Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Saturday, 25 February 2012

#2 Hati Terukir Cinta

Sambungan daripada #1 Hati Terukir Cinta


            Tarikh   : 14 Februari 2012
            Tempat : Pavilion
            Cuaca    : Petang  yang suam-suam


“siapa tu?”, tanya Syaqira setelah keluar dari butik pakaian perempuan. Dia melihat Iman bertegur sapa dengan seorang wanita lingkungan 20an.

“kawan..”, balas Iman ringkas sambil tangannya mencapai beg kertas di tangan Syaqira.

“cantik.. seksi... vogue”, kata Syaqira ketika berjalan ditepi Iman.

“anak orang kaya, bakal pewaris Zarith Holding, anak tunggal , umur 26 tahun. Apa lagi awak nak tahu?”, tanya Iman. Kening diangkat double-jerk.

“sah! Sah dah.. kau mesti nak ngorat dia kan? Bukan ke Zarith Holding tu pesaing syarikat kau?”,

“kalau ye pun syarikat dia pesaing syarikat saya, apa motif saya nak mengorat dia?”, tanya Iman. Mereka sudah sampai ke kereta, barang-barang Syaqira diletakkan di belakang. Dia membuka pintu untuk Syaqira dan segera masuk ke dalam kereta. “jawablah..apa motif?”, ulang Iman setelah melihat Syaqira terkulat-kulat.

“malam tadi kan, mummy aku lah gedik tengok cerita..ermm.. Pelangi Kasih? Kasih Pelangi? Hah,dalam cerita tu mamat ni nama Zafrul ke hape entah, kawin dengan Lin. Padahal dia suka kat si Sofea ni..”,

“sebab?”,

“sebabnya Lin ni pewaris syarikat atuk dia. Mamat ni mestilah nak kawin dengan orang kaya”,

“so?”,

“so? Bukan ke kau gila dekat cerita macam tu? Nak klise bagai.. huh?”,

“kalau saya nak macam cerita tu, perempuan tadi tu Lin dan awak Sofea. Cerita tu masih tak akan jadi pun”,

“asal lak?”, tanya Syaqira dengan penuh bersemangat ketika kereta sudah meluncur laju di jalan raya.

“sebab awak tak pernah sukakan saya...”, jawab Iman perlahan tapi jelas.

Syaqira mengalih pandangan ke luar tingkap. Tak mampu berkata apa-apa.



*** 



             Tarikh   : 14 Februari 2012
             Tempat : Rumah keluarga Iman
             Cuaca    : Malam yang dingin


Siaran televisyen dialih-alih...alih.. entah yang mana mahu ditonton. Semuanya tak kena dengan rasa, Astro pun asyik ulang cerita sama je. Remote control diletakkan di atas sofa bersebelahan tempat duduk. Iman menyandarkan badannya ke sofa, matanya memandang lampu yang tergantung. Penat!

“abang... pergi mana petang tadi? Adik balik tak ada pun orang kat rumah. Sedih betul..”, teguran dari Imalin. Adik perempuan bongsu yang sangat rapat dan manja dengannya.

“abang pergi Pavi, beli barang sikit. Kenapa tak call cakap nak balik? Abang boleh jemput”,

“ingat nak buat semua terkejut, last-last adik yang terkejut. Hurm..dengan awek ehh? Alololo.... comel abang adik ni, ada awek dah”,

“bakal sis-in-law lah, awek ni tak main la.. tapi dia tak suka abang pun”,

“wutthee... sekacak-kacak abang adik ni pun dia tak suka?”,

“ahh, bukan pasal rupa. Pasal nek Milah yang nak jodohkan kami. Nek Milah tu nenek kakak tu, kakak tu memang tak suka Nek Milah”,

“pulak dah.. macam novel yang adik tengah baca lah pulak”,

“kakak tu tak suka life klise macam dalam novel, cerita..”,

“abang nak tahu tak? Manusia ni diberi limpahan idea untuk mengarang, macam penulis novel juga. Tapi idea tu tak akan datang kalau benda tu tak pernah jadi realiti”,

“contoh?”, tanya Iman.

“contoh novel Ombak Rindu. Pasal Izzah nak dijual. Dalam reality life pun ada slot tu. Slot dijual untuk tebus hutang. Jadi seberangan mana pun penulis novel, mereka akan relate dengan realiti dan logik jugak abang”,

“owh, pandai..”,

“abang, boleh adik tanya sikit?”, tanya Imalin disertai dengan anggukan dari Iman. “kenapa abang nak sangat kat kakak tu? Kakak tu bukan suka abang pun”,

Iman hanya senyum, terbayang wajah Syaqira di depan matanya. Wajah yang selalu hadir ketika sunyi, wajah yang membuat senyuman Iman tak putus.

