Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Friday, 1 February 2013

be mine




Peluh yang menitik-nitik di dahi Rizki hanya diseka tanpa berfikir panjang. Hilang sudah bau haruman yang disembur ke tubuhnya sebentar tadi. Cair juga gel rambut jenama Gatsby yang digomol habis pada rambut yang sejemput. Baju kemeja berlambangkan cupid yang ada di poket baju juga sudah nampak ronyoknya. Semuanya dilakukan semata-mata kerana Julia. Gadis manis yang telah berjaya membuka pintu hatinya untuk bercinta lagi setelah putus empat kali. Nampak benar, Rizki malang dalam perihal cinta. Tapi itu bukan alasan untuk Rizki berputus asa dalam cinta. Dia percayakan cinta. Dan untuk sesuatu yang bernama cinta, dia haruslah sabar untuk mengecapi manisnya.

“Hamboihhh Rizzzz, bukan main sakit hidung aku bila kau sembur minyak wangi tu. agak-agaklah Riz, aku taknak kau kecewa lagi. karang tak pasal-pasal kau balik, tertonggeng-tonggeng kau menyesal. Sebabnya si Julia tu taknakkan kau,” Lil bagi amaran. Tidak mahu lihat sahabatnya bersedih lagi.

“Eh, kali ni tak punya..aku percaya,”

“Rasanya, ini dah kali ke empat kau cakap macam tu. dulu dengan si Bedah, Mim dengan Nancy, gitu jugak ayat kau. tup-tup, kau tertonggeng jugak. Depa tu kalau suka dekat kau pun bukan sebab kau, tapi sebab ni ha...” Lil menundingkan jari telunjuknya ke kepala rizki , “ada paham??”

“Maksud kau otak aku?” tanya Rizki mahukan penjelasan yang jelas.

“Ha a lah, apa lagi. kau kan bijakkkk 4.0. jadiii, kalau diorang nak dekat dengan kau pun, semuanya sebab nak kau siapkan assignment kau, tak lebih tak kurang..full stop,”

“Alahh, tu dulu, lainn. Sekarang ni lain. Ini Julia, Julia tak macam tu.”

Julia tak macam tu ke? Apa betul ke sangkaan Rizki selama ini. seingat dirinya, apa saja keputusan yang di buat oleh Rizki selama ini semuanya berlandaskan membabi buta. Tiada yang praktikal dan berlandaskan kewarasan. Mungkin kerana Rizki terlalu obses dengan sifat yakin diri yang tersemai di dalam jiwanya sejak dulu membuatkan dia percaya apa saja yang dikatakan perempuan. Adakah itu yang menyebaabkan dia bodoh dalam menilai.

“Dalam pelajaran mungkinlah kau genius Riz, tapi dalam bab-bab love story ni, aku rasa kau tak khatam lagi lah kawan..” Lil menepuk bahunya sebelum beransur keluar dari bilik.

Lamunan yang sebentar tadi terhapus dari ingatannya. Biarpun kata-kata Lil banyak benarnya, tapi patutkah kata-kata itu dijadikan penghalang buat Rizki pergi menemui Julia. Lebih-lebih pula setelah dia bersiap agak sakan begini.

“Julia tu, kenal kau pun tidak. Sekurang-kurangnya kalau suka pun, kenal-kenalkanlah diri kau tu dulu..” sempat lagi Lil bersuara di balik pintu yang sudah hampir terkatup rapat. Potong stim betul, bisik hati Rizki. Rasa kurang enak mula bermain-main di dalam hatinya.

Kehadapan cik julia,

Seandainya cik julia seperti apa yang saya fikirkan, saya berharap sudilah kiranya cik julia berkawan dengn saya. Biarpun hanya dengan berutus surat, mahupun membalas email. Cara lama mungkin lebih baik buat kita. Di harap Cik Julia sudi seikhlasnya.

