Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Thursday, 16 August 2012

Cik Maid,I Need You! Ep2


Sambungan daripada : Cik Maid, I Need You! Ep1


           “Ehh budak,pergi tukar baju,ikut saya shopping”, arah Mirza sambil menarik tali lehernya dan dibiarkan tidak kemas.
“Ape pulak,kerja saya kat rumah je. Bukan jadi tukang angkat barang, tapi ada elaun tambahan tak?Kalau ada boleh jugak..”, tanya Qibthiya tetapi dibalas dengan jelingan maut dari Mirza. “Baik..baik..”,Qibthiya bangun dan bersiap.

Ditoleh kiri,ditoleh kanan. Qibthiya buat muka pelik, “nak buat apa ni?”, tanya Qibthiya ketika beberapa orang perempuan sedang meletakkan beberapa pasang baju di hadapannya.
“Malam ni ada dinner company,awak ikut saya. Just say yes,can’t say no”, arah Mirza. Qibthiya masih buat muka pelik tetapi dia suka pakai baju cantik-cantik. Disuruh pakai itu,dia pakai,semua dia pakai. Lebih kurang dua jam,Qibthiya telah melalui transformasi. Dari rambut hingga ke kaki, mata Mirza masih tak berkelip.
“Akak ni macam Marimar la..cantik”, puji seorang tukang jual.
Qibthiya hanya tersenyum. Setelah membayar kesemua,Qibthiya berjalan beriringan dengan Mirza,banyak pula mata yang memandang.
“Femes jap berjalan dengan orang terkenal ni”, kata Qibthiya. Apa yang Qibthiya katakan tu betul juga, yalah siapa tak kenal Mirza anak bongsu Tan Sri Ismail. Bakal pewaris Ismail Group beberapa tahun lagi.
Mirza perasan mata yang memandang,tiba-tiba timbul satu perasaan cemburu. Dia tahu mata tersebut memandang kecantikkan Qibthiya. Dengan spontan tangannya memaut mesra tangan Qibthiya,mereka berpimpin tangan. Qibthiya cuba menarik tangan tersebut tetapi gagal kerana genggaman Mirza terlalu kemas. Entah mengapa hati Mirza rasa senang sekali. Rasa itu terhenti seketika takkala Qibthiya berhenti secara mengejut,matanya memandang kearah kedai di sebelahnya.
“Jom”,Mirza menarik tangan Qibthiya masuk ke dalam kedai tersebut. “Nak apa? Cakap, saya belanja”,
“Ehh takpe,jom keluar”,
“Tauke,kasi tengok Ipad 3 tu”,
“Ya boleh..boleh..ini dia,manyak bagus la ni barang. Sekarang olang sudah tak pakai laptop kehulu kehilir. Olang pakai ni la”,
“Ermm..nak tengok jugak Iphone 4 tu”, kata Mirza lalu tauke tersebut menghulurkan Iphone 4 ke tangan Mirza. “Saya angkat la dua-dua ni..”,
“Waah,manyak bagus. Wa manyak untung ini hari,lu manyak bagus.. Ambil di kaunter ya”, arah tauke kedai dan Mirza angguk.
“Awak memang tak nak apa-apa ke?”, tanya Mirza pada Qibthiya yang dari tadi diam.
“Takde.. ehh pergilah ambil”,balas Qibthiya. Mirza berlalu dan setelah usai semuanya, mereka menuju ke kereta.
“Kita balik rumah kejap,solat Maghrib. Lepas tu kita pergi dinner. Jap,habis tu macam mana make-up awak tu? Habislah lepas ni?”,
“Saya ni terpaksa ok,terpaksa tak mandi. Lepas ni berbotol minyak wangi saya pakai semata-mata nak selamatkan make-up mahal kat muka ni. Eii rimas betul rasa,gatal muka”,
“Habis tu tak solat?”,
“Cuti la.. dah lah,cepat la bawak kereta tu. Lewat nanti”,
“Ye.. nah,ambik. Saya beli untuk awak”, Mirza menghulurkan paper bag yang berisi telefon bimbit dan Ipad. Pedal minyak ditekan dan mereka meluncur laju keluar dari pusat membeli belah tersebut.
“Gila! Mahal ni.. Takpelah”,
“Ambik jelah, memang awak nak Ipad kan?”,
“Mana tahu?”,
“Lain kali kira duit senyap-senyap,jangan duk fikir nak beli itu ini”, perli Mirza. Dia teringat sewaktu terpandang Qibthiya mengira duit di dapur.
“Telefon ni?”,
“Minah..sekarang ni ramai dah orang ‘murtad’ dari facebook. Mereka convert kepada Twitter pulak.Kalau ye pun awak masih tak convert,takkan nak layan facebook dengan telefon cikai? So,zaman maju ni mana la ada yang nak pakai 3310i awak tu”,
“Hah perli..bebaik sikit. Telefon ni saya sayang tau,parents saya yang hadiahkan lepas saya dapat keputusan SPM”,
“Ye..ye..sorry. Lepas ni guna Iphone tu,telefon lama tu simpan. So takde la dia rosak,ataupun beli sim satu lagi letak dalam tu. Guna kat rumah je”, cadang Mirza.
“Ehh pelik ni,apesal tetibe buat baik ni hah?”,
“Ikhlas..”,
“Konon la kan?”,
“Suka hatilah..yang penting majlis nanti awak kasi lancar je”,
Qibthiya mencebik lagi,apa Mirza fikir dia sedang bercakap dengan budak tadika? “Hey ni Qibthiya tau,anak cikgu Mahmud dengan Salmiah yang master dalam bidang ‘domestic engineering’. Tengok la nanti..” detik hati Qibthiya walaupun dia tak tahu agenda lengkap Mirza namun berkat dari novel-novel Mirza yang dicuri baca, ada terselit adegan makan malam untuk tolong selindung atau menyamar jadi ‘makwe’. Bijak!
----

