Syam mengambil tempat duduk jauh dari pelajar lain. perutnya yang merengek ingin diisi dibiarkan saja. nafsu makannya terbantut sejak surat yang dihantarnya melalui postwomen Hani tiada balasan. Syam menjadi tidak tentu arah, segala yang dibuatnya serba tidak kena. malah, ajakan rakan-rakan untuk keluar juga ditolak.
Syam merenung jauh ke bangunan putih kampusnya. Lagaknya bagai seorang pemuda yang mempunyai kuasa penglihatan x-ray yang menembusi apa saja penghalang pemandangannya. Tin biru jernih nescafe ice diteguk perlahan.
"Oit syam! Betulkah apa yang aku dengar budak perempuan kata kat dalam kelas kita tu?" Hasyim menolak kasar bahu syam.
"Oit syam! Betulkah apa yang aku dengar budak perempuan kata kat dalam kelas kita tu?" Hasyim menolak kasar bahu syam.
Prffff.
Air nescafe ice yang sedang enak masuk ke mulut syam tersembur keluar. meja biru pekat tempat dudukan syam kini basah dengan air minuman yang tertumpah. meja syam menjadi tumpuan mata-mata pelajar lain.
"Mangkuk betul engkau ini! engkau boleh tak bagi salam dulu ker? Engkau tak nampak ker aku tengah minum air ini. Kalau aku tercekik, engkau nak buat CPR kat aku ker?" Syam menarik baju hasyim lalu mengelap mulutnya yang comot.
"Mangkuk betul engkau ini! engkau boleh tak bagi salam dulu ker? Engkau tak nampak ker aku tengah minum air ini. Kalau aku tercekik, engkau nak buat CPR kat aku ker?" Syam menarik baju hasyim lalu mengelap mulutnya yang comot.
"Oit! habislah baju aku. Aku ada kelaslah selepas ini!" Dahi Hasyim berkerut. Tangannya berulang kali menyapu kotoran dibajunya.
"Kau jangan nak bising dengan aku, salah siapa yang buat aku tersembur?" Syam merenung tajam.
"Iyalah, sorrylah syam. Aku sebenarnya terkejut beruk bila dengar khabar angin yang engkau hantar surat dekat si syah itu." Ujar Hasyim sambil tersengih.
Kerusi kosong dihadapan Syam ditarik, Hasyim duduk menyilangkan kaki gaya lelaki macho dikampus sambil mengeluarkan rokok L.A. dikeluarkan satu batang rokok, lalu disuakan dimulutnya sambil tangan kirinya meraba-raba poketnya mencari pemetik api.
"Hmm, betullah tu." Tangkas tangan Syam merampas putung rokok yang berada di mulut Hasyim. Dengan tanpa rasa bersalah, Syam meranap putung rokok yang masih belum digunakan itu sampai lunyai.
"Hmm, betullah tu." Tangkas tangan Syam merampas putung rokok yang berada di mulut Hasyim. Dengan tanpa rasa bersalah, Syam meranap putung rokok yang masih belum digunakan itu sampai lunyai.
Mulut Hasyim ternganga, matanya terkebil-kebil melihat rokoknya yang sesaat tadi elok bentuk bulatnya kini ranap menjadi kepingan kecil dan tembakau bersepah di atas meja. Dia tahu salahnya merokok di kawasan kampus dan salahnya merokok syam yang seorang anti-rokok. Walaupun dia tahu Syam seorang romeo atau dikenali sebagai kasanova di kampus ini tapi dia seorang pencinta alam sekitar atau patut dikenali seorang ahli 'katakan tak nak kepada rokok'.
"Hah?! engkau apasal? Mana engkau nak letak stok makwe engkau yang berlambak tu. Engkau nak wakenabeb dia ker?" Mata Hasyim masih lagi menatap putung rokoknya yang sudah lunyai.
"Engkau ini kan. Nak saja aku lunyai-lunyai mulut engkau dengan rokok ini. Engkau ingat aku takde kerja lain ker selain nak kenakan orang." Ujar Syam.
"Relaxlah Syam. Aku bukan apa, engkau sendiri tahu style and dressing si Syah itu macamana. Tomboi wei. Tak pernah lagi aku nampak dia pakai baju kurung. Berjalan mengalahkan lelaki macho macam kita. Aku curious jugalah bila engkau beralih arah dengan minah tomboi macam syah itu." Balas Hasyim sambil mengurut pelahan janggut halusnya.
"Engkau ini kalau sehari tak menyibuk pasal hal aku tak boleh ker? Busybody mengalahkan perempuan. entah-entah, engkau suka dekat aku, al-maklumlah aku nie lelaki sejati yang macho. Erk, kau gay ker?" Ujar pelahan Syam. sengaja dia menjarakkan dirinya dari Hasyim.
"Gila engkau! Kau ingat kalau aku suka kat kau, aku boleh dapat anak? Fuhh, simpang malaikat 44. Tak bercuculah mak aku." Cebik Hasyim sambil meniup kiri dan kanannya. Berdekah ketawa Syam melihat tingkah Hasyim.
"Haish, patut kena cuci otak kau ini. Aku cuma nak bagi nasihat. kalau betul kau sukakan Syah itu, baguslah. tapi kalau kau saja nak main-mainkan dia, aku rasa kau patut sediakan backup plan kau. Syah itu bukan sebarang perempuan. Sekali kau dapat ubah dia, aku akan tabik spring dengan kau tapi kalau kau saja nak try market kau, aku rasa dia akan jadi lebih ganas dari sekarang ini." Serius nada hasyim berbicara. Baginya, Syam adalah kawan baiknya dan dia juga tahu perangai Syah. Sebagai kawan, dia bertanggungjawab memberi nasihat sebelum apa-apa terjadi.
"Hmm, apa-apa sajalah kau. Aku nak blah dulu. Ada kelas. Bye! By the way, air itu kau bayar, siapa suruh kau kejutkan aku tadi sampai tersembur segala air. Dan satu lagi, aku takde makwe. Sekian. Chow dulu dude." Kerusi kelabu ditolak, Syam berdiri lalu beredar meninggalkan Hasyim keseorang di meja kafe.
"Oit! Apa plak aku kena bayar! Sudahlah rokok aku, kau sudah lunyaikan. Kau tunggu syam, ada aku sekeh kepala kau kat rumah nanti." Hasyim meregus geram.
Bersambung.
4 comments
syam walaupun begitu... tapi aku tau wataknya seorang jejaka hensem...
tak hensem pun mungkin macho...hehe
tak hensem but shomel pun boleh gak diterima lagi ...hehe
sy suke syam yeahhh