Sambungan kepada : Cik Maid,I Need You! Ep2
“Tolong..!”,pinta Mirza. Beberapa orang nurse
datang membantu, salah seorang dari mereka membuka pintu untuk ke bilik doktor.
Mirza masuk dan meletakkan Qibthiya, seorang doktor lelaki masuk lalu memeriksa
Qibthiya.
Mirza
duduk di kerusi didalam bilik doktor tersebut. “Kenapa dengan dia doc? Is she
okay?”,tanya Mirza sebaik sahaja doktor tersebut selesai memeriksa Qibthiya.
“Jangan
risau,dia senggugut. Badan dia lemah,tu yang dia pengsan. Suhu badan dia pun
naik”,
Mirza
dan doktor tersebut berpaling kearah katil sebaik sahaja terdengar suara
Qibthiya yang sudah sedar. Qibthiya bangun dan menekan perutnya, dia memandang
Mirza yang kelihatan gelisah.
“I’m
okay!”,kata Qibthiya kepada Mirza.
“Qibthiya?”,panggil
doktor tersebut.
“Amir?
Amir ni kan?”, soalan dibalas soalan. Doktor tersebut angguk dan senyum lebar.
“Dah buka klinik? Wow..”,Qibthiya teruja,sakit tadi melayang entah kemana.
“Tak
sangka jumpa kat sini. Dan ni your brother ke?”, tanya Amir sambil melihat
Mirza.
“Nope,
I’m Mirza,her future husband”,
“Owh...”,balas
Amir pendek. Mukanya nampak lain, “Ok check-up dah siap. Boleh ambil ubat kat
kaunter”,
“Ok,thanks
Amir. Aku suka sangat dapat jumpa kau. Terima kasih!”,ujar Qibthiya. Mirza
bangun dari tempat duduk,dia keluar sebaik sahaja Qibthiya keluar. Setelah siap
membayar,mereka masuk ke kereta. Mirza membuka pintu kepada Qibthiya, dari jauh
Amir memerhati kelakuan mereka.
“Gila
la awak ni,ada patut kata macam tu kat kawan saya. Awak tak nampak muka dia
berubah terus?”,Qibthiya tergelak besar.
“Kawan
masa kat mana?”,
“Edinburgh
la.. tapi dia tu senior la,dia habis tahun lepas. Mana awak tahu saya study
situ?”,
“Assume
je..”,balas Mirza pendek.
“Nonsense~!”,
-----
Pagi
itu Mirza masuk pejabat dengan satu perasaan baru. Yelah, hari ni dah rasmi
Mirza sebagai CEO syarikat. Rasa macam semalam baru Tan Sri Ismail umumkan
penyerahan tersebut. Kerusi CEO ditarik, “Bismillah.. Permudahkan semua
urusanku Ya Allah..”, doa Mirza di dalam hati ketika duduk di kerusi baru
tersebut.
“Morning
boss.. Kopi”,
“Ermm..
bodek la tu”, perli Mirza kepada Nazir.
“Mana
ada boss, ni dokumen financial syarikat kita untuk bulan lepas. Saya dah buat
baik punya”,ujar Nazir selaku pengurus kewangan Ismail Group.
“Target
bulan ni berapa?”,
“Boss
tambah 50% dari jumlah profit bulan lepas”,
“Hurm,banyak.
Tapi ingat sikit Nazir,kita ni pembekal utama raw material untuk pembinaan di
Malaysia. Kita dah tembus Singapura,Indonesia dan lepas ni Thailand. Aku tak
nak dengar ada customer complaint pasal urus niaga kita,barang-barang kita. Yang
paling penting, jangan buat ‘taik’ dengan customer. Kalau customer
mengadu,ambil perhatian dan janga cepat melatah”,
“Baik
boss, customer is always right. Right boss?”,
“Tahu
pun,ok pergi buat kerja. Aku tengah nak adapt dengan tempat baru ni”, kata Mirza.
Nazir
tersengih-sengih, “Boss,satu lagi. Qibthiya macam mana sekarang? Kat mana dia?
Boss tak declare apa-apa lagi ke dengan dia?”,
“Mengarut
apa ni? Dia tolong malam tu jelah,then langsai. Lagipun aku dah cakap awal-awal
kat dia kan”,
“Boss
taknak,aku nak. Ok boss,chow!”, Nazir keluar dari bilik Mirza. Fikiran Mirza
terus tak tentu hala,dia tahu Nazir sekadar melawak tetapi Mirza tidak suka
dengan lawak tu.