Suasana ballroom yang dihias mewah,kelihatan pelayan-pelayan hotel begitu segak dan tertib melayan para tetamu. Kehadiran Mirza dan Qibthiya masuk ke dalam ballroom mematikan perbualan para staff, semua melihat kearah mereka berdua. Mata Mirza mencari kelibat Misya, ya itu Misya yang sudah menunjukkan muncung berdepa-depa. Mirza hanya tersenyum,rangkulan tangannya dipinggang Qibthiya dileraikan sebaik sahaja papa dan mamanya menghampiri mereka.
“Ibu tak datang papa?”, tanya Mirza.
“Tak, dia kata bagi mama jelah. Sebab tahun lepas dia dah datang”,
“Ni...ni Qibthiya kan?”,tanya mama yang kelihatan teruja.
“Yelah mama..takkan tak cam kot”,balas Mirza.
“Cantiknya Qibthiya..jom join mama. Mama nak kenalkan dengan kawan-kawan mama”, ditariknya tangan Qibthiya. Mereka memang rapat dan satu kepala,suka mengenakan Mirza dirumah.
“Ehem..anak papa. Sejak bila ni,tak inform pun”,
“Mintak tolong jelah papa,takkan la Mirza nak kawen dengan pembantu rumah..”,
“Pembantu rumah genius..siapa pun nak. Kamu taknak,papa boleh rekemen dekat anak-anak kawan papa”,
“Mengarutlah..Papa,sekejap ye,Mirza nak pergi kat abang Marzuki jap”,pinta Mirza dan Tan Sri Ismail hanya angguk. Marzuki merupakan abang kepada Mirza,yang sulung pula Mariatul. Mariatul seorang designer yang sudah menempa nama di dalam dan luar negara,sekarang dia stay dengan ibu di London. Marzuki ni pula sudah berkahwin,umur pula genap 38 tahun pada tahun ini. Beza umur dengan Mirza adalah 10 tahun.
“Hah bang,lama tak nampak batang hidung. Datang sorang ke?”,tegur Mirza sewaktu Marzuki sudah duduk di kerusi.
“Baru sampai dari Jakarta la,penat lagi ni. Tak,semua datang. Tu duk kat mama..”,tunjuk Marzuki pada sebuah meja tak jauh dari mereka. Mama memang suka kenalkan ahli keluarga dan menantu kepada kawan-kawannya,asalkan menantunya sedap mata memandang dan menepati seleranya.
“Abang ni tak terasa ke nak join company ni? Masuk jelah kerja sini,tak payah susah-susah”,
“Malas lah abang,Mirza jelah take over. Abang senang buat kerja ni,lagipun syarikat abang baru lepas buka dua cawangan lagi di Kelantan dan Terengganu”,jelas Marzuki.
Marzuki telah berkecimpung dalam pernigaan kain sejak 10 tahun lalu. Sekarang syarikatnya menjadi pengedar utama kain bercorak batik dari Pantai Timur. Nama syarikatnya sudah satu taraf dengan Euro Moda, Saleem Aziz yang menjual kain-kain untuk dijadikan baju pengantin,baju kurung atau baju melayu serta langsir. Pendek kata semua jenis kain lah ada.