“kakak tu nama Syaqira. Abang kenal dia masa abang ke MRSM Pengkalan Chepa, tolong lecturer abang buat marketing untuk para pelajar tingkatan 5. Qira ni boyish, tapi aura dia sampai kat abang. Masa latihan dalam kumpulan, abang jadi ketua kumpulan dia. Dia open-minded, dia luah apa yang dia tak puas hati”,

“jap abang, adik tanya kenapa abang nak sangat kat kakak tu. Bukan nak abang cerita kisah lalu lah”,

“opps.. terlebih sudah”, Iman bangun dari sofa dan berdiri di hadapan Imalin. Dibongkokkan sedikit badan dan mukanya menghadap muka Imalin. “sebab dia dah curi hati abang”, kata Iman sambil kusutkan rambut Imalin.

“ish abang ni kan...eiii habis rambut adik!”, jerit Imalin. Iman hanya berlalu dan melambai tangan. Imalin hanya senyum.

“bertuah kakak kalau dapat abang”, kata Imalin perlahan.



***



Tarikh   : 17 Februari 2012
Tempat : Pejabat Iman
Cuaca    : Pagi

               
            Telinga cawan disentuh lembut , pahit kopi masih terasa dibibir. Iman hanya duduk dan memandang pada dinding kosong tanpa hiasan. Dia tidak suka bilik yang sarat dengan gambar atau hiasan di dinding. Cukuplah simple dan tenang. Dia tidak sangka pula dengan umur hampir mencecah ke angka 28 tahun, dia sudah diberi kepercayaan oleh papa untuk memegang jawatan CEO di dalam syarikat yang sudah berabad lamanya.
                
             Keputusan Ikmal yang merupakan abang sulung untuk tidak masuk campur dalam hal syarikat sangat menyedihkan papa. Ikmal yang kini seorang professor di sebuah university memang dari awalnya tidak berminat dengan hal syarikat. Diikuti dengan kakaknya Izlin, setelah berkahwin dengan Jeremy Marico atau nama islamnya Adam Muhammad Bin Abdullah, dia menetap di Ireland. Suaminya mempunyai syarikat disana dan Izlin pula seorang doktor. Walaupun menetap disana, mereka selalu pulang ke Malaysia dan akan menetap di Malaysia beberapa tahun lagi.
                
            Yang tinggal hanyalah Iman dan Imalin. Iman yang bercita-cita untuk menjadi seorang pengurus bank melupakan cita-citanya, dia tahu Imalin tidak akan mampu menggalas tugas untuk menguruskan syarikat yang kian membesar. Lebih-lebih pula Imalin memang sangat minat dalam bidang design dan fotografi. Iman tidak mahu menyekat impian adiknya dek kerana dia mahu mencapai cita-citanya. Oleh itu, ya sekarang ini kerusi CEO telah diisi olehnya. Ahh betullah kata Syaqira, hidup ni klise macam novel saja.
               
           “hello boss”, Iman terkejut dengan lambaian tangan di hadapan mukanya. “kau menung ape ni Iman, aku panggil banyak kali dah. Pintu bilik kau dah berlubang kot aku ketuk”, kata Syahmi yang merupakan pekerja di sayarikatnya merangkap kawan baik.
               
            “sorry. Ada ape?”,
                
            “kau dah habis meeting kan? Jom makan, aku laparlah”, kata Syahmi sambil buat muka tak laku.

“malaslah.. cakap je dekat Yuna tu. Bukan dia kasih sangat ke kat kau? Kau cakap je lapar, mesti dia bawakan makanan punyalah”,

“tolonglah, tunang orang tu. Mampus aku kena debik dengan tunang dia , dah la badan macam hulk”,

“yelah tu. Berjuang lah demi cinta kalau betul kau suka”,

“hello bro, kau sedar tak apa kau cakap ni? Kau tu patut berjuang, dapatkan balik buah hati kau yang kau dah lama cari tu”,

“aku tengah usaha lah ni”,

Syahmi hanya melihat sambil tersenyum. Bukan baru hari ni dia kenal dengan Iman, dari zaman university lagi. Susah senang bersama, duit sanggup dikongsi asal sama merasa. Dia tahu Iman tidak akan senang untuk melepaskan orang yang telah lama mendiami hatinya.Bukan tak ada orang nak, masa belajar dulu ramai je orang nak. Tapi Iman je jual mahal, satu pun tak layan.


