. Berkali-kali dia mencuba namun tetap tidak berjaya.
“Ma, nanti Angah telefon mama balik. Angah nak ambil Akma ni. Assalamualaikum.” Nabil memutuskan talian dan memeriksa keretanya. Bila agaknya kali terakhir dia memeriksa kereta ini, dia kurang pasti. Seketika, dia kahirnya teringatnya yang dia sudah lama tidak menukar bateri keretanya. Sudah dua kali perkara ini berlaku, dia perlu lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Nabil melirik jam tangannya. Sudah hampir jam enam petang. Dia perlu menghantar keretanya ke bengkel. Dia tidak berjanji dengan Puan Rashidah, guru taska Akma untuk menjemput Akma lewat hari ini. Nabil mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Taska Ceria. Dia perlu memberitahu kelewatannya pada Puan Rashidah.
“Nabil?” Satu suara menegur. Nabil menoleh. Alia berdiri di belakangnya. “Kenapa?” soal Alia.
“Bateri kereta saya ni hah. Saya dah lama tak tukar. Enjin tak boleh start.” Nabil memberitahu.
“Nak cuba jump start?” Alia menawarkan.
“Boleh juga.” Nabil bersetuju. Sementara Alia memandu keretanya ke sini, Nabil memaklumkan pada Puan Rashidah tentang kelewatannya dan memohon maaf. Seketika kemudia, Alia tiba bersama-sama keretanya.
Mereka membuat jumpstart beberapa kali namun masih tidak berjaya. Akhirnya, Nabil membuat keputusan untuk menelefon bengkel. Sementara menunggu, mereka berbual seketika. Seketika kemudian, sebuah trak penarik tiba dan kereta Nabil dibawa ke bengkel.
******************************************************************************
“Alia, nak lunch sekali tak?” Liza mengajak.
“Tak apalah, kak. Saya bawa bekal dari rumah.” Alia menolak. Hari ini dia sengaja membawa lebihan lauk yang dibekalkan emaknya semalam. Boleh sahaja dia simpan di dalam peti, dan panaskan untuk makan malam, tetapi dia sudah lama mengidam masak lemak ketam air tangan emaknya ini.
“Akak turun dululah macam tu.” Liza meminta diri.
Alia berlalu ke pantri untuk menikmati bekalnya. Dia masuk dan duduk di meja yang disediakan. “Eh, Alia. Bawa bekal hari ni?” Alia tidak menoleh dan membuka bekal yang dibawanya. Dia hanya mengangguk. Tidak perlu menoleh dia sudah tahu itu suara Kak Ainon, dikenali sebagai mami jarum yang suka menyebarkan gossip ‘hangat’ di seluruh pejabat.
“Alia, kamu ni dah ada boyfriend?” soal Ainon memulakan soal siasatnya.
“Tak ada. Kenapa?” soal Alia malas.
“Semalam akak nampak kamu dengan Nabil dekat basement. Bukan main mesra lagi. Ada apa-apa ke?” soal Ainon lagi.
“Tak ada. Kereta dia rosak. Saya tolong je.” Alia masih menjawab walaupun dia ingin sahaja lari dari situ. Tak hadam makanannya di hadapan wanita ini.
“Mula-mula tolonglah. Lepas tu, keluar makan. Lepas keluar makan, keluar dating. Jaga-jaga, Alia. Nabil tu duda anak satu. Tak sesuai dengan kamu. Kamu bujang lagi. Lainlah macam aku ni. Janda.” Ainon tersenyum lebar.
“Kami tak ada apa-apa pun, akak. Dia tu kawan satu pejabat dengan saya. Takkan menolong pun salah? Kalau akak nak, akak pergilah ngorat dia. Bukannya kacau saya tengah makan ni.” Alia menutup tupperwarenya dan berlalu keluar. Malas mahu melayan kata-kata wanita itu yang akhirnya menyakitkan hatinya sendiri.
“Sombong.” Ainon mencebik.
******************************************************************************
“Ayah, dah lambat.” Akma menarik tangan ayahnya yang masih sibuk mengemas barang-barang ke dalam beg galas miliknya.
“Sekejap sayang.” Nabil mencapai beg komputernya dan menutup pintu rumah. Mamanya sudah pulang kembali ke rumah lebih awal kerana adiknya bersalin dua malam yang lalu. Dia sudah berjanji untuk menghantar Akma pada mamanya hujung minggu depan setelah bayaran yuran anaknya itu tamat.
Nabil mendukung Akma masuk ke dalam kereta dan memandu keluar. Dia menutup pintu pagar dan memandu ke Taska Ceria. Hari ini pula, dia perlu menyiapkan pelan baru untuk projek yang baru sahaja diterima oleh syarikatnya semalam. Nasibnya baik kerana kali ini, Alia juga sama-sama bekerja, jadi mungkin mereka boleh menyelesaikannya dengan lebih cepat dari kebiasaan.
Selepas sahaja menghantar Akma ke taska, dia terus memandu ke pejabat dan memulakan kerjanya. Alia tiba 30 minit kemudian dan mereka mula membuat perbincangan dan membahagikan tugas masing-masing.