Tidak lama kemudian,Tan Sri Ismail naik ke pentas untuk memberikan ucapan untuk makan malam tersebut. Semua mata tertumpu kepada Tan Sri Ismail,dengan meja press yang betul-betul di hadapan stage yang dipenuhi dengan press dari pelbagai agensi. Mirza hampir tersedak setelah Tan Sri Ismail mengumumkan akan menyerah jawatan CEO dan seterusnya menyerahkan syarikat kepada Mirza awal bulan depan di akhir bicaranya. Tepukan gemuruh diberikan oleh para staff dan semua yang hadir ketika itu.
“Ehh abang..ni bukan macam papa plan. Sepatutnya beberapa tahun lagi lah”,
“Apa pulak,papa dah tua la. Dalam umur nak masuk 60 tahun ni,kasi chance la papa rest. Main cucu pulak”, Marzuki tersengih melihat muka pucat adiknya.
“Maaf,ni Encik Mirza kan? Kami wartawan dari Biz World,boleh kami temu bual encik?”,
“Sure,sila duduk”,balas Mirza penuh yakin. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa takutnya dia. Tidak lama kemudian beberapa orang press dari agensi lain pula datang. Mirza dihujani dengan pelbagai soalan.
“Encik Mirza tahun ni dah masuk 28 tahun kan? Masih tak sedia nak habiskan zaman bujang ke? Ataupun Encik Mirza dah ada yang istimewa?”
“Haha..pandai awak ni nak korek cerita ye”,kata Mirza.
“You, tahniah. I proud sangat dengan you,muda-muda lagi dah dipercayai nak galas tugas besar ni”,tiba-tiba Misya datang dengan gaya gedik. Dia pandai gunakan tubuh badannya untuk goda dan tarik perhatian.
“Wah,ni la ye buah hati Encik Mirza? Cantik...”, ujar seorang wartawan lelaki.
“Ehh sorry,I tak perasan ada press..”,Misya merengek. Ahh alasan tak masuk akal, ramai press depan Mirza,takkan dia tak perasan. Mirza buat muka.
“Ni Misya,kawan lama saya. Kawan je ok,tak ada lebih-lebih pun”, jelas Mirza. Misya tarik muka.
“Habis tu,takkan Encik Mirza tak ada yang istimewa lagi kot?”,
Mirza memandang Misya yang seakan memohon simpati, “Ada...ada..sekejap ye. Ermm mana dah dia..”,mata Mirza mencari-cari kelibat seseorang. “Ahh,Qibthiya.. Qibth.. come here”,panggil Mirza.
 Misya yang seakan kanak-kanak merajuk berlalu dari situ,beberapa orang press tergelak kecil. Sudah nampak riak dimuka mereka yang mereka tidak senang dengan Misya.
“Ni dia,Qibthiya”,kenal Mirza kepada para press.
“Cantiknya,macam Jenny dalam cerita Endless Love la”,
“Thanks, I take it as a compliment”,balas Qibthiya simple.
“Dah berapa lama Cik Qibthiya kenal dengan Encik Mirza?”, tiba-tiba soalan diajukan. Qibthiya memandang Mirza yang tersenyum,Mirza kenyit mata pada Qibthiya.
“Ikut bulan tu baru je lagi. Nak masuk 3 bulan”,
“3 bulan tu kenal lebih rapat la,before this I dah pernah jumpa dia waktu melawat my mom di London. Masa tu dia tengah study dekat Edinburgh. So nak dikatakan jodoh,terjumpa pula di Malaysia ni”,sambung Mirza.
