Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Tuesday 24 April 2012

Dia Bukan Rapunzel ii





“Saya kata lewat awak balik, makan burger je ke?” Badrul mengulang semula soalannya. Tidak tahu apa kuasa yang merasuk dirinya pada malam itu sehinggakan dia boleh tersenyum dan tertawa. Jika difikirkan dengan akal, soalan itu bukanlah soalan yang lucu. Badrul pelik melihat perubahan sikap dia. Badrul Cuma membiarkan dia terus tersenyum dan tertawa kerana Badrul sendiri memang sudah lama mahu menegur si dia secara santai. Baginya, ada satu keistimewaan yang ada pada si dia, sehinggakan Badrul senang untuk bertanya dan berbual kosong.
            “Bila masa pulak awak buka gerai burger ni?” tanya dia setelah lama tersenyum. Badrul yang sedang membalik-balikkan daging burger terus memandang tepat ke anak mata dia. Dia gugup sebentar. Terasa ada panahan yang melekat. Pasang matanya cepat-cepat dikalih dari terus direnung tajam.
            “Ini buka gerai saya. Ini gerai member saya. Malam ni dia sakit, jadi saya tolonglah dia,” jawab Badrul sementara tersenyum. Perbualan mereka terputus di situ. Tiada lagi borak kosong melainkan desiran minyak di atas kuali. Selesai membugkus, Badrul memasukkan kedua burger tadi ke dalam plastik lalu diserahkan kepada dia. Dia menyambutnya laju sambil menghulurkan kepingan not sepuluh ringgit.
            “Makan baca Bismillah..” sambil menyerahkan wang baki kepada dia. Dia lansung tidak mengangkat muka, Cuma ucapan terima kasih yang mengiringi sambutan wang itu sambil kakinya laju melangkah meninggalkan Badrul yang tersengih sendiri.
***
            “Kau tahu tak yang Badrul dah tak kerja posmen lagi!” Nadya memulakan bicaranya. Dia yang santai sambil membelek majalah terpana sebentar. Helaian majalah yang tadinya diselak laju kini diselak perlahan-lahan. Otaknya ligat memikirkan  kenapa Badrul berhenti dari kerjanya. Apakah Badrul sudah menerima kerja yang lebih baik. Jika mahu difikir-fikir kembali, apa kena mengenanya Badrul dengan dirinya sehingga dia harus berfikir sejauh itu. Dia menggeleng-gelenggkan kepala supaya apa yang difikirnya terhapus dari benar fikirannya.
            “Aku rasalah dia nak kahwin lah,” teka Nadya.
Kahwin? Apa kena mengena kahwin dengan berhenti kerja. Otaknya kembali menyoal dan berfikir. Kini dia sudah sedar yang otaknya memang senang bertindak balas bila nama Badrul disebut. Kenapa otaknya bertindak balas begitu? dia hairan.
            “Haah, baru aku teringat. Tadi ada posmen datang dan hantar barang ni pada kau,” Nadya menyerahkan sebungkus kotak kepada dia. Dia merenung kotak itu sambil hatinya menyoal sendiri. Kotak apa pulak ni? Cepat-cepat tangannya mengoyak kertas bungkusan itu. Matanya terbeliak.
            “Apa tu?” tanya Nadya sambil menjenguk-jenguk ke dalam kotak.
            “Aku rasa ni burger,” sambil mengeluarkan bantal yang berbentuk burger.
            “Siapa plak yang bagi kau bantal burger ni?” Nadya tertawa kecil.
Dia sendiri tidak tahu siapa pengirimnya dan yang pasti burger itu mengingatkan dirinya kepada seseorang iaitu Badrul.
***
Dia tidak pernah terfikir untuk mengubah penampilan dirinya biarpun tubuhnya cantik seperti supermodel. Inikan pula yang melibatkan rambutnya yang kerinting dan besar itu. Menurut Nadya, rambutnya yang kerinting dan tebal itu, jika diluruskan, pasti akan panjang hingga ke paras lutut. Dia terperanjat mendengar kenyataan temannya itu. Bukan dia tidak percaya dengan kenyataan Nadya, tetapi dia ragu-ragu dengan alatan eletrik yang dipegang oleh Nadya ketika itu.
Seterika, tujuannya untuk meluruskan rambut. Bukankah ada alatan yang lebih spesifik yang boleh digunakan ke atas rambutnya selain dari seterika. Tubuhnya menggeletar sebentar. Jika bukan hari ini rambutnya hangus di tangan Nadya, pasti di kemudian hari akan tetap juga berlaku.
            “Kau janganlah takut. Aku buat perlahan-lahan  je. Kata nak berubah. Karang kalau kau pergi saloon dengan rambut yang kerinting dan tebal macam ni, aku takut tak pasal-pasal RM 500 duit kau hangus. Kau nak ke macam tu?” Nadya memujuk. Dia yang masih ragu-ragu hanya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi, agar segala apa yang dilakukan Nadya nanti selamat dan tidak melibatkan wad kecemasan.
Hampir 6 jam juga Nadya bertungkus lumus meluruskan rambut dia. Diselang selikan dengan air kopi di atas meja, akhirnya rambut yang dulunya kerinting dan menggerbang seperti polong, kini lurus dan cantik seperti rapunzel. Nadya tersenyum lebar, begitu juga dengan dia yang tidak habis-habis membelai rambutnya yang lurus hingga ke paras lutut itu.
            “Betullah, memang panjang,” dia gembira melihat perubahan yang berlaku kepada rambutnya itu.
            “Kau nak aku potong?” tanya Nadya.
            “Tak perlu, aku suka rambut aku begini,” jawab dia gembira.
            “Aku tau, mesti kau nak tocang rambut kau tu, lepas itu duduk di balkoni menunggu Badrul datang. Bila dia dah datang, bolehlah kau lepaskan rambut kau tu. Minta dia panjat dan selamatkan kau dari rumah aku ni kan?” Nadya saja berseloroh. Ada hilai tawa yang diselang-selikan dengan kata-katanya sebentar tadi. Dia gugup mendengar kata-kata Nadya. Walaupun kedengaran bersahaja dan sengaja direka-reka, namun ada juga terselit kebenaran di dalam kata-kata nadya itu.
            “Ish kau ni, mana ada. Memandai je mulut kau tu kan!” dia bersikap malu-malu. Kali ini dia menguatkan hatinya untik melihat cermin, melihat wajahnya yang kini berubah, dari seorang yang biasa, kepada seorang yang manis dan ayu.
            “Tengok pada cermin itu. Siapa kata kau tak cantik?” soal hatinya.

3 comments

kelassss ko siap ada cober lagi... muahahahha :D

wakkakkaka, tu r namanya busan....cover pon aku bikin..kehkeh

singgah n follwo sini

dr
http://afasz.blogspot.com

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...