Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday, 12 August 2012

Cinta Kopi dan Coklat


Satu cawan mug kopi diletakkan di hadapan lelaki itu. Dia tersenyum sambil melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu. Dia memandang wajah lelaki itu yang khusyuk dengan kamera Nikon D3000 nya. Langsung tidak menghiraukannya. Khusyuk dengan ‘cinta’ pertamanya. Banyak kali juga dia makan hati dengan lelaki itu. Akhirnya dia mencapai buku yang baru dibelinya semalam. Dia kemudian menghirup minuman coklatnya. Lelaki di sebelahnya masih lagi tidak menghiraukannya. Akhirnya dia berdehem, mahu mengambil perhatian lelaki di sebelahnya.

Ehem.. Ehem.” Lelaki itu menoleh. Rancangannya berjaya. Dia tersenyum.

Yes dear?” Hisyam memandang isterinya. Isteri yang baru dinikahi sebulan yang lalu selepas menyulam cinta selama setahun. Hani tersenyum memandang suaminya.

Kenapa awak suka kopi sangat?” Hani mengeluarkan soalan. Dia hairan mengapa lelaki yang dikenalinya ini begitu gemarkan kopi dan juga kamera DSLR. Dia hairan.

Hisyam tersenyum mendengar pertanyaan isterinya. “Kenapa awak suka coklat?” Hisyam menyoal Hani. Hani tersenyum. Ah… Hisyam tidak pernah berubah. Setiap kali dia mengajukan soalan yang dirasakan Hisyam tidak penting, Hisyam akan bertanya soalan kepadanya kembali.

Entah, coklat tu buat saya gembira. Macam awak.” Hani tersengih. Hisyam tersenyum mendengar jawapan isterinya. Sudah mengagak jawapan itu yang terkeluar dari mulut isterinya.

Samalah macam saya. Kopi buat saya gembira. Satu hari tanpa kopi ibarat satu hari tanpa awak.” Hisyam mencuit hidung isterinya. Hani tersenyum mendengar jawapan suaminya.

Dan kamera?” Hani menyoal lagi. Dia memandang kamera Nikon D3000 di tangan Hisyam. Kadang kala dia pernah merajuk dengan Hisyam yang lebih gemar habiskan masa dengan kameranya berbanding dengannya. Setiap kali mereka keluar, setiap kali itulah kamera itu akan menjadi ‘pihak’ ketiga. Dia tahu Hisyam gemar mengambil gambar. Kadang-kadang pernah jua Hisyam mahu mengambil gambarnya, namun dia tidak minat bergambar. Bergambar itu bukan hobinya. Dia boleh kira berapa kali gambarnya ada dalam simpanannya.

Cuba awak bagitahu saya kenapa awak suka buku, suka menulis?” sekali lagi Hisyam memulangkan soalan kepada Hani.

Sebab saya suka menulis. Menulis itu kepuasan saya. Saya suka membaca. Buku teman saya.” Hani mengukirkan senyuman kepada Hisyam.

Hisyam tersenyum. Dia tahu hobi Hani, menulis dan membaca. Dia tahu Hani punya sebuah blog. Dia tahu Hani gilakan buku, sepertimana dia gilakan kamera.

Jadi,…” Hisyam tidak sempat menyudahkan ayatnya.

Haaa… saya tahu apa yang awak nak cakap. Sebab awak suka kamera. Mengambil gambar tu beri awak kepuasan bukan” Hani tersenyum kemenangan. Dia tahu jawapannya tepat.

Awak dah tahu jawapannya, but still tanya soalan ni. Mengada.” Hisyam mencubit pipi isterinya.

Tapi kan, kita berdua memang berbeza. Tak ada langsung persamaan. Awak suka kopi, saya suka coklat. Awak suka kamera, saya suka buku. Awak suka keluar, saya suka duduk rumah. Have you ever thought how we ended here?” Hani bertanya soalan lagi. Dia tahu Hisyam tak akan pernah jemu dengan soalan yang terkeluar dari mulutnya.

Hisyam tersenyum mendengar soalan Hani. Benar, kalau mahu diikutkan, dia dan Hani punya banyak perbezaan. Dan kadang-kadang, dia sendiri tidak tahu bagaimana mereka berdua dapat bersama. Ramai suara sumbang yang mengatakan dia dan Hani tidak layak antara satu sama lain. Mereka terlalu berbeza. Macam langit dengan bumi.

