Tarikh : 7 Februari 2012
Tempat : Tepi tasik , Putrajaya
Cuaca : Petang yang mendung tapi ‘panas’
“Kau
gila? Mereng? Biol? Tak center? Otak kelaut?”, tanya Syaqira dengan suara
sedikit lantang. Pertanyaan Syaqira tak berjawab, panas hati betul!
“Tak
salah kan? Bukan buat benda haram, kita akan lalui jalan halal”, jawab Iman
lambat. Suaranya bernada rendah tetapi cukup jelas.
“Aku
tak sebut pasal halal, haram, sunat, makhruh kat sini. Aku rasa kau
terbawa-bawa dengan cerita Vanilla Coklat ehh? Ke Gemersik Kalbu? Tolong
lah, tu cerita je. Ni realiti, kau ingat senang aku nak set mind aku nak terima
lelaki yang entah dari mana datangnya nak berkongsi hidup dengan aku?”, bentak
Syaqira. Entah gila apa permintaan neneknya, dia memang benci orang tua tu.
“Kita
cuba, insya-Allah ini jalan betul. Kita tak akan menyesal”, jawab Iman lagi
sambil menyapu sisa-sisa pasir yang terlekat di tangannya. Matanya masih
terpaku di langit mendung.
“Ulang
sekali lagi, kau cakap apa tadi? ‘Cuba’? Wehh kau ingat ni permainan ke? Owh
cuba...cuba.. kalau berjaya takpe la. Kalau tak berjaya? Aku macam mana? Apa
benefit aku dapat?”, soalan keluar dari mulut Syaqira bertalu-talu, hatinya
makin membara.
“Awak
dah ada boyfriend ke?”, tanya Iman. Syaqira geleng kepala laju-laju.
“Jadi,majlis kita akan berjalan macam parents kita dah sepakat”, Iman berjalan
pergi, itu keputusannya.
“Ni
kerja gila!!!!”, jerit Syaqira sambil memandang tasik, dia bergaduh dengan
dirinya sendiri. Entah apa akan jadi pada dirinya.
“Awak
bercakap dengan siapa? Ke awak yang gila? Jom lah balik, tercegat kat situ buat
ape?”, bicara Iman lalu meneruskan langkah. Syaqira hanya mengikut dalam mode
slow + malas!
-----
Tarikh : 7 Februari 2012
Tempat : Rumah keluarga Syaqira
Cuaca : Malam yang dingin
“Laa,
jangan la kacau. Qira nak tengok cerita tadi lah”, rungut Syaqira ketika mummy
tiba-tiba datang dan tukar siaran televisyen.
“Cerita
ni lagi best lah, mummy nak tengok apa jadi kat Amir tu”,
“Heh?
Vanilla Coklat? Eiuwww.... tolonglah!”, Syaqira angkat bontot dari sofa
empuk. Malas nak layan cerita macam tu, klise je kerjanya.
“Tengok
je, sweet lah”,
“Mummy..klise
mummy. Klise.. semua cerita nak sama je. Ambil ilham dari novel, gamaknya dah
takdek idea kot pembuat cerita ni. Dah boleh hafal lah mummy jalan cerita.
Klise!”, kata Syaqira sungguh-sungguh.
“Klise
dengan apa yang bakal terjadi pada Qira nanti?”, tanya mummy. Kini mata mummy
menatap Syaqira, Amir yang sedang sakit perut dalam televisyen akibat gastrik
tu dibiarkan. Alah tak apa, Zara ada kan.
“Hah,
yang tu pun betul jugak. Kalau tak sebab cadangan orang tua gila tu, tak la
azab kepala ni nak fikir. Mummy dan daddy kena ubat guna-guna orang tua gila tu
ehh?”,
“Qira!
Jaga sikit kata-kata tu”, sergah Dato’ Khairul yang merupakan daddy Syaqira.
Entah dari mana datang terpacak tiba-tiba di belakang. Syaqira bangun dan
merapati daddy,
“Daddy..
orang yang patut Qira panggil nenek tu dah buat banyak salah kat keluarga kita
daddy. Sangat banyak, dan daddy pun tahu. Macam mana dia buat dekat mummy dulu
sampai mummy gugur. Dua kali daddy..dua kali.. Macam mana dia layan daddy macam
sampah, Qira ingat lagi. Dia tak suka pun kat kita, tapi kenapa bila dia bagi
cadangan Qira kawin , daddy dan mummy setuju? Naik gila dah Qira fikir, macam
mana both of you boleh maafkan orang macam dia? Terlalu banyak salah dia yang
Qira sendiri tak sanggup nak sebut. Luka di hati Qira ni masih tak sembuh,
masih berdarah lagi”,
Nenek
yang memang dari dulu bermuka bengis,langsung tak menarik perhatian Syaqira
untuk dekat. Tambahan pula bila Syaqira sendiri lihat bagaimana cara neneknya
mahu pisahkan mummy dan daddy. Bukan setakat kuasa manusia, malahan kuasa jin
pun sanggup diguna pakai. Hati manusia ni bukan macam hati robot, yang boleh
pakai set je dan gerak. Hati manusia ni punya rasa, ehh kejap.. hati robot?