Tercengang Qibthiya dibuatnya,kening Qibthiya terangkat sebelah.
“Kat mana pulak dia tahu aku study situ? Rasanya jadi maid ni tak pakai resume pun..hish!”,kata Qibthiya dalam hati.
“Jodoh betul tu Encik Mirza, macam mana boleh terjumpa tu?”,tanya press lagi.
“Banyak yang peribadi ni. Nak masuk jugak ke? Alahai.. hurm sebenarnya Qibthiya ni anak saudara kepada salah seorang pekerja saya. Tapi dah lama dah pekerja tu kerja dengan keluarga kami,kira dah anggap family pun. Dari situlah kenal..”,
“Tak ada plan dalam masa terdekat ke? Mana tahu kami dijemput makan nasi minyak pula?”,
“Owh,belum lagi. Kami pun masih tengah kenal antara satu sama lain,bagi saya untuk mengharungi perhubungan dalam rumahtangga ni kita perlu sangat-sangat bersedia. So, sekarang kami gunakan peluang yang ada untuk kenal hati budi masing-masing. Kalau jodoh tak kemana kan?”, jawab Qibthiya lancar. Senyuman tak lekang dari bibirnya,Mirza kelihatan senang dengan jawapan Qibthiya.
Setelah sesi soal jawab habis, beberapa jurugambar meminta Mirza dan Qibthiya membuat beberapa pose untuk dimasukkan ke dalam surat khabar dan majalah. Semestinya ini berita hangat untuk diberitahu kepada orang ramai, hati pewaris Ismail Group yang digilai ramai gadis-gadis single sudah dimiliki oleh seseorang. Pasti hangat!
Habis sahaja majlis,Mirza meminta diri. Qibthiya seakan sudah tidak selesa, sepanjang ingin keluar dari ballroom mewah tersebut, Mirza tidak putus-putus diberi ucapan tahniah. Ada juga yang sempat memuji kecantikkan pasangan Mirza pada malam ini iaitu Qibthiya. Mirza sudah rimas,dia tidak suka Qibthiya menjadi ‘magnet’ pada malam itu. Mirza tidak mahu lelaki-lelaki dari pelbagai lapisan umur memandang Qibthiya dengan pandangan ‘double-meaning’.
Mirza dan Qibthiya berjalan seiring ke kereta,muka Qibthiya sudah pucat. Keringat di dahi kelihatan jelas.
“Are you okay? Sorry sebab buat awak tak selesa hari ni”,
“Sakit..”,tiba-tiba Qibthiya mengaduh ketika masuk ke dalam kereta. Air matanya jatuh setitik dua,dia menekan-nekan perutnya.
“Kenapa? Cakap..sakit macam mana?”, Mirza sudah cuak. Tidak lama kemudian Qibthiya tidak sedarkan diri. Cepat-cepat Mirza memandu ke sebuah klinik yang masih dibuka pada ketika itu. Sebaik sahaja sampai, tubuh Qibthiya dicempung dan Mirza berlari masuk ke dalam klinik.

3 comments

20:46

Mirza, ai pun sakit perut. rase nak pengsan. tolong angkat ai gak.

ahaks.

dill.

gatai..abam orlando angkat dah..abam orlando tafff...

:)

err apesal rase gatai je bile bce cite ni

muhaha

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...