***


Tarikh   : 18 Februari 2012
            Tempat : Rumah Nek Milah
            Cuaca    : Petang yang entah macam mana nak cakap.


“masuk Iman, lama betul kamu tak datang rumah nenek”, jemput Nek Milah. Rumahnya besar, penghuninya hanya 5 orang. Nek Milah, pembantu rumah dua orang, pemandu. Seorang lagi pengawal, tapi rumahnya ditepi rumah Nek Milah.

“sibuk sikit nek, banyak client datang nak tengok syarikat. Pelabur pun banyak nak sambung kontrak”,

“baguslah tu, majukan lagi. Kamu tu nanti nak pelihara anak orang. Cucu nenek sorang tu high maintenance kalau kamu nak tahu. Serba serbi dia nak, tak larat kamu nanti”,

“InsyaAllah mampu nek, apa yang wajib saya penuhkan. Keperluan dan kemahuan masih mampu saya cukupkan. Nek tak pergi rumah Qira ke?”,

“ish kamu ni Iman, mereka semua mana ada kat situ. Mereka ke Kelantan, nun jauh disana”,

“bila nek?”, tanya Iman dengan wajah kehairanan.

“dah dua tiga hari dah rasanya. Daddy Qira tu ada hal kat sana, dah mummy Qira memang orang sana. Semua lah balik sana. Lama jugak tu kalau dah kesana”,

Patutlah mesej tak dibalas, balik kampung rupanya. Nak harap Syaqira inform, memang sepatah haram pun tak.

“kat mana rumah mereka nek?”,

“alah mana dah tempat tu, dekat dengan Qira belajar dulu.. Pengkalan...Pengkalan Kubor..ehh tak..”,

“Pengkalan Chepa ehh nek?”,

“a’a yelah tu”,

Lupa pula, kan Syaqira dulu belajar di MRSM Pengkalan Chepa. Ada kemungkinan kawasan airport, tempat rumah orang-orang kaya. Atau mungkin tempat lain? Keluarga Syaqira tu jenis low-profile.

“nek, boleh Iman tahu kenapa nenek beria nak jodohkan Iman dengan Syaqira lepas Iman kata Iman kenal gadis dalam gambar yang nenek simpan tu?”,

“Iman, nenek ni dulu banyak buat salah kat mereka. Syaqira memang benci kat nenek walau nenek melutut pun belum tentu dia terima nenek. Iman pula cucu angkat nenek yang nenek dah anggap cucu sendiri dah. Molek sangat rasanya kalau kamu bersatu dengan dia, mana tahu hubungan nenek dengan keluarga dia boleh menjadi baik semula”,

“jadi nenek gunakan Iman sebagai cara untuk nenek berbaik dengan mereka?”,

“saling mempergunakan, itu lagi tepat. Kamu taknak perempuan yang kamu idamkan? Dan dia tak ada sebab untuk reject lelaki sebaik kamu”,

“saling mempergunakan.....”, ayat yang bermain dalam fikiran Iman.


***


               Tarikh    : 20 Februari 2012
               Tempat :  Rumah Keluarga Iman
               Cuaca    : Malam yang sejuk .. aumm~~~


Berkali-kali nombor yang sama didail, Iman masih lagi mencuba. Kali ini sudah masuk kali ke 50, Iman menanti sehingga awek mat saleh jawab baru dia letak.

“assalamualaikum..”, kedengaran suara lembut di hujung talian. Suara milik Syaqira.

“waalaikummusalam, awak kemana? Hp kemana?”,

“siapa ni?”,

“Iman.. tak cam suara? Tak save lagi number?”,

“aahhh kau ke, aku ingat mangkuk mana lah tadi call malam-malam baru nak buta ni”, suara lembut tadi sudah bertukar. Pitching sedikit menaik dan ayat disusun kasar.

“lama lagi kat Kelantan? Bila nak balik?”, tanya Iman

“mana kau tahu aku kat Kelantan? Ehh, ok lupa. Kau ada spy tua”, kata Syaqira disertai dengan ketawa besar. “malas balik dah, aku nak stay kat sini. Pehal? Kau rindu aku ke?”,

“rindu? Tak. Boring takde kawan nak buat gaduh”, kata Iman. Tadi berada di beranda, kemudian beralih ke sofa dan kini terlentang di tilam empuk. Bibir tak putus hadiahkan senyuman.

