Pagi ni agak kelam kabut sikit, dah sampai tangga baru aku perasan buku nota kelas encik Karim tertinggal. Kena patah balik ke bilik pula, dengan gelabah nak cepat lagi, cari kunci dah terselit celah buku lagi, peluh lencun aku. Sambil cari nota tu aku intai ke bawah menerusi tingkap sempat lagi aku pekik pada Ija dan Kak Lela suruh mereka pergi dulu. Kalau aku sorang lewat biar aku saja yang kena denda, tak mau aku libatkan dua sahabat aku tu.
"Liya, betul kau nak kami pergi dulu?" Ija bertanya lagi.
"Pergilah, aku ikut dari belakang." jawabku sambil tangan ligat mencari nota yang aku cari. Mana perginya? kelmarin aku letak atas meja, tu yang aku marah dengan rakan sebilik aku Liza ni, dia rajin mengemas tapi kalau dia kemas banyak barang aku hilang. Bukan la hilang, tapi entah mana dia selit sampai aku tak jumpa..sob sob sob.
"Wei, cari apa tu?" Liza terjengul depan pintu.
"Nota aku, yang cover merah tu." Aku jawab mengharap dia ingat mana dia 'sorok' nota aku. "Ni ha...paling bawah aku letak". Liza hulur dan serah pada aku. "Okey thanks beb, aku dah lewat sangat, sure kena denda berdiri atas kerusi." Aku terus sarung kasut untuk ke kelas.
*****
*****
Tin tin...erk, motor siapa pula tu?aku tak berpaling, aku terus je berlari. Semua mata yang ada kat situ duk pandang aku sambil tersengeh-sengeh. 5 minit lagi kelas nak mula, aku dah kecut perut membayangkan kena denda berdiri dan diherdik oleh encik Karim nanti. "Liya, jom tumpang aku, naik cepat!" rupanya Fahmi rakan sekelas aku. " Eh takpe dah dekat ni, aku jalan saja." aku menolak pelawaan dia, seganla pula nak naik motor dengan lelaki. "Jangan mengada la, cepat naik, nanti aku pun lewat sama pula." Fahmi dah mula bebel. Aku terus naik tanpa banyak cakap, malu pun malu la, bukan aku peluk dia pun, aku tumpang naik motor dia je pun. Fuhh lega sempat sampai.
*****
Sejak kes aku tumpang motor Fahmi hari tu aku jadi mangsa sindiran Shila. Tajam dan pedihnya kata-kata Shila. Geram betul aku. Walau kami sekelas dia memang tak suka pada aku, suka menyindir dan perli aku. Pantang silap sikit ada saja bahan dia nak kenakan aku. Rakan sekelas lain dah masak sangat dengan perangai pelik dia tu. Dia tu kan syok sakan dekat Fahmi tu, bintang bola sepak, ragbi, tenis dan macam-macam lagi permainan di kolej ni. Dia cemburu aku tumpang Fahmi sampai kalau boleh dia nak telan aku hidup-hidup. Aku malas nak layan perangai hodoh Shila tu. Bukan aku ada hati pada Fahmi tu pun, dan sah-sah si Fahmi tu langsung takda hati pada dia. Banyak kali aku dengar Fahmi merungut kata bosan dengan perangai gedik dan mengada-ngada si Shila tu dekat Ezam.
"Liya, kau macam busy je aku tengok sekarang?" Ija bertanya bila dia tengok aku jarang meninggalkan laptop kesayanganku. " Aku kan busy, sejak dah jadi penulis tetap di blog femes tu kan aku perlu up entri setiap hari. Dah tu blog aku lagi, dan....aku dah 2 bulan pun jadi penulis di Warna Kaseh. Aku sekarang buat cerpen untuk di publish di sana. Aku dah ada landasan untuk letakkan karya aku". "Ye ke? eh kenapa aku tak tau? kau senyap-senyap banyak lubang rupanya!"Ija menepuk bahu aku.