“Balik
dah encik.. penat encik?”, tanya Qibthiya sebaik sahaja Mirza masuk ke dalam
rumah. Briefcase Mirza dicapai, Mirza berlalu lalu duduk di sofa empuk. “Nak
air?”,tanya Qibthiya lagi.
“Dari
awak duk soal-soal,baik ambik je. Saya bukan puasa pun hari ni”,
“Tanya
pun salah ke.. mana tau dah minum ke”, bebel Qibthiya lalu berlalu ke dapur.
Selepas makan malam pada malam itu, Mirza sudah tidak menegurnya seperti malam
itu. Dia kembali kepada biasa. “No smile again!”,Qibthiya menyampah tengok
Mirza yang tak suka senyum bila balik. Kalau kat luar,bukan main senyum hingga
telinga. “Nah minum.. kalau nak makan,pergi dapur. Makanan dah ada bawah saji.
Cuma sambal yang encik suka semalam tu saya dah masuk peti,kalau nak makan
sambal tu, encik pandai-pandai la panaskan sendiri”,
Mirza
tersedak terdengar ayat last Qibthiya,tersembur sedikit air jarang dari
mulutnya, “habis awak nak buat apa? Kenapa awak tak panaskan je untuk saya?”,
“Saya
banyak kerja,saya nak angkat kain kat jemuran,saya nak kemas bilik membaca
encik lagi,saya nak basuh baju encik yang berlambak tu lagi”,
“Pagi
tadi awak buat apa?”,
“Baik
saya ingatkan encik,bukan encik sorang dalam rumah ni. Ada Tan Sri,Puan
Sri,baju-baju mereka saya kena basuh asing.Rumah ni pulak bukan sebesar reban
ayam, so banyak tempat kena bersih. Kolam renang tadi yang besar tu pun saya
sental. Encik apa tahu...”,
“Merungut
la? Elok la awak banyak kerja,tak la bela lemak sangat. Mak Minah mana?”,
“Encik
tengok saya gemuk ke? Bukan saya ni type model ke?”,Qibthiya angkat kening.
Mirza balas angkat kening juga, “Mak Minah kan? Dia balik,cucu dia balik ke
rumah semalam. So dia off tiga hari,Tan Sri dah izinkan”,
“Emm..pergilah
buat kerja. Saya nak tidur jap,kejap lagi kejutkan saya”,
“Berapa
minit?”,
“30
minit. Jangan lupa kejut”, Mirza terus merebahkan badannya ke sofa. Terus
lelap.
Sementara
menunggu 30 minit berlalu,Qibthiya sibuk mengemas sekitar kolam renang. Ladang
mini untuk pokok liar seperti orkid juga dirapikan, dia sangat sukakan
tumbuh-tumbuhan. Segala masalah dalam kepala boleh hilang kalau dia dah
habiskan masa dengan pokok-pokok.
“Mirza..ehh
dah lewat. Mati lah aku!”,tergopoh-gopoh Qibthiya masuk ke dalam rumah selepas
menyedari dia sudah melebihi waktu 30 minit. “Aduhh, encik bangun. Lewat dah ni
encik, karang saya tak kejut karang encik marah saya pulak.
Encik..encik...”,Qibthiya menolak bahu Mirza lembut. “Tido mati ke apa dia
ni..geram betul aku”,bebel Qibthiya perlahan. Mirza masih tidak bangun, mata
Qibthiya melirik kepada water spray diatas meja kopi. Dia tersenyum..
“sitsss...sitsss...”,Qibthiya spray muka Mirza menggunakan water spray.
“Apa
ni awak!”, marah Mirza tetapi sebenarnya dia bukan nak marah sangat. Terkejut
je lebih!
“Bangun..
dah lebih 30 minit”, kata Qibthiya dan berlalu. Sedikit pun tidak kelihatan
bersalah. Dalam hati, “Yabedabeduuu~~~~~~~”.
“Sewel
la minah sorang ni,harap mengaji je tinggi”,
6 comments
OK, continue plz.... hehe
ya lah...tak sabar nak baca seterusnya. Indah susunan bahasanya...
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
nakal la perempuan itu
ai loike
@azzpinky ok. turn seterusnya 7hb :)
@ckLah @xiiinam terima kasih awak :) ada cadangan boleh inform saya di ruang chat personal blog ye :)
selamat hari raya :))
@Iffah Afeefah u loike??? lega..lega..haha..tq.