Secret admire

Rizki klik send. Dari mana dia mendapat email Julia. Itu tak perlu ada yang tahu. Terkekek-kekek Lil dari atas katil dua tingkat. Apa yang ditertawakan oleh temannya, itu dia kurang pasti. Yang pasti, ada buku di tangannya temannya itu. mungkin ada cerita lucu yang tergambar di dalam buku itu yang membuatkan Lil tidak henti-henti terkekek.

“tak sangka aku, dah pandai tulis surat rupanya romeo ni,” Lil tertawa lagi.

Seakan terkena batang hidung, kedua belah pipi Rizki menjadi merah.  Dia sempat menjeling Lil yang membelakangkan tubuhnya agar tidak dilihat. Perli aku ke apa mamat ni? Marah Rizki dalam hati.
Ting!! Ada mesej yang masuk. Cepat-cepat Rizki membacanya.

Kehadapan secret admire,

Saya sudi untuk berkawan dengan siapa saja, biarpun dia orang yang saya tidak kenali. Tetapi adalah lebih manis jika sekiranya si tuan email memperkenalkan dirinya agar tiada anggapan tidak elok di kemudian hari.

Julia

Rizki terkebil-kebil membaca. Julia nak jumpa aku ke? Ke aku yang salah tafsir? Rizki membuat kesimpulan sendiri.

Kerana itu, hari ini dia masih terus berlari. Berlari untuk bertemu dengan Julia. Julia yang mungkin akan mengubah masa depan percintaannya.

Good Luck my friend,” Lil menarik kerusi yang ada di hadapannya.

“Ni ikhlas ke tidak ni?” tanya Rizki

“Ikhlas lah wehh. Kalau tak ikhlas, takkan aku cakap good luck,”Lil tersengih-sengih.

“Kalau ikhlas tak apalah, manalah tahu, kau perli aku ke apa ke...biasalah, aku kan luruss...” selesai menyarung kasut yang baru dibeli semalam. Rizki bangun mendapat beg yang tergantung di dinding. Ada garis senyum nakal di bibir Lil, senyum yang dia sendiri tahu.

Jam di tangan di belek lagi. kakinya masih pantas berlari. Takkala letih menguasai diri, handphonenya berbunyi. Ada tanda mesej masuk.

Dekat mana? (Lil)

Rizki pelik. Tapi bukan mengganggu. Dia membalas.

Taman (Rizki)

Dah jumpa Julia (Lil)

Belum, motor aku pancit..(Rizki)

Pancit..dah tu, kau naik apa tadi? (Lil)

Rizki tersengih. Sayang juga Lil pada dirinya.

“Lari...”(Rizki)

“Kau lari!! Gila~ (Lil)

“Tak apa demi Julia..:)” (Rizki)

“Humm, ye lah tu, nampak sangat dah kemaruk,ok, bai” (Lil)

Rizki masih lagi tersenyum.

***

“Bunga bukan sekuntum Riz, banyakkk...”

“Bunga tu memanglah banyak, tapi bukan nak kat aku pun..”  Rizki sedikit kecewa. Lil yang faham benar dengan sikap dan kesedihan yang menimpa temannya itu terus memujuk. Kalau tidak kerana Lil, pasti kini dia sudah patah hati.

“Apa kata kau berkenalan dengan kawan aku punya kawan perempuan,”

“Kawan kau punya kawan perempuan? Siapa?” Rizki ingin tahu.

“Adalah, nama dia Julia seingat aku. Cantik, tak materialistik..sesuailah kut dengan kau,”

“Ye ke..boleh...boleh...aku ok jek. Janji tak gila,” Rizki kembali gembira.

“Tapi kau jangan berharap sangat pulak...julia tu pun bukan aku kenal sangat. Kenal gitu-gitu je,”

“Its ok, janji tak gila...yang lain semua boleh bikin...”Rizki sengih.

“hamboihh, kau ingat awek nih mainan ke apa, boleh nak bikin-bikin..” lil menjeling tajam.

