Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Tuesday, 7 August 2012

jangan tak puasa!!


“Kau tak puasa ek?”Nora tepuk belakang Zara, hampir saja Zara tercekik bila disapa dari belakang dengan cara yang begitu drastik. Dia terbatuk-batuk. Menahan ayam goreng yang dikunyahnya dari jatuh ke atas meja.

“Aku uzur lah!” Zara menjeling Nora yang sudah duduk berhadapan dengannya. Muka Nora kerut keriut melihat Zara yang lahap mengunyah ayam goreng kfc tanpa ada rasa segan dan silu. Mahu saja Nora menampar muka temannya itu kerana tiada sivik bila dalam melakukan sesuatu perkara. Mana taknya, di tengah hari buta di bulan puasa ini, dengan selamba, Zara mengunyah ayam goreng secara sembunyi-sembunyi di dalam dapur. Apa dia fikir orang lain tak nampak. Aku masih ada mata tau! Getus Nora sendiri.
“Kau biar betul Zara, bukan baru 2 hari lepas ke kau dah habis uzur, ni uzur celah mana plak?” Nora meninggikan suara.

“Aku gastrik la nyahh..”Zara buat-buat muka kasihan. Minyak yang menyelaputi mulut dan bibirnya disapu laju dengan tisu kertas yang ada di dalam plastik. Diperhatikan saja Nora dengan perasaan yang sangat hairan. Hairan melihat sifat lahap temannya yang tidak kenal erti masa itu.
“Gastrik, bila masa pulak kau gastrik ni...tak tahu pulak aku...kau jangan memandai-mandai nyahh, Allah bayar tunai nanti...”Nora membebel panjang. Zara yang sudah kekenyangan, buat-buat pekak telinga. Malas mendengar teman serumahnya itu membebel-bebel seperti nenek tua. Kalah mak aku, bentaknya di dalam hati.

“Alah kau ni, kau nak susah apa, esok-esok aku puasalah. Baru sehari je kut. Ada 27 hari lagi nak masuk raya. Selebihnya nanti aku puasalah, yang lain-lain tu nanti kut aku tak daya, aku bayarlah fidyah...” meluncur saja kata-kata yang terluah dari bibir Zara. Semacam tiada salah yang dibuat. Ikutkan, memang tidak salah apa yang dikatakan oleh Nora kepadanya itu. dia bukan gastrik betul pun sebenarnya, cumanya dia berasa teramat lapar kerana tidak bagun sahur pagi tadi. Ini semua gara-gara ber’facebooking’ dari jam 12 tengah malam tadi membawa ke 4 pagi. Tup-tup, sedar-sedar dia sudah terbaring tidak sedar diri di atas katil. Tidak sahur atau tidak solat.

“Suka hati kau je cakap gitu kan. Kau buat puasa ni macam main PS plak, asal nak main, kau main. Asal kau taknak main, kau biarkan je,” makin panjang pula bebel Nora kepada Zara. Kerana malas mendengara leteran mak nenek dari sahabatnya itu, Zara membawa dirinya masuk ke dalam bilik. Pada waktu itulah, Nora menjerit memanggil namanya sekali lagi. Zara yang bosan mahu melayan, terus saja memekakkan telinga. Dia tertidur di atas katil. Kenyang sangat barangkali.

***

Sedang asyik bermimpi seronok, tiba-tiba perut Zara terasa memulas-mulas. Katilnya basah lencun dek peluh yang dirembeskan dari tubuh badannya.  kenapa pelik benar rasanya sakit aku kali ini? soal Zara dalam hati. Takkan aku betul-betul gastrik kut? Soalnya sekali lagi.
Tanpa berfikir panjang Zara terus berlari masuk ke dalam tandas. Dia buang air besar dalam keadaan yang sangat mengaibkan, mana taknya, segala isi yang ditelan tadi terkeluar sekali bersama darah-darah beku yang sama sekali bukan darah haid. Darah apa pulak ni? Jeritnya di dalam hati. Zara sudah mula menjadi gusar. Sakit perutnya tidak henti-henti. Kerana kepenatan, dia tertidur di dalam tandas.

***

Sebaik Zara membuka mata, didapati dirinya berada di dalam hospital. Nora yang berada di sisinya hanya tersenyum hiba. Zara pelik, kenapa beriya benar Nora menangis? Fikirnya sendiri.

“Eh, apahal ni...asal kau nangis. Aku kat mana ni?” Soal Zara kepada Nora.

“Kau kat hospital...kau sakit, Zara...”

“sakit, sakit apa pulaknya...mana aku ada sakit. Yang aku cakap pasal gastrik tu aku tipu je lah. Yang kau sampai bawa aku pergi hospital ni kenapa?”