Pernah dengar tak orang tua-tua kata, yang berbeza itulah yang melengkapi antara satu sama lain?” Hisyam memandang anak mata coklat milik isterinya.

Hani menggeleng sambil tersenyum. Sengaja dia berbuat demikian.

Betul tak pernah dengar?” Hani menggeleng lagi.

Betul?” Hisyam mengukirkan senyuman. Hani menggeleng lagi.

Really? Awak kan penulis, takkan tak pernah dengar tentang ini? Biasa penulis cerpen dan novel suka tulis cerita cinta macam tu.” Hani tersenyum. Hisyam baca juga blognya.

Entah. Siapa penulis yang suka tulis cerita macam tu eh?” Hani tersengih.

Mengada.” Hisyam mencubit sekali lagi pipi isterinya. Hani ketawa.

Tapi kita tak ada persamaan langsung.” Hani bersuara lagi. Dia langsung tidak dapat fikirkan persamaan mereka. Dari awal perhubungan sehinggalah ke alam perkahwinan.

Ada.” Hisyam membalas. Hani memandang suaminya. Menunggu jawapan keluar dari mulutnya.

You and I, we love each other. Itu persamaan walau kita sememangnya berbeza. Kita dari dunia yang berbeza but I love you, you love me.” Hani tersenyum mendengar ayat suaminya.

Hurm… awak bagi saya idea nak….

Menulis?” Hisyam mencelah. Memahami perangai isterinya. Hani mengankat bahu sambil ketawa.

Kali ni tajuk dia apa?” Hisyam menyoal lagi. Hani memandang wajah suaminya. Lama dia perhatikan suaminya sebelum dia akhirnya mengukir senyuman.

Haaa… tajuknya… Rahsia.” Hani ketawa. Hisyam tersenyum sambil menggelengkan kepala mendengar jawapan isterinya. Tidak pernah berubah. Dia kembali membelek kameranya. Hani memerhatikan sahaja gerak geri Hisyam.

Awak tak nak ambil gambar saya ke?” Hani bersuara.

Awak kan tak suka bergambar. Kalau ambil gambar pun, mesti awak tak boleh nak berikan pose yang menawan.” Hani mencebik. Berkecil hati dengan jawapan Hisyam.

Saya gurau je la. Saya tak perlu ambil gambar awak sebab kat sini…” Hisyam menunjukan dadanya “ dah banyak gambar awak. Ia akan kekal di sini dan tak akan pernah hilang.” Hani tersenyum mendengar jawapan Hisyam.

Okey. Jawapan diterima. Saya masuk dululah. Nak menaip, kan idea hilang, saya salahkan awak.” Hani bangun sambil mencapai masuk mug coklat dan bukunya.

Bagitahulah dulu tajuk apa cerpen awak tu?” Hisyam memujuk.

Awak nak tahu?” Hisyam mengangguk.

Hani menundukkan wajahnya ke Hisyam. “Cinta Kopi dan coklat.” Hani berbisik ke telinga Hisyam sebelum meninggalkan Hisyam keseorangan di laman.

Hisyam tersenyum mendengar jawapan Hani. Dia kemudian meminum kopinya sebelum kembali membelek kameranya.

8 comments

hello dear :) nice blog . im new here , follow you done . hit me back :)

Perbezaan yang membawa bahagia. Orang kata, kalau suami rendah dan isteri lebih tinggi...murah rezeki. Beza juga tu.


:-)

aku bace cerpen kau lgi skali syah

thumb ups

16:16

puzzle tak lengkap dan kukuh kalau sisi tepinya sama..

ketidaksamaan menyamakan supaya melengkapi menjadi satu!

sweet cinta kopi coklat.

::mulanya, sudah terbayang drama izara dan aiman.

beza itu yg saling melengkapi agar kurang wujud kebosanan. :)

09:27

nyum2 sedapnyee coklat..hehe comel cite nii =)

Kopi cmpr cokelar boleh jadi mocha. Sedap tuhhh!

Hisyam tu cam sy... suka kopi dan gambar hahaha

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...