Robot ada hati ke? Ahh..pape jelah!
“Maafkan
saja nenek, dia dah sedar salah dia. Apepun dia tetap nenek Qira”, suara mummy
macam nak tahan tangis.
“Emm..tengoklah
nanti macam mana. Mungkin, tapi entah bila. Nyte”, pipi mummy dan daddy dikucup
lembut. Syaqira menapak di anak tangga untuk ke bilik. Lantas jarinya menyeka
air mata yang hampir tumpah.
***
Tarikh : 9 Februari 2012
Tempat : Nana de Florist , dll
“Macam
mana lah budak yang ambil master tak boleh kerja lagi ni? Dah berapa ekar tanah
kau tanam anggur? Berapa lori dah anggur kau dijual?”, tanya Nana ketika
Syaqira sedang asyik menggubah bunga plastik dalam pasu.
“Tak
payah nak perli sangat lah kakak oii. Kira untung lah aku nak tolong kau kat sini.
Lagi satu,aku master dalam bidang business jadi kau patut guna peluang ni untuk
tanya aku cara nak kembangkan lagi perniagaan kau ni”,
“Sentap?
Ye lah, terima kasih Syaqira kawanku dunia akhirat.. sebab kau datang tolong
aku ni”, kata Nana dengan muka sposen.
“Apesal
ramai je orang datang tempah bunga?”,
“Standard
lah, Valentine dah dekat kan ni. Lepas ni si Zaki tu pitam sebab kena buat
penghantaran banyak sangat”,
“Errk..lupa.
Baguslah kedai kau ni, macam One Stop dah aku tengok. Bunga plastik ada, bunga
hidup ada. Siap hadiah dan coklat lagi kau sedia”,
“Bukan
kau ke bagi cadangan masa kau buat degree dalam marketing hari tu?”,
“Tahu..saja
je aku nak tahu kau ingat tak”, kata Syaqira sambil buat muka kembang
semangkuk.
Syaqira
bangga dengan kejayaan Nana. Ramai anak-anak yang ibu bapa bercerai tak tahu
kemana hala tuju. Broken family lah katanya, tengok Nana ni parents dia tak
peduli pun pasal dia. Tapi dia masih lagi berdiri, setahun dua lagi mungkin
berlaki dah kot. Orang cantik , matang pulak tu.
“Qira,
ada panggilan. Entah sape”, Nana mengejutkan Syaqira yang sedang asyik melihat
bunga-bunga segar yang baru sampai dari Cameron Highlands.
“Hello..
siapa?”, soal Syaqira ketika ganggang telefon di telinga.
“Iman,
jom keluar. Ada hal sikit”,
“Putus
selera betul aku dengan kau ni. Malas lah, aku kat kedai kawan aku ni”,
“Tahulah
kat kedai kawan, jom lah. Saya kat luar kedai ni”,
“Ape?!
Gila la kau ni!”, segera talian dimatikan. Syaqira berlari keluar dari kedai ,pantas
tas tangannya di kaunter dicapai. Mana tahu kalau Iman buat gila nak masuk
kedai ni, Nana tak boleh tahu. “Nana, jumpa esok. Aku ada hal. Chow!”,jerit
Syaqira.
Pandang
kiri, pandang kanan tak pula Syaqira
tahu jalan ni. Kereta Iman laju, suasana dalam kereta senyap saja. Mata Syaqira
memerhati cara Iman memandu, memang gaya lelaki pro. Lengan berotot, muka boleh
tahan juga setakat nak buat perempuan merayu tu bolehlah. Yang penting, hurm...
wanginya bau dalam kereta ni. Perfume Iman kalau tak silap hidunglah,sebab bila
Iman berjalan di tepi, Syaqira boleh bau perfume Iman sekali sekala yang disapa
angin.
“Cop!
Buat apa aku fikir jauh macam tu? Ish!”, marah hati kepada otak. “Kita nak
kemana ni?”, soal Syaqira.
“Tak
pernah ke lalu jalan ni? Takkan tak tahu”,
“Kalau
aku tahu takde la aku bazirkan air liur aku tanya kau.. jawab jelah”, ayat
kasar tapi pitching masih dijaga.
“Tunggu
jelah, kurang dari 10 minit kita sampai”, Iman terus memecut. Matanya melirik
kearah Syaqira yang kelihatan bingung. Dia hanya senyum nipis menampakkan
lesung pipitnya yang tak sedalam lesung pipit Syaqira.