“Alia, tolong buat copy untuk dokumen ni.” Nabil menyerahkan beberapa helai kertas pada Alia yang sedang menulis sesuatu ke dalam pelan mereka.
Alia segera menuju ke mesin fotokopi manakala Nabil menyambung kerjanya menaip data ke dalam komputer. Seketika kemudian, telefon di atas meja Alia berbunyi. Nabil segera mencapai gagang dan menjawab panggilan tersebut. “Selamat pagi. Syarikat YAT di sini. Boleh saya bantu?”
“Boleh saya bercakap dengan cik Dahlia Aqilah?” soal si pemanggil.
“Cik Dahlia Aqilah?” Nabil memastikan.
“Ya saya.” Pemanggil tersebut segera mengiyakan. Nabil mengerutkan dahinya seketika. Siapa Dahlia Aqilah? Alia kembali ke tempatnya. Nabil segera menyerahkan gagang pada Alia.
“Dia nak cakap dengan cik Dahlia Aqilah.” Nabil memberitahu.
Alia ketawa kecil dan mencapai gagang tersebut. “Ya, saya Dahlia Aqilah. Ada apa yang boleh saya bantu?” soal Alia.
Tergamam Nabil seketika. Nama penuh Alia, Dahlia Aqilah rupanya. Dia tidak pernah tahu nama sebenar wanita itu memandangkan kesemua pekerja di pejabat memanggilnya Alia. Padahal, sudah hampir dua bulan mereka bekerja bersama-sama. Seketika kemudian, Alia mematikan talian.
“Siapa?” soal Nabil sambil menyambung kerjanya.
“Bahagian Human Resource. Saya belum hantar slip KWSP bulan lepas.” Alia memberitahu.
“Saya tak pernah tahu nama penuh awak.” Nabil memberitahu jujur.
Kata-kata itu disambut dengan tawa kecil dari Alia. “Baru tahulah tadi?” soalnya.
“Lebih kurang.” Nabil membalas dengan senyuman.
“Kalau macam tu, biar saya perkenalkan diri sekali lagi. Nama saya Dahlia Aqilah binti Azzam. Panggil je saya Alia.” Alia ketawa. “Maaflah sebab saya tak kenalkan diri betul-betul dulu.”
Nabil hanya tersenyum kecil dan menyambung kerjanya. Masuk waktu makan tengah hari, Alia meminta diri untuk keluar makan tengah hari. Alia bersama-sama Liza menuju ke restoran yang selalu mereka kunjungi di hujung bangunan tersebut.
“Kak, saya tanya sikit boleh?” soal Alia.
“Tanya apa?” soal Liza semula.
“Fasal Nabil.” Alia menjawab.
“Berminat ke?” soal Liza dengan senyuman nakal.
“Bukan. Saya cuma pelik. Dah dua bulan saya kerja dengan dia, hari ni baru dia tahu nama saya. Hari tu pun macam tu. Bateri kereta dia habis dekat basement. Sampai tak boleh nak jumpstart. Setahu saya orang lelaki peka kan bab-bab macam tu. Tapi dia macam tak kisah pun. Dia macam… hidup dalam dunia sendiri.” Alia membuat kesimpulan.
“Dia memang macam tu. Dulu, waktu awal-awal dia kerja kat sini, dia okay je. Lepas arwah Balqis meninggal tu, dia macam berubah. Dia macam tak ambil tahu sangat fasal dunia luar.” Liza memberitahu.
Innalillahi wainna ilahi raji’un. Siapa Balqis?” soal Alia ingin tahu.
“Balqis tu isteri Nabil. Dia meninggal setahun lepas diorang kahwin.” Liza menerangkan.
“Kenapa?” soal Alia lagi.
“Bersalin. Lepas tu Nabil dah tak macam dulu lagi. Dunia dia cuma kerja dan rumah je. Syarikat punya social event pun dia tak pernah ikut. Mungkin sebab Balqis dulu kerja kat sini jugak.” Liza memberitahu.
“Dia kerja apa?” Alia masih mengorek rahsia.
System Analyst. Tempat kamu duduk sekarang, itulah tempat arwah Balqis dulu. Diorang memang kawan sejak universiti dan ditakdirkan dapat bekerja sebagai System Analyst dalam satu syarikat yang sama. Nabil pulak dah janji kalau diorang dapat kerja sebagai System Analyst dalam syarikat yang sama, dia akan kahwin dengan Balqis. So, diorang pun kahwin. Tapi sayang, jodoh diorang tak lama. Setahun lepas tu, Balqis meninggal selepas lahirkan anak diorang.” Panjang lebar Liza bercerita. Alia tekun mendengar.
“Kamu ni berminat ke dengan Nabil tu? Eloklah, kamu pun bukannya muda banyak dari dia. Setahun dua je. Kalau kamu sanggup jaga anak dia, trylah flirt. Mana tahu dapat, boleh akak makan nasi minyak kamu. Boleh jugak makan nasi minyak Nabil sekali lagi.” Liza mengusik.
“Ke situ pulak akak ni. Tak adalah.” Alia segera menafikan usikan Liza. Mereka ketawa dan menghabiskan makanan sebelum kembali ke pejabat.

bersambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...