"Sakit lah...aku segan nak bagi tau, segan nanti korang baca cerpen aku...hihi". Aku balas nak tak nak je pada Ija. Sengaja aku tak bagi tau kawan-kawan sebab aku sendiri segan karya aku dibaca oleh insan yang mengenaliku. " Sampai hati tak kongsi kegembiraan pada kami, ye lah orang fah femes kan..."rungut kak Lela pula. Ada nada merajuk di situ. " Maafkan aku sahabat, aku janji lepas ni aku share semuanya pada korang, aku segan je sebenarnya. Nak-nak bab aku menulis untuk blogger popular tu, aku sumbang artikel dan dibayar, aku segan korang kata aku berhempas pulas menaip entri untuk cari duit saku." aku balas lemah. " Banyak kau dapat dari blog femes tu? kau tulis artikel apa?" Kak Lela cuba mengorek rahsia.
"Tetttt...aku pakai nama samaran, aku tulis artikel cinta. Alhamdulillah aku dapat RM200-RM 300 sebulan hasil dari sana, boleh la tampung duit saku aku..." aku menjelaskan. Memang Ammar bagi aku banyak sangat. Aku pun terkejut dapat sebanyak tu pada mulanya. Syukurlah."Banyak tu! patut la selalu belanja kami, murah rezeki kau Liya, alhamdulillah."
*****
Sejak akhir- akhir ni aku sering terima email dari orang yang aku tak kenali. Secret admirer mana ntah. Aku syak dia budak kampus ni sebab dia macam tau je kelas aku tamat pukul berapa, ada praktikal pukul berapa. Siapa dia? mungkin kah Fahmi...sebab dia pernah berkias ada hati padaku, tapi aku menolak dengan baik. Aku tak tau la pula comot-comot aku ada orang minat...hihi.
Salam
Cekodok Penyek:Hai Liya, sihat ke?
Liya:Sht je, awak?
Cekodok Penyek:sihat gak, camne tadi? kata dah lewat ke kelas, encik karim denda awak tak?
Liya:Denda...saya lewat sikit je, masa saya sampai dia ada belakang saya, lepas tu dia suruh saya tolong kutipkan kulit limau di tangga, katanya nanti ada yang terjatuh kalau tak dikutip. Saya yang bodoh ni laju je kutip.
Cekodok Penyek:Dah buat baik kenapa kena denda pula?
Liya:Entah...saya benci encik Karim tu, dia kata sebab saya lewat. Grrr..memang la lewat, sebab buat kerja yang dia suruh. Dia sengaja nak cari salah saya, sengaja cari peluang nak denda saya kot.
Cekodok Penyek:Tak baik benci pensyarah tau, dia ada sebab lain kot? ntah-ntah dia suka awak.
Liya:ish...takda makna, dia mesti benci saya, tak suka saya sebab saya miskin, saya tak bergaya macam orang lain atau sebab saya sedikit kelam kabut. Cepat gabra...saya out dulu, ada kerja. tq sudi berkawan dan dengar bebelan saya..hihi.salam
Cekodok Penyek:Sama-sama, waalaikummussalam.
Siapa cekodok penyek? nah, peduli apa aku. Dia selalu email dan ym aku. Aku tak larat nak tanya siapa dia sebab dia macam nak berahsia. Mungkin dia penulis cerpen di laman web mana-mana kot? perlu privacy macam aku juga. Jangan cekodok hangit atau cekodok pedas sudah...penyek pun penyek la ...haha. Bukan kerja apa pun aku nak buat, cuma nak buat cerpen pasal encik Karim. Ish jahat aku kan? aku buat cerpen tu 85% menyamai kisah aku dan encik Karim. Tentang denda-denda yang dia suruh aku buat, tentang langgar kerusinya sampai dia terduduk jatuh ke lantai dan macam-macam kisah lucu kami. Orang yang lihat lucu la, aku yang kena dera dengan encik Karim rasa bertambah meluat dan benci padanya.
"Liya, jom sarapan sama nak?" pelawa Fahmi. "Boleh juga, jom kak Lela, jom Ija." aku mengajak sahabat aku sekali. "Jom jom...aku dah lapar ni, sebab nak makan dengan puteri salju ni, aku sanggup tunggu kau balik library tau."usik Fahmi. Aku dan ija hanya mencebik, kak lela tergelak-gelak dengar kata-kata Fahmi.
"Fahmi, kalau kau suka Liya ni baik kau ngorat dia, aku risau ada putera indrapura lamar dia nanti melopong kau." Usik kak Lela selepas dia menyedut milo aisnya.
