Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Friday, 31 August 2012

Merdeka!

Nurhan mencampakkan tiga bunjut serbuk kabait atas tanah. Tangannya menggenggam sebatang buluh sebesar lengan, separas pinggangnya. Nurhan berlutut dan membuka ikatan bunjut kabait. Dia menuang serbuk ke dalam muncung buluh dengan penuh hati-hati.

Nurhan. Seorang budak lelaki berumur 10 tahun. Berhasrat untuk menyambut hari merdeka dengan dentuman mercun buluh ciptaannya. Sedang Nurhan menggoncang buluh untuk memadatkan kabait. bahunya dipegang dari belakang. Nurhan menoleh. Dia tersengih.

"Nurhan buat meriam buluh? Bahaya kan?"

"Ala Ayah. Releks la. Meriam je kot. Bukannya Nurhan buat tarian Oppa Gangnam Style yang hodoh tu. Haha!"

"Mari sini Nurhan. Ayah nak cakap sikit." Nurhan membontoti Ayahnya. Mereka duduk di kerusi batu buatan Ayah Nurhan.

"Ada apa, Ayah?"

"Nurhan, Ayah lahir selepas Malaysia merdeka. Alhamdulillah masih bernafas sehingga saat ni. Nurhan, dah berapa tahun kita merdeka?" tanya Ayah Nurhan.

"Sekarang ni tahun 2020. Dah 63 tahun, Ayah!" jawab Nurhan teruja.

"Apa yang Nurhan faham pasal merdeka?"

"Merdeka? Bunga api! Orang nyanyi!" Nurhan tersengih-sengih.

Ayah Nurhan tersenyum. Tangannya mengusap kepala anak lelakinya."Nurhan, merdeka ni bukan setakat bunga api dan orang nyanyi. Merdeka ni kan Nurhan, hati kita ni tak de perasaan jahat," Tangan Ayah Nurhan beralih dari kepala ke dada anaknya. "Biar jiwa penuh dengan sifat mahmudah. Jauhi mazmumah. Usah biarkan perjuangan datuk nenek kita dulu sia-sia. Mereka bermandi darah membebaskan negara. Anak muda zaman sekarang ni sibuk dengan hiburan yang melalaikan. Nurhan kira beruntung sebab tinggal di kampung. Masih belum tercemar walaupun dah tahun 2020. Ayah harap Nurhan tak sia-siakan jiwa Nurhan dengan bermain meriam buluh tu. Nyawa tak dapat dibeli dengan duit, nak." 

Nurhan diam. 

Ayah Nurhan tahu penerangannya masih belum utuh. Namun buat masa ini biarlah anaknya memahami apa itu kemerdekaan dalam jiwa Islam. Tak mati kalau tak sambut merdeka  dengan terpekik terlolong seperti orang tiada berjiwa. Tiba-tiba Nurhan bangun dan berjalan menuju ke meriam buluhnya. Diangkat dan dicampak ke dalam semak.

"Nurhan sayang Malaysia, Ayah."


SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-55 BUAT SEMUA PEMBACA WARNA KASEH.

9 comments

merdeka!!!!

merdeka!!!! (2)

eh. bulan dan bintang bendera tu macam terbalik ja ._.

15:06

@PK bergantung pada kedudukan encek berdiri ketika bendera dikibarkan :)

Semalam nampak mat rempit berpasang-pasangan menggonggong jalur gemilang sambil melaung 'MENDEKA MENDEKA!'. Tengok dari laungannya, macam depalah yang bunuh komunis 4-5 orang seorang dulu! Tapi, tengok dari cara rempitan dan pelukan anak anak gadis yang bertenggek belakang motor macam berok peluk batang pokok nyior.....terfikir ckLah, hmmm, tahukah mereka menghayati erti merdeka, sebenarnya!

merdeka dan tidor...hehe

terima kasih la sambutan merdeka bikin jiwa anak muda cm nurhan tu rosak sbb tak paham erti merdeka

Merdeka! Merdeka! tetaplah Merdeka!

16:20

suka sketsa. :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...