Diletakkan
novel yang semalam dibeli, termasuk yang ini sudah lapan novel sudah dibeli
oleh Mirza pada bulan ini. Nak kata baca habis, tidak. Sekadar tulis nama,belek
depan kemudian tengah-tengah dan akhirnya penamat. Entah apa alasan,sama ada
novel itu tidak menarik ataupun fikiran Mirza entah kemana. Pagi kerja di
pejabat, petang balik lepak kat rumah dan malam dihabiskan masa untuk merenung
kerja ataupun menulis. Ya, menulis artikel atau novel menjadi kerja part-time
Mirza.
“Encik..
Kawan encik,encik Nazir datang. Encik nak jumpa atau nak saya ‘halau’ dia?”,
tanya Qibthiya yang merupakan pembantu rumah Mirza yang baru sebulan bekerja.
“Halau
la kalau nak try rasa saya halau awak pulak. Panggil jelah masuk,bukan saya ada
kerja pun”,jawab Mirza dalam nada tiada nafsu. Qibthiya seakan mencebik,
dibuntangkan mata luas-luas memandang Mirza yang terbaring di sofa. “Awak
tengok saya ke nak makan saya? Pelik la minah ni!”, sergah Mirza tiba-tiba
dalam pitching rendah,kelam kabut Qibthiya lari dari situ.
Tidak
lama kemudian, “apa cer la kawan aku sorang ni,terbaring macam ni. Kat office
kemain muka ketat mengalahkan boss,kat rumah muka macam mati pucuk”,
“Woi..agak-agak
sikit ayat tu. Aku tengah tak best ni,so jangan buat ayat tak best. Karang
melayang pulak penumbuk sekali dua”,
“Lek
bro,gurau je. Macam kau tak tahu aku kan gurau kasar”,
“Minum
encik...encik.. Tak cukup panggil saya ye,saya tambahkan”,sengih Qibthiya lalu
pergi semula ke dapur.
“Mak
Minah mana? Sapa pulak awek tu? Cun gak..”,
“Anak
sedara Mak Minah,budak baru habis master. So dia datang la tolong apa patut kat
sini. Minum jelah,banyak soal pulak. Kau datang ni pehal?”,
“Demand
gila kot nak pakai orang gaji ada master! Dunia..dunia..tak adil betul awek
cantik kasi jadi pembantu rumah”, ujar Nazir lalu diteguk air di dalam gelas
dengan sekali teguk. “Ahh ni, kerja baru. Aku terjumpa Julia,ala yang suka bagi
plot cerita nak suruh kau karang novel tu. Hah ni dia plot tu,dia kata
bila-bila masa siap pun takpe. Janji meletop!”,
“Meletop
konon,kepala aku nak meletop adalah.. letak jelah kat situ,kalau rajin aku
baca”,
“Dah
kau ni kenapa? Seorang penulis tak boleh buat gaya hidup tak sihat macam ni.
Kena semangat la baru idea datang. Bersenam kasi segar sikit badan, lepas
tu..”,
“Air
lagi encik...saya tambahkan ye..”,tiba-tiba Qibthiya datang memotong ayat dan memandang Nazir sambil melemparkan senyum tigaaa.
“Aaa...err..boleh..hahaha...boleh..”,Nazir
kelihatan kaku sekejap. Mungkin pelik dengan cara Qibthiya. “Center ke tak
budak ni..”, detik hati Nazir.
----
Hujung
minggu yang dirasakan sangat boring sekali,entah apa yang mahu dia buat. Mirza
mundar mandir di dalam biliknya. Tidak lama selepas itu telefon bimbitnya
‘menyalak’,
“Morning
sayang..anak mama baru bangun ke?”,
“Assalamualaikum
mama...bangun lama dah. Ada apa?”,
“Wasalam,ish
suka tau perli mama macam tu! Ni mama call nak cakap yang mama belum bagi gaji
kat workers dalam rumah kita tu. Dalam bilik mama,sayang pergi kat laci tepi
katil. Papa ada tinggalkan beberapa envelope, dah tulis nama dah pun. So tolong
bagikan ye, ok sayang mama got to go..tatata...”, talian dimatikan. Mirza
menggeleng kepala beberapa kali.