"Aku ngurat la ni, tapi kan aku yakin dia akan suka aku je nanti, manalah ada orang nak ngurat minah kelam kabut cam Liya ni, aku sorang je kan?" hahaha...terbarai gelak si Fahmi ni. Ceh, yakin sangat, aku takda rasa perasaan sayang sikit pun kat jejaka tampan ni. Memang dia kacak iras-iras blogger Benjamin yang bertubuh sasa jadi pujaan ramai tu. Tapi aku tak boleh la nak bercinta dengan dia, bukan sebab aku baik,bukan sebab dia ada kekurangan, cuma Allah tak beri perasaan sayang melebihi kawan pada aku untuk dia.
"Dah-dah...jangan mengarut. Tadi kata lapar, baik makan cepat. Ye la aku ni kelam kabut, dah la tak comel, tak pandai bergaya pakai shawl berlilit macam gadis lain. Selekeh pula tu.Pakai tudung besar meleret, kembang boleh buat kain. Mana ada orang nak suka gadis kolot macam aku ni."jawab aku panjang lebar sambil menyuap mee depan aku dengan selambe. "Tengok dah merajuk puteri salju aku ni, aku tak kisah la kau pakai apa, biar pakai nampak macam kolot tapi kau tau jaga aurat kau Liya, mana ada aku kutuk kau pun, memang kau kelam kabut pun kan?" hehe...pujuk Fahmi lembut. Kak Lela dan Ija senyum-senyum pandang aku dan Fahmi.
*****
"Liya, aku rasa Fahmi memang betul sayang kau, naper kau tak terima dia?" Ija bertanya masa kami mengulangkaji pelajaran untuk test sains tumbuhan esok. "Aku takda rasa sayang langsung pada dia, soal hati aku serahkan pada Allah menentukan, kita dah nak habis belajar 2 bulan je lagi, aku nak fokus pada pelajaran dulu."aku jawab lemah, ramau bertanya pasal aku dan Fahmi, ternyata hati aku bukan untuk dia walau dia sangat baik. Dia femes, kacak dan bergaya, aku tak rasa aku sesuai untuk dia. Dia jadi pujaan gadis yang'Hot and Spicy' dia kampus ni, gadis shawl dan gadis bawal.Aku cuma gadis yang simple dengan tudung labuh saja, kasut rata dan tak pandai melaram macam gadis lain. Memang aku tak secocok dengan Fahmi.
Masa terus berlalu dan akhirnya final exam akan mula pada minggu depan.Aku dan cekodok penyek semakin akrab, berbual tak kira waktu, asal nampak aku online je pasti dia menyapa. Begitu juga aku, kami dah mula bersms juga.Tapi aku tak mahu berbual dengannya masa dia cuba menelefon hari tu, aku kata belum masanya.Akhirnya kami mengorak cerita cinta kami hanya menerusi sms dan chatting saja. " Ija, aku lapar ni. Teman aku ke cafe kolej siswa boleh? aku nak cari nasi goreng makngah." Aku ajak Ija teman aku sambil buat muka kesian." Jom aku pun lapar, kalau kak Lela tak balik kampung sure dia dah sediakan stok maggie kan?" sambung Ija pula. Kami bergegas ke cafe siswa, entah kenapa cafe siswa lewat tutup berbanding cafe siswi yang pukul 12 malam dah tutup. Kami yang kelaparan mula mengatur langkah dalam kesamaran cahaya demi mencari makanan untuk mengisi perut. "Hei, beli makanan lewat-lewat camni?" tegur Fahmi yang kebetulan Syakir pun ada sama. " Aku lapar la, tak boleh study pula nanti kalau lapar sangat." aku jawab ringkas. Sebelum kami pulang Fahmi sempat berpesan suruh berhati-hati, gelap katanya. Aku hanya mengangguk dan senyum saja, baiknya Fahmi padaku. Terasa bersalah menolak perasaannya, namum soal hati itu urusan Allah.