“aku bergurau je lah...” Rizki tertawa kecil. Mungkin kerana terlalu excited, malam itu dia tidur sambil bibirnya mengukir senyum.

***

Sedikit saja lagi dia akan sampai ke tempat pertemuan buat pertama kalinya dengan Julia. Jantungnya berdegup kencang seakan mahu tercabut. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, kali ini, perasaan terujanya seakan melampau-lampau.

Di tepi pokok, di hujung padang, duduk seorang gadis berkurung cotton kuning cair sedang melayan perasaan. Rambut hitam pekat yang melepasi bahu berliang liuk ditiup angin petang , membuatkan gadis itu sedikit terganggu. Ikat getah yang ada di dalam poket di bawa keluar lalu di tocang rambut yang agak nakal. Selesai, si gadis kembali memandang ke tengah padang, melihat beberapa remaja sedang galak mengejar bola nan sebiji.  Si gadis tersengih.

Rizki yang semakin mendekati si gadis tadi mula melangkah perlahan. Terketar-ketar kakinya saat itu, tidak pasti mengapa. Mungkin kerana terlalu gemuruh. Biasalah, pertama kali bertemu gadis yang belum pernah dilihatnya. Blind date. Kalau gadis itu hodoh bagaimana? apa yang patut dia lakukan. Lari...atau, buat-buat tak kenal.

“Riz,” si gadis memanggil

Rizki kenal suara itu, tak mungkin. Dia menoleh pantas. Memang tak mungkin, dia hampir pitam.

“lil!!!, kau buat apa dekat sini?” Rizki menjadi semakin bingung.

“Saya julia, bukan Lil...”

“Kau jangan nak membohonglah, Lil. Kau ni dah kenapa, nak main-mainkan aku ke apa,kalau dah jantan tu, buatlah cara jantan, nak berlagak jadi perempuan tu apahal pulak!!” hatinya sudah menjadi semakin panas.  Tanpa berfikir panjang, dia terus melangkah meninggalkan si gadis tadi yang masih terkulat-kulat. Saat itu, bahunya digenggam kemas. Dia yang tadinya berjalan pantas, tersentak dan terhenti. Perlahan-lahan Rizki menoleh. Apa yang dilihatnya kini benar-benar di luar jangkaannya. Bermimpikah aku?

“Aku Lil, ini Julia...adik kembar aku. Dulu kau pernah kan tanya aku, kenapa suara aku macam awek? Bila aku cakap ni memang dah darah keturunan, kau bantai gelakkan aku. Kau ingat lagi tak??” Lil menekan suaranya. Rizki mula menggaru kepala. Terasa seperti ingat.

“Mungkin sebab aku ni berkembarkan perempuan, sebab tu suara aku macam tak pecah sejak dulu. Macam ayu bak kata kau. tapi tu aku tak kisah, sebab kau still nak kawan dengan aku, kau jujur. Dari sebab tu jugaklah, aku terniat nak kenalkan kau dengan Julia. Sebab aku percaya, Julia akan bahagia di sisi kau,”Lil menjeling Julia yang tertunduk malu. Rizki yang sudah hilang rasa marahnya juga tersengih-sengih menahan malu. Semua kerana sikapnya yang suka membuta tuli. Kan dah malu sendiri.

“Jadi apa kata kau?” Lil menyoal

Waktu dan ketika itu, Rizki merapati dirinya ke sisi sebelah Julia.  Keadaan itu membuatkan Julia sedikit canggung. Ada bisikkan yang terluah di cuping telinganya.

“Julia, be mine, please...” lembut, dan ada keikhlasan di tengah perkataannya itu. Julia sedikit tersipu. Ada angguk kecil yang mengiringi.

Rizki dah berjaya...




2 comments

Kembar laki pompuan upenye? Hehehehe....igtkan Lil tu saiko tadi. Hahahaha!

best!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...