Owh
lupa nak cerita,mama tu mak tiri Mirza ni. Mak kandung yang dia panggil ibu tu
masih ada tapi selalu stay di London,buka butik kat sana. Mama ni ada sejak
Mirza buka mata lagi,masa Mirza kecil dia memang disusukan oleh dua mak. Dengar
macam best je kan? Tapi kes lupa rasa susu macam mana,so tak boleh nak kata
best sangatlah.
Mirza
berjalan turun dari tangga,ditangannya terdapat lima envelope untuk para
pekerja. Langkahnya dipanjangkan ke dapur, dia lihat Qibthiya sedang mengacau
entah apa lauk.
“Eh
minah..sini jap”,
“Ye,Mirza
panggil Mak Minah..?”, tegur Mak Minah yang berada di tepi peti sejuk. Mirza
tak perasan,sumpah!
“Ehh..tak..tak..tapi
ok lah,cuma minah tadi tu Mirza nak panggil budak tu.”,muncung dipanjangkan
sedepa. “Mak Minah, ni gaji bulan ni. Kira,tak cukup mintak mama ye. Hah
budak..ni kau punya. Berjimat,jangan duk joli je keje”,
“Budak..budak..saya
ada nama lah.Qibthiya,ingat elok-elok nama tu”, bebel Qibthiya sambil memandang
tajam pada Mirza.
“Ada
saya kisah? Takde.. budak ke,Qibthiya ke..sama je. Tak de masa nak ingat”,Mirza
berlalu keluar dari dapur.
“Thiya,mak
long tak suka Thiya cakap macam tu. Dia majikan kita,sebaik mana pun dia kita
tak boleh nak cakap macam tu”,
“Baik
la sangat..kalau parents dia tu memang la baik. Dia tu baik? Tolonglah.. cakap
takde adab je”,marah Qibthiya sambil mengira duit di dalam envelope.
Sedikit
sebanyak hatinya suka sebaik sahaja nampak gaji. Kira ok la kan,pembantu rumah
tapi gaji empat angka jugak.
----
“Apa
hal pulak perempuan ni call,rimas betul lah!”, marah Mirza dalam hati sebaik sahaja
mendapat panggilan Misya,awek yang dia admire masa zaman belajar dulu tapi
sekarang tak lagi. Sebab apa? Gedik! “Emm apa?”, tanya Mirza sebaik panggilan
dijawab.
“U...u..malam
dinner nanti u pergi dengan sape? Bawak I ok? I temankan u”,rengek Misya.
“Dinner?”,
tangannya mencapai sekeping kad diatas meja, “Owh dinner company. Sorrylah,I
pergi dengan..ermm...dengan...”,
“Dengan
sape!”,
“Qibthiya..ehh..a’a
Qibthiya”,Mirza tepuk dahi,entah kenapa nama tu disebut. Gawatlah!
“Mencik
tau! Tak suka! Malas kawan dengan u!”,
“Macam
la I nak sangat kawan dengan u..bye then!”, talian diputuskan.
“Aduhh,apesal
nama minah tu jugak aku sebut. Sapa la nak menyamar jadi Qibthiya ni. Sah-sah
dah Misya pergi jugak malam tu”,Mirza bercakap dengan dirinya sendiri.
“Zie,tolong panggil Nazir masuk bilik saya sekarang”,kata Mirza kepada
setiausahanya ketika punat merah pada telefon ditekan.
“Baik
boss!”
Beberapa
minit kemudian..
“Yess
boss,ada apa?”, tanya Nazir dan Mirza terus cerita dari A hingga Z, dia sudah
buntu. “Hahaha...kelakar boss ni. Nak tutup lubang ni,pergi korek pulak lubang
ni. Dah-dah la buat lubang tu boss. Apa susah,suruh je Qibthiya ikut boss”,
“Minah
tu selekeh la derr..apa barang nak bawak pergi dinner. Lagipun dia dah la
pembantu rumah aku”,
“Tolak
la pasal pembantu rumah tu boss, yang penting boss ubah dia...ubah
boss...”,Nazir berkata sambil senyum kambing. Mirza angkat kening.
“Ubah?
Hurm...”,Mirza garu dagu yang dihiasi janggut sejemput.
----
p/s : dah lama tak menulis,tak tahulah apa nak jadi ni..
4 comments
wahhh.. main pembantu rumah da..
menarik, menarik
okeh menarik
next pelishhh
best2... ;)