"Aku seram lak lalu sini Liya,huhu."Ija mula bersuara."Ko seram apa lak ni? mengadalah !" aku malas nak layan perangai penakut Ija tu. Dalam kami menapak balik ke bilik kami berlari-lari anak sambil ikut jalan pintas celah-celah pokok bunga dengan harapan nak cepat sampai. " Arghhh tolong aku Ija, sakittttttttttt." aku menjerit kesakitan. Kaki aku tercucuk duri pokok bunga kertas yang telah patah. Ranting tua yang durinya keras dan tajam tu betul-betul mencucuk tapak kaki aku. Dah mulai membasahi kaki aku."Liya, jap ye, aku cari orang bantu kau, aku ni kau tau kan mabuk darah, aku tak larat gak nak papah kau balik, jauh lagi ni. Jap." Ija cuba menenangkan aku. Kebetulan kami berada berhampiran pejabat pensyarah. Sunyi sepi cuma kelihatan bilik encik Karim dan Encik Omar saja yang terang, mereka ada kerja kot?
"Liya, kenapa ni?"Suara lelaki bertanya padaku. Jantungku berdetak kencang sambil menoleh. Rupanya encik Karim. Lega rasanya. " Kaki saya tercucuk duri, berdenyut...huhu." aku cuba menerangkan sambil menyapu sisa air mata dia pipi. "Dah jangan menangis, kenapa sorang-sorang ni?" encik Karim hairan aku kesorangan di situ.
"encik Karim, tolong kami, Liya tercucuk duri." suara Ija dari jauh memekik pada encik Karim.
Encik Karim mendukung aku dengan pantas.Aku cuba melepaskan rangkulannya, tapi dia berkeras nak kendong aku, memang aku tak boleh berjalan pun dalam kesakitan tu. Ija mengikut dari belakang sambil berlari-lari anak. Alhamdulillah encik Karim terdengar jeritan aku dan cuba turun ke bawah untuk membantu aku, ija menemani aku sepanjang proses letak ubat dan membuang sedikit duri yang patah di dalam kaki ku tadi. Sakit tak payah ceritalah..huhu.
Encik Karim hantar kami sampai bilik, dia kendong aku sampai bilik. Eh, sampai dia letak aku atas katil. Murid lain ada yang berbisik, ada yang menjeling. Ye la pensyarah muda kacak dan manis tu dukung aku macam dalam filem, siapa tak cemburu kan? eh, tiba-tiba pula aku baru perasan pensyarah garang macam singa yang aku benci ni sangat kacak...hihi."Liya, awak jangan lupa makan ubat ikut time, ingat, jangan melasak sangat sebab luka tu dalam juga." encik Karim berpesan padaku. Tersentuh hati aku!
Cekodok Penyek:Liya!
Cekodok Penyek: elo...gi mana ni?
Cekodok Penyek: liya...!!!
Liya: ye, maafkan saya, tadi saya pergi cafe siswa nak cari makanan. Tapi saya tercedera sikit. Dan..cuba teka! encik Karim singa jadian tu yang bantu saya. Eh, tiba-tiba dia baik sangat. Tersentuh pula saya.
Cekodok Penyek:eh, jatuh ati lak ke kat encik Karim awak tu? tau lah dia bergaya, kacak, manis...memang sesuai pun dengan awak
Liya: memang kacak pun, tapi saya benci dia sebab dia suka cari salah saya, denda saya dengan sebab tak logik. Saya dijadikan bahan gurauan. Benci!
Cekodok Penyek: tak bau benci orang, satu hari nanti awak akan benci saya juga ke?
Liya: yela...tak baik. huhu..saya tido dulu ye, ubat ni buat saya mengantuk. Dah pukul 2.30 pagi pun. Salam
Cekodok Penyek:Awak..jg diri.Risau saya.
Liya:K
Aku tak larat nak menaip lagi. Kaki aku mula berdenyut. Mujur ada Ija bersama aku tadi, syukur encik Karim singa jadian tu sudi membantu aku. Akhirnya aku terlena juga ....
*****
Kisah pelik berlaku. Sepanjang study week ni encik Karim kirimkan makanan utuk aku dari sarapan sampailah untuk makan malam. Aku tau lah aku tak boleh jalan sangat, tapi kan ada ija dan kak lela membantu aku. Segan aku jadi nye. Lepas tu dia akan email aku suruh makan ubat bagai...euwww. Makhluk jadian betul encik Karim ni, kadang-kadang jadi singa, kadang-kadang jadi baik pula. Ye aku tau kalau bukan sebab dia terlalu garang aku akan sentiasa cuai dalam menepati masa. Tapi aku sakit jiwa dengan sikap dia yang rajin mengenakan aku.