Syaqira
sudah panas hati, macam mana dia boleh ikut je si Iman ni. Bodoh betul! Kalau
tak sekarang ni dia boleh dah tengok Nana bungkus bunga. Putus selera, putus
angin ..putus semua dah rasanya. Syaqira melihat kawasan letak kereta yang tak
berapa luas, kawasan kampung. Rasa macam pernah datang kesini tapi entah bila.
Kereta tiba-tiba berhenti, mata Syaqira masih memandang persekitaran.
“Jom,
kita ziarah kakak awak”,tiba-tiba Iman bersuara. Dia hanya tersenyum memandang
Syaqira. Syaqira memandang depan kereta, kawasan perkuburan.
“Mana
kau tahu?”, air mata Syaqira mula bergenang.
“Daddy
cerita, awak ada seorang kakak. Korang kembar , tapi kakak awak ada masalah
jantung dari dia kecil lagi. Masa dia tingkatan 2, dia meninggal. Masa tu awak
duduk asrama, sebab keputusan peperiksaan UPSR awak bagus. Kakak awak duduk
sekolah harian. Last awak datang ziarah dia kat sini masa awak tingkatan 5.
Sekarang awak dah habis master dah, mesti awak rindu dia. Jom lah cepat”,
cerita Iman secara ringkas.
“Jom
balik, aku nak balik”,kata Syaqira keras. “Nak balik!!!!!!!!!!!!”, pitching
suara mula naik.
Iman
keluar dari kereta, pintu belakang dibuka dan dicapai raga berwarna hijau.
Syaqira menoleh, Iman masukkan air dari dalam botol ke dalam jug lutsinar.
Diambil kelopak bunga lalu dimasukkan sedikit ke dalam juga. Selebihnya
dibiarkan di dalam plastik. Songkok diambil dan dipakai.
“Aku
nak balik lah, kau pekak ke?!”, jerit Syaqira. Namum sia-sia, Iman tidak peduli.
“Saya
tahu awak rindu dia, saya tunggu..”, kata Iman sambil menarik anak kunci kereta
lalu berlalu pergi ke kawasan perkuburan. Meninggalkan Syaqira yang masih diam
membatu.
Atas
pertolongan seorang pakcik yang menjaga kubur-kubur disini, Iman berjaya
mencari pusara milik arwah Syaqila. Pusaranya terjaga, bersih saja. Tapi tidak
segah pusara orang lain yang siap beratap, berpagar. Pusaranya bernisankan batu
sungai dan juga tidak berkepok batu. Hanya menggunakan kepok daripada kayu yang
diukir dan senang dibuang. Iman mengambil tempat ditepi pusara. Ayat-ayat suci
Al-Quran dibacakan, suasana sangat tenang.
Hampir
sejam menunggu, kelibat Syaqira masih tak kelihatan. Air di dalam jug disiram
diatas pusara Syaqila. Ditabur kelopak bunga mawar dan kemboja. Lalu dia
menapak pergi dari situ.
“Keras
betul hati awak Qira”, kata Iman ketika dia masuk ke dalam kereta. Dia tahu
Syaqira buat-buat tidur. Kereta meluncur keluar dari perkampungan tersebut.
“Saya cakap kat kakak awak, saya kata saya nak ambil awak jadi isteri saya.
Saya janji yang saya akan jaga awak selagi jodoh antara kita ada”, tambah Iman
lagi ketika sedang memandu.
Syaqira
memejam rapat matanya, menghalang daripada titik-titik jernih itu jatuh. Dia
mahu menangis, dia mahu menjerit sekuat-kuatnya. Tanpa dia sedar, dia terlena.
-----
“Qira..bangun”,
Iman mengejutkan Syaqira yang sedang lena dibuai mimpi. Semasa memandu tadi
kepala Syaqira hampir-hampir terhantuk di cermin kereta. Cepat-cepat Iman
menurunkan tempat duduk supaya Syaqira selesa. Sekali kejut sahaja Syaqira
sudah buka mata.
“Aiyarkk.....urkkk..kat
mana ni”, kata Syaqira sambil menggeliat. Seolah-olah sedihnya tadi sudah
berlalu pergi. “wahh..pantai!!!”, jerit Syaqira. Cepat-cepat dia keluar dari
kereta dan berlari ke tepi pantai. Tangan didepa luas-luas..segar!
“Jom
makan dulu, perut awak asyik berbunyi je dari tadi”, jerit Iman. Syaqira pergi
menghampiri Iman.
“Mana
kau rembat makanan ni?”, tanya Syaqira sambil duduk diatas kerusi kayu.
Menghadap makanan yang banyak tersedia dia atas meja.
“Saya
masak kat rumah sebelum jemput awak tadi, memang plan nak berkelah pun dengan
awak”, jawab Iman ringkas sambil tangannya ligat memasukkan nasi ke dalam
pinggan Syaqira.