“Kau sakit Zara, kau sakit...” Nora mengesat air matanya buat kesekian kalinya.

“Aku tak sakitlah, asal kau ni, kau tak paham bahasa melayu ke apa ni!” Zara mula menjadi marah dengan kata-kata Nora. Masakan dia sakit hanya kerana memakan ayam goreng. Dia pula menjadi bingung.

Ketika itulah doktor datang mengahampiri mereka berdua. Doktor muda itu tersenyum kecil, tapi senyumnya itu penuh dengan kepura-puraan. Zara dapat merasakannya. Dia semakin gusar.

“Doktor cuba bagi tahu kawan saya ni, saya tak sakit kan...” Zara mula berasa sakit diperutnya..tapi dia cuba untuk bertahan.

“Awak kena banyak bersabar Zara. Semuanya akan elok kalau awak dijaga dengan rapi..”doktor itu senyum lagi.

Rapi, rapi apa pulak nih, asal pulak perut aku sakit ni? Jantung Zara berdegup dengan kencang. Dengan pantas, dia menyelak kain putih yang menutupi separuh daripada tubuhnya. Ketika itulah, matanya terbeliak besar melihatkan lubang sebesar tapak tangan bayi yang ada di perutnya..

“Kau makan paku malam tu, kau lupa ke?”

“Paku...mana ada aku makan paku..kau sendiri nampak aku makan ayam, aku makan ayam!!” Zara terjerit-jerit seakan-akan mahu histeria.

***

Nora yang tidak bisa lelap berjalan perlahan ke arah dapur setelah mendengar bunyi bising orang menyelongkar almari. Dari balik langsir dia terlihat, Zara, teman serumahnya sedang mamai mencari sesuatu di dalam almari kabinet. Fikirnya, Zara sedang mencari sesuatu yang penting. Tetapi melihatkan saja Zara mengeluarkan sebungkus paku dinding dan beberapa helai kertas membuatkan akalnya menjadi bingung.

‘apa yang budak ni buat?’ soalnya sendiri.

Dia menahan dirinya dari pergi menyapa. Kaku membisu, dia hanya memerhatikan Zara duduk di kerusi makan sambil membuka  bungkusan plastik tadi. Dengan lahap, dia menelan semua paku-paku yang ada di dalam bungkusan terus masuk ke dalam keronkong. Ketika itulah Nora menjerit kuat, tidak keruan dia melihat temannya itu menelan satu per satu paku tadi tanpa berfikir panjang.

‘setan apa yang merasuk temannya ini’ jeritnya kuat di dalam hati.

Tanpa berfikir panjang, Nora terus berlari mendapatkan Zara yang masih menelan paku-paku yang masih bersisa. Menggigil terus tubuh Nora melihatkan situasi yang dasyat itu. tidak sampai seminit, paku-paku tadi sudah bersih dari bungkusannya. Saat itulah, Zara tiba-tiba tumbang dari kerusinya. Dia tersembam jatuh di atas lantai tanpa sedarkan diri. Mulutnya tiba-tiba mengeluarkan darah yang banyak. Dia hilang pertimbangan dan Nora semakin hilang di ruang tamu, mencari telefon yang masih tidak berjumpa.

***

“Doktor fikir dia berhalusinasi. Tapi kenapa?”

“Awak sendiri pernah cakap, seumur awak mengenali dia, dia lansung tidak pernah berpuasa,”

“Jadi, saya tak faham maksud doktor?” Nora keliru.

“Saya tak boleh berkata apa, ini semua kuasa Tuhan. Mungkin ada sebab mengapa dia diberi musibah yang begini,”

Nora terduduk di atas kerusi yang berbaris di luar wad. Mungkin benar kata doktor itu, mungkin ini adalah cara tuhan mahu memperlihatkan kesalahan yang pernah dibuat temannya itu selama ini. meninggalkan puasa walaupun tidak uzur. Dan balasannya, nauzubillah minzalik.




8 comments

Cool. Cerita ni elok klu wataknya adalah org lelaki. Boleh sy tuju pd kwn lelaki yg tak suke nak pose tu. Heeee~

aah kan

serius terkejut tgk ending

mmg cite ni bergune utk smue
peringatan terbaik!

pengajaran yang bagus kak.

eh! saya posa tau hari ini.

sbnrnya main taram jek nih, ceta terdesak...huhuhu

@faraherda. razalan

cool yer, huhuhu...tq dear

@Iffah Afeefah

sila jgn terkejut...keh3

@Mawar Berduri

akak tau sab pose, klu sab tak pose, musti akk tau...erkk..lalala~

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...