Tiap kali exam memang encik Karim dah menanti aku di bawah. Dia sanggup hantar aku ke dewan peperiksaan. Kadang-kadang Ija teman aku, kadang-kadang kak Lela. Mereka pun segan juga nak naik kereta cikgu singa tu.Syukurlah hari ni dah habis exam. Esok pagi dah nak balik kampung. Tiket?
Cekodok Penyet:Ha? takda tiket lagi ke
Liya:Belum, saya kan sakit, lepas tu lupa nak minta Ija tolong beli...huhu
Cekodok Penyek: Saya datang jemput awak nak? awak pun bukan boleh jalan sangat, masih terhincut-hincut kan?
Liya: Tak mau lah, saya segan. Belum masanya lagi.
Cekodok Penyet:Jangan la macam tu, kan saya dah janji saya akan meminang awak bila habis exam nanti. Haaa ni lah masanya. Boleh tatap wajah awak juga, boleh bantu awak balik juga kan?
Liya: Takmo, takpe lah, tak payah susah-susah. Ni singa jadian dah text saya kata dia datang esok pukul 8 pagi hantar saya balik. Katanya kampung saya dan dia dekat sangat. Kebetulan dia nak ke rumah kaklongnya untuk sertai majlis meminang.
Cekodok Penyek: yela...jangan awak dan singa tu kawen sudah, melapas saya.sob sob sob
****
Pagi-pagi aku dah bersiap. Aku paling lewat, Ija dan kak Lela dah balik pukul 7 tadi. Mereka punya bas pukul 7.30 pagi. Dari jauh encik Karim dah senyum, aku balas dengan senyum tawar je. Tak pandai nak senyum dengan dia. Ye dia banyak bantu aku, tapi aku masih geram pasal kisah kami yang lepas.PEMBULI!
"Diam je?" encik Karim memula bicara. " Saya memang pendiam kot?" jawab aku acuh tak acuh. "Awak benci saya? maafkan saya, saya cuma berniat bergurau je selama ni." jelas encik Karim. "Hahaha...saya terhibur dengan gurauan encik tu."jawab tu dengan gelak yang disengajakan untuk mengejek kata gurauan dia tadi."Pakwe awak tak ikut balik kampung?" encik Karim seakan menyindir." Owh encik Karim, saya sendiri tak tau sejak bila saya ada pakwe. Untungnya saya yang kelam kabut ni kalau ada yang nak jadikan saya kekasih. Comot, bertudung labuh tak macam orang lain yang berfesyen sakan, tak make up, serba serbi kekurangan. Kalau ada yang meminang pun dah cukup syukur. Saat tu juga saya terima kalau ada yang pinang saya tau." aku menjawab lagi dengan nada mengejek dan dalam amsa yang sama aku memang maksudkannya juga. Aku tau aku tak seperti kawan lain yang bergaya. Dan juga aku tau encik Karim maksudkan Fahmi sebagai pakwe aku.
"Saya pun nak pinang awak, untung juga masuk meminang terus diterimakan?" encik Karim gelak-gelak sambil mengejit mata padaku. "Memandu tu pandang depan encik Karim, nanti bertongkat pula kita berdua ni. Kalau bertongkat takpa, risau ke kubur terus." aku perli dia dalam senyuman."Saya pinang awak terima ke?" tanya encik Karim lagi." Terima...saya akan terima siapa saja yang meminang saya jika ibu dan ayah setuju.Tapi mustahil encik Karim nak pinang saya kan? encik kan benci saya, suka buli saya." aku jawab rinkas malas nak layan soalan dia. Grrr. Dia hanya senyum sepanjang jalan. Malas aku nak layan...huhu
Aku terlelap rupanya, sedap je aku tidur tanpa bagi tau alamat rumahku. "Kita dah sampai Liya." panggil encik Karim sambil menarik hand break. Aku ternganga sekejap. Memang di halaman rumahku, tapi bagaimana dia tau alamat aku? ada 3 biji kereta di haalam rumah entah kereta siapa. "encik tau dari mana alamat saya?" aku tersekat-sekat...dia tak menjawab dan hanya tersenyu. Geramnya!!!