“Aku
makan lauk je, tak makan nasi”, kata Syaqira. Pinggan berisi nasi diangkat dan
diletakkan pinggan kosong di depan Syaqira.
“Nah,
makan.. makan banyak sikit. Awak tu makin kurus je saya nampak”, Iman cuba
untuk menarik perhatian Syaqira untuk berbual dengannya. Diletakkan ayam
panggang kedalam pinggan Syaqira. “sayur pun kena makan”, diletakkan lagi
cendawan goreng berserta brokoli dan kacang buncis ke dalam pinggan Syaqira.
“Kau
nak aku mati kekenyangan ke?”, tanya Syaqira sambil menyuapkan brokoli kedalam
mulutnya. Sedap!
“Sekejap”,
pinggan Syaqira diambil. Ayam bahagian dada ditusuk garfu lalu pisau pemotong
memotong isi ayam tersebut hingga menjadi cebisan kecil. “Nah, senang sikit
awak nak makan”, pinggan diletakkan kembali.
***
Tarikh : 13 Februari 2012
Tempat : Rumah keluarga Syaqira
Puas
hati Syaqira melihat buku-buku miliknya tersusun rapi. Baru tadi Lucy
memulangkan 4 buah novel yang dipinjam berbulan-bulan lepas. Ingat dah buat
harta. Nak novel apa? Semua ada, dari yang horror hinggalah romantik. Apa
sangatlah mummy duk tengok cerita Gemersik Kalbu tu, baca novel sudah. Lagi
feeling, lagi best rasanya. Syaqira bukan tak suka kisah romantik, cuma dia tak
suka kisah dalam novel ditayang macam tu. Sampai aksi ranjang pun buat bagai
nak rak. Tolonglah!
“Siapa
pulak lah call malam-malam ni. Takde kerja gamaknya”, HTC di atas meja menjerit
seakan pinta dibelai. “Assalamualaikum,siapa?”,
“Waalaikummusalam,
Iman. Tak save nombor saya ke?”,
“Save
buat apa? Buat semak? Pehal kau call ni, aku nak rest lah”,
“Garangnya..
esok keluar nak?”, tanya Iman
“Tak nak”,
“Awak
tak suka saya?”,
“Ye”,
“Awak
marah dengan saya?”,
“Ye”,
“Awak
memang tak nak jumpa saya?”,
“Ye”,
“Awak
rindu saya?”,
“Ye”,
mata Syaqira terbuka luas. “Ehhh...tak!”,
“Thanks...sebab
rindu saya”,
“Gila
ke? Dah lah..chow”, talian dimatikan. Panas hati betul dengan perangai tak
matang ni. Puih!
Syaqira
terbaring menghadap siling bilknya, tangannya diangkat dan diletakkan di dada.
Terasa jantungnya berdegup kencang. “Ahh, jangan dilayan sangatlah Qira”, kata
Syaqira dalam nada mendatar.
................
15 comments
mata aku tertumpu pada 1 benda je. :')
lagi lagii
hahaha..awak rindu saya? ya..eh tak tak...comel tau ayat ni!
perghhh... bro smooth gila citer ni. pandai Iman tarik Syaqira pelan2...
lelaki pemimpin ya dak? kena pandai main peranan. Syaqira kalau lu tanak lu bagi kat gua. Iman haiiiiiiiiiiii *sambil lambai2 tangan*
ps: bro... when yr schedule lagi? tag me ok...?
Ini...manis.
aha!!
best!!
13 feb 2012<-----
eh? hari ni baru 9 feB lah! wah advance citer ni :)
kadang pahit.. kadang manis.. senyum smpai telinga membaca :)
"jgn di layan sangat Qira!"
yelah tu.. tak sedar 'si cinta' dah merasuk ahahaha..
Mell : aku agak..Iman? :)
Chemay : kalau ada idea,akan ada lg
Lady : masa tu boleh tgk muka mcm blur je..haha
Bidadari : thanks sis .. insyaAllah ye :)
Arif : manis ehh..x berjaya selitkan masam :p
Esmeralda : tenkiu :)
kena advance..haha.
kot2 next entry dah masuk 2014 kot.. :p
cinta x masuk merangkak,x jugak masuk mengesot..tp masuk mcm mana ye? tiba2 je dh ada.. :) ajaibnya cinta.
eceh~
dill.
hye dill :p
ye.. rindu awak..
dah, cpt smbung..!
Haha wlpon klise ttp die nk tgk byk kli
hurm main tarik tarik cinta nampaknya. Sweet
Miss : ye kalau ada idea..
Iffah : tuh la kan,padahal dh boleh tau dh kesudahan cerita,tetap nk tgk jugak..
sambung.. sambung..