“lantak kau, macam ada beza pada aku kalau kau rindu ke tak”,

“Kelantan tu menarik kan? Terasa nak pergi sana lah”,

“kau ni pehal ehh? Banyak lagi masa kau nak melancong, apesal pulak lah masa aku ada ni kau nak datang?”,

“saya rasa awak lupa sesuatu lah Syaqira”,

“ape?”, tanya Syaqira kasar

“nak tak nak memang saya kena tunjukkan rumah awak pada parents saya. Bukan majlis kita dah dekat ke?”,

“kau gila lah, faham? Aku taknak kau! Aku tak suka! Aku taknak kau paksa aku!”,

“saya gila sebab awak. Saya nak awak. Saya suka awak. Saya tak paksa awak tapi saya tampal dengan sticky note dalam minda saya yang awak belum berpunya. Saya bukan nak buat lari awak ke Thailand, saya nak secara betul. Daddy awak dah bagi green-light”,

“dasar tak faham Bahasa Melayu. Kau ingat kau bahagia bila dapat aku? Kau ingat cinta yang bertepuk sebelah tangan tu best? Kau akan dapat azab je nanti, tersiksa je.”,

“saya nantikan siksaan dari awak tu. Saya tunggu..nyte. Assalamualaikum”, ujar Iman dan talian diputuskan.

“daddy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Mummy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”, jerit Syaqira, bergema rumah sederhana besar itu.

“menjerit apanya macam ni?!”, marah mummy.

“bila majlis bertunang Qira dengan mangkuk tu?”, tanya Syaqira dengan nada tak puas hati.

“lagi dua minggu. Qira nak buat kat sini ke kita nak balik sana?”,

“tak ada makna, majlis ni tak akan..tak akan berlangsung!”,

“Qira! Kan kita dah janji hari tu”,

“taknak!”, Syaqira terus berlari naik ke tingkat atas.

Datin Norjuma memandang wajah suaminya, bahu diangkat tanda tak faham. Suaminya hanya senyum dan angguk.



*** 


Tarikh    : 27 Februari 2012
Tempat :  Office Iman
Cuaca    : Pagi yang beku.

“Assalamualaikum”, mula Iman setelah Yuna menyambungkan panggilan dari Datin Norjuma ke telefon biliknya.

“Waalaikummusalam Iman, mummy nak tanya ni. Iman tahu Qira pergi mana?”,

“bukan dia kat Kelantan ke?”,

“tak ada, semalam dia kata dia nak tidur rumah kawan dia. Tapi kawan dia kata semalam Qira minta hantarkan ke airport. Mummy dan daddy tak tahu nak cari kat mana dah”,

“dah cari kat pantai terdekat?”,

“dah, tak ada. Iman tolong mummy sayang..”, suara Datin Norjuma makin tidak jelas dek kerana menangis.

“erm ok, jangan risau. Nanti Iman call kalau ada apa-apa berita”, talian diputuskan.

Dia menyandar di kerusi, matanya dipejam. Otaknya sudah sarat dengan pelbagai masalah. Dari hal kerja hinggalah ke hal Syaqira.

“macam mana ni”, kata Iman sambil meraup mukanya.

“Pak Samad penjaga kubur!”, detik hatinya,nombor didail.

“Assalamualaikum Pak Mad, Iman ni”,

“wasalam, ya Iman”,

“ada tak perempuan pergi lawat pusara yang saya minta Pak Mad carikan hari tu?”,

“pagi tadi ada, kenapa?”,

“sekarang dia kat mana?”,

“ada dekat homestay”,

“Pak Mad tolong tengokkan dia, petang nanti saya sampai”, katanya.

 Dia pasti itu Syaqira...

13 comments

storyboard best. akak suka. jln citer masyuk... tapi ending citer ni mcm tergantung.... kubur sapa? takda mention kat ataspun pasal pak mad ni? ke ada smbungan?

simplelah endingnya kubur tu kubur lelaki yg qira sukakn?

ada sambungan lagi..


pasal Iman suruh seorang pakcik carikan pusara Syaqila..pakcik tu pak mad..

ohh silap xwat intro pakcik tuh..

pasal kubur tu ada kat episod 1..

alahai... episod satunya kat mana? alahai....

hahaha.. sab pun cek balik part 1.. pusara kakak dia rupanya.. nextttt!!!

baru linkkan...

bidadari..bukan u dah baca ke ep 1? siap komen..huhu..

mawar..sorry, dah letak link dah pun tu.

06:41

iman, kite dating berdua je lah. hihi

dill.

"sorry Dill..i'm taken..", kata Iman dengan senyuman..


hahaha... ;)

haish ooooo tu sambunganya ke? ingatkan sengaja wat title #2 tu... ok ok dah faham...

sorry bidadari..

nanti sambungan sy letak link sebelumnya kat atas :)

tak akan lupa kisah yg advance ini :)

=) nong..

baca sambungan ye ...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...