Ya, ini memang cerita pelik dalam hidupku. Kereta tadi tu milik keluarga encik Karim, dia menghantar rombongan meminang untuk meminang aku. Dia nak menikahi aku? dia? encik Karim?
Lagi pelik rupanya dia anak kepada sepupu ibu. Pattlah dia kata nak ke rumah maklongnya, rupanya maklong tu ibu..huhu. Sejak kami besar memang tak pernah bertemu, tak hairan kami saling tidak mengenali. Eh silap, dia kenal aku sampaikan ibu minta dia tengok-tengokkan aku di kampus. Rupanya dia sengaja membuli aku untuk tarik perhatian aku. Ternyata semuanya telah dirancang. Pinangan singa jadian tu aku terima, tidak aku menaruh dendam padanya untuk terlalu lama. Tapi, aku telah melukakan hati Cekodok Penyek, dia terasa agaknya masa aku katakan encik Karim meminang aku, dan kami akan bernikah sebulan lagi sebab ibu tak mau kami bertunang lama.
Berpuluh email aku kirim pada dia tap masih tak berjawab.Memang salah aku mempermainkan perasaan dia, tapi aku perlu memegang pada janji aku yang aku akan menikahi orang pertama yang melamar aku. Malam ni malam ke tiga perkahwinan kami, alhamdulillah encik Karim melayan aku bak puteri. Aku banyak kali tersasul memanggil dia encik sedangkan dia biasakan dirinya abang. Dia panggil aku honey, sayang, darling..ahaks, jangan muntah. Ala...tak salah kan? suami aku bukan orang lain pun. Aku mencapai laptop bila nampak suamiku leka dengan laptopnya. Aku cuba menghantar email pada Cekodok Penyek. Dia online? jantungku berdebar kencang.
Aku perlu minta maaf dan melupakan dia selamanya demi suamiku.
Liya:salam
Cekodok Penyek:wsalam liya.
Liya:awak pergi mana? maafkan saya menyakiti perasaan awak, saya tak pandai nak jelaskan apa-apa...sob3.
Cekodok Penyek: tak mengapa, agaknya kalian dah hampir bernikah pun atau dah nikah agaknya, saya tak ambil hati.
Liya:saya minta maaf ye, ini kali terakhir saya hubungi awak dan saya harap begitu juga dengan awak.
Aku menghantar mesej sambil cuba memperlahankan speaker. Risau suamiku mendengar punyi mesej masuk. Aku perlu tamatkan hubungan ini dengan baik.Itu azamku.Tanpa dendam.
Cekodok Penyek:Saya nak jumpa awak boleh? saya sayang awak, dapat peluk awak sekali pun jadi lah
Liya:saya sayang awak juga, tapi itu dulu. Sekarang saya dah ada suami, dah 3 hari kami bernikah. Saya milik suami saja, hanya dia yang layak memeluk saya. Maafkan saya ...moga awak akan menemui jodoh yang lebih baik dari saya.Salam
Cekodok Penyek:Waalaikummussalam, liya, saya akan datang dan peluk awak juga. Saya tak kira. Sekarang juga saya akan datang, peluk dan cium awak puas-puas.
Liya:awak dah giler!!
Grrrr....aku dah marah. Aku terus berpaling dan nak membuat minuman untuk suamiku. Aku bertembung dengan suamiku.
"err abang maaf, honey nak cepat buat kan air abang tak perasan abang ada belakang Liya." aku terkedu.
"Takpe." jawabnya sambil memeluk aku erat sambil melafaskan kata sayang. Tangannya merangkul aku kemas. Bibirnya di dahiku. Nafasnya panas terasa di dahi, leher dan....
"Liya ada kekasih mana cekodok ye?" soal suamiku. Mukaku mulai panas, bibirku terketar-ketar. Tiada jawapan yang baik untuk aku jawab padanya.
"Liya sayang, cekodok tu adalah diri abang sendiri. Abang jatuh cinta pada liya selepas terbaca cerpen liya di warna kaseh. Tiap hari abang tunggu cerpen dari liya, paling abang suka cerpen pasal Singa Jadian Si Encik Karim. hahahah..."Abang!" aku terjerit. " Abang belum habis lagi liya." suami ku meminta aku mendengar dulu. "Abang memang tau kita bersaudara, sebab tu abang sengaja membuli Liya sejak dari mula, sebab abang perasan liya suka datang lewat ke kelas. Kebetulan mak abang nak jodohkan kita, lagilah abang sengaja kenakan liya, lagi hebat rasa kasih abang ni bila abang terjumpa cerpen liya dia web itu. Abang tau nama Bunga Rimba tu adalah Liya sebab abang pernah jumpa Liya tulis nama tu dia dalam nota Liya banyak kali. Sebab tu abang yakin itu Liya, lebih-lebih lagi bila ada cerpen singa jadian..hahaha." suamiku menerangkan kisah cinta di hatinya. Sedangkan aku pula bagai puteri yang tercampak ke dunia lain hanya mendengar dengan senyuman dan seperti berkhayal.
"Maafkan Liya kerana pernah membenci abang, terima kasih kerana ambil berat dan jaga liya masa liya sakit dulu." aku salam suamiku dan mencium tangannya. "abang maafkan, mungkin cara abang keterlaluan. Dah..pergilah chatting dengan cekodok penyek awak tu. Mesti rindu dah lama tak chatting kan?" Suamiku masih mampu bergurau sedangkan air mata ku mengalir laju. Kenyataan apakah ini? Terima kasih Ya Allah.
"Err, kenapa nombor telefon abang tak sama dengan cekodok?"aku bertanya lagi. "Sebab abang ada dua nombor!" dia menarik aku ke meja dan aku nampak chatting kami tu, ye dia memang cekodok penyek! Dia mencapai telefon dan mendail. Telefon aku berdering. "Gi jawab sayang..." aku akur."Ello..." aku bersuara. " Ello sayang ku, bidadari kesayangan ku, akhirnya cekodok penyet dapat juga bercakap dengan liya, asik sms je sebab orang tu tak sudi terima panggilan kita, tak sudi bercakap dengan kita." suamiku masih bergurau. Aku? aku perpaku di situ, berdiri merenung dia dengan pandangan yang paling indah. Moga Allah memberi rasa kasih buat aku berikan padamu suamiku sayang, amin.
Berada dalam dakapannya buat aku tenang, buat aku tersenyum dan buat fikiran aku berada di awang-awangan. Alhamdulillah...dia milikku, syukur Ya Allah.
-TAMAT-
22 comments
Good effort.
=D
Awak, TAHNIAH...kte baca sampai x toleh kiri kanan.best sgt cerita ni.mcm kenal peribadi liya tu...hi3.comot tp comel...
awalnya kan ingat encik karim tue dah tua... rupanya muda belia segak lagi.. hihihi..
gud joob kak.. suka baca cerpen akak nie.. senyum sorang2 jer..hihi
cekodok penyet punya pasal..heheheh ^^,
comey gak cara en.karim ya..heee~
Aiyooooo. . . #nanges
hehhehhe, lucu tau walaupun simple...best apa..:)
1st time baca setiap satu persatu ayat . best kot ! ada gk pengalaman cenggitu ngn cegu dan lect
tahniah Miza
lawakla akak kite ni
comel
mentang2 ade suami
bkn main lg liya tu
#ehhh
@faraherda. razalantq fara
@Azsulianatq nana...kenal ke liya?
@kiera'sakurakiera..tq, senyum meleret nampak?ingat en karin perut boroi lettuw
@senyumSOYAkreatif dia mengurat liya..
@fRaMe LenSeSawatnya?jgn nanges
@CintaZulaikhatq cinta zulaikha, mmg lucu mereka ni
@ஜ miss klanika ஜkena gak baca satu persatu klu tak susah awak nak phm ayat berbelit saya
@Lelordtq yunk sudi baca
@Iffah Afeefaheh2..lawak apanye? part2 akhir ke?
Hahaaaaa..
Akhirnya.. Suka2 bc cerpen ni.
Good jobs. Lg suka sbb telaan sis salah ttg cengkodok penyek. Ingatkan fahmi y iras2 blogger femes benjamin..
Dik... Ksk suka karyamu
fuuhh..
dayah baca sampai tak perasan bos datang..nasib bukak minimize dan background putih , boss tak syak..!
mmg terbaik la..!
haha...cuak je~!
keep it up,best dah ni.
p/s : boleh masuk geng aku ni,aku pun mat typo gak.
This is the best .